Isi Kandungan
Krabi, Thailand terkenal dengan tempat-tempat menarik dengan suasana malam yang memukau. Terletak di selatan Thailand, adalah destinasi yang penuh dengan kepelbagaian aktiviti malam yang menarik. Destinasi ini menawarkan pelbagai pilihan untuk pengunjung yang ingin meluangkan masa bersama rakan atau keluarga pada waktu malam seperti pasar minggu yang meriah, restoran-restoran mewah dan suasana malam yang lively. Jom kita rasai pengalaman suasana malam Krabi yang exciting!
3 Aktiviti Menarik Sesuai Dilakukan Semasa Menerokai Suasana Malam Yang Lively di Krabi
1. Pergi Pasar Lokal
Kalau korang ingin melihat kepelbagaian budaya dan suasana malam yang menyeronokkan di Krabi, pastikan untuk melawat pasar-pasar tempatan di sekitar bandar Krabi. Salah satu pasar tempatan yang popular ialah Krabi Town Night Market yang hanya beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad di mana korang boleh window shopping atau membeli pelbagai kraf tempatan, cenderahati, dan street food yang korang tak akan dapat di Malaysia.
Satu lagi pasar tempatan yang menjadi tumpuan pengunjung dari serata dunia adalah di Ao Nang Landmark Night Market yang terletak lebih kurang 30 minit perjalanan menggunakan kereta. Pasar ini juga merupakan pasar yang sibuk dengan penjual yang menjual pelbagai jenis tawaran tempatan . Jadi, jika anda berada di kawasan berdekatan Tonsai Beach, anda boleh singgah ke Ao Nang Landmark Night Market untuk merasai suasana malam yang ditawarkan Krabi.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini selain daripada mencuba hidangan Thai asli yang lazat, anda juga akan mendapat peluang berinteraksi dengan penduduk tempatan dan merasai suasana dengan muzik live, persembahan seni, dan hiburan yang memeriahkan. Inilah antara pengalaman budaya yang tidak boleh dilepaskan di Krabi.
2. Bersantai di Restoran Berhampiran PantaiÂ
Siapa tak mahu menghabiskan masa bersantai di restoran berhampiran pantai melihat pemandangan matahari terbenam di Krabi, kan? Tempat menarik seterusnya yang korang perlu lawati ialah Reeve Beach Club. Tempat hiburan ini adalah salah satu pilihan yang sangat sesuai kalau korang mahukan suasana malam yang happening tetapi tenang kerana di sini korang boleh menikmati pemandangan yang indah Krabi sambil meluangkan masa dengan rakan dan ahli keluarga.
Aktiviti yang korang boleh lakukan di sini ialah melihat persembahan api sungguh hebat pada jam 8 malam setiap hari. Anda boleh bersantai dan merasa tiupan angin sejuk di tepi laut yang sepoi-sepoi bahasa sambil menikmati hidangan koktel yang menyegarkan. Tarikan pelancong ini adalah tempat yang sempurna kalau korang ingin menikmati suasana santai dan pemandangan matahari terbenam yang memukau, sambil bersosial dengan rakan traveller yang lain.
Nak tahu senarai tempat makan best dan muslim-friendly di Krabi? Klik Sini!
3. Berjalan-jalan sekitar Ao Nang Town
Satu lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi adalah di Ao Nang Town. Kebiasaannya, pelancong akan berjalan-jalan di sekitar Ao Nang Town untuk melihat kepelbagaian budaya dan kehidupan masyarakat Thai di Krabi. Pada waktu malam pula, korang boleh melawat Ao Nang Walking Street. Tak lengkap lah percutian di Krabi kalau korang tak singgah ke tempat tarikan pelancong yang hanya terdapat di Krabi sahaja.
Di sini, korang akan dapat menikmati suasana malam yang meriah dengan pelbagai bar, restoran, dan kedai menjual cenderahati atau aksesori yang berada di sepanjang jalan bandar Krabi. Mesti best kalau korang berpeluang untuk berjalan-jalan di sepanjang Ao Nang Walking Street sambil merasa suasana yang sibuk dan penuh dengan aktiviti sambil menonton orang ramai.Â
Bagi peminat barangan kraf tangan yang berunsurkan elemen tempatan atau jika korang adalah seorang shopaholic, korang pasti akan jatuh cinta dengan tempat ini kerana di sini menawarkan pelbagai barangan yang boleh dibawa pulang sebagai kenangan. Selain daripada itu, terdapat banyak pilihan makanan tempatan yang dijual dengan harga berpatutan. Korang takkan rasa rugi lah kalau datang ke sini!
Jom baca: 7 Aktiviti Yang Sesuai Dilakukan Bila Bercuti Di Krabi
Kesimpulannya, Krabi menawarkan pelbagai pengalaman dan suasana malam yang menarik. Dari pilihan tempat tarikan pelancong yang korang boleh lawati sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan di restoran berhampiran pantai hingga kehidupan malam yang penuh tenaga dan meriah di Ao Nang Walking Street, banyak tempat menarik yang boleh diterokai pada waktu malam di sini. Jom ajak rakan-rakan korang bercuti di Krabi dan jadikan Krabi sebagai destinasi pilihan yang menyeronokkan. Selamat bercuti di Krabi!