Isi Kandungan
Di Perak memang banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi bersama rakan-rakan serta keluarga anda. Tempatnya memang cantik-cantik belaka yang pasti dapat menjadi kenangan indah buat anda terutama sekali di Ipoh. Memang berbaloi datang ke sini untuk bergambar dan bersantai menikmati pemandangan baru.
Dah kalau jalan-jalan kat Ipoh ni, anda mesti nak cari tempat makan yg best, sedap-sedap dan halal. Haa anda jangan risau kerana banyak je kedai yang menjual makanan sedap lagi halal. Anda boleh lihat senarai tempat makan best di Ipoh di bawah untuk memudahkan anda mencari makanan di Ipoh. Ada juga yang menjadi pilihan JJCM telah kami senaraikan.
Tempat Makan Best di Ipoh yang Halal
1. Dinosaurs Sandwich
Terletak di Medan Station, restoran Dinosaurs Sandwich merupakan satu pilihan yang bijak jika anda mempunyai anak kecil yang menyukai dinosaur. Dipenuhi dengan lukisan dan mainan bertemakan dinosaur, pasti si kecil gembira dan tidak banyak kerenah di sini. Buat anda yang pertama kali datang, jangan risau kerana staf mereka yang peramah sentiasa bersedia untuk membantu anda. Sesuai dengan namanya, Dinosaurs Sandwich menyediakan pelbagai jenis sandwich yang boleh anda pilih. Mesti anda rambang mata!
Antara menu sandwich best seller yang anda boleh cuba di sini ialah teriyaki chicken, crispy chicken, sweet spicy chicken, daging salai, streaky beef, dan pulled lamb. Selain itu, anda juga boleh pilih sama ada ingin roti biasa ataupun toast. Walaupun mengetengahkan sandwich sebagai menu utama, Dinosaur Sandwich turut menyediakan variasi makanan seperti Korean chicken wings dengan tiga flavour (soy garlic, hot spicy, soy spicy), makanan ringan goreng (curly fries, waffle fries, wedges), dan manisan istimewa seperti honey drizzle egg toast with ice cream. Menarik kan?Â
Alamat: No. 27, Medan Station 19/9, Jalan Pasir Puteh, Station 18, 31650 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.00 am – 9.00 pm).
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-6462 131Â
2. Nasi Kandar Al-mathaam Syed Corner
Terletak di Station 18 Ipoh, restoran Al-Matha’am Syed Corner memang terkenal di kalangan penduduk sekitar. Pelbagai jenis makanan dan minuman dijual di sini dengan harga berpatutan. Tambahan pula, saiz hidangan yang banyak dan air minuman yang pekat pasti dapat memuaskan hati anda. Restoran ini sering dipenuhi pelanggan terutamanya pada waktu tengah hari dan malam. Namun anda jangan bimbang untuk singgah di sini, staf mereka sangat cekap dan sentiasa memberi layanan terbaik untuk pelanggan.Â
Menu yang paling popular di sini sudah tentu nasi kandar dengan pelbagai jenis lauk pauk yang lazat serta kuah kari yang pekat. Selain itu, terdapat juga nasi lemak, roti canai, roti canai, mee goreng, nasi goreng dan pelbagai lagi. Terdapat juga menu baru yang dijual di restoran ini seperti Claypot Nasi Kandar, Mee Sotong Kuah Kacang Mendidih, Giant Tosai dan Roti Cheese Tarik. Memang rugi jika anda tidak mencuba menu-menu tersebut.Â
Alamat: No. 108, Medan Station 18/3, Station 18, Ipoh, Perak.
Waktu operasi: Isnin – Ahad (6.00 am – 12.00 am)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-260 2131Â
Whatsapp Al-Matha’am Syed Corner
3. Mee Udang dan Ketam Sempoiii Diraja
Destinasi pernah yang menjadi terjahan di Ipoh oleh Jalan Jalan Cari Makan TV3 ialah di kedai makan Mee Udang dan Ketam Sempoiii Diraja (p/s memang eja macam tu ‘sempoiii’. Mungkin cara sebutan kena 3 harakat untuk 3 ‘i’ kot). Kebiasaannya kalau sebut je pasal mee udang di Perak, lokasi yang selalu menjadi cadangan ialah di Mee Udang Mak Jah kat Kuala Sepetang. Namun kalau kita berada di Ipoh, jarak nak ke Kuala Sepetang tu jauh sangat dalm 80 km.
