Persinggahan di Taman Rama Rama, Cameron Highland memang sangat BEST. Walaupun di luarnya nampak buruk tak bermakna dalam dia lebih buruk. Mungkin mereka kena naiktarafkan lagi fasiliti dari luar.
Di dalam taman ini memang banyak rama-rama yang pelik dan besar. Tempat ini juga bersih dan terjaga. Selain rama-rama terdapat juga macam-macam jenis amfibia, reptilia, serangga yang unik dan bunga yang boleh dilihat dan untuk selfie !
Terdapat juga binatang berbisa di sini seperti ular dan kala jengking ! Tapi jangan risau semua yang membahaya di dalam sangkar cerminnya. Dan ada juga binatang yang comel-comel iaitu hamster dan juga arnab. Arnab jenis ini sememangnya selesa hidup di kawasan yang sejuk sama seperti arnab-arnab di Agro Tech MARDI. Dan yang penting, tujuan anda ke sini jangan lepaskan untuk saksikan fenomena alam seperti di dalam video di bawah. Terbaik untuk pencinta alam :)
Satu tempat yang menarik dikunjungi bersama anak-anak atau teman tersayang. Memang tak dinafikan Taman Rama-Rama ni memang satu destinasi yang sangat romantis kalau nak berbulan madu.
Kat sini anak-anak boleh mempelajari ilmu alam dan binatang pelik dengan lebih dekat. Lebih bermakna percutian mereka ke sini dan bukan hanya main game sahaja di rumah yang tiada faedah time cuti sekolah.
Selain rama-rama, terdapat juga binatang yang seolah-olah menyerupai daun hijau dan juga daun kering ! Jadi pastikan anda berhati-hati jangan sampai terpijak pulak.
Kalau ada rama-rama mestilah ada bunganya. Selama ni kita duk tengok dalam TV sahaja macam mana rama-rama menghisap madu, kali ni kita boleh lihat live di depan mata.
Di sini juga ada kafe untuk mereka yang nak minum-minum kalau dah penat berjalan. Keadaan di sini memang sangat padat dengan orang terutamanya di hujung minggu !! Jadi kalau datang hari biasa, kemungkinan hanya beberapa kerat manusia sahaja yang ada dan lebih privasi terutamanya kalau berbulan madu.
Yuran kemasukannya hanyalah RM5 ! Sangat murah kalau nak dibandingkan taman rama-rama di Penang yang berharga RM 27! Memang tak dinafikan taman rama-rama di Penang lebih besar dan cantik namun kalau bab rama-rama, kat Cameron Highland pun apa kurangnya. Cuaca pun lebih sejuk !
Rama-rama yang besar seperti jenis Raja Brooke Butterfly pun ada. Dan di sini juga anda berpeluang nak letak ular di tengkuk dan letak kala jengking di atas dada. Ada berani ?
Dan yang menarik lagi di sini, terdapat juga kura-kura yang seberat 25kg ! Berat dan besar ! Berapa agak-agak umur dia ye? Dan nak pegang dengan tangan serangga-serangga yang cantik dan pelik pun boleh.
Wajib melawati destinasi yang menarik ini di Cameron Highland kalau nak kenal rama-rama dan serangga yang eksotik dengan lebih dekat.
- Kemasukan RM 5
- Binatang yang ada: Rama-rama, serangga eksotik, mantis, kura-kura, itik, ular, kala jengking, katak besar
- Tumbuh-tumbuhan: Pokok bunga yang cantik dan tumbuhan liar yang pelik.
Selamat mencuba !