Stesen Bas Kulim – Jom Kita Melancong ke Negeri Darul Aman!

Kulim merupakan salah satu tempat pelancongan yang sering menjadi tumpuan bagi pengunjung yang datang berkunjung ke negeri yang terkenal dengan kehijauan sawah padi ini. Selain itu, Kulim juga sering menjadi tempat persinggahan kerana lokasinya yang berdekatan dengan Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Menariknya, Kulim ini merupakan bandar ketiga terbesar bagi negeri Kedah, sekaligus menjadikan ianya sebagai pusat tarikan pelancong. Namun begitu, walaupun bandar ini dikategorikan sebagai bandar terbesar, cuma ada satu sahaja stesen bas di kawasan Kulim ini. 

Terletak di Taman Tunku Putra, satu satunya stesen bas yang berada di Kulim ini pastinya tidak asing lagi bagi penduduk di sekitarnya. Stesen ini semestinya antara yang terpenting di kawasan ini kerana ianya merupakan destinasi untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Walaupun kawasannya dikatakan agak kecil dan sempit, namun ianya cukup untuk memuatkan mereka yang menunggu bas untuk memulakan perjalanan.

Tambahan pula, stesen bas ini mempunyai beberapa buah kedai runcit dan tempat menarik di sekitarnya. Ianya terletak berhampiran kedai-kedai yang menarik dan anda boleh ke sana dengan hanya berjalan kaki sahaja!

Jika anda ingin pergi ke Stesen Bas Kulim, anda boleh gunakan maklumat di bawah sebagai rujukan.

Alamat: Jalan Belibis, Taman Tunku Putra, 09000 Kulim, Kedah

Waktu operasi: Isnin – Ahad (24 jam)

Lokasi | Ulasan Pelanggan


4 Syarikat Bas dan Laluan Utama Bas di Stesen Bas Kulim


1. Persada Travels & Tours Sdn Bhd 

Stesen Bas Kulim: Persada Travels & Tours Sdn Bhd 

Syarikat Persada Travels & Tours Sdn Bhd ini pastinya tidak asing lagi dalam kalangan mereka yang sering datang dan menggunakan perkhidmatan bas di Stesen Kulim. Hal ini kerana bas ini sangat sinonim dengan laluan dari arah Utara. Menariknya, syarikat bas ini juga ada menyediakan perkhidmatan laluan dari Hatyai menuju ke Pulau Pinang tau!

Bagi mereka yang dari Kulim, bas ini sering dipilih sebagai pengangkutan untuk menuju ke destinasi pilihan. Syarikat bas ini menawarkan dua laluan dari Stesen Kulim, iaitu ke Kajang dan juga ke Melaka. Jika anda berhasrat untuk berkunjung ke dua negeri ini, anda boleh memilih syarikat bas ini!

Semak Tiket Bas


2. Transnasional

Stesen Bas Kulim: Transnasional

Mendengar sahaja nama Transnasional, kami pasti ramai yang mengenali syarikat bas ini. Syarikat bas ini merupakan antara jenama yang paling popular dan dikenali sebagai antara jenama yang menawarkan harga tiket yang berpatutan dan murah berbanding jenama lain.

Syarikat bas ini berlepas lebih dari 1000 kali setiap hari, dan bergerak lebih daripada 200 destinasi ke bandar dan pekan utama di seluruh Semenanjung Malaysia. 

Bagi mereka yang tinggal di Kuala Lumpur, bas ini biasanya menjadi pilihan untuk mereka yang ingin pulang ke Kulim. Perjalanan bas ini dari Kuala Lumpur ke Kulim hanya mengambil masa selama tiga jam sahaja. Dan menariknya, bas ini mempunyai sekurang-kurangnya lima ke enam perjalanan sehari.

Semak Tiket Bas


3. LA Holidays Travel & Tours Sdn Bhd 

Stesen Bas Kulim: LA Holidays Travel & Tours Sdn Bhd 

Syarikat bas yang seterusnya ini, LA Holidays Travel & Tour Sdn Bhd pastinya sinonim dengan perjalanan yang menuju ke Kuala Lumpur. Antara sebab utama syarikat bas ini sering mendapat tempat di hati para pengguna adalah disebabkan oleh keadaan bas yang sangat selesa. 

Selain itu, bas ini hadir dalam beberapa jenis, iaitu ada yang sebanyak 45 tempat duduk, ada yang 30 dan ada juga sebanyak 23 tempat duduk. Namun, bagi mereka yang menaiki dari Stesen Kulim, destinasi yang dituju menggunakan bas ini adalah ke Larkin, Johor. 

Semak Tiket Bas


4. Kejora Masyhur Sdn Bhd

Stesen Bas Kulim: Kejora Masyhur Sdn Bhd

Juga dikenali sebagai Kejora Express, bas yang berwarna merah kuning ini hanya dapat dilihat di beberapa tempat sahaja seperti Alor Setar, Kulim, Butterworth, Johor Bahru dan Melaka.

Bagi mereka yang tinggal di Pantai Timur, pastinya bas ini kedengaran amat asing. Namun, perkhidmatan bas ini sangat membantu bagi mereka yang tinggal di sekitar kawasan Utara.