Kini tak perlu susah-susah, lepas sahaja gian di Mee Udang & Ketam Sempoiii Diraja di Ipoh. Destinasi ini juga sedap, seafood yang ada pun fresh, dan kedai makannya pun sangat popular! Bukan setakat Jalan Jalan Cari Makan TV3 sahaja yang pernah ke sini, tetapi banyak media yang telah terjah ke sini seperti Utusan dan Harian Metro. Selain Mee Udang biasa yang menjadi signature dish kat sini, ada juga menu makanan lain yang tidak kurang popularnya! Antaranya ialah:
- Lobster Bakar Telur Masin
- Ketam Masak Telur Masin
- Mee Ketam Nipah
- Mee Udang Laut
- Siakap Masak 4G
Banyak lagi menu masakan dan makanan laut yang ada di sini. Kebanyakannya berasaskan makanan laut segar. Anda datang, pilih ketam atau apa-apa yang berkenan di hati, timbang dan masak! Jenis masakan makanan laut sama ada ketam, udang galah, udang laut juga nampak macam unik. Antaranya ialah:
- masak sambal
- kompau
- ABC chinese style
- goreng telur masin
- kari melayu/cina
- masak lemak
- masak bercili
Nama-nama minuman di sini memang sangat unik dan menjadi salah satu tarikan mereka. Antara minuman yang mencuri tumpuan pengunjung dan juga pihak Harian Metro tempoh hari ialah, ‘Rindu Awak 200%‘. Apa yang ada dalam minuman ni ye?
Memang terbuka selera kalau tengok makanan laut yang segar dan jenis masakan yang ditawarkan di sini. Namun harus beringat, kalau datang ke sini, tanya dulu harga untuk 100 gram bagi setiap hidangan makanan laut anda. Harga-harganya berubah tiap-tiap hari mengikut harga pasaran. Kalau nak makan murah sikit, kenalah datang ketika musim sumber laut banyak di sini.
Alamat: 51, Lorong Sungai Choh 10, 31250 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 4.00 pm – 11.45 pm kecuali Selasa
Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Google | Phone: 0185700858
4. 21 Grilled Ipoh
Bagi mereka yang sedang melepak di Kinta Riverfront jangan lupa untuk menerjah destinasi tempat makan best di Ipoh ini iaitu di 21 Grilled Ipoh. Restoran 21 Grilled ini sememangnya satu destinasi makan-makan ala barat yang unik untuk dicuba dan pernah beberapa kali masuk surat khabar. Yang menjadi tarikan pengunjung di sini ialah kerana burger bakar yang disediakan dikatakan yang terbesar di Ipoh! Boleh lawan ke saiz burger Yazid di Shah Alam ni?
Apa pun, segala resepi daging yang disajikan di sini adalah hasil buatan pemilik kedai sendiri. Mesti anda akan terasa sangat teruja macam nak cuba burger ini di sini. Ramai orang, popular, harga menarik, tempat selesa dan cantik. Memang wow! Antara menu burger yang menjadi kegilaan pengunjung di 21 Grilled Ipoh ini ialah monster buger kerana saiznya yang besar dan memuaskan. Saiznya cukup besar dan kalau makan seorang belum tentu boleh habis!
Alamat: 87, Regat Sri Cempaka, Taman Cempaka, 31400 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 11.30 am – 8.00 pm
Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Google | Phone: 0136106687
5. Restoran Saffani
Restoran ini juga pernah menjadi terjahan JJCM TV3 pada sekitar September 2014 dan terletak di Simpang Pulai, Ipoh. Semuanya grilled dan cicah kicap berlada. Itulah dia perkataan yang senang nak menggambarkan Restoran Saffani ini! Kedai makan ini memang popular di kalangan orang Ipoh sebagai restoran yang menyediakan makanan tengahari dan lauk ‘panggang’ dan bakar yang best.
Antara yang sering menjadi pilihan pengunjung di sini ialah ikan bakar, sotong bakar, ayam bakar dan sebagainya. Pelbagai lagi lauk masakan kampung yang menarik dan sedap disediakan. Satu destinasi makanan yang sedap di Ipoh patut dicuba nanti kalau nak bertolak balik ke KL atau ke Cameron Highland.
