Tempat Bersejarah, Muzium & Mercu Tanda di Melaka

Bercuti ke kebanyakan tempat menarik di Melaka seolah-olah kembali pada zaman kegemilangan Negeri Melaka yang terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongan bersejarah yang diiktiraf dunia. Tak lengkap percutian kita ke Melaka kalau tak ke destinasi tarikan pelancongan di bawah ini yang sungguh tinggi nilai sejarahnya kepada warisan budaya negeri Melaka dan juga negara kita.

Berikut merupakan destinasi-destinasi kawasan sejarah, muzium & mercu tanda yang ada di sekitar Melaka yang boleh dilawati pada cuti sekolah bersama dengan anak-anak dan keluarga.


Muzium-muzium & tempat bersejarah di Negeri Melaka

Senarai di bawah ini memaparkan majoriti muzium dan tempat bersejarah di negeri Melaka yang popular sahaja.

kota a famosa melakaKota A FamosaDestinasi yang turut dikenali sebagai Pintu Gerbang Santiago ini merupakan tempat bersejarah di Melaka yang paling popular yang sering menjadi ikon pelancongan negeri Melaka dan dijadikan imej utama untuk poskad-poskad dan setem-setem dari Melaka. Kubu pertahanan ini dibina pada 1511 sejak era penjajahan Portugis lebih kurang 500 tahun yang lalu. Terdapat juga sebuah replika meriam dan statu patung St. Francis Xavier di atas bukit yang menempatkan Gereja St Paul.


Muzium Kesultanan Melayu MelakaMuzium Istana Kesultanan Melaka – Merupakan sebuah replika Istana Sultan Melaka pada kurun ke 15. Senibina bangunan istana ini memang sangat unik dan di dalamnya menempatkan beberapa galeri tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Sesuai untuk membawa anak-anak yang masih bersekolah rendah atau menengah untuk lebih mendekati sejarah negeri Melaka dengan lebih efektif.


Muzium Samudera di melakaMuzium SamuderaSebuah muzium yang unik dan segala pameran ditempatkan di dalam replika kapal perang Potugis. Terletak tidak jauh dari Jonker Street. Muzium Samudera ini juga dikenali dengan nama Flora de la Mar Maritime Museum dan pasti memberikan pengalaman yang berbeza untuk satu destinasi yang dianggap sebuah muzium. Yang pasti anak-anak pasti teruja berada di atas dek muzim ini sambil bergambar dengan perkakasan kapal layar ini.


Muzium Sejarah & Etnografi Melaka – Terletak di dataran Stadthuys & lokasinya pula strategik di kawasan tumpuan pelancong. Muzium ini menggabung 5 muzium & 1 galeria yang hanya perlu dibayar untuk satu tiket. Antara muzium yang ada di dalam perkarangan kompleks muzium ini ialah Muzium Sastera, Muzium Pendidikan Melaka, Galeri Laksamana Cheng Ho & sebagainya. Destinasi ini sangat sesuai untuk dijadikan lawatan permulaan kalau anda bercadang ke tempat menarik sekitar Bandar Hilir Melaka.


kubu st john bukit senjuang melakaKota Belanda di Bukit St John – Di Bukit St John atau juga dikenali dengan Bukit Senjuang ini terletaknya sebuah kubu kecil berwarna putih yang telah dibina oleh Belanda sejak kurun ke 18 lagi. Kubu ini memainkan peranan penting bagi mereka yang menjajah negeri Melaka dahulu sebagai salah satu tempat pertahanan yang sangat strategik. Terdapat juga beberapa laras meriam yang masih terjaga yang juga menjadi tarikan pelancong dan selain itu, pemandangan dari atas bukit ini juga sangat menarik. Tiket masuk ke sini adalah percuma.


muzium sejarah percuma di melakaMuzium Kastam Melaka – Muzium yang bertempat di bangunan yang pernah menjadi gudang simpanan dagangan Britih ini menempatkan pelbagai informasi menarik tentang sejarah & dunia Kastam Malaysia. Tarikan yang paling menarik di sini ialah melihat koleksi harta rampasan sejak tahun 50 an lagi seperti kulit binatang, senjata antik, keris ukiran ayat Al-Quran, patung ukiran lucah & sebagainya. Dan yang paling best, masuk percuma.


