10 Tempat Hiking Yang TOP Di Negeri Sembilan

Aktiviti mendaki memang memberi pelbagai manfaat seperti meningkatkan kecergasan badan, mengurangkan rasa tekanan dan pelbagai lagi. Namun, sebelum memulakan pendakian banyak perkara yang anda perlu peka agar tidak berlaku sebarang perkara buruk. Mari kami kongsikan antara tips yang boleh anda ikuti sebelum mendaki.

Selain daripada pemanasan badan sebelum mendaki, anda juga perlu memastikan tahap kesihatan anda pada hari tersebut dalam keadaan yang sihat. Selain itu, pemilihan pakaian yang sesuai juga membantu memberikan keselesaan kepada anda untuk mendaki. Anda seharusnya memaklumkan kepada keluarga atau sahabat tentang pendakian anda. Jadi mereka juga turut tahu dan boleh peka tentang keselamatan anda semasa pendakian tersebut.

Yang paling penting, ambil gambar dan abdikan kenangan anda semasa berada di puncak bukit atau gunung sebagai satu tanda kejayaan yang anda pernah mendaki di situ. Jadi mari kami kongsikan pula tempat hiking yang popular yang berada di Negeri Sembilan ini.

10 Tempat Hiking Di Negeri Sembilan


1. Hutan Lipur Gunung Datuk 

Hutan Lipur Gunung Datuk

Hutan Lipur Gunung Datuk yang berketinggian 884 meter mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke puncak. Terdapat pelbagai kemudahan yang tersedia di hutan lipur ini seperti tapak perkhemahan, tempat meletakkan kenderaan yang banyak, surau, tandas dan kedai makan. Untuk masuk ke Gunung Datuk ini, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM 5 untuk permit mendaki.

Tahap kesukaran untuk mendaki di Gunung Datuk adalah sederhana kerana ada kawasan yang mudah dan ada yang sedikit mencabar. Anda akan berjumpa dengan laluan yang mempunyai batu-bata yang besar, tanah yang berpasir, kawasan berakar dan hutan belantara. Apabila tiba berdekatan dengan kawasan puncak, ada tangga yag disediakan bagi memudahkan para pendaki untuk mendaki ke atas puncak.

Puncak Gunung Datuk menghidangkan pemandangan kehijauan flora dan akan membuatkan anda berasa segar dan tenang apabila berada di puncak. Pastikan juga anda sentiasa berjaga-jaga dalam setiap langkah apabila tiba di puncak untuk mengelakkan sebarang perkara buruk terjadi.

Alamat: 71350 Kota, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Ulasan Pelancong 


2. Gunung Besar Hantu  

Gunugn Besar Hantu

Bila dengar nama Gunung Besar Hantu mesti perkara pertama yang timbul dalam fikiran anda ialah perasaan seram dan takut kalau terjumpa dengan hantukan? Tapi jangan risau, nama saja Gunung Besar Hantu tapi tiada kaitan sama sekali dengan perkara mistik alam hitam.

Untuk menuju ke starting point, anda perlu mendapatkan perkhidmatan lori atau pacuan 4 roda kerana guardhouse berada jauh ke dalam. Gunung yang berketinggian 1462 meter ini mempunyai trek yang agak mencabar. Anda perlu menempuh trek balak yang licin, laluan hutan dan meredah sungai sebelum sampai ke puncak.

Untuk sampai ke puncak, anda perlu menempuhi 2 check point iaitu Sungai Kering dan Kem Orkid. Dari Kem Orid nak ke puncak sedikit mencabar kerana laluan trek yang menaik dan tidak rata memerlukan kekuatan fizikal dan mental para pendaki. Puncak Gunung Besar Hantu sedikit sempit tetapi menghidangkan pemandangan flora yang tebal dan berada di penghujung banjaran Titiwangsa.

Alamat: Gunung Besar Hantu Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Ulasan Pelancong


3. Gunung Angsi 

Gunung Angsi

Gunung Angsi yang terletak di Ulu Bendul ini mempunyai dua laluan untuk anda sampai ke puncak gunung. Laluan pertama melalui Bukit Putus dan laluan satu lagi melalui Ulu Bendul. Akan tetapi trek di Bukit Putus lebih mudah dan pendek berbanding melalui Ulu Bendul. Untuk anda yang amatur dalam pendakian, disarankan untuk mendaki melalui Bukit Putus ini.

