7 Tempat Berbuka Puasa BEST Secara Berpiknik di Malaysia

Setiap tahun pada bulan Ramadhan, destinasi-destinasi ini pasti menjadi kunjungan orang ramai & warga setempat untuk berbuka puasa secara berpiknik ramai-ramai. Suasana di destinasi ini tidak ubah seperti pesta tahunan yang sangat menarik untuk anda terokai sendiri. 7 tempat buka puasa yang sangat best seperti di bawah ini memang sangat ideal untuk anda kunjungi & berbuka puasa bersama keluarga atau pun rakan-rakan secara ramai-ramai.

Jika anda perhatikan betul-betul, rata-rata tempat berbuka secara berkelah sebegini adalah sebuah padang awam atau pun merupakan dataran lepak yang lapang. Selain itu, setiap kali pada bulan puasa, mesti ada bazar-bazar Ramadhan yang best bersebelahan dengan destinasi-destinasi ini & lokasi masjid juga sangat berdekatan supaya senang untuk pengunjung menunaikan Solat Maghrib atau pun Solat Terawih secara berjemaah sesudah berbuka puasa.

Sekiranya anda ingin berbuka puasa di tempat yang lebih selesa bersama yang tersayang seperti di hotel, resort atau pun restoran menarik, bolehlah terokai & mencari idea di 237+ destinasi buka puasa buffet 2019 di seluruh Malaysia.


1. Padang Majlis Perbandaran Kuantan

tempat berbuka puasa yang best kuantan
Kalau anda berkunjung ke Bandar Kuantan pada bulan Ramadhan, jangan lepaskan peluang untuk merasai kemeriahan berbuka puasa ramai-ramai di Padang Majlis Perbandaran Kuantan yang hanya bersebelahan dengan Masjid Negerinya ( Masjid Sultan Ahmad 1).

Paling menarik, terletaknya sebuah bazar Ramadhan yang agak besar dan mempunyai puluhan gerai-gerai yang menjual makanan serta juadah berbuka puasa yang sedap-sedap. Selain makanan, ada juga sesetengah bazar yang menjual pakaian, baju raya, aksesori wanita & songkok yang mungkin anda boleh beli untuk beraya nanti.

Sesudah cuci-cuci mata dan membeli makanan di bazar Ramadhan, bolehlah pula anda ke padang berumput yang sangat besar di sebelahnya untuk mencari port-port menarik untuk hamparkan tikar atau surat khabar lama. Kalau kena pada waktunya, jumlah pengunjung yang berbuka puasa di atas padang ini boleh mencecah sehingga ribuan orang untuk satu-satu masa.

Lokasi destinasi ini memang sangat strategik di tengah-tengah bandar Kuantan & mudah diakses dengan kenderaan. Kawasan parkir kereta juga banyak kalau tidak terlalu ramai. Lihat video menarik suasana berbuka puasa di Padang MPK, Kuantan.


2. Dataran Shahbandar Kuala Terengganu

buka puasa di kuala terengganu 2016
Dataran Shahbandar pula terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu yang memang sangat mendamaikan jika berada di sini pada waktu petang. Maklumlah, lokasinya betul-betul berada di tepi Sungai Terengganu & tidak jauh dari kawasan muara serta pantai. Memang boleh rasa sepoi-sepoi angin Laut Cina Selatan ketika berbuka puasa di sini.

Dataran Shah Bandar tidaklah sebesar kawasan berbuka puasa seperti di Padang Majlis Perbandaran Kuantan, namun masih boleh dikira sangat lapang & sesuai untuk anda berbuka puasa secara berkelah. Dataran ini juga mempunyai pokok-pokok yang redup serta bangsal untuk berehat.

Setiap kali bulan puasa, terdapat juga Bazar Ramadhan di sini yang sangat popular di kalangan orang warga KT. Jika nak merasa aneka juadah makanan & kuih tradisional Terengganu, bolehlah singgah-singah di bazar Ramadhan ini. Satu lagi port yang menarik untuk berbuka puasa yang tidak jauh dari sini ialah di Pantai Batu Burok.


3. Buka Puasa di Dataran Merdeka

buka puasa di dataran merdeka kl
Bagi warga kota, mana lagi kalau bukan berbuka puasa secara piknik ramai-ramai jika tidak di Dataran Merdeka & juga di sepanjang Jalan Raja. Kawasan lepak yang sangat lapang di padang juga sangat mudah untuk pengunjung memilih port yang best untuk dihamparkan tikar sementara menunggu masuk waktu berbuka puasa.

Seperti tahun sebelumnya, banyak aktiviti menarik yang dianjurkan oleh pihak berkenaan sempena dengan sambutan bulan Ramadhan contohnya ketika Festival Ramadhan 2014 dan Festival Ramadhan 2015. Moga-moga tahun ini juga kemeriahan berbuka di Dataran Merdeka akan lebih baik dengan sambutan orang ramai.