Alamat: 54, Persiaran Pulai Baru 2, Taman Muda, 31300 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 8.00 am – 4.00 pm kecuali Jumaat
Lokasi |Â Facebook | Ulasan Google | Phone: 0175605250
6. Wing Zone
Sekiranya anda sedang bercuti di Ipoh, anda wajib untuk singgah makan di kedai makan yang popular iaitu di Wing Zone. Tempat santai yang menjamu makanan-makanan lazat sememangnya akan membuatkan perjalanan percutian anda menjadi lebih menyenangkan. Pelbagai jenis menu menarik yang ditawarkan di sini seperti menu istimewa untuk vegeterian, makanan segera dan makanan barat. Adakah anda tidak ingin untuk mencuba merasai makanan di kedai makan yang telah berjaya memenangi banyak anugerah ini. Bukan itu sahaja, mereka juga telah berjaya membuka banyak cawangan Wing Zone di seluruh tempat didalam Malaysia.
Jika anda membuat perbandingan harga antara kedai makan, anda akan mendapati yang kedai ini menawarkan harga untuk makanan mereka dengan jauh lebih murah. Seperti nama kedainya, Wing Zone, anda boleh mendapatkan bahagian kepak yang terbaik dan segar. Kepak ayam di sini memang menjadi kegemaran orang ramai yang menggemari makanan segera. Selain itu, anda juga boleh memesan makanan lain seperti burger, kentang goreng, sandwich dan banyak lagi.
Alamat: 20, Persiaran Greentown 2, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 10.00 am – 8.00 pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 05-246 0687
7. Restoran Claypot Raja Patin
Menawarkan set makanan didalam talam yang terbaik dan meletop. Semestinya hanya boleh didapati di Restoran Claypot Raja Patin yang terletak di Ipoh ini. Anda boleh membuat pilihan untuk makan makanan barat atau makanan lauk Melayu di kedai ini. Kedai yang telah tular di media sosial ini mungkin membuatkan anda perlu beratur terlebih dahulu, tetapi jangan risau, kesedapan makanan di sini akan membuatkan anda lupa akan kelelehan sewaktu beratur.
Kedai ini membuat kelainan daripada kedai lain dengan menghidangkan makanan di dalam talam. Anda boleh mendapatkan hidangan didalam talam di sini dengan harga serendah RM 35. Selain itu, anda juga boleh memilih set talam untuk berkongsi dengan beberapa orang yang anda inginkan. Yang istimewanya, anda boleh mencampurkan hidangan barat dengan nasi didalam satu talam. Anda perlu mencuba gabungan chicken chop, lamb chop, spaghetti dengan nasi goreng dalam satu hidangan di sini kerana memang berbaloi.
Alamat: 43-45, Jalan Ali Pitchay, Taman Jubilee, 30250 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 12.00 pm – 7.00 pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-215 6084
Whatsapp Restoran Claypot Raja Patin
8. Chef Uni @ Brewster
Chef Uni @ Brewster merupakan kedai makan yang dimiliki oleh chef terkenal di Malaysia iaitu Chef Ahmad Khusaini Mohamed Hashim atau lebih dikenali sebagai Chef Uni. Memang tidak boleh diragukan lagi tentang kelazatan makanan di kedai chef yang berpengalaman ini. Di sini menawarkan menu nasi berlauk, pelbagai jenis hidangan mee, nasi lemak, nasi goreng, masakan Cina yang halal dan banyak lagi. Makanan yang dimasak dengan seikhlas hati di sini memang akan menambat selera anda.
Tidak perlu berfikir untuk masak apa pada waktu pagi kerana anda boleh mendapatkan pelbagai hidangan sarapan yang menarik di sini. Mempunyai staf yang friendly, menyediakan makanan anda dengan masa yang cepat, kebersihan kedai makan yang terjamin dan saiz hidangan makanan yang mengenyangkan memang menjadi sebab utama kenapa anda wajib untuk singgah makan di kedai ini.