Gunung Angsi yang berketinggian 824 meter ini merupakan gunung ketiga tertinggi di Negeri Sembilan. Walaupun laluan dikatakan mudah, tetapi anda tetap perlu mengharungi trek yang menaik dan agak berlecak. Tapi anda jangan risau kerana pihak berkuasa telah meletakkan blok-blok kayu untuk memudahkan pendaki mendaki. Pemandangan dari puncak memang cantik. Anda boleh merancang masa pendakian anda agar sesampainya di puncak, anda masih dapat menikmati kabus dan kesejukkan di atas ini.

Alamat: Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Ulasan Pelancong


4. Gunung Tampin Selatan 

Gunung Tampin Selatan

Laluan sepanjang di kaki Gunung Tampin telah diturap dengan tar dan memudahkan pendaki untuk menjimatkan sedikit tenaga di awal pendakian. Terdapat 95 tiang elektrik sepanjang jalan tar tersebut dan berakhir dengan menara pemancar TM di puncak Bukit Tampin.

Namun landmark untuk ke Gunung Tampin Selatan berada di tiang ke-90 di mana terdapat tangga batu untuk turun ke bawah bukit untuk memulakan pendakian. Gunung Tampin Selatan yang berketinggian 733 meter ini mempunyai trek yang tidak terlalu menaik. Namun begitu, Gunung Tampin Selatan ini jarang orang datang dan membuatkan treknya sedikit bersemak. Anda disarankan untuk mendaki dalam kumpulan dan tidak bersendirian. Puncak Gunung Tampin Selatan ini dikelilingi dengan pokok-pokok yang tinggi menjadikan kawasan puncak tertutup.

Alamat: Tampin, Negeri Sembilan 73000 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Ulasan Pelancong


5. Gunung Berembun 

Gunung Berembun

Kalau anda nak tahu, ada tiga Gunung Berembun di Malaysia ini yang terletak di Cameron Highlands, Terengganu dan Negeri Sembilan. Gunung Berembun yang ada di Negeri Sembilan ini terletak di daerah Jelebu dan berketinggian 1014 meter. Starting point Gunung Berembun ini bermula berdekatan dengan Masjid Kariah Pantai, anda boleh waze untuk ke sini.

Terdapat dua checkpoint iaitu di Lata Berembun dan Gua Kambing. Di Lata Berembun anda boleh berehat sebentar sambil menikmati air terjun yang kecil dan sejuk. Laluan untuk menuju ke Gua Kambing sedikit pacak landai dan memerlukan kekuatan otot di bahagian kaki. Oleh itu, anda sangat disarankan untuk memanaskan badan dengan betul agar tidak tercedera semasa mendaki. Untuk sampai ke puncak dari Gua Kambing mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah sahaja.

Alamat: Jelebu Negeri Sembilan, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Ulasan Pelancong


6. Bukit Kristal

Bukit Kristal

Bukit Kristal yang berketinggian 475 meter dengan titik permulaan terletak di Taman Sri Pulasan. Laluan trek untuk sampai ke puncak Bukit Kristal jenis tanah berpasir dan mudah kerana anda tinggal ikuti saja laluan yang sememangnya tersedia ada. Walaupun Bukit Kristal tidak berapa tinggi dan ada trek yang mudah, namun anda tetap memerlukan tenaga yang mencukupi memandangkan treknya juga menaik dan tidak mendatar.

Sebelum sampai ke puncak Bukit Kristal, anda akan menempuh 3 check point, di mana di setiap checkpoint mempunyai menara kabel. Checkpoint yang pertama terletak pada ketinggian 200 meter, yang kedua pada ketinggian 300 meter dan checkpoint yang terakhir pada ketinggian 350 meter. Dari atas puncak Bukit Kristal, anda akan menikmati pemandangan flora yang tebal dan juga kelihatan Highway Lekas.

Alamat: Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Ulasan Tempat


7. Bukit Kepayang

Bukit Kepayang

Trek di Bukit Kepayang sesuai untuk anda yang baru mula berjinak dengan dunia pendakian. Dengan berketinggian 205 meter dan mempunyai 5 laluan untuk menuju ke puncak bukit. Oleh itu, anda boleh pilih untuk melalui trek yang mana menuju ke puncak mengikut kesesuaian stamina dan kekuatan anda. Tapi anda tidak perlu risau kerana tali memang tersedia di sepanjang laluan untuk memudahkan anda mendaki.

