Utama Tempat Makan Best Malaysia Tempat Makan Best Melaka 45+ Tempat Makan BEST di Melaka Yang WAJIB Anda CUBA

45+ Tempat Makan BEST di Melaka Yang WAJIB Anda CUBA

85
294280
Mee Besen Ori Melaka

Negeri Bersejarah Melaka bukan sahaja terkenal sebagai tapak warisan sejarah dunia yang menjadi tumpuan pelancong dalam & luar negara, bahkan turut mempunyai banyak destinasi tempat makan menarik untuk anda cuba. Senarai 45+ tempat makan best di Melaka seperti di bawah ini adalah berdasarkan pilihan orang ramai yang sering mencadangkan destinasi-destinasi ini untuk pelancong cuba sendiri keenakan makanan orang Melaka. Kalau bercuti di Melaka kelak, boleh simpan senarai ini di wall FB anda.

Menu makanan tradisional orang Melaka paling popular sudah tentulah tidak lain tidak bukan adalah Asam Pedas Melaka. Namun, senarai tempat makan menarik di Melaka seperti bawah ini bukannya hanya mengkhususkan tentang asam pedas semata-mata bahkan kesemua pilihan menu makanan baik masakan Melayu Melaka, makanan western, masakan nyonya & sebagainya turut disenaraikan. Yang pasti, kalau anda bercuti ke negeri Melaka, senarai destinasi tempat makan di bawah ini akan memberi anda satu rujukan yang menyenangkan perjalanan anda. Sila bookmark untuk rujukan masa hadapan.


45+ Tempat Makan Best di Melaka Yang POPULAR Untuk Anda Cuba

1. Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil

kedai kuih keria antarabangsa melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kedai ini boleh membuatkan anda bergaduh & kalau nak makan kuih keria di sini tahap kesabaran perlu disemai di dalam dada. Mentaliti kena betul sebelum terjah tempat ini. Kuih keria di sini memang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi siap pecah panggung satu Malaya. Sedap memang sedap tapi kena sabar.

Peta LokasiJarak6012-691 4026

Alamat: 3123C, Jalan Limbongan, Kampung Limbongan, 75250 Melaka

Waktu Operasi: 1.00 pm – 6.00 pm


2. Asam Pedas Selera Kampung

restoran asam pedas best di melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau anda baru pertama kali bercuti ke Melaka, menu asam pedas Melaka adalah wajib untuk anda cuba. Restoran ini merupakan salah satu tempat makan yang best di Melaka untuk anda mencuba asam pedas asli dari Melaka dengan pelbagai pilihan ikan-ikan segar. Selain asam pedas, pilihan menu lain juga banyak untuk lauk pauk makan tengahari seperti masak lemak daging salai, gulai ayam & sebagainya. Senang cerita, kalau berada di Restoran Asam Pedas Selera Kampung boleh dikatakan semua menu lauk pauk tradisional orang Melaka & negeri lain ada di sini.

Peta LokasiJarak606-288 1799

Alamat: No. G2, Jalan PM3, Mahkota Square, Bandar Hilir, 75000, Melaka

Waktu Operasi: 7.00 am – 6.00 pm


3. Asam Pedas Pasar Borong

kedai asam pedas pasar borong melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Masih cerita asam pedas. Destinasi kali ini adalah bertempat di Medan Selera Pasar Borong & di sini banyak deretan kedai makan yang menyediakan asam pedas & antara nama kedai yang popular di sini ialah Dahlia Asam Pedas & Matahari Asam Pedas. Antara cadangan yang nak diketengahkan kalau dah bercuti ke Melaka sudah tentulah asam pedas telur ikan, daging tetel & pilihan asam pedas ikan yang biasa anda lihat.

Selain nasi, di sini juga ada menyediakan roti canai & banyak pilihan makanan santai malam yang lain samaada bergoreng atau western food. Sesuai untuk pelancong datang ke sini untuk makan malam dengan suasana yang meriah & santai dari malam sampai ke lewat pagi.

Peta LokasiJarak

Alamat: Asam Pedas Pasar Borong, Taman Merdeka, 75350, Melaka

Waktu Operasi: 6.00 pm – 3.00 am


4. Asam Pedas Claypot Kota Laksamana

asam pedas claypot kota laksamana melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Lokasi Kota Laksamana memang sangat terkenal dengan Asam Pedas & bahkan ada beberapa kedai lain yang turut menyajikan makanan asam pedas. Kadang-kadang keliru juga kedai makan mana yang sebetulnya menjadi bualan mulut orang. Kedai yang telah bertapak lebih 15 tahun di Kota Laksamana ini memang agak besar dengan pelbagai jenis pilihan asam pedas yang boleh anda rasa baik ikan pari, kembung, tenggiri, telur ikan, daging tetel & sebagainya.

Setiapnya dijual secara set bersama dengan sambal belacan, telur masin & sedikit sayur. Dan hidangan asam pedas akan dimasak selepas ditempah & dihidangkan panas-panas di dalam mangkuk tanah liat.

Peta LokasiJarak6012-680 0790Facebook

Alamat: 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka

Waktu Operasi: 6.00 pm – 4.00 am (Selasa cuti)


5. Aida Rich Café

tempat makan best di melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Lokasinya di Ayer Keroh & kalau anda sedang berada di sekitar sini bolehlah ke Aida Rich Café yang popular dengan menu makanan orang Melaka seperti asam pedas & masakan nyonya. Suasana kedainya yang elegan & pilihan menu makanan di sini juga banyak sama ada makanan santai atau makanan berat berlatar belakangkan nyonya & western. Antara menu popular di sini ialah ayam cili, ayam pongteh, asam pedas nyonya, asam pedas tetl & sebagainya. One stop centre yang tepat untuk anda mencari makanan tradisional orang Melaka di Ayer Keroh.

