10 Taman Tema Dalaman Yang Terbaik Untuk Kanak-Kanak di Malaysia

Bila tiba musim cuti persekolahan inilah masanya untuk merancang aktiviti dan destinasi yang menyeronokkan untuk bersuka ria bersama anak-anak. Taman tema air, taman tema terbuka, taman tema safari, taman tema adventure, dan taman tema budaya, semuanya pasti membuatkan anda rambang mata untuk memilih satu daripada semua pilihan yang ada.  

Kali ini kami akan berkongsi mengenai satu konsep taman tema yang sangat unik dan luar biasa iaitu taman tema dalaman atau lebih dikenali dengan panggilan “indoor theme park”. Taman tema indoor sebenarnya banyak terdapat di Malaysia dan menerima pengunjung yang ramai dari dalam dan luar negara setiap tahun.


1. Berjaya Times Square Theme Park, Kuala Lumpur

berjaya times square

Berjaya Times Square Theme Park adalah taman tema dalam mall yang mula menjalankan operasinya pada tahun 2003 lagi. Taman tema indoor gergasi yang menempah nama dalam Malaysia Book of Records: The Largest Indoor Theme Park in Malaysia ini berkeluasan 133,000 kaki persegi dengan tarikan dua buah stesen yang menyeronokkan iaitu Galaxy Station di Level 5, dan Fantasy Garden di Level 7. 

Setiap permainan yang ditawarkan memang sangat menarik perhatian kerana tema yang dikenakan berwarna-warni khusus untuk menarik perhatian kanak-kanak serta sudah tentu selamat digunakan. Di Galaxy Station, anda boleh mencuba permainan seperti Supersonic Odyssey (roller coaster multiple-inverted terpanjang di Asia Pasifik dengan panjang 800 meter dan berkelajuan 80Km/H), Spinning Orbit (berputar-putar pada ketinggian 30 meter), Ooorts’ Express, Dizzy Izzy, Cosmo Climb (mendaki pada 3 tahap kesukaran), Rbo Crush (kereta bumper), virtual reality (alat elektronik VR), Cosmic Game (aneka permainan funfair), dan Arcade Game (tempat permainan video). 

Manakala untuk Fantasy Garden pula, ia dibina untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk melakukan aktiviti kurang mencabar sesuai pada usia mereka. Lebih kurang 13 aneka pemainan yang menjadi tarikan utama di stesen ini khusus bertujuan memberikan mereka suasana seronok untuk bermain sambil belajar.

Alamat: Berjaya Times Square Theme Park, Level 5 & 7, Berjaya Times Square, No.1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur

Bayaran Masuk: RM 70 (13 tahun dan ke atas), RM 65 (3 hingga 12 tahun)

Waktu Operasi: isnin hingga jumaat (12 tengah hari – 8 malam), hujung minggu & cuti umum (12 tengah hari – 8 malam)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 03-2117 3118


2. Skytropolis, Genting

skytropolis

Genting memang terkenal dengan tempat pelancong paling popular di kalangan pengunjung sama ada dari dalam atau luar negara. Selain taman tema terbuka, di sini juga terdapat taman tema dalaman yang tidak kurang hebatnya iaitu Skytropolis. Namanya sahaja sudah nampak gempak apatah lagi jika anda menjejakkan kaki di situ. Skytropolis Indoor Theme Park yang berkeluasan 400,000 kaki persegi ini menyediakan lebih dari 20 rides untuk hiburan seisi keluarga. 

Untuk dewasa, anda boleh mencabar diri dengan bermain permainan extreme seperti Spin Crazy, Disco, Sky Towers, Power Surge, Power Bumper dan Music Express. Tetapi jika anda memilih untuk mencuba low thrill, anda boleh mencuba Space Cadets, Cooper Express, Balon Space, Royal Carousel, Tea Cups dan Skyscrape. Memandangkan taman tema ini bercirikan keluarga, jadi setiap permainan yang ada meliputi semua peringkat umur. Untuk anak-anak, anda boleh membelikan tiket untuk mereka bermainan Loop de loop, Boo boo bump, Whirly Bugs dan Ride em’ around.

