Stesen Bas Temerloh – Ayuh Kita Meneroka Temerloh!

Temerloh sinonim dan terkenal sebagai “Bandar Ikan Patin”. Ianya menjadi tumpuan pelancong tempatan mahupun luar negara untuk singgah ke sini untuk merasai sendiri masakan ikan patin tempoyak yang terkenal dari sejak dahulu lagi. Bagi mereka yang ingin datang ke sini, stesen bas Temerloh, atau Terminal Bas Temerloh, menyediakan akses yang cepat dan mudah untuk pengunjung melalui perkhidmatan bas yang disediakan. 

Terdapat 2 terminal utama di dalam kawasan Temerloh. Terminal Bas Termeloh ini terminal menawarkan perkhidmatan bas ekspres untuk ke luar negeri, manakala Terminal Lurah Semantan hanya menawarkan perkhidmatan bas tempatan sahaja.

Lokasi Terminal Bas Temerloh sangat strategik kerana stesen bas ini terletak di tengah pekan Temerloh berhampiran dengan The Store. Ini memudahkan penumpang yang ingin naik dan turun di sini untuk membeli-belah sambil menunggu kedatangan bas. Penumpang juga hanya boleh berjalan kaki sahaja untuk ke sana kerana ianya berhadapan dengan stesen bas ini.

Antara kelebihan yang terdapat di stesen bas Temerloh ialah stesen ini menyediakan ruang untuk menunggu yang sangat luas. Jadi, anda tidak perlu bersesak untuk menunggu ketibaan bas, terutamanya pada musim perayaan. Selain itu, terdapat surau, tandas, bilik mandi dan minimart telah disediakan. 

Jika anda ingin membeli tiket dari stesen bas ini, anda boleh Waze alamat mereka dan membeli tiket anda di kaunter-kaunter yang disediakan. Sila rujuk kepada alamat di bawah untuk berhubung dan mendapatkan maklumat perjalanan bas anda. 

Alamat: 28000, 17-31, Jalan Sudirman, Pusat Perdagangan Sri Semantan, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 8.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-2428 2379 

Syarikat Bas dan Laluan Bas yang Popular di Stesen Bas Temerloh


1. Billion Star Express

Billion Star Express

Antara bas yang paling kerap dan menjadi pilihan utama penumpang yang ingin ke Temerloh adalah Billion Express. Bas ini dilengkapi dengan kerusi yang amat selesa sesuai untuk perjalanan jauh.

Apa yang menariknya ialah bas ini menyediakan mini tv di setiap kerusi penumpang. Jadi, jika anda bosan duduk di dalam bas, anda boleh menonton sebarang cerita hanya dari seat anda sahaja! Malah, anda juga boleh mengecas telefon bimbit anda sepanjang perjalanan kerana bas ini turut menyediakan port USB untuk kegunaan penumpang.

Laluan Bas:

  • Dari Temerloh Bus Terminal ke Teminal Bandar Selatan (TBS)
  • Dari Temerloh Bus Terminal ke Selangor
  • Dari Temerloh Bus Terminal ke Penang
  • Dari Temerloh Bus Terminal ke Perak

Semak Tiket Bas


2. LA Holidays Travel & Tour Sdn. Bhd.

LA Holidays Travel & Tour Sdn. Bhd.

Selain itu, syarikat bas LA Holidays Travel & Tour juga antara pengendali bas yang popular di stesen bas Temerloh. LA Holidays merupakan syarikat agensi pelancongan yang memiliki lesen sah yang menawarkan pekhidmatan bas untuk tujuan pelancongan mengikut bajet dan kemampuan pelanggan. 

Bas mereka menawarkan keselesaan kepada penumpang dengan reka bentuk dalamannya yang kemas dan bersih. Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan perkhidmatan percuma untuk kelilingi negeri seperti Melaka, Genting Highland, dan juga Kuala Lumpur. 

