Isi Kandungan
Percutian ke tempat menarik di Pulau Langkawi dan menginap di rumah tradisional tidak akan lengkap tanpa mengisi perut dengan makanan-makanan yang sedap. Jom kita lihat beberapa tempat makan best di Langkawi yang boleh anda singgah untuk bersantap.
Selain keenakan makanannya, ada beberapa tempat makan di bawah ini yang dikira agak unik dan susah nak dicari di tempat lain. Unik dari segi makanannya dan juga suasana sekelilingnya yang sesuai dengan destinasi percutian seperti Langkawi.
15 Tempat Makan BEST di Langkawi
1. Nasi Dagang Pak Malau
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Bukan setakat pemandangan sahaja yang lawa di kedai Nasi Dagang Pak Malau, hidangan nasi dagangnya juga memang kena. Sekiranya anda mencari tempat makan yang sedap di Langkawi untuk sarapan pagi, jangan lupa untuk singgah di sini. Menikmati keenakan nasi dagang dengan ikan tongkol sambil melihat kehijauan jelapang padi yang luas dan nun di hujung sana pemandangan bukit yang menghijau pasti membuatkan pengalaman makan di sini lebih ‘authentic’ dan klasikal begitu.
Selain lauk gulai ikan tongkolnya, ada juga beberapa lauk lain yang boleh dimakan bersama nasi dagang seperti gulai ayam, daging kerutub, ayam goreng berempah dan juga daging kambing masak kurma. Pekena nasi dagang di pagi hari bersama kombinasi air kopi’o panas memang merupakan satu gabungan yang meletup kebabom! Satu tempat makan sedap di Langkawi yang paling menarik suasana sekelilingnya. Lokasi warung Nasi Dagang Pak Malau hanya berhadapan dengan Masjid Kg. Bukit Temin.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â +60122711977 |Â Facebook
Alamat: Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 8.00 pm – 2.00 pm (kecuali Selasa)
2. Hafiz Rojak
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Bagi yang nak bersantai makan ringan-ringan di tepi pantai, salah satu port yang best ialah di Hafiz Rojak. Memandangkan Hafiz Rojak ini bergerak menggunakan van lotun, anda boleh berjumpa dengan Hafiz Rojak kebiasaannya di pantai di Kuah dan kadang-kadang di Pantai Kok. Pelbagai makanan santai yang sedap dan menarik disediakan seperti rojak buah, laksa, pasembur, nasi lemak bungkus, cendol dan mee rebus.
Jangan main-main dengan tahap kesedapan laksa dan populariti Hafiz Rojak walaupun ianya bukan sebuah restoran, Jalan Jalan Cari Makan TV3 pun pernah singgah di sini. Memang jarang-jarang sangat tempat makan yang beroperasi dengan van masuk JJCM TV3. Kalau anda perhatikan di van Hafiz Rojak, anda akan melihat bingkai kecil tergantung di atas sebelah cenderahati JJCM TV3 yang menunjukkan Anugerah Laksa Lazat yang pernah dimenangi oleh Hafiz Rojak. Dapat jadi johan tu! Nak tahu bagaimana kesedapan laksa sang juara yang telah diiktiraf oleh biro laksa-laksa sedunia, kenalah datang singgah di Hafiz Rojak.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â +60124892334
Alamat: Jalan Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 2.00 pm – 7.30 pm (kecuali Isnin)
3. Restoran Seashells
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Kadang-kadang kalau bercuti ke tempat orang, kita nakkan suatu kelainan yang boleh diselitkan ke dalam memori percutian bersama keluarga. Kalau bab makan di Langkawi, salah satu kelainan yang boleh anda cari ialah di Restoran Seashell, sebut betul-betul jangan tergeliat lidah. Di sini anda boleh menjamah makan tengahari ataupun makan malam di tengah-tengah jelapang padi. Jangan bimbang kerana tempat jalan kaki berkayu yang tinggi dan pondok makan yang berkipas ada tersedia untuk keselesaan pengunjung. Kalau tak suka, boleh jer makan di dalam kedai.
Makanan di sini mempunyai pelbagai aneka masakan Melayu, baik makanan berasaskan ayam atau daging mahupun yang ala seafood dan ikan bakar. Semua makanan dan lauk di sini dihidangkan secara berbufet dan sedap-sedap belaka. Ada juga menu-menu makanan yang dihidangkan secara berhidang. Kalau anda orang KL, memang wajib cuba try test, memang tak jumpa tempat makan yang sedap dengan suasana sebegini di KL beb.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â +6049553581
Alamat: Muzium Laman Padi, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 1–3 pm, 6–8 pm
4. Kak Yan Nasi Campur
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Salah satu kedai makan tengah hari yang best di Langkawi ialah di Kedai Makan Kak Yan Nasi Campur. Makan lunch buffet dengan pelbagai aneka lauk pauk dan seafood yang dibakar pasti membuka selera sesiapa sahaja yang sampai di sini. Kalau dikira jumlah bufet yang ada beratur lebih daripada 20! Itu tidak termasuk dengan menu lauk lain di atas talam dan pinggan lain.
