Satu tarikan pelancongan di Cameron Highland yang agak baru iaitu Taman Bunga Lavender. Bagi yang nak photoshot di kelilingi bunga-bunga yang cantik berwarna warni, bolehlah datang ke sini.
Sejak 31 Mach 2015 tiket masuk sudah berharga RM 6 untuk dewasa dan RM 4 untuk kanak-kanak. Sebelum ini dalam RM5 ringgit untuk dewasa dan RM3 untuk budak. Mungkin disebabkan GST. Taman ini tidaklah besar sangat, duk sini pusing-pusing dalam 30 minit pun rasa dah memadai. Nak tahu besar mana, tengok sahaja video di bawah ini.
Aiskrim berperisa Lavender?
Di sini juga ada menjual makanan yang agak menarik seperti Aiskrim berperisa Lavender. Macam mana rasa dia? Warna purple airkrim mungkin sama dengan perisa keladi tetapi rasanya belum tentu sama. Sedap ke tidak biar lidah kita sendiri yang merasanya nanti bila ke sini.
Dan yang pasti sedap di sini ialah jus strawberi blended, sangat menyegarkan. Dah memang buah strawberi tu sedap, buat apa-apa pun sedap !
Sebagai kenangan kita ke sini, anda juga boleh membeli cenderahati. Dan harga dia boleh tahan juga. Selain itu ada juga tempat menjual jem buah strawberi yang nampak fresh. Di pintu keluar pula ada menjual barangan yang bertemakan pokok lavender seperti minyak wangi dan barang hiasan deko dalaman rumah.
Walaupun nama-nama utama taman ini ialah Lavender, tetapi hanya beberapa baris sahaja yang menempatkan pokok-pokok bunga Lavender, dan beberapa barisan lagi menempatkan pokok-pokok bunga yang lain yang juga cantik.
Tapi SAYANG ! Pengunjung tidak dibenarkan untuk masuk ketengah-tengah pokok-pokok bunga yang ada di sini. Kalau boleh masuk baru best untuk ambil gambar dan selfie !
Tarikan yang lain ada di sini ialah memetik buah strawberi dan juga pokok bunga matahari (seperti Garbera). Kalau nak memetik buah strawberi, lebih seronok kalau ke Big Red Strawberi Farm. Tambahan pula Big Red Strawberi Farm ini dekat dengan Cactus Valley. Boleh lawat 2 tempat dalam satu-satu masa.
Harga memetik buah strawberi di sini sekitar RM 10 untuk 200g. Mahal sedikit kalau nak dibandingkan beberapa tempat lain iaitu dalam RM7 untuk 200g. Kalau beli buah strawberi yang sudah dipaketkan, cuma berharga RM 10 untuk 3 paket. Tak payah penat-penat nak memetik. Tapi mungkin rasa dia agak berlainan dengan yang baru dipetik.
Untuk harga memetik bunga matahari (Jenis Garbera), sekuntum berharga RM 2 dan RM 10 untuk 6 kuntum. Besar-besar bunga dia. Jangan lupa bawak bekas siap-siap letak air untuk kuntuman-kuntuman bunga ini. Kalau tiada bekas air, guna sahaja kasut anda, macam gambar di atas. Sangat kreatif.
Namun berada di Taman Lavender ini memang lain sikit sebab keadaan/fasiliti sekeliling yang baru dan aroma bau-bau bunga yang sangat menyegarkan.
Dibuka pada pukul 9.30 pagi dan kalau nak datang ke sini sebaiknya datang awal. Taderlah serabut dengan orang ramai dan berebut-rebut parking kereta. Jadi sekiranya anda kaki penggemar bunga dan suka berada di tempat yang cantik, boleh lah singgah ke Taman Bunga Lavendar di Cameron Highlands ni.
wahhh cantikkk