Antara laluan utama dan popular bas ini adalah ke dari Temerloh ke Terminal Bas Selatan (TBS). Bagi mereka dari Kuala Lumpur yang ingin ke Temerloh, bolehlah menggunakan bas ini untuk ke destinasi anda. Sila layari laman sesawang atau Facebook mereka untuk maklumat lanjut. 

Laluan Bas:

  • Dari Terminal Bas Temerloh ke Kuala Lumpur
  • Dari Terminal Bas Temerloh ke Johor
  • Dari Terminal Bas Temerloh ke Pulau Pinang
  • Dari Terminal Bas Temerloh ke Kedah

Semak Tiket Bas


Destinasi Menarik dan Popular yang Berdekatan

1. Pekan Sehari Temerloh, Taman Kenangan

Pekan Sehari Temerloh, Taman Kenangan

Bagi anda yang pertama kali berkunjung ke Temerloh, di sini terdapat pekan sehari terbesar di Malaysia. Di sini juga anda boleh membuat pilihan dengan banyak dan membeli belah dengan harga yang sangat murah. Terdapat pelbagai jualan, makanan serta sayuran dijual oleh kira-kira 1000 peniaga di sini.

Besar pasar malam ini adalah sekitar 2000 meter dan berhampiran dengan Sungai Pahang. Jadi, anda juga boleh membeli belah sambil menikmati pemandangan yang menenangkan. Jadi, jangan lupa untuk singgah ke Pasar Sehari Temerloh! Percutian anda ke Temerloh tidak akan lengkap jika anda tidak datang ke sini.

Alamat: Jalan Ibrahim, Taman Kenangan, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu operasi: Ahad (7.00 am – 12.00 pm), Isnin – Sabtu (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan


2. Go’ Bang Maju TOL Patin Tempoyak, Kampung Raja

Go’ Bang Maju TOL Patin Tempoyak, Kampung Raja

Bila sebut saja kedai ikan patin masak tempoyak, kedai ini sememangnya akan menjadi buah mulut pelancong dan pengunjung tempatan. Kedai ini terkenal dengan masakan ikan tempoyak yang sangat sedap dan segar. Namun, anda juga boleh merasai menu lain yang terdapat di dalam kedai ini seperti paih patin, asam pedas dan sebagainya. 

Malah, kedainya yang sangat luas dan selesa ini juga menjadi tarikan utama pengunjung yang datang. Ruang letak kereta yang luas juga memudahkan para pengujung yang datang untuk singgah dan makan di tempat ini. 

Bukan itu sahaja, kedai ini menawarkan pelbagai jenis makanan ringan untuk anda bawa pulang ke rumah. Seronok kan? Jadi, jangan lupa untuk singgah ke kedai ini setiap kali anda ke Temerloh!

Alamat: Lot 5086, Kampung Raja, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu operasi: Isnin – Khamis (10.00 am – 8.00 pm), Jumaat – Ahad (10.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-956 9696

WhatsApp Go’Bang Maju Patin Tempoyak


3. Taman Tema Air Kubang Gajah, Kampung Sungai Rabit

Taman Tema Air Kubang Gajah, Kampung Sungai Rabit

Terletak di Sungai Rabit, Kubang Gajah Waterpark sering menjadi tumpuan bagi pengunjung luar yang datang ke sini. Kalau anda mahukan keseronokan bermain air jauh dari kota, anda boleh datang ke sini dan bermain sepuasnya hanya dengan harga RM10! Murah kan?

Terdapat juga pelbagai jenis aktiviti air yang anda boleh bermain sepuasnya di sini. Tambahan pula, reka bentuknya pun sangat menarik, sesuai untuk semua lapisan umur. Malah, di sini juga terdapat mini zoo untuk anda dan keluarga lawati. Jadi, jom melawat ke sini pada hujung minggu bersama keluarga dan orang tersayang!