Alamat: Jalan Sultan Idris Shah, 30300 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 8.00 am – 2.30 pm kecuali Ahad
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-506 0825
9. Restoran Semangkuk
Restoran Semangkuk yang terletak di Perak ini akan membuatkan anda seperti sedang berada di Pulau Pinang kerana di sini menawarkan masakan makanan Pulau Pinang yang menarik. Antara menu masakan Pulau Pinang yang anda patut cuba ialah pasemboq, rojak, laksa, nasi campur, mee rebus, mee goreng mamak dan banyak lagi. Set hidangan ala carte juga ada disediakan di sini untuk anda yang ingin makan sendirian.
Mempunyai meja yang luas membuatkan anda boleh datang ke sini untuk menjamu selera dalam kelompok yang ramai. Selain itu, kesedapan masakan lauk Melayu di sini memang tidak boleh didapati di kedai lain. Harga makanan yang mereka tawarkan juga memang berbaloi untuk anda. Kedai makan yang sering menjadi tumpuan orang ramai ini mungkin akan membuatkan anda perlu beratur terlebih dahulu.
Alamat: Kampung Kastam Greentown, 30450 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 8.00 am – 5.00 pm
Lokasi |Â Facebook | Ulasan PelangganÂ
10. Ngopi Station Ipoh
Ngopi Station Ipoh menawarkan pelbagai menu menarik masakan Barat, masakan Melayu dan makanan goreng-goreng. Yang istimewanya, makanan yang anda pesan akan dihias terlebih dahulu dengan kreatif sebelum dihidangkan. Jangan lupa untuk tangkap gambar makanan anda yang cantik dahulu sebelum makan dan memuat naiknya di media sosial anda. Pasti akan terliur pengikut media sosial anda yang melihatnya nanti.
Bukan itu sahaja, kepada penggemar pasta, anda memang wajib untuk berkunjung ke kedai makan ini kerana di sini terdapat pelbagai jenis pasta yang boleh anda cuba. Selain itu, kesegaran bahan mentah yang digunakan juga menambahkan rasa yang menarik pada hidangan yang disediakan di sini. Anda juga boleh menikmati makanan anda dengan aman di kedai makan yang santai ini. Kesempurnaan kedai makan ini memang akan membuatkan anda yang berkunjung berpuas hati.
Alamat: 16, Jalan Sci 1/6, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 3.00 pm – 11.00 pm kecuali Jumaat
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-616 6801
11. Restoran Fauziah Nasi Ayam Pasar Bulat
Sekiranya anda masih mencari kedai makan yang terbaik, anda patut cuba untuk singgah makan di Restoran Fauziah Nasi Ayam Pasar Bulat. Antara menu menarik yang mereka tawarkan di sini ialah pelbagai jenis lauk masakan Melayu. Terletak di kawasan yang agak strategik membuatkan anda tidak sukar untuk menjumpainya. Waktu makan anda akan menjadi lebih menyeronokkan sekiranya anda memilih untuk makan di kedai ini.
Antara makanan di sini yang menjadi kegilaan orang ramai ialah nasi ayam. Anda memang wajib untuk mencuba nasi ayam mereka yang memang lazat ini. Ayam yang digoreng dengan rangup, sup yang dimasak dengan rempah yang cukup dan rasa sambal hitam atau merah yang hebat membuatkan rasa nasi ayam ini terasa lebih segar dan sedap.
Alamat: 53-85, Jalan Mustapha Al-Bakri, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 11.00 am – 8.00 pm kecuali Rabu dan Sabtu : 10.00 am – 8.00 pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-550 4556
Whatsapp Restoran Fauziah Nasi Ayam Pasar Bulat
12. Greentown DimSum Cafe
Greentown DimSum Cafe, seperti nama kedainya, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis dimsum di kedai ini. Untuk pengetahuan anda, kedai ini juga merupakan kedai makan pertama yang menawarkan dimsum yang halal untuk orang Islam di kawasan Ipoh, Perak. Mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran dimsum sejuk beku dengan mengenakan cas bayaran RM 6.00 sahaja. Bukan hanya dimsum sejuk beku sahaja yang mereka tawarkan malah anda boleh mendapatkan pelbagai jenis dumpling, pau, bebola ikan dan banyak lagi.
Untuk pencuci mulut di sini, ramai yang mengesyorkan untuk mencuba pencuci mulut durian dan kuih lobak. Rasa manis pencuci mulut yang mampu menyegarkan diri. Kedai makan ini juga telah beroperasi selama lebih 10 tahun dan menjadikan ia sebagai antara kedai makan yang boleh dipercayai. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis masakan makanan Cina yang halal di sini.