Anda yang kali pertama mendaki Bukit Kepayang berkemungkin berpusing-pusing untuk mencari jalan ke puncak memandangkan ada banyak titik permulaan. Terdapat papan tanda yang telah diletakkan untuk menjadi pandu arah ke puncak. Setibanya di Puncak Bukit Kepayang, anda akan menikmati pemandangan bandar Seremban dan turut terdapat tempat bergambar untuk anda mengabdikan kenangan anda.

Alamat: Jln Tmn Bkt Kepayang Besar 1, Taman Bukit Kepayang, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Ulasan Tempat


8. Bukit Sikai

Bukit Sikai

Bukit Sikai yang berketinggian 402 meter adalah antara bukit yang mudah dan cepat untuk sampai ke puncak. Kedudukannya yang berada di sekitar tanah kelapa sawit lebih memudahkan anda kerana laluan yang tersedia tidak semak dan sunyi. Kiranya anda tidak akan menempuh hutan tebal tetapi hanya mengikut laluan yang sedia ada. Kalau anda sampai ke puncak seawal pagi, anda akan dihidangkan dengan pemandangan yang dilitupi dengan kabus yang tebal dan sejuk. Anda pastinya akan teruja kerana seperti berada di Cameron Highlands.

Alamat: Sri Menanti, Negeri Sembilan, Malaysia

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Ulasan Tempat


9. Bukit Bal

Bukit Bal

Antara salah satu bukit yang mudah untuk didaki di Negeri Sembilan ini ialah Bukit Bal. Dengan berketinggian 230 meter dengan laluan trek yang tidak begitu mencanak sesuai untuk anda yang amatur dalam pendakian. Selain itu, laluan yang tidak semak dan mempunyai jejak lebih memudahkan anda untuk sampai ke puncak.

Dengan trek mudah ini pastinya akan membuatkan anda lebih santai semasa hiking di Bukit Bal. Melalui atas puncak Bukit Bal ini, anda akan dapat melihat kawasan bandar Ainsdale dan yang paling rare sekali anda berpeluang melihat Green Lake yang terhasil daripada aktiviti kuari. Memang betul-betul cantik!

Alamat: 70300 Siliau, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Facebook | Ulasan Tempat 


10. Bukit Melati

Bukit Melati

Lokasi Bukit Melati ini hanya mengambil masa 10 minit pemanduan dari bandar Nilai. Bukit yang berketinggian 350 meter ini sesuai untuk didaki setiap golongan masyarakat. Yang paling unik sekali di Bukit Melati ini terdapat bukit-bukit kecil didalamnya seperti Centipede Hill, Monkey Hill, Cobra Hill, Eagle Hill dan Mosquito Hill.

Trek di Bukit Melati ini ada yang sedikit curam, namun terdapat tali yang tersedia memudahkan anda mendaki. Selain itu, kawasan Bukit Melati ini dijaga dengan baik oleh pihak yang berkenaan membuatkan kawasan sekitar bukit ini bersih. Oleh itu, jika anda ada plan untuk mendaki di Bukit Melati ini, pastikan juga anda turut menjaga kebersihan di kawasan bukit ini.

Alamat: Jln BBN 11/4, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi | Ulasan Tempat 


Setakat itu sahajalah pengkongsian kami untuk tempat hiking di Negeri Sembilan. Anda yang datang ke mana-mana tempat di atas jangan lupa untuk membawa kelengkapan yang mencukupi dan air yang banyak agar anda dapat hidrat semula. Jangan lupa juga untuk mengikut laluan yang telah disediakan supaya tak menyusahkan orang kelak.

3.7/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

50+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan Paling POPULAR untuk Bercuti

Negeri Sembilan merupakan negeri beradat yang kaya dengan destinasi percutian menarik & menawarkan pelbagai produk eko-pelancongan yang pasti membuatkan para pencinta alam tidak sabar...

10 Lokasi Air Terjun Menarik di Negeri Sembilan

Negeri Sembilan terkenal dengan keunikan budaya Minangkabau dan pelbagai hidangan asli yang menyelerakan. Namun begitu, bukan itu sahaja yang menarik di sini. Negeri ini...

2 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Zainudin Elias
2 years ago

Kenapa Bukit Galla tidak termasuk dlm senarai ini. Dengan ketinggian lebih 600 m dan pendakian yg agak mencabar pada peringkat2 tertentu, dengan kedudukan bersebelahan highway PLUS antara Nilai dan Seremban, Bukit Galla sepatutnya boleh dijadikan salah satu destinasi yang menarik.

Cari Destinasi
Admin
2 years ago
Reply to  Zainudin Elias

Salam tuan, ok, kami akan telikan ya.

Hubungi Kami

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x