Peta LokasiJarak+60178802011Facebook

Alamat: 54, Jalan TU 42, Taman Tasik Utama, 75350 Melaka

Waktu Operasi: 12.00 pm – 11.00 pm


6. Hajah Rahmah Asam Pedas Bukit Katil

restoran hajah rahmah melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

One stop centre untuk mereka yang inginkan masakan kampung dengan pilihan banyak. Destinasi makan ini lebih popular dengan hidangan kari kepala ikan & juga tidak ketinggalan dengan pilihan-pilihan lauk pauk Melayu yang beraneka seperti gulai, asam pedas, masak lemak & sebagainya. Memang sesuai untuk anda singgah makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan percutian anda di Melaka.

Peta LokasiJarak

Alamat: Bukit Katil (KM 9,Jalan Bukit Katil,Kampong Bukit Katil) 75460, Melaka

Waktu Operasi: 9.00 am – 5.00 pm


7. Roti Canai Kayu Arang

roti canai kayu arang melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Destinasi ini terletak tidak jauh dari Bandaraya Melaka sekitar 10-15 minit memandu. Walaupun menu utama kedai makan ini adalah hanya roti canai namun tidak bermakna hanya roti canai yang boleh anda makan di sini. Banyak juga pilihan makanan lain yang ada di sini seperti lontong, nasi lemak kukus ayam goreng rempah & pelbagai aneka kuih muih tradisional orang Melaka.

Roti canai di sini memang ada kelainannya sendiri kerana menggunakan dapur arang untuk membakar roti. Pilihan jenis roti canai seperti roti tampal, roti bom, roti telur & sebagainya juga banyak & yang paling rare adalah roti canai nanchos, memang lazat. Jadi kalau makan roti canai di sini memang boleh rasa asap-asap arang seperti makan satay. Rasanya memang agak lain daripada roti canai lain kalau anda memang pandai beza.

Peta LokasiJarak6016-661 2434Facebook

Alamat: lot 459 kg bakar batu mukim, Kampung Bakar Batu, 75350 Bachang, Melaka.

Waktu Operasi: 7.00 am – 12.00 pm


8. Mee Goreng Hassan a.k.a Mee Goreng Bodo

mee goreng hassan tengkera

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Walaupun nama mee bodo bukan bermakna orang yang makan bodo. Mee Bodo hanya gelaran yang diberikan oleh orang setempat kerana mee goreng yang dibuat di sini sangat simple & hidangannya pula hanya dimakan dengan telur goreng merah, hirisan timun & sambal lada specialnya. Namun, popularity warung ini memang sangat terkenal di kalangan orang Melaka & setiap pagi memang sangat penuh orang yang datang ke sini untuk merasai hidangan mee gorengnya.

Mee goreng di sini bukannya digoreng menggunakan cili boh seperti di kebanyakan kedai lain tetapi menggunakan sambal yang diresepikan oleh tauke kedai ini sendiri. Sambal merah seakan sambal nasi lemak ini wajib ada di dalam mee goreng untuk memberi satu kick rasa yang lebih kaw. Telur gorengnya pula digoreng menggunakan minyak cili yang memberi warna merah keemasan & rasa yang lebih masin (tetapi masin yang sedap).

Peta LokasiJarak

Alamat: Lot 245, Jalan Tengkera, 75200 Melaka.

Waktu Operasi: 7.30 am – 11.00 am (Khamis tutup)


9. Perhentian Kuih Kampung Ujong Pasir, Melaka

perhentian kuih kampung melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau anda kepingin mencari kuih muih tradisional Melayu yang akan membangkitkan nostalgia zaman muda, salah satu tempat makan menarik di Melaka yang paling ideal adalah ke Kedai Makan Perhentian Kuih Kampung Ujong Pasir. Dengan puluhan pilihan kuih muih tradisional Melayu, pasti membuatkan anda rambang mata nak makan apa.

Selain kuih muih, di sini juga popular dengan makanan berat orang Melayu kita seperti asam pedas, ayam golek & sebagainya. Memandangkan kedai ini memang popular dan hanya satu sepertinya di Melaka, makan waktu cuti atau peak hour memang full. Jadi pandai-pandailah datang awal atau datang pada waktu orang lain tak datang.

Peta LokasiJarak

Alamat: Lot 202, Ujong Pasir, 75050 Melaka.

Waktu Operasi: 8.30 am – 7.00 pm


10. Roti John Tarik Mael Lambung

roti john tarik melaka mael lambung

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Roti John tarik merupakan satu menu makanan yang sangat popular di sini. Kalau anda sukakan cheese makan roti john di sini adalah jawapan destinasi yang paling tepat untuk anda singgah di Melaka. Dengan menggunakan cheese mozzarella yang memang sangat jarang orang lain guna untuk buat roti john, pengalaman menarik hirisan setiap bahagian roti john lebih membuatkan kita meleleh air liur nak makan. Pelbagai makanan santai lain seperti burger turut ada di sediakan di Roti John Mael Lambung.

Peta LokasiJarak6013-611 1182Facebook

Alamat: Lot 1432 – A, Jalan Duyong Utama, Bukit Duyong, 75460, Melaka

Waktu Operasi: 5.00 pm – 1.00 am


11. Barkat Roti John

Barkat Roti John Ayam Golek Melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Roti John mungkin sesuatu menu makanan yang hanya kita jumpa di bazar Ramadhan atau pasar malam tetapi di Melaka, hidangan ini anda boleh cari di kedai-kedai makan yang specialty buat roti john. Jenama Roti John Barkat memang gah di Melaka & anda boleh mencubanya di beberapa kedai yang ada di sekitar Melaka seperti tempat asalnya di Tanjung Kling & satu lagi cawangan di Tengkera yang tidak jauh dari Pantai Klebang. Selain Roti John, hidangan popular lain yang ada di sini yang turut mendapat sambutan hangat adalah ayam goleknya. Sesuai untuk anda datang makan di sini waktu petang dan bersantai bersama keluarga.