Alamat: 10, Persiaran Greentown 4, Greentown Avenue, 30450 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 8.30 am – 7.00 pm kecuali Selasa
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-398 2010
Whatsapp Greentown DimSum Cafe
13. Restoran Hj Sharin Low Grand
Restoran Hj Sharin Low Grand merupakan salah satu restoran Cina muslim yang terbaik dan popular di antara penduduk setempat. Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan Cina yang halal di sini. Makanan yang akan dihidangkan kepada anda akan sentiasa dalam keadaan masih panas dan mempunyai rasa yang segar tanpa mengira pada waktu bila anda datang. Jika anda memilih untuk makan di kedai ini, anda boleh menggunakan kemudahan wifi yang mereka sediakan secara percuma.
Makanan yang cukup enak di sini boleh dimakan bersama 2 atau 3 orang kerana dihidangkan dalam bekas yang besar. Walaupun harga makanan yang mereka tawarkan tidaklah seperti di kedai makan lain tetapi kesedapan makanan mereka memang terjamin. Antara menu yang wajib anda cuba di sini ialah nasi goreng itik, masakan ketam kulit lembut dan masakan daging lembu.
Alamat: 16, Persiaran Greenhill, Kampung Jawa, 30450 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 11.00 am – 8.00 pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 05-241 2472
Whatsapp Restoran Hj Sharin Low Grand
14. Pakeeza Restaurant & Catering
Pakeeza Restaurant & Catering menawarkan pelbagai hidangan makanan moden India dan Pakistan. Sekali-sekala anda patut mencuba hidangan makanan yang lain untuk mendapatkan penglaman yang baru. Apa kata, anda mencuba hidangan menarik masakan India dan Pakistan yang terjamin kesedapannya di kedai ini. Bukti yang kedai mereka ini memang terbaik kerana sememangnya sukar mencari ulasan yang buruk di ruang ulasan mereka.
Meja makan anda akan kelihatan lebih meriah dengan pelbagai warna masakan makanan yang akan dihidangkan. Rasa makanan di kedai makan yang terletak di tengah-tengah bandar Ipoh ini memang akan mencuri hati anda. Persekitaran restoran yang baik akan membuatkan anda dapat menikmati makanan anda dengan tenang. Harga makanan mereka juga memang murah-murah.
Alamat:Â 15-17, Jalan Dato Seri Ahmad Said, 30450 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 11.00 am – 10.00 pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 05-241 4243
15. Kafe Setinggan Ipoh
Kepada penggemar laksa, anda wajib untuk mencuba hidangan laksa di Kafe Setinggan Ipoh ini. Sememangnya juga tidak akan menghampakan anda yang teringin untuk makan laksa. Bukan laksa biasa sahaja yang boleh anda dapatkan di sini tetapi anda boleh mencuba laksa telur bersarang. Mereka ada banyak lagi menu menarik makanan lain yang boleh anda pesan.
Harga laksa yang boleh dapatkan di sini juga ditawarkan dengan harga serendah Rm 5.00 dan ada cas yang akan dikenakan untuk anda yang ingin menambah kuah atau laksa. Dari luar kedai anda boleh membau aroma laksa mereka. Selain itu, anda juga dicadangkan untuk mencuba nasi ayam goreng berempah mereka. Selain laksa, nasi ayam goreng berempah ini juga merupakan antara menu yang diminati orang ramai di kedai ini.
Alamat: 1, Jalan Margosa B/15, 31350 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 12.00 pm – 7.00 pm kecuali Jumaat
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 018-577 2955
16. Mee Daud Mat Jasak
Keenakan mee kari di kedai makan Mee Daud Mat Jasak memang tiada lawannya. Sekali anda cuba mesti anda akan inginkannya lagi. Mee kari menjadi hidangan menu utama yang istimewa di kedai makan ini. Dengan rasa kuah kari yang cukup memukau dan dimasak mengikut resipi yang diolah sendiri memang menghadirkan rasa yang unik. Selain mee kari terdapat juga banyak menu menarik seperti kueytiew kari, keuytiew sup, bihun sup, yong taufu dan banyak lagi.