Antaranya aneka kerabu, aneka ulam-ulaman, ikan bakar, sayuran berkuah, gulai-gulai dan sebagainya. Bagi penggemar masakan ala kampung dan inginkan kepuasan, sangat dicadangkan untuk singgah di Kak Yan Nasi Campur. Antara menu makanan yang sangat unik di sini untuk dicuba ialah kerabu bronok.
Sekiranya anda tidak pernah mencuba kerabu bronok, datang ke Langkawi mesti cuba makan. Bronok ini merupakan sejenis hidupan laut yang bentuknya seperti gamat ataupun timun laut. Tidak seperti gamat, bronok ini lebih kenyal dan hidup di kawasan yang berlumpur di laut. Memang susah nak cari hidupan bronok di tempat lain.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â +60174084371
Alamat: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 8.00 am – 4.00 pm
5. Jom Ikan Bakar
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Bagi anda yang mencari kedai makan masakan Melayu terutama ikan bakar yang berdekatan denga lapangan terbang, anda boleh pergi ke Jom Ikan Bakar Langkawi. Kedai makan Langkawi ini terletak lebih kurang 5 minit sahaja dari lapangan terbang. Mereka ada jual macam-macam juadah masakan Melayu yang best. Ikan bakar di sini memang segar dan tidak hanyir lansung. Cili cicahnya pun sedap sungguh.
Kedai ini memang agak dikenali penduduk tempatan, jadi memang tidak hairanlah kenapa mereka selalu ramai orang. Waktu cuti tu lagilah ramai orang, dengan penduduk tempatan lagi, pelancong lagi. Anda yang bakal ke sini tu kalau datang lambat memang kena tunggu lauk masak baru. Lagipun harga makanan memang murah.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â +60135129931
Alamat: Jalan Lapangan Terbang, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 10.00 am – 5.00 pm
6. Wan Thai Langkawi
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Makanan ala Thai di Langkawi ni memang banyak tau, salah satu yang sedap ialah di Wan Thai Langkawi. Di sini, mereka menyajikan masakan Thai yang asli. Seperti kedai-kedai Thai lain, kedai makanan sedap Langkawi ini ada menjual Tomyam, ikan stim limau, sotong goreng tepung dan macam-macam lagi. Tukang masak juga dikatakan memang berasal dari Thailand, jadi mestilah makanannya rasa Thai tu.
Bergantung kepada masa anda datang, anda mungkin perlu beratur sebentar sementara menunggu meja kosong. Jangan risau, biasanya memang tak lama pun menunggu kerana servis mereka memang cepat dan pekerja mereka juga peramah.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â +6049661214 |Â Facebook
Alamat: 80-82 Langkawi Mall Dundung Langkawi, 07000 Kuah
Waktu Operasi: 11.00 AM – 2.45 PM, 6.30 PM – 9.45 PM
7. Desa Permata Ikan Bakar
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Desa Permata Ikan Bakar merupakan satu kedai makan makanan laut yang digemari ramai. Di sini mereka ada menyediakan banyak makanan laut yang segar-segar. Antara yang anda boleh pilih ialah ikan siakap, sotong, udang dan ketam. Harga bergantung kepada saiz yang anda pilih serta jenis masakan. Mereka ada menyediakan masakan sambal petai, masak masam manis, goreng tepung dan banyak lagilah.
Hidangan mereka memang sedap dan sentiasa mendapat perhatian para pelancong. Harga juga boleh dikatakan berpatutan lah. Anda cuma kena pastikan anda jelas dengan harga makanan mereka agar tiada salah faham yang berlaku.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â +60195678369 | Facebook
Alamat: No 5-6 Gerai Taman Desa Permata, Langkawi, 07000 Kuah, Kedah
Waktu Operasi: 3.00 pm – 12.00 am
8. Tanjung Tirai View Cafe
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Kedai-kedai makan di Langkawi memang banyak yang ada pemandangan cantik-cantik, Tanjung Tirai View Cafe memang taknak kalah juga. Anda dapat menikmati pemandangan laut yang begitu menambat hati. Kalau anda pergi ketika waktu petang, fuh, memang best gila dapat tengok matahari terbenam. Dahlah makanan sedap, pemandangan cantik pula tu. Anda pasti akan seronok makan di sini.