Peta LokasiJarak6012-8171770Facebook

Alamat: No 60, Jalan Kenanga 1/24,, Taman Kenanga Seksyen 1, 75200 Tengkera, Melaka

Waktu Operasi: 5.30 pm – 1.30 am | Tel: 0128171770 / 0178171770


12. Klebang Original Coconut Shake

klebang original coconut shake

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Coconut shake merupakan satu minuman santai yang sangat popular di Melaka & satu destinasi yang paling popular kalau bercakap pasal coconut shake adalah di Pantai Klebang. Lokasi tempat makan best di Melaka bukannya betul-betul di tepi Pantai Klebang & berada lebih kurang 3-4 km dari Pantai Klebang. Rasa coconut shake di sini memang sangat kaw di mana anda boleh rasa ketulan halus kelapa yang kenyal yang enak di kunyah ibarat bijian kacang. Kisaran coconut shakenya tidak halus & ditambah pula dengan aiskrim vanilla, memang sungguh menyamankan. Lokasi kedai ini juga agak besar & ada juga menu makanan santai lain yang boleh anda cuba untuk isi perut seperti nasi lemak, mee goreng & sebagainya.

Peta LokasiJarak6013-399 4061Facebook

Alamat: Lot 130, Solok Kampung Bahagia, Klebang Besar (Jalan Klebang Besar), 75250 Klebang Besar, Melaka

Waktu Operasi: 11.30 am – 6.30 pm


13. Coconut Shake Alai

coconut shake sedap melaka alai

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Coconut shake sudah menjadi minuman rasmi orang Melaka. Kalau pelancong ke Melaka memang tak sah disuruh mencubanya. Kini tak perlu lagi nak Klebang semata-mata kalau nak mencuba coconut shake yang sedap kerana di Coconut Shake Alai juga ada kedai yang tidak kurang popular dengan minuman santai orang Melaka ini. Di sini juga ada menyediakan nasi lemak bungkus yang memang sedap & ianya memang satu kombinasi dikenakan dengan coconut shake.

Peta LokasiJarak019-670 2442

Alamat: Jalan Alai / Kandang, 75460 Melaka

Waktu Operasi: 11.00 am – 6.30 pm


14. Coconut Shake Batu Berendam

coconut shake batu berendam melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau anda tak sempat nak ke Coconut Shake Klebang, ada satu destinasi menarik di Batu Berendam Melaka yang boleh anda singgah untuk pekena coconut shake yang sama taraf sedapnya. Bahkan di sini yang lagi best air kelapa boleh tambah free. Suasana kedainya santai & tidaklah mempunyai deko-deko seperti di hotel tetapi memang lebih dari cukup untuk anda santai menikmati kesedapan coconut shake Melaka. Rasa tekstur blended kelapanya yang tidak terlalu halus & juga sedap dikunyah isian kelapa & ditambah pula dengan rasa lemak aiskrim vanilla pasti membuatkan anda terpejam mata menahan ngilu sejuk.

Peta LokasiJarak6019-684 1270FacebookWebsite

Alamat: No.5, Tingkat Bawah Jalan Kanan Satu Taman Ria, Batu Berendam, 75350 Melaka

Waktu Operasi: 10.00 am – 10.00 pm


15. Big Bowl Ice

big bowl ice melaka cafe

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau anda sudah ke Melaka 100 kali & jemu nak minum coconut shake, apa kata ke Big Bowl Ice yang turut boleh membuatkan mulut anda berasap kesejukan seperti ada peti sejuk. Destinasi ini menawarkan pelbagai jenis hidangan ala-ala ABC tetapi dengan persembahan & permainan yang sangat berbeza. Susah nak jumpa permainan makanan santai sebegini di tempat lain dalam Malaysia. Wajib cuba!

Peta LokasiJarak606-335 2276Facebook

Alamat: NO 1, jalan mp 3, Taman Merdeka Permai, Batu Berendam, Taman Merdeka Permai, 75350 Batu Berendam, Melaka

Waktu Operasi: 11.15 am – 11.00 pm


16. Nasi Gunting Haji Awal

nasi gunting pasar melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda mencari kelainan dalam makan tengahari pada harga berpatutan bolehlah mencuba nasi gunting Haji Awal yang terletak di tingkat 1 di Pasar Besar Melaka. Nasi Gunting diberi nama kerana lauk pauknya akan digunting kecil-kecil sebelum dihidangkan kepada pelanggan. Dan lauk pauk di sini lebih kepada makanan seperti limpa, perut, paru & daging serta dimakan bersama dengan kuah rempah seakan kari yang memang sangat unik rasanya. Nama nasi gunting memang sudah lama bertapak di Melaka sejak era 50-an lagi & merupakan perniagaan turun termurun keluarga & resepi nasi guntingnya memang tiada di destinasi lain. Dibuka setiap hari 8.30 am -1 pm melainkan bulan puasa.

Peta LokasiJarak

Alamat: MI38 Pasar Melaka Sentral, Melaka sentral, Melaka

Waktu Operasi: 8.30 am – 1.00 pm


17. Qasreena Kafe

qasreena cafe sedap melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi anda yang nakkan satu kelainan dalam mencari tempat makan best di Melaka, bolehlah ke Qasreena Café yang sudah bertapak 15 tahun di sini & popular dengan hidangan mee racunnya yang sangat menyegat lidah. Walaupun mee racun asalnya dari Johor tetapi oleh kerana kepedasannya yang menikam lidah maka orang Melaka memang suka. Dekorasi kafe ini juga lebih moden & sesuai untuk anda ke sini bersama pasangan untuk acara jalan jalan cari makan anda di Melaka. Menu-menu di sini baik makanan berat, pencuci mulut & minuman juga sangat bervariasi & kalau dah sampai ke sini tengok menu, boleh 5 minit juga berfikir apa benda yang nak dimakan.