Terdapat juga mee kicap yang disajikan bersama yong taufu sup yang hanya boleh didapati di Ipoh. Anda memang patut untuk mencubanya, sekiranya anda datang bercuti di Ipoh. Jangan risau, kedai makan ini amat mudah untuk dijumpai kerana terdapat papan tanda besar di hadapan kedai ini. Yang lagi menariknya tentang kedai ini adalah harga untuk makanan mereka memang murah-murah.
Alamat: No 1 & 2, Jalan Dato Onn Jaafar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 4.00 pm – 9.00 pm kecuali Ahad
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-441 0096
17. Deen Ct Corner Cendol
Cendol merupakan hidangan pemanis mulut yang telah menjadi signature untuk Malaysia. Untuk mendapatkan cendol yang terbaik di Negeri Perak, anda boleh singgah ke kedai Deen Ct Corner Cendol yang terletak di Ipoh. Menyediakan pelbagai jenis cendol seperti cendol kacang, cendol pulut, cendol jagung, cendol pulut jagung dan banyak lagi. Rasa cendol yang terlalu manis memang akan memuakkan tetapi cendol yang di sini memang kurang manis dan dijamin akan menepati cita rasa anda.
Kepada penggemar cendol, anda memang patut untuk mencuba cendol di kedai ini. Anda boleh mendapatkan cendol di sini dengan harga serendah RM 3.00. Harga cendol yang ditawarkan juga mengikut pada jenis cendol yang anda pilih. Bukan hanya boleh makan di sini sahaja malah anda juga boleh membungkus cendol untuk makan di rumah. Jika anda sedang dalam waktu untuk bersantai, memang tidak lengkaplah tanpa pencuci mulut terbaik seperti cendol ini.
Alamat: 20, Jalan Mustapha Al-Bakri, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 11.30 am – 6.30 pm kecuali Jumaat
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-535 0351
Whatsapp Deen Ct Corner Cendol
18. Canning Dim Sum Ipoh
Tempat yang tepat untuk mendapatkan dim sum yang sedap, semestinya hanya di Canning Dim Sum yang terletak di Ipoh, Perak. Dim sum yang diperbuat daripada bahan mentah yang segar menghasilkan rasa yang tidak boleh dilupakan. Tesktur dim sum yang lembut juga memang akan menambat hati anda. Di sini menawarkan lebih 50 jenis dim sum halal yang patut anda cuba. Yang menariknya, terdapat juga beberapa jenis dim sum yang tidak boleh didapati di kedai lain.
Kepada penggemar dim sum dijamin anda akan jatuh cinta dengan kedai makan ini. Suasana di kedai makan yang indah menjadikan waktu makan anda terasa lebih tenang. Jangan khawatir, jika anda tidak tahu dalam membuat pilihan untuk makan apa kerana staf mereka di sini memang ramah sehingga boleh membantu anda. Dim sum yang mempunyai warna warni dan dihasilkan dengan kreatif juga memang sesuai untuk anda tangkap gambar. Jangan lupa untuk berkongsi gambar dim sum anda yang cantik dengan pengikut-pengikut di laman sosial anda.
Alamat: 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 7.30 am – 3.30 pm kecuali Rabu
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-268 0535
19. Ipoh Hainan Chicken Rice
Ipoh Hainan Chicken Rice merupakan kedai makan yang membawakan banyak kelainan unik terutama untuk menu makanan mereka. keunikan mereka memang mampu untuk menambat hati pencinta makanan. Anda boleh mendapatkan menu istimewa untuk lauk ayam, daging dan ikan di sini malah terdapat juga menu khas untuk vegeterian. Bukan itu sahaja, mereka juga ada menyediakan pelbagai pilihan untuk set makanan tengah hari yang boleh anda pesan.
Seperti namanya, Ipoh Hainan Chicken Rice, anda memang akan mendapatkan nasi ayam yang terbaik di sini. Menu nasi ayam juga telah menjadi signature untuk kedai ini. Anda juga boleh memilih ayam bahagian peha dan akan dikenakan cas hanya 50 sen sahaja. Memang rugi jika anda tidak mencuba nasi ayam di kedai ini. Selain itu, konsep kedai yang santai dengan hiasan yang menarik, memang akan menyenangkan hati anda untuk makan di sini.