Melaka Stamp MuseumMelaka Stamp Museum – Bangunan ini dulunya dikenali sebagai Muzium Lama Melaka atau Sekolah Gambar. Pada asalnya muzium ini merupakan sebuah rumah kediaman untuk para pembesar-pembesar Belanda di Kota Melaka. Kini ianya menjadi sebuah muzium yang menempatkan ratusan koleksi setem lama dan juga infografik tentang sejarah setem khususnya untuk negeri Melaka itu sendiri. Kebanyakan setem lama yang ada di sini bermula ketika era kolonial British dan kalau anda seorang yang sukakan keunikan setem bolehlah datang ke muzium kecil ini. Lokasinya juga terletak bersebelahan dengan beberapa lagi muzium lain.


muzium kapal selam penginapan bestMuzium Kapal Selam (Submarine Museum) – Bagi yang ingin merasai berada dalam kapal selam yang sebenar, bolehlah datang ke sini dan yang lebih menarik ada juga pakej untuk mereka yang ingin bermalam di dalam kapal selam yang dibina tahun 1979. Kapal selam lama ini masih dalam keadaan yang baik dan di dalamnya mempunyai aircond. Sesuai untuk datang ke sini pada waktu tengahari.

 


gereja st paul bukit melakaGereja St John – Gereja lama ini dibina pada tahun 1521 oleh tentera Portugis sebagai tempat ibadah. Lokasinya terletak di atas Bukit St John bersebelahan dengan Kota A Famosa. Binaan bangunan yang hampir 500 tahun usianya ini masih kekal sehingga kini walaupun melalui beberapa fasa peperangan. Pelancong juga boleh melihat pemandangan menarik Bandar Hilir Melaka dari puncak bukit di sini. Sebelum penjajahan Portugis, bukit ini dikenali dengan nama Bukit Melaka dan menjadi tempat Sultan Melaka memerhati keadaan pelabuhan di muara Sungai Melaka.


Muzium Budaya Cheng HoMuzium Budaya Cheng Ho (Cheng Ho Cultural Museum) – Pengaruh China di dalam kebudayaan dan agama orang Melaka dulu-dulu memang sangat ketara. Muzium ini merupakan salah satu tempat yang sangat ideal untuk melihat sendiri informasi bersejarah tentang pengembaraan Cheng Ho ke Melaka. Cheng Ho juga merupakan seorang Islam dan di sini anda boleh lihat banyak replika kapal, arca, tembikar China dan pameran.


The StadthuysThe Stadthuys – Asalnya merupakan sebuah pusat pentadbiran ketika era kolonial Belanda di Melaka. Sekarang bangunan bersejarah ini menempatkan pelbagai informasi berkenaan Melaka dari era Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah era penjajahan Portugis, Inggeris dan juga Belanda. Kalau anda ke Melaka memang mudah untuk mengenali bangunan ini kerana warnanya merah terang lain daripada yang lain.


Muzium Senibina MalaysiaMuzium Senibina Malaysia – Merupakan salah satu daripada puluhan muzium di Melaka yang berlainan fungsinya di mana destinasi ini menempatkan pelbagai replika rumah lama Melayu yang ada khususnya di Melaka. Destinasi ini lebih tertumpu kepada sejarah seni bina rumah dan perkakasan untuk membina rumah tradisional orang dulu-dulu. Bangunan muzium ini merupakan sebuah bangunan Belanda yang lama dan mempunyai 2 tingkat.


Mini Malaysia & ASEAN Cultural ParkMini Malaysia & ASEAN Cultural Park – Merupakan sebuah taman kebudayaan yang menempatkan rumah tradisional dari dalam Malaysia dan juga dari negara-negara Asean yang lain. Setiap rumah dibina pada skala yang asal dan di dalamnya dihiasi dengan perabut bertemakan budaya negeri dan negara masing-masing. Sesuai sebagai destinasi lawatan sambil belajar untuk pelajar sekolah terutamanya di peringkat sekolah menengah yang belajar subjek sejarah.


Independence Monument MuseumIndependence Monument Museum – Sebuah bangunan lama yang unik yang mempunyai dua kubah berwarna keemasan dan dibina pada tahun 1912 ketika era penjajahan Inggeris. Lokasi bangunan ini juga yang merupakan asal usul tempat pengumuman hari kemerdekaan Malaysia sebelum beralih ke Kuala Lumpur. Muzium ini mempamerkan pelbagai informasi bersejarah tentang sejarah awal kesultanan Melayu Melaka dan sememangnya bangunan ini memang sangat simbolik dengan kemerdekaan bukan sahaja untuk negeri Melaka bahkan untuk negara Malaysia sendiri.


Muzium Dunia Melayu dan IslamMuzium Dunia Melayu dan Islam (Malay and Islamic World Museum) – Sebuah muzium yang menempatkan pelbagai barangan bersejarah Melayu dan Islam dari segi budaya, kehidupan seharian, replika masjid, naskah Al-Quran, senjata perang seperti keris dan sebagainya. Di sini anda boleh mengenalpasti pengaruh-pengaruh luar yang telah meresap masuk ke dalam negeri Melaka baik terhadap struktur binaan bangunan, cara hidup dan juga adat resam.