Peta LokasiJarak6013-347 7404

Alamat: 15, Taman Puncak Bukit Katil, 75450 Malacca, Malaysia

Waktu Operasi: 8.00 am -11.45 pm


18. Restoran Sup Lembu Tangkak

sup lembu tangkak melaka sedap

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sup Lembu. Bunyinya memang tidak seindah nama sup tulang atau sup ayam tetapi rasa sup lembu memang lagi berlemak krim boleh membawa ke hospital. Resepi sup lembu di sini lebih kepada style orang Cina & anda jangan risau kerana restoran ini mempunyai sijil halal dari JAKIM. Bagi yang suka makan sup berdaging & inginkan kelainan rasa sup, bolehlah datang ke Restoran Sup Lembu Tangkak.

Peta LokasiJarak6 012-7893768Facebook

Alamat: 8, Jalan Laksamana Cheng Ho, 75000 Melaka

Waktu Operasi: 8.30 am -5.00 pm


19. Mee Besen Ori Melaka

mee besen ori melaka best

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Satu-satunya tempat makan menarik di Melaka yang boleh anda singgah untuk mencuba mee besen yang merupakan hidangan mee bersup yang dihidangkan dalam bekas berbesen yang boleh membuatkan anda kenyang seminggu. Mee di sini menggunakan mee soya yang sangat lebut & wangi serta supnya adalah seperti sup rempah yang biasa kita makan tetapi dalam rasa yang sedikit lain. Hidangan mee besen Melaka di sini memang sangat banyak walaupun anda order hanya untuk seorang. Harga pun murah & menunya unik memang satu destinasi makan makan yang ideal untuk anda terjah kalau bercuti di Melaka.

Peta LokasiJarak6010-2737895Facebook

Alamat: 17, Jalan PNDD 1, Kampung Durian Daun Dalam, 75200 Melaka

Waktu Operasi: 3.30 pm – 10.00 pm


20. Mee Gian a.k.a Mee Sup Tengkera

mee sup tengkara melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Memang sudah puluhan tahun bertapak di Melaka & mempunyai ramai peminat setia. Jadi kalau datang ke sini waktu peak hour,memang kena sabar. Kalau tak sedap takkan orang datang. Destinasi ini menyediakan menu utamanya iaitu mee supnya tetapi lebih popular di kalangan pelanggan tetapnya dengan makanan santai lain iaitu popia basah & popia goreng. Sesuai untuk anda datang makan petang sambal lepak bersama keluarga dengan hidangan santai yang pasti puas hati.

Peta LokasiJarak6017-2081099

Alamat: Lot, 460, Jalan Tengkera, 75200 Melaka

Waktu Operasi: 4.00 pm – 7.00 pm


21. Bam Bam Bistro

kedai makan sedap di bandar hilir melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kenapa perlu bayar lebih? Itulah yang boleh digambarkan tentang destinasi makan yang best tetapi murah di Melaka. Kalau anda nakkan tempat makan sedap di Melaka yang menyediakan makanan western seperti chicken chop atau lamb chop tapi pada harga macam nasi goreng kampung, sini adalah destinasi paling ideal. Tempat makan pun cantik bukan macam di warung biasa tetapi harga dia pula macam warung.

Peta LokasiJarak6012-6391224Facebook

Alamat: Lot 16231, Gabana Villa, Jalan Mahsuri Utama, Pulau Sebang, 78000, Melaka.

Waktu Operasi: 6.40 pm – 12.30 am


22. Kopitiam Balak Melaka

bam bam bistro bandar hilir melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau anda inginkan kelainan suasana tempat makan yang klasik, apa kata ke Kopitiam Balak yang berdekatan dengan masjid di Pantai Perhentian Balak untuk bersarapan pagi. Destinasi ini memang sangat unik kerana kedainya merupakan sebuah bangunan kayu yang telah berusia lebih seratus tahun. Dekorasi di dalamnya pula memang klasik dan pilihan menu makanannya pula memang rare terutamanya pulut ayam thai. Selain itu, di sini juga ada menyediakan makanan berat lain yang tidak kurang enaknya seperti chicken chop,lontong, nasi lemak, bakso, nasi ayam & makanan bergoreng. Sesuai untuk anda sarapan pagi atau makan tengahari.

Peta LokasiJarak6019-2588969Facebook

Alamat: Pengkalan Balak, Melaka

Waktu Operasi: 7.30 am – 5.00 pm (selasa tutup)


23. MR Cafe & Restaurant

kopitiam pengkalan balak melaka best

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi anda yang inginkan kedai makan yang selesa & cantic serta dekorasinya tidaklah hanya berpapan kayu, bolehlah datang ke restoran ini yang menyediakan pelbagai jenis menu makanan baik menu tradisional Melaka seperti asam pedas, masak lemak serta pelbagai menu hidangan western & desert yang pasti membuatkan anda kecur air liur. Makan di sini lebih terasa tenang sebab tidak terlalu sesak dengan orang lalu Lalang & lebih macam berada di rumah.

Peta LokasiJarak606-2535527Facebook

Alamat: No 4, Jalan TU 2, Taman Tasik Utama, 75350 Melaka

Waktu Operasi: 10.00 pm – 10.00 pm


24. The Old Kitchen Melaka

the old kitchen melaka menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Pilihana destinasi makanan western di Melaka memang tidak kurang hebatnya. Kalau anda inginkan kedai makan western di Melaka dengan banyak pilihan menu & konsep dekorasi restoran yang klasik, sangat dicadangkan untuk terjah restoran ini. Baik chicken shop, steak, grilled lamb, salads & minuman-minuman yang meriah hiasannya, you name it. Semua ada!

Peta LokasiJarak6016-4453894Facebook

Alamat: NO 2C, Jalan Batu Berendam Taman Pertama, Batu Berendam, 75350 Melaka.

