Isi Kandungan
Kalau melawat bandar Kuala Terengganu salah satu tempat menarik wajib yang mesti dikunjungi ialah Taman Tamadun Islam Terengganu yang terletak di Pulau Wan Man dan tidak jauh dari bandar utama Kuala Terengganu.
Taman monumen ini menempatkan pelbagai koleksi replika masjid dan monumen menarik tentang dunia senibina Islam seluruh dunia dan sesuai untuk dikunjungi bersama anak-anak sambil-sambil memantapkan lagi ilmu tamadun Islam dengan cara yang lebih menyeronokkan.
Apa yang menarik di Taman Tamadun Islam Terengganu
Di Taman Tamadun Islam ini terdapat 21 monumen popular seluruh dunia yang berasal dari 20 buah negara. Koleksi monumen di sini bukan sahaja pada masjid-masjid malah turut menempatkan replika kota Islam lama dan makam-makam. Antara koleksi di Taman Tamadun Islam Terengganu yang paling mencuri tumpuan ialah:
Masjidil Haram
Kalau anda belum pernah pergi ke Mekah dan menunaikan haji atau umrah, bolehlah datang ke sini untuk ambil ‘feel’ dulu. Setiap binaan monumen di sini dibina dengan menggunakan senibina dan skala yang betul seperti bangunan asal.
Sebagai contoh Masjidil Haram ini dibina dan dikecilkan pada skala 1 nisbah 18.5 dan ini bermakna monumen yang anda lihat di Taman Tamadun Islam Terengganu ini adalah 18.5 kali lebih kecil daripada binaan yang asal.
Masjid Nabawi – Satu lagi Masjid utama umat Islam yang terletak di Madinah. Masjid ini dibina oleh Nabi Muhammad S.A.W selepas peristawa Hijrah baginda dari Mekah ke Madinah. Ketika penghijrahan baginda dari Mekah ke Madinah, di mana tapak kaki baginda berhenti di situlah Masjid Nabi akan dibina.
Taj Mahal
Bagi yang nak merasa melihat binaan yang dianggap satu antara 7 yang ajaib di dunia, bolehlah datang untuk melihat Taj Mahal di Kuala Terengganu.
Walaupun binaannya pada skala yang lebih kecil, tetapi setiap inci senibinanya dibina seperti yang asal. Memang kagum dengan arkitek-arkitek yang membina replika monumen ini yang kelihatan seakaa-akan real.
Bangunan Taj Mahal ini dibina kerana sebagai lambang cinta Shah Jahan kepada isterinya yang telah pergi iaitu Mumtaz. Bangunan asalnya dibina mengambil masa lebih 20 tahun dan menggunakan lebih 20,000 tenaga pekerja. Walaupun Taj Mahal ini mempunyai kubah dan kelihatan seperti masjid, namun ianya bukannya sebuah masjid tetapi merupakan sebuah makam untuk isterinya.
Kubah As Sakhrah
Satu lagi binaan yang mesti datang lihat di sini ialah Masjid Palestin yang terkenal dengan Kubah As Sakhrah. Dan yang menariknya, replika ini dibina dengan skala yang agak besar dan satu-satu monumen yang ada di sini di mana pengunjung boleh masuk ke dalam.
Terasa seperti diri seorang gergasi bila berada di Masjid ini kerana seni binaannya yang memang real serta saiznya yang ngam-ngam untuk kita masuk.
Kubah As Sakhrah ini memang sangat cantik dari dalamnya dengan senibina dan ukiran yang cukup mengagumkan. Kubah As Sakhrah ini dibina untuk melindungi batu terapung di dalamnya yang dahulunya batu ini ingin mengikut Nabi Muhammad S.A.W ketika peristiwa Isra’ Mikraj.
Kota Aleppo
Monumen Kota Aleppo ini yang asalnya berada di Syria.
Ianya dibina oleh pahlawan Islam yang pernah membebaskan Palestin iaitu Salahuddin Al Ayubi. Kota Islam lama ini dibina pada kurun ke 10 sebelum Masihi.
Masih ada banyak lagi monumen-monumen yang boleh dilihat di sini dan kawasannya juga agak besar.
Anda juga boleh sewa basikal sekiranya tidak mahu berjalan kaki di Taman Tamadun Islam Terengganu.
Masjid Kristal
Sesudah melawat taman monumen, pengunjung mesti melawat di Masjid Kristal ini yang sangat cantik dan unik.
Masjid Kristal ini dibina di atas Sungai Terengganu dan kelihatan terapung sekiranya anda menaiki cruise di Sungai Terengganu.
Bolehlah singgah di sini untuk solat atau ambil gambar sebagai kenangan di masjid yang berkos 23 juta ini.
River Cruise Sungai Terengganu
Setelah penat menikmati keindahan monumen di Taman Monumen dan Masjid Kristal, bolehlah relaks-relaks menaiki bot menyusuri sungai Terengganu. Di sepanjang perjalanan ini anda boleh melihat keindahan Masjid Kristal, perkampungan nelayan, hutan sekelilingnya dan kawasan membuat perahu.
Lokasi Taman Tamadun Islam Terengganu ini juga tidak jauh dari Muzium Negeri Terengganu dan on the way sahaja kalau ke TTI ni. Bolehlah singgah singgah melihat artifak sejarah di Muzium ini.
slm..sy seorg agent(freelance) penasihat percutian ke terengganu
pekej ke pulau2 (daytrip/3day 2night/2day 1night)
pekej kelaut (memancing/candat sotong )
pekej ke tasik kenyir(memancing/bermalam )
pekej bersiar2 di terengganu (town/state tour)
pengangkutan (teksi/van/mpv/bus)
utk pertanyaan/keterangan lanjut sila hubungi/whatsapp ke no 017 9799773
Memang suka tempat ni, best dan banyak tempat menarik. Kalau yg singgah ke Kuala Terengganu ni, tmpt ni wajib pergi.
Masjid krista tu sayangnya tiada ramai yang mengunjunginya sebagai masjid, hanya sebagai hiasan