The Melaka Islamic MuseumThe Melaka Islamic Museum – Muzium ynag terletak di Jalan Kota ini merupakan sebuah bangunan lama yang dahulunya menempatkan Badan Islam Melaka dan menempatkan pelbagai informasi dan bahan sejarah seperti pakaian, barang kemas, Al Quran lama dan gambar yang berkaitan dunia Islam khususnya di Melaka. Satu muzium yang sangat ideal untuk dilawati sekiranya anda sedang mencari bahan sejarah tentang kemasukan dan penyebaran agama Islam di negeri Melaka.


Kite Museum melakaKite Museum – Muzium Layang-Layang yang terletak di Jalan Kota, Bandar Hilir Melaka ini merupakan sebahagian daripada sebuah kompleks bangunan yang menempatkan 3 buah muzium yang berbeza. Di bahagian satu aras ada menempatkan sejarah layang-layang termasuk pelbagai permainan tradisional yang ada di Melaka. Yang menariknya, anda boleh pelajari dengan lebih lanjut tentang permainan layang-layang ini yang dahulunya bukan sahaja digunakan sebagai aktiviti riadah petang-petang atau pertandingan sahaja bahkan ianya turut digunakan di dalam peperangan. Di galeri lain pula ada menempatkan informasi bersejarah tentang pelbagai etnik yang tinggal di Melaka.


Baba & Nyonya Heritage MuseumBaba & Nyonya Heritage Museum – Merupakan sebuah muzium persendirian 4 generasi yang mempamerkan pelbagai barangan, pakaian, barangan kemas dan perkakasan kaum Baba & Nyonya. Muzium ini merupakan sebuah kediaman milik Baba Chan Cheng Siew yang bermula sejak tahun 1865-1919 dan kini dikendalikan oleh generasinya yang ke 4 sebagai sebuah muzium persendirian dan dibuka untuk lawatan pelancong.


Straits Chinese Jewelry Museum MalaccaStraits Chinese Jewelry Museum Malacca – Sebuah lagi muzium yang memaparkan pelbagai barangan dan perkakasan masyarakat Peranakan baik dari segi pakaian, perabut antik, hiasan arca dan yang paling menjadi tumpuan di sini ialah galeri barangan kemas intan permata yang pasti memukau pengunjungnya terutamanya golongan kaum hawa. Sayangnya ia hanya untuk hiasan dan tatapan umum sahaja.


Villa Sentosa melakaVilla Sentosa (Malay Living Museum) – Merupakan sebuah rumah lama orang Melayu yang menempatkan pelbagai barangan dan informasi bersejarah tentang budaya orang Melayu. Destinasi ini sering menjadi tumpuan utama pelancong asing untuk lebih mempelajari cara hidup dan budaya orang Melayu di sini. Yang menariknya di sini terdapat senaskah Al-Quran yang berusia lebih seratus tahun.


tempat pelancongan menarik melakaThe Li Chi Mao Art House – Sebuah galeri kecil yang memaparkan hasil karya lukisan Li Chi Mao iaitu seorang pelukis dari Taiwan. Seni lukisan yang ada di sini dilukis dengan menggunakan teknik orang Cina lama iaitu dengan hanya menggunakan berus dan juga cat dakwat hitam. Walaupun kita lihat teknik pembuatannya agak ringkas namun hasil karya yang ada di sini memang sangat cantik dan mengagumkan.


muzium di melaka bestMalaqa House – Seperti juga Muzium Warisan Baba & Nyonya, destinasi ini merupakan sebuah rumah lama Baba dan Nyonya yang menempatkan pelbagai barangan hiasan dalaman, pakaian dan perabut lama. Sekiranya anda nak berlajar dengan lebih lanjut tentang budaya kehidupan orang Peranakan di Melaka, bolehlah datang ke sini dan tiket masuk pun adalah percuma. Yang berbeza dengan Muzium Peranakan lain ialah dari segi seni dan bahan-bahan koleksi yang dipamerkan.


toy museum melakaToy Museum Melaka – Sebuah galeri yang mempunyai ratusan koleksi patung permainan samada untuk kanak-kanak ataupun golongan muda. Antara yang mencuri tumpuan adalah patung-patung permainan dari movie popular seperti Harry Potter, Batman, Avatar, Ironman dan banyak lagi. Mungkin inilah salah satu muzium di Melaka yang pasti membuatkan anak-anak teruja dan tidak membosankan.


Mercu Tanda di Melaka

Negeri Melaka juga mempunyai beberapa tarikan pelancongan yang boleh kita anggap sebagai mercu tanda utama bagi orang Melaka. Berikut merupakan cadangan tarikan mercu tanda yang boleh dilawati untuk bergambar dan bersiar-siar dengan keluarga.


