Tadom Hill Resort – Lokasi Percutian Menarik di Banting

Destinasi penginapan resort di sini mungkin tidak sepopular dengan resort-resort di Langkawi atau pulau-pulau di Sabah, namun sekiranya anda mencari lokasi percutian menarik berdekatan dengan KL dan Selangor yang menjanjikan satu pengalaman yang unik dan aktiviti lasak, bolehlah mencuba untuk berkunjung ke Tadom Hill Resort di Banting, Selangor.

Tidak seperti di kebanyakan resort lain yang dibina dengan konkrit ataupun kayu, Tadom Hill Resort ini pula dibina kebanyakannya menggunakan material daripada buluh sehinggakan dalam tandas, atas, bawah, tepi adalah buluh.


Apa yang menarik di Tadom Hill Resort

tandom hill resort selangor

Tadom Hill Resort terletak dalam satu kawasan berkeluasan 40 ekar dikelilingi dengan bukit batu kapur, tasik dan juga pokok-pokok. Berada di sini memang seolah-olah anda sedang bercuti ke sebuah taman negara yang dikelilingi dengan alam semulajadi.

Di bawah Tadom Hill Resort ini terdapat 2 jenis penginapan yang boleh dipilih oleh pelancong iaitu Tadom Base Camp ( kawasan camping dan bilik dorm) serta Tadom Bamboo Suite (chalet premium dibina dengan buluh dan masih dalam pembinaan).


Tadom Hill Resort ( Bamboo Suite)

resort tepi tasik selangor

Tarikan utama di resort ini yang dikenali dengan Tadom Groove menawarkan aktiviti menarik untuk dicuba pengunjung seperti platform terjun tiruk, kerusi santai terapung (flexies), tali Tarzan dan sebagainya. Penginapan ini masih belum 100% siap dan dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada tahun depan 2016. Ikuti status perkembangan penginapan ini di sini.


Tadom Base Camp

bercuti ke resort menarik kl

Bagi yang inginkan aktiviti yang lebih mencabar, pengunjung boleh ke Tadom Base yang menawarkan aktiviti outdoor yang lebih banyak dan lebih lasak.  Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah Zorb balls, berakit buloh, rock climbing, flying fox dan banyak lagi (lebih 30 aktiviti outdoor semuanya).


Aktiviti menarik untuk family day dan teambuilding

aktiviti menarik tandom hill resort

Dengan pelbagai jenis aktiviti mencabar yang ditawarkan, lokasi percutian di Tadom Camp merupakan satu alternatif yang sangat ideal untuk mengadakan aktiviti teambuilding yang dekat dengan KL dan Selangor.

Tak perlu jauh-jauh ke Taman Negara atau hutan simpan lain untuk melakukan aktiviti lasak ala kampung secara berkumpulan. Di Banting pun boleh.


Jadi warrior terbaik di event-event menarik di sini

Memandangkan di Tadom Base ini mempunyai pelbagai jenis halangan ala-ala tentera, ada beberapa kali event seperti Iron Man telah dianjurkan di sini seperti Warrior Madness 2015, Warrior Revolution 2015 dan yang terbaru ialah Warrior Sprint 2015.

Sekiranya anda seorang yang lasak dan suka aktiviti sukan pertandingan ala Iron Man ini, bolehlah joint nanti untuk menguji tahap kecergasan fizikal anda dan menjadi warrior yang terbaik di kalangan warrior-warrior yang bertanding.

Saksikan video menarik di bawah tentang event Warrior Sprint yang diadakan di sini baru-baru ini. Memang sungguh mencabar jiwa raga. Tonton video menarik tentang destinasi ini Tadom Base.


Lokasi percutian menarik untuk hari keluarga ataupun reunion dengan rakan lama

Memang seronok kalau sekali sekala dapat meluangkan masa bersama keluarga yang besar atau reunion dengan rakan-rakan lama di sini sambil bergembira dengan pelbagai aktiviti outdoor yang best.

Jom baca: Senarai Tempat Menarik di Selangor

Lokasi Tadom Hill Resort dan Tadom Base ini juga sangat mudah diakses hanya terletak kira-kira 15 minit memandu dari KLIA dan 50 minit dari Kuala Lumpur. Resort ini pasti akan menjadi salah satu resort dengan pakej aktiviti outdoor menarik yang popular kelak setelah Tadom Bambo Suite siap sepenuhnya tahun 2016. Satu lokasi percutian menarik dan unik di Banting untuk dicuba kelak.

4.8/5 - (14 votes)

Anda Mungkin Berminat

Pantai Morib di Banting – Destinasi Percutian untuk Keluarga

Salah satu destinasi percutian tepi pantai yang terkenal di kalangan warga KL, Selangor dan negeri sekelilingnya iaitu Pantai Morib di Banting, Selangor. Kalau bercuti di...

Bercuti di Gold Coast Morib Resort, Banting

Percutian di Gold Coast Morib Resort yang terletak di Banting, Selangor sememangnya satu aktiviti yang sangat ideal untuk para ibu bapa meluangkan masa berkualiti...

TOP 10 Tempat Menarik di Banting yg POPULAR

Nak hilangkan bosan dan cuba sesuatu yang baru? Jangan lepaskan peluang anda untuk datang berkunjung ke semua tempat menarik di Banting, Selangor yang bakal...

Tempat Makan Menarik di Banting 10 yg TERBAIK

Dalam artikel kali ini, kita akan meneroka 10 tempat makan menarik di Banting yang pasti memikat selera anda. Dari hidangan tradisional yang kaya dengan...

TOP 10 Homestay Banting Pilihan Utama Pelancong

Dalam usaha untuk membantu anda menjalani penginapan yang sempurna di Banting, Selangor, kami dengan gembiranya menyusun senarai pilihan homestay Banting terbaik di destinasi ini....

3 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

3 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Dominic
8 years ago

Hi!

We found the review of us you did back in 2015 very interesting, and would like to ask if you would be interested in doing another, updated, feature of our Resort? We have grown and changed a lot since that time!

Thank you for the first one!

Regards,

Dominic
Tadom Hill Resorts

Siti aminah
Siti aminah
8 years ago

Berapa harga family package?

az zuhri mohd din
az zuhri mohd din
8 years ago

wow menarik, boleh bagi package famili…

Hubungi Kami

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x