Waktu Operasi: 7.00 pm – 12.00 am


25. Coffee Ngencess Bandaraya Melaka

mr cafe restaurant melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Destinasi makan malam dengan menu western, kopi-kopi panas/ sejuk yang cantic & suasana kedai yang klasik. Itulah gambaran ringkas yang boleh dikatakan tentang kedai makan ini. Sesuai untuk anda yang nak releks-releks waktu malam dengan pasangan masing-masing sambil makan-makan dengan hidangan yang cantic & menyelerakan. Wifi percuma juga ada disediakan untuk pelanggan jadi memang satu port lepak malam menarik di Melaka untuk buat kerja atau surfing-surfing mencari bahan kerja.

Peta LokasiJarak6016-6665375Facebook

Alamat: No. 17 Taman 1 Lagenda 75400 1 75400, 1, Jalan Lagenda 9, 75300 Melaka

Waktu Operasi: 2.30 pm -11.00 pm


26. Api Api Buffet Steamboat & Grill Melaka

kedai makan western best di melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Di Melaka kalau anda nak makan steamboat & benda-benda yang bersup atau bergrill macam dalam cerita korea, Api Api Steamboat adalah destinasi yang perlu anda ingat. Ruangan kedai yang besar, tempat makan pun banyak & pilihan hidangan steamboat ala buffet yang banyak memang saangat menarik untuk anda sekeluarga atau satu bas datang apabila bercuti ke Melaka kelak.

Peta LokasiJarak6013-3040500Facebook

Alamat: No. 8, Jalan Lagenda 6, Taman I-Lagenda, Melaka, 75400 Melaka.

Waktu Operasi: 12.00 pm – 12.00 am


27. Pine & Dine Malacca

kedai steamboat best di melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Nama restoran pun canggih maka sudah pasti kedainya pun sangat moden dengan pelbagai pilihan makanan ala barat yang boleh anda cuba. Baik steak, grill, meatball, aneka pasta & pilihan desert pelbagai, semua ada. Kedai makan di Pine & Dine juga sangat classy dengan dekorasi yang pasti membuatkan anda nak selfie & upload dalam facebook.

Peta LokasiJarak6011-1146 7911Facebook

Alamat: 31, GF, Jalan KSB 11, Taman Kota Syah Bandar Melaka

Waktu Operasi: 4.00 pm – 11.30 pm


28. Cengkerang Seafood Jumble

kedai makanan romantis melaka best

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Destinasi yang akan membuatkan anda nak datang dua kali bersama pasangan masing-masing. Suasana kedai cantik, view menarik & ditambah pula dengan menu makanan seafood shell out yang sedap pasti menjadikan destinasi ini satu tempat yang wajib anda cuba kalau berbulan madu di Melaka.

Peta LokasiJarak6019-3812302Facebook

Alamat: No. 10 Jalan KLJ 1A, Taman Kota Laksamana Jaya, Melaka

Waktu Operasi: 3.00 pm – 11.00 pm


29. Restoran Dima Arabic Food

cengkerang seafood jumble restaurant malacca

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau anda ingin makan makanan Arab yang sedap, di Melaka ada beberapa destinasi yang popular yang boleh anda terjah. Salah satunya adalah Restoran Dima yang mempunyai dua cawangan di Melaka & satu lagi di Damansara. Kepakaran kedai ini sudah tentulah menyediakan makanan Arab seperti nasi arab, roti arab, salad & pelbagai pilihan lauk pauk citarasa meditrenean. Sesuai untuk anda yang mencari kelainan restoran di Melaka & makanan yang tak pedas.

Peta LokasiJarak606-2323515FacebookWebsite

Alamat: Bangunan Bowling, Jalan Mitc, Melaka International Trade Centre, 75350 Melaka

Waktu Operasi: 12.00 pm – 12.00 am


30. Dapur Rita

kedai nasi arab melaka yang sedap

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bercuti ke Melaka tetapi rasa nak cuba makanan popular orang Singapura. Kalau itu niat dihati bolehlah ke restoran Dapur Rita yang specialty menu adalah masakan orang Singapore seperti sup tulang merah, mee rebus satay Singapura, fried carrot cake & sebagainya. Lokasi restoran terletak di Bukit Katil, Melaka.

Peta LokasiJarak6017-6047647Facebook

Alamat: Jalan Bukit Katil, Kampung Duyong, 75460 Melaka

Waktu Operasi : 5.00 pm -2.00 am


31. Medan Ikan Bakar Melaka

Selain destinasi yang dikongsikan di atas, Melaka juga popular dengan medan ikan bakar yang menarik untuk anda makan malam. Antara 4 medan ikan bakar Melaka yang paling top anda boleh terjah adalah:

  1. Ikan Bakar Sungai Duyong
  2. Ikan Bakar Parameswara di Umbai
  3. Medan Ikan Bakar Serkam
  4. Medan Ikan Bakar Alai di Crystal Bay

32. Restoran Astana Puteh

tempat makan menarik di melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau anda mencari kedai makan Melaka yang mampu memuatkan anda yang datang dengan kelompok yang besar, anda sila ke Restoran Astana Putih ini. Kedai makan ini sangat luas dan juga bersih. Memang sesuai untuk datang bersama keluarga besar ataupun membuat acara di sini. Selalunya orang akan mengadakan majlis perkahwinan kerana mereka mempunyai dewan yang luas.

Makanan di sini juga sedap-sedap tau. Antara makanan yang desediakan ialah lamb chop, chicken butter dan kuey tiaw kung fu. Selain itu, mereka juga ada bufet untuk berbuka puasa. Bufet makanan mereka memang banyak pilihan yang pasti membuatkan anda pening kepala.