Alamat: 107, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 11.00 am – 9.00 pm kecuali Jumaat, Sabtu, Ahad : 10.00am-10.00 pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 05-242 8762
20. Restoran Pakcik Wong
Restoran Pakcik Wong merupakan salah satu kedai makan yang pernah viral di sosial media dan menjadi kegemaran orang ramai. Menyediakan menu masakan Cina yang terbaik dan menampilkan pelbagai pilihan hidangan baharu yang tidak boleh didapati di kedai makan lain. Jangan pelik melihat di menu tidak tertulis harga untuk lauk pauk kerana harga semua lauk di sini sudah tetap RM 8.80. Bukan itu sahaja, setiap lauk pauk juga akan dihidangkan bersama semangkuk nasi. Selain masakan Cina, anda juga boleh mendapatkan hidangan masakan Barat di sini.
Walaupun restoran ini kelihatan agak mewah daripada luar tetapi anda mesti akan terkejut dengan tawaran harga makanan mereka. Selain memberi tawaran harga yang mesra, mereka juga tidak kedekut dalam portion makanan yang disediakan. Jangan ingatkan di restoran masakan Cina seperti ini, anda tidak akan menjumpai masakan kampung kerana di sini juga mereka ada menyediakan kankung belacan yang tidak kurang rasanya. Sambal yang power bersama rasa kankung yang segar memang akan melengkapkan hidangan anda.
Alamat: 20, Persiaran Greentown 10, Greentown Business Centre, 30450 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 12.00 pm – 9.30 pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 05-210 6222
21. Assam House Medan Gopeng
Assam House merupakan antara kedai makan yang terbaik di Ipoh, Perak. Menyediakan pelbagai menu makanan yang menarik seperti ayam pandan, pucuk paku gulai lemak, kari kepala ikan dan macam-macam lagi. Anda bebas untuk membuat pilihan makanan yang anda ingini di sini. Masakan Baba Nyonya merupakan menu utama yang istimewa di sini. Gaya masakan tradisional Baba Nyonya yang diadun dengan baik dengan rempah yang cukup menjadikan hidangan ini lebih lazat. Kepada penggemar masakan Baba Nyonya, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan hidangan sempurna anda di sini.
Tidak susah untuk menjumpai kedai makan ini kerana terdapat papan tanda besar di hadapan kedai ini. Mereka juga menampilkan hidangan istimewa Asia dengan cara yang tersendiri dan unik. Memang berbaloi untuk singgah makan di kedai yang mempunyai pelbagai menu masakan. Kedai yang bersih dan mempunyai pekerja yang ramah ini memang sesuai dinobatkan sebagai kedai makan terbaik.
Alamat: No. 2 & 2A, Medan Gopeng 2, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, 31350 Ipoh, Perak.
Waktu Operasi: Setiap hari: 11.30am–3pm, 6pm–10.30pm kecuali Isnin
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 05-3132223
Whatsapp Assam House Medan Gopeng
22. David’s Diner
David’s Diner merupakan restoran Amerika yang terdapat di Ipoh, Perak yang patut anda cuba. Mereka menawarkan pelbagai menu makanan lazat yang mampu menambat hati anda. Di sini terdapat juga menu istimewa makanan Mexico seperti nachos, burritos, pasta Mexico dan banyak lagi yang boleh anda pesan. Bukan itu sahaja, mereka juga ada menyediakan set menu makanan yang menarik dan pelbagai jenis hidangan pasta boleh didapati.
Jika anda penat untuk masak selepas pulang kerja, anda boleh menempah set dinner yang mereka tawarkan. Tempahan boleh dibuat menggunakan aplikasi Grab Food atau Whatsapp mereka. Yang menariknya, jika anda yang ingin atau sedang diet, anda boleh mencuba menu hidangan makanan sihat atau makanan vegeterian yang mereka tawarkan. Hiasan pinggan yang kreatif dan tempat yang dihias dengan cantik memang sesuai untuk anda tangkap gambar. Rugi jika anda tidak singgah makan di kedai yang sempurna ini.
