Tempat Bersejarah & Muzium di Pulau Pinang

Bagi mereka yang ingin mencari tempat bersejarah di Pulau Pinang, ada beberapa destinasi menarik yang boleh anda kunjungi baik destinasi seperti muzium mahupun destinasi seperti mercu tanda, memorial dan juga monumen bersejarah.

Di bawah merupakan kesemua tempat menarik di Penang yang bersejarah yang boleh anda kunjungi kalau bercuti ke sini kelak baik bersama keluarga mahupun bersama rombongan sekolah untuk lawatan sambil belajar.


Tempat Bersejarah & Muzium di Penang

fort cornwallis pulau pinangFort Cornwallis di Padang Kota Lama – Tempat bersejarah di Pulau Pinang yang sangat terkenal dan terletak di Padang Kota Lama, Georgetown. Kubu Cornwallis ini merupakan sebuah kubu lama bersejarah yang dibina pada tahun 1876 oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris dan merupakan kubu bersejarah terbesar yang masih wujud di Malaysia. Masih ada beberapa peninggalan sejarah di sini seperti van tentera, bilik simpanan serbuk senjata api, penjara dan juga rumah api.


muzium perang pulau pinangMuzium Perang – Asalnya merupakan sebuah kem yang dibina oleh tentera British pada tahun 1930 bagi menempatkan tentera dan senjata untuk berperang. Kini kem ini yang juga menempatkan tempat simpanan senjata, terowong, bilik penjara, kawasan penyeksaan musuh dan bilik pameran telah dijadikan muzium yang boleh dilawati oleh pengunjung untuk lebih mendekati kesan-kesan sejarah di sebalik peperangan Perang Dunia Kedua dan beberapa susulan peperangan selepas itu di mana kem ini menjadi lokasi markas berperang yang sangat penting di Pulau Pinang.


Muzium Kamera penangMuzium Kamera – Bagi mereka yang kaki photografi, destinasi ini semestinya satu tempat menarik di Penang yang mesti anda kunjungi untuk melihat sejarah dan koleksi-koleksi kamera lama. Muzium yang bertempat di sebuah rumah lama ini terletak di Jalan Muntri dan mempunyai 2 tingkat bangunan yang padat dengan segala sejarah dalam dunia kamera serta photografi. Ada juga kamera di sini yang mencecah ratusan tahun dan selain koleksi barangan disimpan dalam ruangan berkaca ada juga koleksi yang diletakkan di ruangan terbuka untuk tatapan umum dengan lebih dekat.


tempat bersejarah di pulau pinangRumah P Ramlee – Rumah P Ramlee menempatkan pelbagai informasi bersejarah tentang seniman agong negara sejak dari kecil sehinggalah ketika era penglibatan beliau di dalam dunia seni. Di dalam rumah ini anda boleh melihat pelbagai alatan muzik dan informasi tentang penggunaannya ketika era kegemilangan P. Ramlee. Selain itu, ada juga barangan peribadi dan koleksi gambar-gambar lama P Ramlee yang sering menjadi tumpuan pengunjung untuk bergambar sebagai kenang-kenangan.


muzium peranakan pulau pinangMuzium Pinang Peranakan – Muzium ini memang satu destinasi yang sangat ideal untuk lebih mengenali sejarah dan budaya masyarakat Peranakan di Pulau Pinang. Muzium ini sebenanrnya merupakan sebuah rumah agam yang menempatkan simpanan koleksi barangan kebudayaan Peranakan baik baranga kemas, hiasan dalaman, perabot, pakaian dan infografik berguna tentang budaya mereka.


muzium 3d penangPenang Time Tunnel – Salah satu destinasi untuk anda lebih mengenali perjalanan sejarah Negeri Pulau Pinang dari era sebelum penjajahan sehinggalah ke era penjajahan dan juga sekarang adalah di Penang Time Tunnel. Bangunan ini dibahagikan kepada dua zon utama iaitu pertama tentang sejarah Pulau PInang dan yang keduanya lebih kepada Muzium 3D yang menempatkan beberapa lukisan mural 3D yang boleh anda bergambar untuk dijadikan kenangan peribadi.