Masjid Selat di melaka menarikMasjid Selat MelakaMasjid di atas Selat Melaka yang dibina dengan aggaran kos 10 juta ringgit dan secara rasminya dibuka pada tahun 2006. Kalau waktu air laut pasang, ianya kelihatan seolah-olah terapung. Lokasi Masjid Selat Melak ini terletak berdekatan dengan pulau buatan manusia iaitu di Pulau Melaka. Pemandangan masjid ini pada waktu malam sememangnya sangat indah terutamanya ketika metahari melabuhkan tirai di kala senja.


Kampung Mortem melakaKampung Mortem – Kalau di Kuala Lumpur ada perkampungan Melayu di tengah bandar iaitu Kampung Baru, di Melaka pula ada Kampung Mortem yang juga terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Perkampungan Melayu yang berdekatan dengan sungai Melaka ini masih mengekalkan ciri-ciri kebudayaan Melayu terutamanya dari segi binaan rumah. Sering menjadi tarikan utama pelancong luar negara untuk lebih mendekati budaya dan senibina rumah orang Melayu asli Melaka kerana lokasi yang mudah diakses dari bandar utama.


Kincir Air Kesultanan Melayu MelakaKincir Air Kesultanan Melayu Melaka – Merupakan sebuah replika air di muara Sungai Melaka dan yang terbesar di Malaysia berdiameter 13 meter yang dibina pada tahun 2008 bertujuan sebagai ikon kepada muara Sungai Melaka yang pernah menjadi pelabuhan terpenting ketika era pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Jarang kita menjumpai tarikan unik sebegini di negeri lain dalam Malaysia, hanya di Melaka ada stuktur binaan kincir air sebegini.


Dataran Keris di melakaDataran Keris – Merupakan sebuah replika keris gergasi yang terdapat di Alor Gajah. Mercu tanda replika yang sangat popular di Melaka ibarat Dataran Lang di Langkawi. Sesuai datang ke sini untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.


Akhir kata, sememangnya tarikan pelancongan di Melaka memang sangat kaya dengan sejarah dan budaya yang unik dan diperakui oleh UNESCO sebagai salah satu bandar warisan dunia. Semoga destinasi-destinasi di atas mendidik kita untuk lebih menjadi masyarakat yang prihatin dan menghargai jasa-jasa pahlawan dahulu kala dalam mendapatkan segengam tanah kemerdekaan. Wassalam.

3.9/5 - (56 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kereta Sewa di Melaka Yang Best & Murah

Melaka pernah diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia dan juga Melaka Maju pada tahun 2010. Walaupun negeri Melaka adalah kecil, namun banyak tempat menarik dan...

Tempat Membeli Belah di Melaka

Bercakap mengenai tempat membeli belah di Melaka, pilihan destinasinya memanglah tidak sebanyak di Kuala Lumpur ataupun di Selangor. Namun sekiranya anda ingin cuci cuci...

10 Hotel Murah di Melaka untuk Percutian Bajet

Melaka merupakan bandar yang bersejarah dan mempunyai pelbagai tempat tarikan pelancong. Oleh itu, terdapat banyak hotel dan rumah penginapan yang murah dan selesa di...

45+ Tempat Makan BEST di Melaka Yang WAJIB Anda CUBA

Negeri Bersejarah Melaka bukan sahaja terkenal sebagai tapak warisan sejarah dunia yang menjadi tumpuan pelancong dalam & luar negara, bahkan turut mempunyai banyak destinasi...

Ikan bakar Melaka Terbaik – 12 Tempat makan Ikan Bakar yg Popular

Hari tu bercuti ke Melaka, baru tahu yang Melaka memang banyak tempat makan yang best dan sedap. Kalau nak makan malam, destinasi yang dicadangkan...

Muzium Sejarah & Etnografi Melaka – Satu Tiket untuk 5 Muzium

Kalau anda mulakan perjalanan percutian anda di Bandar Hilir Melaka di sekitar dataran Stadthuys yang menempatkan mercu tanda I Love Melaka serta berdekatan dengan...

4 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

4 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Siti
9 months ago

Informasi yang bagus.Terbaik!

Tae9
Tae9
6 years ago

Asslmualaikum
bole x saya ambil ni sebagai panduan utk assignment saya?

saya
5 years ago
Reply to  Tae9

tak

Siti Aqisya
1 year ago
Reply to  Tae9

Muzium muzium di sini sangat menarik dan boleh mengajar anak anak yang bersekolah rendah atau sekolah menengah

Hubungi Kami

4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x