Juadah-juadah yang disajikan sudah tentulah makanan laut menjadi menu utama. Ikan masak tiga rasa ada, kangkung ikan masin ada, tomyam ada, dan sate pun ada. Nak datang ramai-ramai memang tiada masalah. Kedai ini ada menyediakan meja besar untuk santapan berkumpulan. Oleh itu, anda yang datang satu keluarga tu, singgah je makan di sini.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â +60194172345 | Facebook
Alamat: 6.315567, 99.850631 GF11 & GF12 Kompleks Jeti Perlancongan Kuah 07000 Langkawi, Malaysia, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 5.00 pm – 12.00 am
9. Pak Hj Ya Chicken Rice Restaurant
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Di Langkawi makanan laut biasanya memang untuk makan malam. Kalau makan tengah hari pula, nasi ayam di Restoran Pak Hj Ya ni memang menjadi pilihan ramai. Nasi Ayam ini memang sudah lama bertapak di Langkawi dan sudah mendapat tempat di hati pelanggan. Mereka memang dah ada ramai pelanggan tetap dah.
Memang ada nasi ayam je di sini, akan tetapi, yang istimewanya, mereka ada menjual nasi ayam telur dan nasi ayam lebih telur lagi. Memang tak pernah dengar orang makan nasi ayam dengan telur. Cili yang mereka beri juga tak berapa pedas, jadi anak-anak anda mesti boleh makan. Apa lagi, bila datang Langkawi nanti cubalah kedai ini.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â +60195638320
Alamat: 82-98, Persiaran Mutiara 2, Pusat Perdagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 9.00 am – 6.00 pm
10. Warung Jati Aisya
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Warung ini juga merupakan satu daripada banyak kedai makan sedap Langkawi yang menyediakan nasi campur masakan Melayu. Banyak tau lauk ada di sini. Anda pilih je nak makan apa, lepastu buat bayaran. Juadah-juadah yang mereka sediakan antaranya ialah masak lemak, asam pedas dan goreng-goreng. Kedai ni memang selalu dipenuhi penduduk tempatan yang nak makan tengah hari tu. Para pelancong juga ramai.
Selain daripada itu, ada juga mee celup yang kuahnya memang sedap. Kepada yang nak makan pencuci mulut macam ABC pun ada juga. Harga memang murah dan berpatutan. Disebabkan itulah, warung ni selalu ramai orang datang.
Peta Lokasi | Jarak  | Facebook
Alamat: 5, Jalan Chandekura, Kampung Bukit Lembu, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 8.00 am – 5.30 pm
11. K-Chicken Langkawi
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Rasa-rasa nak makan makanan Korea tu, anda bolehlah dapatkan di K-Chicken Langkawi. Makanan Korea di sini tidaklah berat-berat sangat pun kerana mereka memang tekankan kepada ayam goreng sahaja. Ada pelbagai rasa ayam goreng yang boleh anda dapatkan di sini contohnya ayam pedas dan ayam madu. Nasi Korea juga ada untuk anda pesan kalau tak kenyang makan ayam je.
Bagi anda yang memang kebulur tu, macam tak sesuai nak makan di sini kerana menunya hanya ringan-ringan dan tak banyak pilihan. Akan tetapi, harga mereka memang murah dan berpatutan. Alang-alang kalau anda dah berada di Langkawi Parade tu, anda boleh cuba makan di sini.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â +6049661072 | Facebook
Alamat: No. 6, Level 3, Langkawi Parade Megamall, A-14-15, Jalan Padang Matsirat, Kampung Pokok Asam, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 12.30 pm – 7.30 pm (kecuali Isnin)
12. Pia’s The Padi
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Memandangkan di Kedah ni memang terkenal dengan sawah padi, Langkawi pun tidak kurang dengan sawah padi juga. Pia’s The Padi ni memang cantik gila kedainya dicampur pula dengan pemandangan sawah padi yang hijau. Tempat makan ini memang best kalau dapat pergi. Boleh dikatakan restoran ini sebuah restoran yang ‘fancy’. Orang have-have je makan sini.