Rumah Agam Cheong Fatt TzeRumah Agam Cheong Fatt Tze – Destinasi ini pula merupakan sebuah rumah agam yang berwarna biru indigo dan mempunyai kesenian senibina budaya Cina lama yang cukup mengagumkan. Kalau nak tahu, di dalam rumah agam yang sangat berseni ini seperti di dalam drama Cina dalam tv mempunyai sekitar 38 buah bilik tidur, 5 laman lapang berlantai granit, 7 buah tangga berasingan dan lebih 200 tingkap di sekelilingnya.


Mercu Tanda di Pulau Pinang

masjid-kapitan-keling penangMasjid Kapitan Keling – Masjid yang sangat ikonik ini yang telah bertapak sejak 1801 lagi dibina bagi menampung jemaah masyarakat India muslim yang semakin bertambah di sini. Senibina bangunan masjid ini memang sangat cantik dan unik yang kebanyakannya dipengaruhi oleh budaya seni Timur Tengah dan Roman. Lokasinya juga terletak tidak jauh dari sebuah restoran yang popular di Georgetown iaitu Restoran Nasi Kandar Beratur.


Masjid Terapung Tanjung BugahMasjid Terapung Tanjung Bugah – Sebuah lagi destinasi masjid yang unik yang ada di Penang yang terletak di Pantai Tanjung Bugah. Masjid ini memang sangat cantik terutamanya ketika air laut pasang kerana ianya kelihatan seolah-olah seperti terapung di atas air. Kalau anda berada di sekitar Pantai Tanjung Bugah pada waktu petang, jangan lupa untuk ambil gambar ketika matahari terbenam sebelum menunaikan solat Maghrib.


Kek Lok Si Temple pulau pinangKek Lok Si Temple – Tokong yang menjadi tempat keagamaan Buddha ini terletak di atas sebuah bukit yang di tengah-tengah Georgetown yang menempatkan tarikan senibina bangunan yang menarik serta terdapat juga statu-statu patung Buddha yang besar serta bangunan pagoda. Destinasi ini sering menjadi kunjungan pelancong untuk lebih mengenali budaya orang Buddha disamping untuk melihat keindahan badaray Georgetown dari atas puncak bukit di sini.


Semoga percutian anda ke tempat-tempat bersejarah dan muzium di Pulau Pinang menjadi satu lawatan yang berguna dan bermanfaat untuk diri sendiri serta anak-anak. Wassalam.

4.7/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

8 Kedai Mamak Popular di George Town yang Patut Anda Cuba!

Bercakap tentang kedai mamak, pastinya anda sudah terbayang kelazatan nasi kandar di situ, bukan? Selain itu, mamak juga sinonim dengan ‘port’ lepak sambil pekena...

10 Restoran Nasi Kandar di Pulau Pinang yg BEST

Pulau Pinang, terkenal dengan pelbagai hidangan kuliner yang lazat. Antara pelbagai hidangan yang menarik, satu hidangan tempatan ikonik yang sering mencuri perhatian orang ramai...

57+ Tempat Menarik di Penang Yang Popular & Wajib Dilawati Pelancong

Syurga makanan. Itulah yang boleh disimpulkan dengan Pulau Pinang. Sebuah negeri di utara semenanjung Malaysia yang terkenal dengan jolokan nama Pulau Mutiara & terkenal...

Kereta Sewa Penang Yang Anda Mesti Cuba: Murah dan Selesa!

Sudah merancang itinerari percutian anda yang seterusnya? Bagaimana pula dengan mode pengangkutan anda? Sekiranya anda ingin ke Penang, apa kata anda ambil cara mudah...

Pantai Batu Ferringhi – Aktiviti Menarik WAJIB CUBA

Pantai Batu Ferringhi mempunyai beberapa tarikan tepi pantai yang sesuai untuk anda sekeluarga lawati samaada untuk santai-santai atau melakukan aktiviti-aktiviti sukan air seperti bermain jet...

Padang Kota Lama – Destinasi Lepak Santai di Penang

Padang Kota Lama merupakan satu tempat santai yang sesuai untuk anda berkunjung bersama keluarga ketika melancong di Penang. Destinasi ini merupakan sebuah padang terbuka...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x