Alamat: Level 1 First World Plaza, Genting Highland, Pahang

Bayaran Masuk: RM 10 (hari biasa), RM 15 (hari minggu)

Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam (setiap hari)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 03-2718 1838


3. SuperPark Malaysia, Kuala Lumpur

super park malaysia

Satu lagi taman tema dalam mall yang membawa kelainan menakjubkan di tengah-tengah ibu kota adalah SuperPark Malaysia. Untuk pengetahun anda, taman tema ini berasal dari negara Finland dan mula diperkenalkan di Malaysia pada akhir tahun 2018. Dengan kawasan seluas 0.37 hektar, ia menawarkan 28 jenis permainan meliputi permainan berbentuk fizikal, interaktif, intelektual, dan mencabar. Sebagai ibu bapa, anda pasti inginkan yang terbaik untuk anak anda. Segala aspek anda pertimbangkan lebih-lebih lagi isu keselamatan sebelum pergi ke sesebuah destinasi itu. Namun di SuperPark, anda jangan risau kerana mereka memberikan jaminan bahawa hampir 90 peratus permainan di sini boleh dimainkan oleh kanak-kanak. 

Mengapa ia dikatakan unik, kerana konsep permainan di sini adalah “You Are Made To Move”. Bermaksud setiap aktiviti memerlukan pergerakan fizikal dan ada tahap-tahap yang perlu dicapai. SuperPark mempunyai dua aras tingkat. Ia terbahagi kepada tiga kawasan seperti Adventure Area yang menawarkan permainan seperti iwall, flying fox, tube slide, pedal car track dan banyak lagi. Game Arena pula dibahagikan kepada permainan seperti baseball, street basketball dan robokeeper serta freestyle hall yang terdiri daripada superclimb, ninja track, skate and scoot world, trampolin platform dan skate rink.

Alamat: Unit 4-1, Level 4 Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bayaran Masuk: RM 180 (superfun early ticket), RM 280 (superfun early whole day ticket)

Waktu Operasi: 11 pagi – 8.30 malam (isnin hingga jumaat)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 03-2789 1408

Whatsapp SuperPark Malaysia


4. The Rift, Kuala Lumpur

the rift

Selalunya teknologi Virtual Reality (VR) biasa anda temukan di dalam video game. Tetapi bagaimana jika anda sebenarnya boleh merasai sendiri pengalaman bersama VR secara terbuka. Rift Mid Valley adalah syurga permainan video yang menyediakan 24 jenis video game VR / AR bertepatan dengan taglinennya iaitu Enter Rift.

Permainan yang sering kali mendapat tempat di hati pengunjung seperti Motion Blaster, Badai VR, Hallowall, Hado PvP, Bilik Ras, dan Penamat X, Sand Bos: Pukul Saber/Fruit Ninja, Race Room, dan Zero Latency. Bersediakah anda keluar dari realiti dan masuk ke dunia realiti maya?

Alamat: Jalan Syed Putra, MY Kuala Lumpur Mid Valley City T102 & 102A Level 3, Mid valley MegaMall

Bayaran Masuk: RM 36/pax (4 credit), RM 70/pax (8 credit), RM 103/pax (12 credit), RM 142/pax (20 credit)

Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam (setiap hari)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 03-22021808


5. District 21, Putrajaya

D21

Siapa kata District 21 hanya sesuai untuk orang dewasa sahaja? Sebenarnya, taman tema ini sangat sesuai untuk semua lapisan umur. Malah anda yang bercadang untuk membawa anak-anak sekali datang bersama juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti tersebut dengan pantauan sendiri. Sambil membeli-belah di IOI Mall Putrajaya, anda boleh bersuka ria bersama keluarga dengan melakukan aktiviti lasak yang membuatkan anda berpeluh. Kawasan seluas 70 ribu kaki persegi ini, membawa 11 tarikan menarik dan tahap-tahap yang berbeza untuk pengunjung yang hadir. 

Aktiviti yang ditawarkan di level easy adalah Launch Pad, Carousel, dan Tubby Ride. Aktiviti yang ditawarkan di level medium adalah Power Station, The Maze, Pump Track. Free Fall, Go Pedal, dan Low Ropes. Manakala untuk aktiviti di level hard adalah Sky Trail, dan Roller Glider.