Peta LokasiJarak+60132471990Facebook

Alamat: Batu 17, Jalan Solok Duku, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Waktu Operasi: 5.00 pm – 8.00 pm


33. Ayam Penyet Lamongan

makanan sedap melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Ayam penyet yang merupakan makanan tradisional rakyat Indonesia memang mudah dijumpai di Malaka ni. Di Ayer Keroh, terdapat satu kedai makan Melaka yang menghidangkan ayam penyet yang sememangnya best. Ayam Penyet Lamongan ini bukan sahaja terkenal dengan ayam penyet malah mereka ada beberapa menu lain seperti lele penyet dan sotong penyet. Portion makanan sedap di sini juga agak besar. Kalau pesan lele penyet tu, mereka akan bagi dua ikan keli yang sangat rangup. Sambal penyet mereka juga membuatkan pelanggan berkunjung semula.

Peta LokasiJarak+60173344699Website | Facebook

Alamat: Malacca International Trade Centre, 75450 Ayer Keroh, Malacca

Waktu Operasi: 11.00 am – 8.00 pm


34. Cendol Jam Besar

makan best melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Jalan-jalan di tengah kota Melaka ni mesti penat kan? Dengan panasnya lagi, terus buat tekak jadi haus. Jadi, singgahlah sekejap ke cendol jam besar ni untuk menyejukkan badan. Ada macam-macam cendol yang boleh anda rasa disini seperti cendol biasa, cendol pulut, cendol jagung, cendol durian dan cendol campur. Selain cendol, abc dan aiskrim juga boleh didapati di sini.

Kedai cendol in terletak betul-betul di hadapan bangunan merah (Stadthuys) tu. Lepas dah peluh-peluh tangkap gambar di sana, silalah singgah ke kedai ini.

Peta LokasiJarak+60166545911Facebook

Alamat: Bandar Hilir, 75200 Melaka

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat: 10am–6:30pm, Sabtu: 10am–10pm, Ahad: Sunday, 6–7am, 10am–7pm


35. Restoran Rashid Corner

makanan menarik melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bersarapan pagi kalau di Melaka ni memang tak susah pon nak cari yang sedap. Salah satu tempat makan menarik di Melaka ialah di Restoran Rashid Corner. Banyak makanan ada di sini. Ada char kueh, nasi lemak rendang, mi goreng dan banyak lagi lah. Harganya yang berpatutan dengan rasanya yang sedap memang dapat memenangi hati anda yang ke sini.

Walaupun kedai makan sedap ini ramai orang, namun makanan mereka siap dengan cepat. Anda tak perlu penat menuggu lama untuk makan pagi. Makanan yang paling lari di sini ialah char kueh. Memang siap je baru, habis lesap. Pelanggan mereka kebanyakannya Melayu sahaja kerana restoran ni bukan kedai mamak tapi kedai makanan Melayu.

Peta LokasiJarakFacebook

Alamat: Taman Bukit Piatu Mutiara, 75150 Melaka

Waktu Operasi: 9.00 am – 8.00 pm


36. Warung Pak Enal

kedai makan sedap melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Warung Pak Enal ini menyajikan nasi campur dengan kepelbagaian lauk yang sesuai sangat dimakan ketika makan tengah hari. Memang masakan kampung  je ada disini. Jadi, siapa yang lapar makanan kampung tu boleh cuba warung ini. Walaupun namanya ada warung, tapi kedai makanan sedap di Melaka ini bukannya kecil. Kedainya agak besar dan memang kenalah dengan pengunjungnya yang ramai terutama semasa makan tengah hari.

Lauk-pauk di sini juga cepat habis. Anda kadang-kadang perlu tunggu untuk lauk baru siap dimasak. Pernah juga satu bas pelancong berhenti makan di sini. Jadi, bayangkanlah bertapa ramai pelanggan mereka.

Peta LokasiJarak+60122393021 | Facebook

Alamat: 4040, Jalan Bukit Katil, 75460 Melaka

Waktu Operasi: 8.00 am – 4.30 pm


37. Bunga dan Tembok Cafekedai makan melaka bunga dan tembok cafe

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Ingin menikmati makanan barat yang best, sedap dan berpatutan? Anda boleh datang beramai-ramai ke Bunga dan Tembok Cafe. Mereka ada banyak gila makanan western yang memuaskan nafsu makan anda. Saiz makanan mereka juga besar dan mengenyangkan perut yang lapar. Mereka ada pilihan makanan seperti pizza, burger, lamb chop dan spageti. Kedainya juga banyak tempat duduk, jadi sesuai untuk anda datang beramai-ramai dan menikmati jumbo plate mereka.

Di kedai makan sedap Melaka ini, mereka juga membenarkan pelanggan untuk membuat sambutan di sini. Anda boleh buat sambutan hari jadi mahupun sambutan hari ibu. Anda hanya perlu tempat tempat terlebih dahulu dan mereka akan membuat sedikit hiasan yang berpatutan.

Peta LokasiJarak+60166111879 | Facebook | Instagram

Alamat: No 53, Jalan KP 1, Taman Krubong Perdana, 76250 Durian Tunggal, Melaka

Waktu Operasi: 3.00 pm – 12.00 am (kecuali Isnin)


38. Asam Pedas Kak Suasam pedas melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Asam pedas dan Melaka memang berpisah tiada. Melaka ni memang lubuk asam pedas yang paling best. Asam Pedas Kak Su juga tidak kurang hebatnya. Kuah asam pedas Kak Su ni memang pekat, lazat dan kurang pedas. Jadi, yang bawak anak-anak merasa asam pedas tu bolehlah cuba kerana asam pedas di sini tidak terlalu pedas. Bukan asam pedas sahaja dijual di tempat makan Melaka ni, ada juga masakan Melayu lain yang boleh di cuba kalau tak rasa nak makan asam pedas. Ruang makan di kedai makan Kak Su ini luas dan bersih serta banyak juga tempat letak kereta.