Menu makanan di sini campur-campur dan sesuai untuk masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ni. Mereka ada makanan Melayu, India, Thai serta barat. Anda pilih je nak makan apa. Pilihan dalam buku menu mereka memang banyak sekali. Anda pasti rambang mata dan pening nak pilih yang mana satu. Harga juga tidaklah dikatakan murah atau mahal sangat. Boleh dikatakan harga mereka tu kenalah dengan tempat dan juadah yang dihidang.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â +60124933713 | Facebook
Alamat: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 12–3pm, 6–8pm
13. Ain Arabia Restaurant & Cafe Langkawi
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Restoran ini menyajikan makanan-makanan Arab Lubnan yang memuaskan tekak dan perut anda. Saiz hidangan makanan mereka memang besar dan puas dimakan satu ke dua orang. Biasalah, nama pun makanan Arab, memang banyaklah satu pinggan tu. Anda boleh pilih kalau nak nasi Arab tu dengan ayam mahupun daging. Kalau nak dua-dua pun tiada masalah. Pekerja-pekerja mereka memang peramah dan akan melayan pertanyaan anda mengenai menu mereka. Nak minta cadangan menu pun boleh juga.
Di sini, mereka selalu juga mendapat tetamu yang membuat sambutan hari jadi. Oleh itu, anda yang buat sambutan hari jadi bertemakan Arab tu, anda boleh tempah di sini. Memang boleh datang ramai-ramai pun.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â +601111110047 | Facebook
Alamat: lot 1 tingkat bawah jalan persiaran dayang baron resort Lot 1 , bandar baru baron pekan rabu kuah Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Sabtu-Khamis: 1.00 pm – 1.00 am, Jumaat: 2.30 pm – 2.00 am
14. Santai @ Kuza & Luke Cafe
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Untuk makan bersuasanakan ‘fine-dining’ anda wajib makan di Santai Langkawi Cafe. Cafe ini memang sangat cantik dan sesuai sungguh untuk anda datang bersama pasangan anda. Alah, kalau nak sambut hari ulang tahun pun buat je di sini. Nak candelight dinner tu memang sinilah antara yang best dan boleh dikatakan murah berbanding tempat lain. Dahlah tempat romantis, servis terbaik, makanan juga sedap-sedap belaka.
Menu mereka campuran masakan melayu dan barat. Anda boleh dapatkan masak masak lemak cili api, asam pedas, spageti, chicken chop dan banyak lagi. Makanan yang paling digemari pelanggan mereka ialah Spageti Aglio Olio. Saiz hidangan mereka juga besar tau dan memang puas dimakan serta sesuai denga harga. Anda pasti takkan menyesal kalau makan di sini.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â +6049552702 | Facebook | Laman Web
Alamat: Kg Batu Ara, 132, Jalan Pantai Kok, Kampung Batu Ara, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 5.00 pm – 10.30 pm (kecuali Ahad)
15. ALHAMDULILLAH Restaurant
- Info
- Alamat
- Waktu Operasi
Kedai makan Langkawi ni memang simple je. Kedainya takdalah besar sangat tetapi selesa untuk makan. Anda boleh mendapatkan makanan Arab Syria yang sedap dengan rasa yang asli. Restoran ini selalu dikunjungi pelancong dari dalam serta luar negara. Manataknya, makanan dahlah sedap, harga juga murah. Antara menu yang ada di sini ialah kebab, hummus dan nasi Arab. Dah nama pun kedai makanan Arab, jadi memang tak sah kalau tak makan nasinya.
Apa yang paling best di sini ialah pemilik kedainya yang sangat-sangat peramah. Memang nampak yang beliau ni memang suka menjamu orang dan suka berkongsi budayanya dengan pelanggan. Restooran juga bersih dan dijaga rapi.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â +60173448813 |Â Facebook
Alamat: Lot 5, Persiaran dayang Pekan Rabu – baru Baron Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 2.00 pm – 8.00 pm
Memang banyak kan tempat makan di Langkawi ni. Disebabkan ini jugalah Langkawi sentiasa menjadi tumpuan pelancong. Anda boleh letak kedai-kedai yang disebutkan tadi dalam list tempat untuk anda kunjung. Pastikan anda makan dulu ya sebelum teruskan berjalan-jalan. Selamat mencuba!
PUKul berapa kdai kk yan bukak..
ok pstikan kami dtg untuk bercuti
Boleh bagi contact number Kak Yan nasi campur?
cbe tanya pakcik google..sy xde contact
Salam .. kak yan nasi campur tu nak cari di mana
dia dekat area ulu melaka, dekat dgn d padi homestay dlm 500m.
nasi campur kak yan saya pernah rasa..mmg sedap… masa tu saya nginap di dpadi homestay…. masakan dn harga nya mmg berbaloi baloi… sedap sgt …. cubalah … bln 5 nk g lagi nk mkn kt situ lagi…rindu ngn kerabu bronok dia hiihhi