Alamat: AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Bayaran Masuk: RM 58 (hari biasa), RM 75 (hujung minggu)

Waktu Operasi: 12 tengah – 8 malam (isnin hingga jumaat), 10 pagi – 8 malam (hujung minggu & cuti)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 03-8328 8888


6. KidZania, Petaling Jaya

kidzania

Ada apa di KidZania, sehinggakan anak-anak yang datang ke sini seperti tidak mahu pulang ke rumah? KidZania merupakan taman tema berbentuk pendidikan dan hiburan yang interaktif atau education indoor themepark pertama dan satunya-satunya di Malaysia. Di sini, kanak-kanak dari usia empat hingga 14 tahun akan merasai pengalaman bekerja sebenar melalui pelbagai tarikan dan aktiviti. 

Bila masuk dalam Kidzania tu, anda akan rasa macam berada dalam satu bandar sebenar kerana di situ ada balai polis, kedai makan, salon, kilang, hospital, klinik dan macam-macam lagi. Setiap pekerjaan yang anak anda pilih, mereka akan dipakaikan dengan uniform yang seakan-akan dengan pekerjaan itu. Habis sahaja bekerja, mereka juga akan dibayar gaji. Duit dari gaji tersebut boleh dimasukkan ke dalam atm khas dan duit itu juga boleh digunakan untuk membeli cenderahati di dalam kedai tersebut. 

Bagaimana pula jika anda sendiri mahu melakukan aktiviti-aktiviti tersebut bersama anak-anak? Jangan risau KidZania membuka peluang kepada 15 permainan untuk program family and friends seperti Fire Station, F&N Wall Climbing Design Studio (Arts & Craft), Kurlz Beauty Salon, Fly FM & Hot FM Studio, Energy Control Room, Window Washing, Volvo Car Dealership, Emergency Room, Police Station, KidZania Post, Surgery Room, AirAsia Flight Simulator, Brother Sewing & Embroidery Centre, dan Spritzer Bottling Plant.

Alamat: Curve Nx, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Bayaran Masuk: RM 46 (2 – 3 tahun), RM 95 (4 – 17 tahun), RM 58 (18 – 59 tahun)

Waktu Operasi: 10 pagi – 6 petang (setiap hari kecuali selasa)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 03-3310 0229


7. MyBestBox, Kuala Lumpur

MBB

Siapa minat menonton permainan realiti popular seperti Running Man atau Super Trio Games Master? Pasti gang-gang KPop dan KDrama tidak akan melepaskan pelung ini untuk berkunjung ke MyBestBox untuk merasai pengalaman yang sangat menyeronokkan  dengan permainan yang berkonsepkan Variety Shows Games. MyBestBox dilancarkan buat pertama kalinya di Berjaya Times Square dengan membawa lebih 40 jenis permainan dan keluasan yang sangat besar seluas 12,000 kaki persegi sehingga boleh menampung 500 orang sekaligus dalam satu-satu masa. 

Tujuh buah tarikan yang boleh anda dapatkan di sini antaranya seperti VS Hall, The Dry Poll, Rage Room, Crazy Kartz, Kiddy Zone, Party Room, dan The Box. Apa yang pastinya anda memang tidak akan menyesallah datang ke sini. 

Alamat: Lot 06-99, Level 6, East Wing, Berjaya Times Square Shopping Mall, No. 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur

Bayaran Masuk: RM 35/1 jam (hari biasa), RM 38/1 jam (hujung minggu & cuti umum)

Waktu Operasi: 10.30 pagi – 9.30 malam (setiap hari)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 03-27755117

Whatsapp MyBestBox


8. Greenland G-Kids Theme Park, Johor Bahru

greenland

Greenland G-Kids Theme Park memberikan suasana persekitaran yang sangat harmoni untuk anak-anak anda bermain sambil belajar. Mereka akan diberikan pengalaman merasai alam pekerjaan di usia muda dengan segala kecanggihan yang ada sambil mengembara ke dalam bangunan micro-city yang memiliki 30 jenis daya tarikan yang sungguh mencabar, menyeronokkan, dan mengasah daya tahan fizikal dan mental anak-anak anda. 