4. Padang MBSA di Dataran Shah Alam

buka puasa di dataran shah alam
Dekat dengan masjid, kawasan lapang dan mudah untuk mencari tempat membeli juadah. Memang satu destinasi yang lengkap untuk anda berbuka ramai-ramai secara terbuka di Dataran Shah Alam. Lagi best kalau singgah ke Bazar Ramadhan di Seksyen 7, Shah Alam terlebih dahulu & terus ke sini untuk cari port menarik. Jangan lupa untuk siap-siap sediakan tikar ataupun surat khabar lama.

Setiap hari pada bulan Ramadhan, pasti kawasan sekitar padang di Dataran Shah Alam ini akan dipenuhi dengan pengunjung yang berkeluarga atau pun pelajar-pelajar untuk berbuka puasa beramai-ramai. Jika berhasrat ke sini, sebaiknya datang awal-awal kerana kawasan letak kereta agak terhad. Lihat video ini untuk lebih mengetahui apa yang best kalau berbuka puasa di sini.


5. Buka Puasa di Dataran Putrajaya

Buka Puasa di Dataran Putrajaya
Berbuka puasa di hotel-hotel yang menyediakan program Buffet Ramadhan mungkin agak overbudget bagi sesetengah orang apatah lagi jika bilangan ahli keluarga dan anak-anak ramai. Jangan risau, ada satu alternatif yang baik untuk anda berbuka puasa dengan suasana yang meriah dikelilingi dengan bangunan-bangunan yang indah & landskap yang menarik.

Lokasi yang dimaksudkan adalah di Dataran Putrajaya yang berhadapan dengan Istana Kehakiman serta berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan Abidin ( Masjid Besi). Selain dekat dengan masjid-masjid untuk kemudahan kita solat, Dataran Putrajaya juga mempunyai banyak pilihan tempat untuk membeli makanan baik di restoran atau pun mungkin juga di Bazar Ramadhan Presint 2, Putrajaya.


6. Dataran Balai Besar di Masjid Zahir, Alor Setar

buka puasa Dataran Balai Besar alor setar kedah
Bagi yang berada di Bandar Alor Setar, Kedah anda boleh mencuba berbuka puasa di kawasan terbuka dengan pemandangan indah Masjid Zahir, Menara Alor Setar & juga dikelilingi hiasan landskap seperti taman yang terletak di Dataran Balai Besar atau juga dikenali Dataran Masjid Zahir di kalangan penduduk setempat.

Tarikan yang paling best di sini sudah tentulah binaan struktur bangunan Masjid Zahir itu sendiri yang dibina pada tahun 1912 & menjadi mercu tanda serta ikon pelancongan utama bagi negeri Kedah. Kawasan padang yang lapang & terbuka ini memang sangat meriah setiap kali masuk waktu berbuka puasa di Bulan Ramadhan dengan kunjungan orang ramai baik yang sudah berkeluarga atau pun yang bujang-bujang.

Di sekitar dataran ini juga terletak banyak pilihan tempat untuk membeli juadah berbuka sama ada di restoran atau pun di bazar Ramadhan. Ada juga yang bawa bekal makanan yang dimasak di rumah & dibawa bersama untuk family gathering bersama sanak-saudara.


7. Dataran Sibu Sarawak

Dataran Sibu Sarawak buka puasa ramai ramai
Kalau di Sibu pula, salah satu tempat yang popular untuk berbuka puasa secara berjemaah di kawasan terbuka adalah di Dataran Sibu. Kalau anda berkesempatan untuk bermusafir ke sini, bolehlah singgah membeli makanan di Bazar Ramadhan di sini & terus santai-santai bersama kawan-kawan atau keluarga di Dataran Sibu.

Kawasannya yang mempunyai padang berumput serta kemudahan asas lain untuk pengunjung menjadikan destinasi ini satu tempat wajib yang sering menjadi pilihan orang Sibu untuk santai-santai berkelah sambil berbuka. Jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini mencari kelainan suasana & juadah tradisional orang setempat jika bercuti ke Sibu, Sarawak pada bulan Ramadhan.


Di mana jua anda berbuka puasa ramai-ramai secara berkelah atau berpiknik sam ada di pantai, di dataran atau di padang, pastikan tidak membuang sampah & sisa makanan di merata-rata. Tidak pasal-pasal dapat ‘dosa percuma’. Anda tahu tempat buka puasa yang best di tempat lain selain di atas? Jangan lupa untuk komen dan kongsikan dengan pembaca di bawah. Selamat beramal dan Wassalam.

4.9/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

Makanan Tradisional Cina yang BEST

Untungnya berada di Malaysia kerana mempunyai pelbagai kaum dan bangsa yang hidup dalam keadaan aman dan saling menghormati antara satu sama lain. Secara tidak...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x