Peta LokasiJarak+60196202853

Alamat: Kampung Jambatan Duyong, 75460 Melaka

Waktu Operasi: 9.00 am – 5.00 pm (kecuali Jumaat)


39. Restoran Hijrah Sari Nasi Ayam Hailam

kedai makan melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau singgah ke Sungai Udang, Melaka memang tak sah kalau tak makan nasi ayam di Restoran Hijrah Sari Nasi Ayam ni. Nasi ayam di sini adalah antara yang paling best di seluruh Melaka. Tempat makan menarik di Melaka ini menyediakan nasi ayam semata-mata dengan beberapa lauk yang lain. Ayam mereka ada yang digril dan ada juga yang di steam tetapi ayam steam ataupun ayam putih mereka paling laku dan memang cepat habis. Jadi, kalau nasib anda baik, anda mungkin dapat merasa nasi ayam putih itu.

Kedai makan ni memang sentiasa ramai orang. Walaupun begitu, servis mereka sangat cepat, dari bungkus hinggalah makan disini. Anda tak perlu tunggu lama untuk isi perut anda tu.

Peta LokasiJarak | +60196676168  | Facebook

Alamat: 8 & 10, Jalan Keris Emas 1, Taman Keris Emas, 76300 Sungai Udang, Melaka

Waktu Operasi: 10.00 am – 5.00 pm (kecuali Ahad)


40. Restoran Lot 85

makan sedap melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Restoran Lot 85 ni ialah kedai makan nasi campur. Anda boleh jumpa lauk-pauk orang Melaka. Asam pedas ada, kari ada, nasi briyani ada dan macam-macam lagilah. Tempat makan ini memang selalu sibuk ketika makan tengah hari. Ramai pekerja dari kawasan ini yang suka singgah untuk makan disebabkan kepelbagaian makanannya. Akan tetapi harga makanan di sini tidaklah berapa murah, namun makananya memang sedap. Kalau anda datang ketika makan tengah hari tu selalunya susah sikit hendak mencari tempat letak kereta.

Peta LokasiJarak+6062922045Facebook

Alamat: Jalan Putri Hang Li Poh 75400, Kampung Durian Daun Dalam, 75400 Melaka

Waktu Operasi: 9.00 am – 5.00 pm (kecuali Ahad)


41. Sate R&K

sate makan sedap melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kepada penggemar-penggemar sate, anda boleh cuba sate di Sate R&k ni. Sate disini agak murah berbanding kedai-kedai sate lain. Sate dagingnya cukup empuk dan sedap dimakan panas. Saiz sate di sini juga tidak terlalu kecil atau terlalu besar, boleh dikatakan size standard-lah. Satenya yang empuk dipadankan pula dengan kuah kacang yang pekat memang dapat menambat hati penggemar sate di luar sana. Ini adalah antara kedai sate yang terkenal di Melaka.

Kalau tak kenyang makan sate je, anda juga boleh pesan menu makanan sedap yang lain. Contohnya, nasi goreng, mi bandung, maggi goreng dan banyak lagi. Tapi pastikan dah datang kedai sate tu, anda pesan sate juga.

Peta LokasiJarak+60176769620Facebook

Alamat: 63, Jalan Bpm 1, Taman Bukit Piatu Mutiara, 75400 Melaka

Waktu Operasi: 4.00 pm – 10.00 pm


42. Cafeology Cafe & Restaurant

kedai makan viral melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Nama kedai je dah nampak kelainanya tu. Cafeology Cafe and Restaurant ni memang sesuai untuk anda menjamu selera sambil bersantai dan berborak-borak bersama rakan-rakan anda. Cafe ni cukup lawa dan nampak mewah serta boleh untuk dijadikan port bergambar. Selain kedainya yang cantik, makanan disini juga memang layak untuk di letak di Instagram. Best gila dapat makan makanan yang sedap dan lawa.

Menu-menu di sini terdiri daripada makanan western seperti spageti, lamb chop, burger dan macam-macam lgi. Kalau datang hanya untuk bersantai, mereka juga ada sediakan kek dan kopi yang sedap-sedap.

Peta LokasiJarak+601152777730 | Website | Facebook | Instagram

Alamat: 21, Cofeology Grand Boulevard, 23, Jalan Bukit Beruang, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Waktu Operasi: 12.00 pm – 7.30 pm


43. Hot Chicken Chop

makanan sedap melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Hot Chicken Chop merupakan antara tempat makan sedap di Melaka. Terdapat banyak makanan barat yang ada di sini seperti sudah tentu chicken chop, lamb chop dan spageti. Kepada yang perut tu nak makan makanan western, bolehlah singgah sebentar. Selain itu, ada juga makanan barat yang diolah dengan masakan tempatan iaitu dihidangkan bersama dengan nasi goreng.

Pizza di sini juga menjadi tarikan pelanggan mereka. Macam-macam jenis pizza ada. Harga pizza pula bermula daripada RM16 ke RM30. Anda boleh berkongsi pizza mereka dengan ahli kelurga atau rakan-rakan yang datang sekali dengan anda.

Peta LokasiJarak +60142666214 | Website | Facebook | Instagram

Alamat: No 23, Jalan Ttc 26A, Taman Teknologi Cheng, 75260 Cheng, Melaka

Waktu Operasi: 3.00 pm – 7.30 pm (kecuali Isnin)


44.Rumah Makan Cibiuk

tempat makan viral melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Nama kedai makan Melaka ni memang pelik kan? Sebabnya ini kedai makan yang khusus untuk penggemar makanan Indonesia. Kalau tak dapat pergi negara jiran untuk merasa makanan mereka, datang jelah ke sini. Makanan Indonesia mereka memang asli dan lain daripada lain. Rasa makanan terutama sambal disini pasti membuatkan anda feeling berada di Bali.

Bukan sahaja nama kedai lain dari lain, nama makanan juga ada yang tak pernah didengari, contohnya Nasi Liwet dan set Ngariung Kampung. Jadi, kalau tengok menu tu janganlah rasa pelik dan muka berkeronyok. Anda boleh je tanya pekerja di sini untuk menjelaskan menu-menu mereka.