Dengan membawa misi edutainment centre yang menukar pengalaman bekerja di alam nyata kepada sebuah pengembaraan fantasi, Greenland G-Kids memang benar-benar pilihan yang terbaik untuk mengembangkan kemahiran berkomunikasi dan memberikan inspirasi kepada mereka untuk melihat satu per satu apa yang mereka inginkan untuk kerjaya di masa hadapan. 

Alamat: Level 3, Stellar Walk, Jalan Persiaran Senibong, 81750 Johor Bahru, Johor

Bayaran Masuk: RM 88 (1 kanak-kanak + tiket percuma 1 dewasa), RM 42 (tambah seorang dewasa), RM 12 (tambah seorang bayi)

Waktu Operasi: 10 pagi – 5 petang (setiap hari kecuali Rabu)

Lokasi | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 07-3823912


9. Megakidz Funland & Edutainment, Kuala Lumpur

megakidz

MegaKidz Funland & Edutainment di Mid Valley MegaMall, membawa konsep taman tema yang hampir sama dengan KidZania tetapi ia lebih bercirikan aktiviti fizikal yang mengasah daya tahan dan kuasa motor tubuh anak-anak.

Alamat: Mid Valley Megamall, T012, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bayaran Masuk: Untuk hari biasa RM 40 (2 – 12 tahun), RM 20 (bawah 2 tahun), untuk hujung minggu RM 50 (2 – 12 tahun), RM 25 (bawah 2 tahun)

Waktu Operasi: 11 pagi – 10 malam (setiap hari)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Phone: 03-22829300


10. Tiram Indoor Water Park, Ulu Tiram

tiram water

Ada ke taman tema air dalaman di Malaysia? Mestilah ada jika anda ke Tiram Indoor Water Park. Tidak kurang hebatnya beraktiviti air di sini dengan aktiviti air di kawasan terbuka. Tiram Indoor Water Park menyediakan playground dan trampolin untuk anda dan anak-anak anda melompat sesuka hati sambil bermandi-mandi. 

Alamat: Lower Groundfloor, Today’s Mall, Jalan Kota Tinggi, 81800 Ulu Tiram, Johor

Bayaran Masuk: RM 10 (kanak-kanak), RM 15 (dewasa)

Waktu Operasi: 10.30 pagi – 7 malam (setiap hari kecuali isnin)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 07-861 0694

Whatsapp Tiram Indoor Water Park


Seronoknya dapat meluangkan masa bersama orang yang tersayang di hujung minggu. Walaupun sekarang anda mungkin banyak masa di rumah tetapi dengan komitmen kerja dan hal-hal lain, anda mungkin terlepas pandang untuk membahagikan masa bersama anak-anak. Berhenti seketika, ambil masa, dan jom melancong.

1.3/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

8 Padang Golf Yang Terbaik di Malaysia Timur

Rakyat Malaysia sudah mula membuka mata dengan sukan Golf dan bukannya tertumpu pada golongan elit sahaja. Jika dulu ia sering kali dikaitkan dengan sukan...

15 Lokasi yang BEST untuk Berbasikal di Semenanjung Malaysia

Sukan berbasikal semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Perkembangan ini berlaku mungkin disebabkan nama-nama besar pelumba basikal yang dihasilkan oleh negara seperti Daud...

15 Tempat Memancing Yang Terbaik di Malaysia

Setiap orang mempunyai hobi dan aktiviti yang menjadi kegemaran mereka setiap kali ada waktu lapang. Di Malaysia, aktiviti yang sinonim dengannya adalah memancing. Terlalu...

10 Tempat Memerhati Burung di Semenanjung Malaysia yg Best

Produk ekopelancongan dan biodiversiti memberi manfaat yang sangat ketara dalam menjana peningkatan ekonomi dari sudut pelancongan sebagai contoh bird watching di Malaysia. Melancong bukan...

15 Trek Joging Yang Best Untuk Bersenam Di Malaysia

Amalan bersukan yang paling mudah dan tidak memerlukan belanja yang besar seperti berjoging di taman adalah pilihan yang terbaik bagi mereka yang mahu kekal...

10 Pulau Di Semenanjung Malaysia Yang Paling BEST Untuk Scuba Diving/Menyelam

Aktiviti scuba diving di Malaysia menjadi salah satu hobi yang mula diminati ramai terutamanya bagi mereka yang berminat terhadap sukan lasak dan mencabar. Scuba...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x