Alamat: B-G-1, Persiaran 7, Pusat Perdagangan Greentown, 31350 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 11.00 am – 8.00 pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 05-242 5733
23. 1818 Masakan Cina Muslim @ Pusat Perdagangan Kepayang
Anda ingin bercuti di Ipoh dan sedang mencari tempat makan yang best-best? Anda teringin nak makan masakan cina tapi tak tau nak makan dekat mana? Anda wajar singgah di Restoran 1818 Masakan Cina Muslim yang terletak di Pusat Perdagangan Kepayang, Ipoh, Perak ini. Restoran yang mempunyai dekorasi yang minimalis dan suasana yang selesa ini sangat sesuai untuk anda yang ingin makan-makan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Restoran ini menyajikan pelbagai jenis menu ayam seperti Kam Heong Chicken, Salted Egg Fried Chicken, Kung Pao Chicken, Lemon Chicken, Nestum Cereal Fried Chicken dan banyak lagi. Antara menu udang pula adalah seperti Deep Fried Garlic Prawns, Sweet and Sour Prawns, Butter Prawns, dan banyak lagi. Selain itu, ada juga menu lain seperti menu telur, ikan, sup, sotong, sayur, dan mee. Selain daripada menu yang sedap dan pelbagai ini, portion yang diberikan juga mengenyangkan. Memang sangat berbaloi untuk mencuba makan disini kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan.
Kepada mereka yang berminat untuk datang ke sini, restoran ini dibuka pada pukul 12 tengah hari hingga 3 petang untuk makan tengah hari dan 5 petang hingga 10 malam untuk makan malam. Restoran ini juga ditutup pada hari Selasa. Jadi, kepada anda yang teringin nak makan masakan Cina atau pertama kali ingin mencuba masakan Cina, anda boleh datang ke Restoran 1818 Masakan Cina Muslim.
Alamat: No 2-8, Ground Floor, Jalan Kamaruddin Isa, Pusat Perdagangan Kepayang, 31400 Ipoh, Perak
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0187601479
tempat ape yang best untuk supper di ipoh ya? Boleh rekomen?
Assalamualaikum.. yang nak bercuti ke Ipoh boleh singgah Restoran Port Jebat utk makan malam.. 5pm-12am. Pelbagai menu masakan panas.. Set Bawal Panas juga ada tau Lokasi Bandar Siber,Ipoh.
Kalau lalu area klebang putra Ada kedai
makan sedap Dari pagi smpi Malam. Kedai Yang diusahakan anak beranak rasanya. Kalau masok klebang putra Ada MCD sebelah kanan jalan terus smpi nmpk speed mart sebelah kanan. Ambik kanan kedai dia kat corner Nama restoran saya lupa tapi Ada tulisan tomyam .
Puas Hati Dan harga X Mahal.
Sy bercuti di Ipoh, pening carik kedai mkan muslim melayu…. for the first time sy jumpa bandar yg penuh dgn kedai makanan cina berjela jela..bila jumpa kedai makan muslim, kedai mamak pulak..pening betul, sbb sy tinggal di KL dn asal org Johor…tak pernah susah gini nak cari kedai makanan melayu muslim
nanti saya update tempat makan melayu muslim di Ipoh..orang2 ipoh tolong komen pls destinasi makan melayu menarik di Ipoh..
Kedai mkn tghari Kak Na klebang restu chemor. Ala rempah, tasek.
Utk mkan malam saya cadangkan Miker Food berhampiran padang ipoh..
Boleh cuba ke Restoran Terapung Anak Perak
Btl sya pun jmpa byk kedi mkan cina..dan mamak..nasi andar penun..sarapan pg pun ssh nk cri kedai melayu
Di stadium ipoh byk mkanan di food court dia.. Dr sarapan pgi hingga dinner..
Restoran Haji Yahya.. pelbagai jenis masakan melayu
blh ke meru skg nie..banyak tempat makan melayu di sana
Restoran kat tasik raban betul lagi best.. makan tengahari..makan brhidang dalam talam…. lauk ulam2.. ikan pekasam goreng, air sirap ais.. makan plak tepi tasik.. pondok berbumbung daun lalang kering.. mmg view A..
Skg ni..kalau nk masuk JJCM bayar je 10k..kompom dpt masul JJCM. Sedap tak sedap blakang citer, janji masuk JJCM.
Serius ???
Saya setuju. Sedap tak sedap belakang kira pengacara pun telan saja semua sedap….hahaha….
Haji salleh mee udang..kuah agak ceroi..