Peta Lokasi | Jarak +6062338645 | Website | Facebook | Instagram

Alamat: 10, Lingkaran Mitc, Kompleks Perniagaan MITC Perdana, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Waktu Operasi: 11.00 am – 10.00 pm


45. Melantak Steak hub Melakakedai makan viral melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Melancong ke Melaka ni, yang susahnya ialah nak pilih tempat makan best Melaka mana satu yang hendak diterjah dulu sebab banyak sangat yang best. Apa kata anda ke Melantak Steak Hub di Kota Syahbandar dulu untuk makan malam. Hidangan utama di sini adalah steak yang kebanyakannya diimport daripada Jepun dan Australia. Kelas kan dapat makan daging import ni?

Makanan di sini juga sudah tentunya halal ya. Antara hidangan yang ada seperti chicken chop, lamb chop dan burger. Kalau taknak makanan barat tu, mereka juga ada asam pedas, nasi ayam dan beberapa makanan Malaysia yang lain. Silalah singgah di sini untuk melantak nanti.

Peta Lokasi Jarak+601127676631 | Facebook | Instagram

Alamat: 208, Jalan Klebang Besar/Klebang Kecil, Taman Orkid, 75200 Melaka

Waktu Operasi: 12.00 pm – 12.00 am (kecuali Rabu)


46. Yong Tau Fu Gelombang Biru

makan sedap melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Jarang nak jumpa kedai makan yang hanya menyediakan yong tau fu je. Di Pulau Gadong, Melaka terdapat satu kedai yang hanya menjual yong tau fu sahaja. Yong Tau Fu Gelombang Biru mempunyai pelbagai jenis makanan sejuk beku yang  boleh dipilih oleh pelanggan di sini. Harga setiap makanan berbeza-beza dan bergantung kepada jumlah yang diambil.

Yong tau fu di sini dimakan dengan sup dan ada juga disediakan sedikit sos. Anda boleh je ambil semangkuk besar untuk dikongsi dengan beberapa orang. Kedai ini agak ramai terutamanya ketika hampir lewat malam kerana menjadi tempat lepak penduduk sekeliling.

Peta LokasiJarak+60173416070Facebook | Instagram

Alamat: No., 33, Jalan Bertam Perdana 9, Taman Bertam Perdana, 75250 Melaka

Waktu Operasi: 6.00 pm – 12.00 am


Cari Penginapan Menarik di Melaka

Yang bestnya, jarak kilometer tempat percutian menarik di Melaka yang sering menjadi tumpuan pelancong tidak jauh antara satu sama lain, begitu juga dengan tempat-tempat makan best di Melaka memang sangat dekat & jimat minyak kereta. Di mana jua anda berada di Melaka & kalau terasa nak terjah 45+ destinasi makan-makan di atas memang boleh pergi tanpa fikir panjang. Anda tahu destinasi makan makan di Melaka yang ramai tak tahu? Apa kata komen di bawah tempat yang anda tahu supaya senang orang luar untuk jalan jalan cari makan di Melaka kelak. Selamat mencuba & wasslama.

4.4/5 - (110 votes)
Subscribe
Notify of
guest

85 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Rushdan
Rushdan
4 years ago

Hakim D’Sawah Corner pon sedap..harga berpatutan…parking mudah ..kedai pon besar dan bersih…makanan femes roti canai…asam pedas tulang…sup tulang…mee kari …bubur ayam

Khushairi
Khushairi
5 years ago

Tgh drive mencari bayou lagoon terperasan asam pedas berkat salam, lps check in. Malam nya try la kt situ. Ermmm.. terangkat betul asam pedas dia

Mrs Waney
Mrs Waney
5 years ago

Bagi yang cari asam pedas waktu siang or lunch hour.. Bolehlah kunjungi Kedai Asam Pedas Mat Terung bersebelahan Sekolah Munshi Abdullah & Petronas Batu Berendam.. Asam pedas terbaikkkkk!! Harga yang sangat2 berbaloiii!!! Sudah kena pasti repeat.. Selain pada tu ayam goreng resepi turun temurun dari zaman nenek moyang mereka… Sudah kena pasti repeat lagi!!!
Boleh contact owner utk dapatkan lokasi 0176097611

Mr Yat
Mr Yat
5 years ago

Asam pedas terbaik, sy dh compare 3 tempat viral di Melaka…paling best, Asam Pedas Talam Dragon yg terletak di Kampung Pulai, Krubong. Harga semua sama je RM10 satu set yg dihidang dalam talam. Siap dengan telur masin, sambal belacan, keropok papadom, hirisan timun, salad, pastuh FREE air dan buah buahan…ni sy ada nombor owner 011-28203073 (Chef Anne)

yaya
5 years ago
Reply to  Mr Yat

boleh delivery ke hahha

Wan
Wan
5 years ago

Makanan terbaik datangla melaka, homestay ayer keroh MITC ada hanya rm 100/night

Nur iman
Nur iman
5 years ago
Reply to  Wan

Ade no owner homestay?

Nad
Nad
5 years ago

Wowww akhirnya ada info tempat lain.. Sbb Saya pernah pergi tempat popular seperti dikatakan oleh oleh lain2 .. So frustrating apabila kami makan beratus rates dekat Laksamana as am pedas… Taste biasa2…….. Kawan2 Saya kata kalau nk nest belah dalam atau kuala bukan Bandar…… Terimakasih admin… Bagi idea ni mmg Nak ke Melaka bawak mak ayah jalan2

Azrul
Azrul
5 years ago

Klau berkunjung ke pantai pengkalan balak bole try makan dkt restoran asam pedas claypot kuala..mmg marvelous kuah asam pedas claypot dan byk pilihan utk makanan lain..chicken chop & lamb chop pn mmg terbaik setanding dgn kedai2 western yg lain…tq tauke restoran asam pedas claypot kuala..5 ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

85
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x