Alamat: Kampung Sungai Rabit, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu operasi: Selasa – Khamis (9.00 am – 7.30 pm), Rabu (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-324 7786


Tempat Penginapan Berdekatan Stesen Bas Temerloh

1. OYO 1236 Hotel Green Park, Taman Sri Temerloh

OYO 1236 Hotel Green Park, Taman Sri Temerloh

Terletak berdekatan dari stesen bas Teminal Bas Termeloh, hotel ini boleh dijadikan salah satu penginapan anda yang datang ke sini. Hotel ini agak luas dan selesa diduduki oleh pelancong yang datang. 

Bukan itu saja, Hotel Green Park ini terletak di tengah bandar Temerloh. Jadi, anda tidak perlu risau kerana semua keperluan boleh didapati di bandar ini dengan hanya berjalan kaki sahaja dari bilik hotel anda.

Selain itu, hotel ini turut menawarkan servis makan pagi kepada mereka yang ingin makan pagi selepas penat berehat di hotel pada waktu malam. Kemudahan lain yang terdapat di hotel ini ialah wi-fi percuma yang disediakan oleh pihak hotel dengan harga serendah RM69 sahaja!

Alamat: 1, Jalan Merbuk, Taman Sri Temerloh, 28000 Temerloh, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-268 7419


2. Merrinton Hotel Temerloh, Taman Bukit Angin

Merrinton Hotel Temerloh, Taman Bukit Angin

Merrinton Hotel Temerloh terletak hanya 980m dari stesen bas Temerloh. Hotel ini juga merupakan antara pilihan utama pelancong disebabkan kedudukannya yang strategik di tengah pekan Temerloh. 

Jika anda menginap di sini, anda boleh mendapatkan pelbagai akses dari bilik hotel anda. Anda juga tidak perlu bimbang jika mahu pergi berjalan di sekitar kawasan kerana jarak antara hotel dan ke destinasi-destinasi menarik di sini juga tidak jauh.

Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini sangat berpuas hati dengan tahap kebersihan yang terdapat di hotel ini. Yang menariknya di sini, anda tidak perlu risau tentang kereta anda yang telah di park di berhampiran hotel. Hal ini kerana terdapat cctv yang anda boleh lihat dan pantau hanya dari kaca tv di dalam bilik anda. Menarik kan?

Alamat: No 29 & 31, Jalan Dagang 1 Dynaton, Taman Bukit Angin, 28000 Temerloh, Pahang

Semak Harga| Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-290 2333


Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik dan juga penginapan bagus yang terdapat di sekitar stesen bas Temerloh ini. Jika anda mahu meneroka Temerloh dengan lebih terperinci, anda boleh melayari artikel kami di mana kami senaraikan 14 Destinasi Menarik Temerloh- Lokasi Popular dan Tersembunyi.

Namun, kami hanya senaraikan yang terbaik dan mudah untuk anda akses apabila mengunjungi bandar Temerloh di artikel ini. Diharapkan senarai ini dapat menyenangkan anda membuat perancangan untuk melawat Temerloh. Jangan lupa untuk membeli tiket bas anda terlebih dahulu sekiranya ingin datang ke sini. Semoga bermanfaat!

5/5 - (10 votes)

Anda Mungkin Berminat

6 Homestay Best di Temerloh untuk Percutian Anda!

Adakah anda sedang merancang percutian yang santai dan unik untuk musim cuti sekolah ini? Anda bolehlah mempertimbangkan untuk memasukkan Temerloh dalam list destinasi percutian...

14 Makanan Sedap Di Temerloh – SEDAP & BUAT KECUR AIR LIUR

Sebut je Temerloh mesti anda akan terus teringat akan patin masak tempoyak. Menu ini memang tak dapat dipisahkan jika ke Temerloh dan sentiasa digemari...

14 Destinasi Menarik Temerloh- LOKASI POPULAR & TERSEMBUNYI

Anda nak tarik nafas dan berehat sebentar dari kesibukan kota? Ayuh ke bandar ikan patin. Mana lagi kalau bukan bandar Temerloh. Banyak sahaja lokasi...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x