Bagi mereka yang memulakan perjalan dari Kulim, destinasi yang dituju menggunakan bas ini adalah ke bandaraya bersejarah, iaitu Melaka. Walaupun perjalanan tersebut mengambil masa selama lapan jam, namun anda tidak perlu risau kerana bas ini akan berhenti di beberapa tempat untuk berehat. 

Semak Tiket Bas


4 Destinasi Menarik di Sekitar Stesen Bas Kulim 

1. Taman Burung Kulim, Jalan Tunku Bendahara

Taman Burung Kulim, Jalan Tunku Bendahara

Taman Burung Kulim merupakan salah satu antara tarikan menarik yang berada di Kulim, terutama bagi mereka yang mempunyai anak kecil. Di sini, anda dapat melihat pelbagai jenis dan spesies burung yang jarang anda temui di luar. Selain itu, anda juga dapat mempelajari sejarah dan habitat spesies burung yang terancam.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk bergambar bersama burung-burung ini sebagai tanda kenangan. Selain itu, anda juga dapat bermesra dengan beberapa haiwan lain di sini termasuklah arnab, kura-kura dan beberapa haiwan lain. Dan jika anda tertanya tentang harga tiket pula, jangan risau kerana ianya sangat berpatutan!

Alamat: 60, Jalan Tunku Bendahara, 09000 Kulim, Kedah

Waktu operasi: Selasa – Ahad (10.00 am – 6.00 pm), Isnin (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Taman Burung Kulim


2. Taman Tasik Putra Kulim, Kampung Chabang Tiga

Taman Tasik Putra Kulim, Kampung Chabang Tiga

Jika anda berada di Kulim, jangan lupa untuk singgah berkunjung ke Taman Tasik Putra Kulim. Taman Tasik ini merupakan taman rekreasi yang paling popular di Kulim. Ia hanya terletak 1.2 km sahaja dari Stesen Bas Kulim dan hanya mengambil masa sekitar tiga minit sahaja jika anda menaiki kereta.

Menariknya, anda dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik di sini termasuklah berkayak, memancing dan beriadah. Selain itu, bagi anda yang ingin bersantai bersama keluarga, anda turut boleh berkelah di sini sambil menikmati udara segar.

Alamat: Kampung Chabang Tiga, 09000 Kulim, Kedah

Lokasi 


3. Dataran Putra, Bandar Putra 

Dataran Putra, Bandar Putra 

Jika anda mencari tempat untuk bersantai bersama keluarga di Kulim, kami pasti Dataran Putra ini merupakan destinasi yang tepat untuk anda. Tempat ini amat sesuai bagi anda yang ingin bersiar-siar bersama keluarga dan juga jika ingin melakukan aktiviti riadah. Jika anda menaiki kereta, anda hanya akan mengambil masa sekitar lapan minit sahaja dari Stesen Bas Kulim.

Menariknya di sini, Dataran Putra ini akan kelihatan lebih meriah pada waktu malam kerana terdapat beberapa kiosk ‘food truck’ yang menjual beberapa jenis makanan dan minuman. Selain itu, antara tarikan lain di sini adalah kerana kecantikan lampu yang menerangi kawasan ini pada waktu malam. Jika anda berkunjung ke Kulim, jangan lupa untuk singgah ke sini.

Alamat: Bandar Putra, 09000 Kulim, Kedah

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 


4. Rumah Jam Merdeka Kulim 

Rumah Jam Merdeka Kulim 

Tidak lengkaplah percutian anda di Kulim sekiranya tidak singgah ke mercu tanda Kulim, iaitu Rumah Jam Merdeka. Hanya berjarak 1.5 km dari Stesen Bas Kulim, Rumah Jam ini merupakan antara tempat yang wajib anda kunjungi.

Menara ini merupakan bangunan yang paling bersejarah di Kulim, dan ianya terletak secara menyerong bertentangan dengan pejabat pos. Dikelilingi dengan tanaman pokok yang cantik dan juga kolam ikan, kami sarankan anda berkunjung ke sini untuk menangkap gambar yang aesthetic!

Alamat: Kulim, 09000 Kulim, Kedah

Lokasi | Ulasan Pelanggan 


Oleh yang demikian, jelaslah bahawa terdapat banyak tempat menarik yang berada di sekitar Stesen Bas Kulim. Kami harap dengan adanya artikel ini, dapat membantu anda memperoleh maklumat tentang jadual perjalanan bas di Stesen Bas Kulim dan mencari destinasi yang menarik di kawasan sekitarnya.

Jika anda juga ingin melakukan aktiviti menarik di seluruh negeri Kedah, sila baca artikel kami tentang 52+ Tempat Menarik di KEDAH ( Edisi 2023 ) Paling Popular Untuk Bercuti. Namun, jika anda juga sedang mencari maklumat dan aktiviti menarik di sekitar Stesen Bas Temerloh, anda boleh melayari artikel kami, Stesen Bas Temerloh – Ayuh Kita Meneroka Temerloh.

5/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

Hutan Lipur Sungai Sedim – Destinasi Aktiviti Outdoor Best di Kulim

Destinasi Hutan Lipur Sungai Sedim berada dalam Hutan Simpan Gunung Inas yang mempunyai jenis hutan Dipterokarp Pamah. Terdapat spesis pokok-pokok hutan yang eksotik yang...

7 Homestay di Kulim untuk Rujukan Percutian Anda!

Kulim, sebuah bandar menarik di Kedah, merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik. Ia menawarkan pelbagai tarikan unik. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x