Isi Kandungan
Signature Dental Clinic adalah klinik pergigian yang istimewa. Ditubuhkan sejak tahun 2011, klinik pergigian di Kota Damansara, Petaling Jaya ini telah menjadi ikon keanggunan dan pelayanan yang baik kerana ia meletakkan fokus utama mereka kepada pesakit.
Dengan catatan lebih daripada 20,000 pesakit yang berpuas hati, klinik ini telah menarik perhatian individu bukan hanya dari Malaysia tetapi juga dari 80 negara di seluruh dunia. Antaranya ialah negara-negara seperti Australia, Amerika Syarikat, Jepun, Korea, Singapura, Thailand, Filipina, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Rusia, Jerman, United Kingdom, Kanada, Switzerland, dan banyak lagi.
Mengapa Memilih Signature Dental Clinic untuk Rawatan Pergigian Anda?
1. Pakar dan Jururawat Pergigian yang Profesional dan Prihatin
Di Signature Dental Clinic (Klinik Pergigian Signature), anda akan berjumpa dengan sepasukan doktor pergigian profesional yang prihatin terhadap kesejahteraan anda. Semua pakar pergigian di klinik ini terkenal dengan kesabaran dan perhatian mereka, memastikan kebimbangan anda didengari dan soalan anda dijawab. Mereka bukan sahaja sangat mahir dalam profesion masing-masing tetapi juga mempunyai kelayakan yang tinggi.
Jururawat pergigian yang mesra dan membantu akan memberi pengalaman yang baik serta menjadikan lawatan anda selesa setiap kali anda mendapatkan rawatan di sini. Selain itu, setiap pakar dan jururawat yang berkhidmat di sini boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris, Cina, dan Melayu dengan lancar untuk memastikan perbezaan bahasa tidak menjadi halangan untuk pesakit menerima rawatan berkualiti tinggi.
Profil untuk founder Dr Cham Mun Yee
- The Asia Pacific Top Excellence Brand Award 2023
- Asia Pacific Tally Press of Malaysia Top 10 Best Dental Clinic 2023
- Member of Malaysia Dental Association
- Certified Invisalign Provider, USA
- Certificate In Implantology, USA
- Fellow of ICCDE, Singapore
- B.D.S (Mal) Gold Medalist, Universiti Malaya
- University Book Prize Winner Best Student of the Year
- Tun Abdul Razak Gold Award Medalist, listed hall of fame in UM Dental Faculty (Legendary!)
2. Rawatan Pergigian Menyeluruh
Klinik Pergigian Signature menawarkan pelbagai rawatan pergigian untuk memenuhi keperluan kesihatan dan oral aesthetics anda. Antara perkhidmatan menyeluruh yang ditawarkan adalah:
- Pendakap Gigi/Invisalign: Rawatan untuk mendapatkan senyuman yang anda impikan.
- Implan Pergigian: Rawatan yang boleh mengembalikan gigi yang hilang dengan penggantian yang nampak seperti semula jadi.
- Veneer/Crowns/Bridges: Rawatan untuk meningkatkan fungsi dan penampilan gigi anda.
- Pemutihan Gigi: Rawatan memperbaiki senyuman anda untuk tampil lebih muda.
- Rawatan Akar Gigi: Merawat gigi yang terkena jangkitan atau rosak.
- Cabutan Gigi Geraham: Rawatan cabut gigi geraham yang bermasalah.
- Scaling & Penggilapan Gigi: Rawatan pembersihan mulut dengan sempurna.
- Tampalan Gigi: Rawatan untuk menangani masalah gigi berlubang dengan menampal gigi berwarna.
- Gigi Palsu: Rawatan untuk mendapatkan kembali bentuk senyuman anda.
- Reka Bentuk Senyuman: Rawatan yang boleh memberikan senyuman tersendiri yang berseri.
3. Harga Berpatutan
Pakar pergigian di sini yakin bahawa semua orang layak mendapat akses kepada penjagaan pergigian yang berkualiti tinggi. Klinik Pergigian Signature juga menawarkan harga yang berpatutan untuk memastikan anda menerima rawatan pergigian terbaik tanpa membebankan bajet. Polisi ketelusan dalam menentukan harga untuk satu rawatan dipraktikkan dengan cara di mana pakar pergigian akan memaklumi anda mengenai kos yang dijangkakan sebelum menjalani sebarang prosedur.
4. Rangkaian Klinik Yang Selesa dan Lokasi Yang Mudah
Keselesaan anda adalah keutamaan klinik ini. Klinik Pergigian Signature menyediakan persekitaran yang bersih, kemas, dan mesra di mana anda boleh berehat di ruang menunggu semasa lawatan anda. Klinik mereka terletak di sudut lot berdekatan tempat letak kereta yang dikhususkan untuk pesakit. Di samping itu, lokasi klinik ini juga berhampiran dengan Stesen MRT Surian untuk kemudahan pengangkutan pesakit yang mendapatkan rawatan.
Klinik ini juga menyediakan kemudahan untuk pesakit yang menggunakan kerusi roda, sama ada di dalam atau di luar bangunan. Bilik mandi yang bersih dilengkapi dengan teknologi sanitasi terkini, termasuk dispenser gel pencuci tangan automatik, semburan udara anti-bakteria automatik, bidet, tisu yang telah disteril, dan flush machine anti-bakteria.
Untuk hiburan pesakit semasa lawatan mereka, klinik ini juga menawarkan akses WIFI yang laju, TV LED, saluran ASTRO, PlayStation Sony PS4, perpustakaan kecil, alat dengar tanpa wayar, dan sistem muzik berkualiti dari BOSE.
5. Peralatan Pergigian Terkini
Keselamatan dan kesejahteraan anda juga menjadi keutamaan di Klinik Pergigian Signature. Klinik ini dilengkapi dengan teknologi pergigian terkini, termasuk:
- Kerusi Pergigian: Kerusi dari KAVO Germany dan Planmeca Finland sentiasa dibersihkan mengikut garis piawaian yang tinggi.
- Sistem Paip Air: Dijamin oleh NSF (Kualiti STARBUCKS) untuk semua rawatan pergigian untuk menghalang pertumbuhan bakteria, menghilangkan bau, dan mengelakkan berlaku kontaminasi.
- Sistem Sterilisasi: Mereka menggunakan Autoklaf Kelas B+ Premium dari MELAG Germany, Mesin Penyelenggaraan Peralatan Tangan Automatik QUATTROcare dari KAVO Germany, dan Mesin Pembersih Ultrasonik BioSonic dari COLTENE WHALEDENT Switzerland untuk mencegah penyakit jangkitan bersilang.
- Sistem X-Ray Digital: Ini termasuk imbasan mulut penuh 3D/2D CBCT dan X-Ray Intraoral dari Planmeca Finland, menawarkan imej yang sangat jelas dengan radiasi yang rendah.
- Pengimbas Intraoral 3D Digital: Mereka menggunakan iTero Element® 2 untuk ketepatan dalam perancangan rawatan.
- Peralatan Scalper Pergigian Premium Tanpa Sakit & Tanpa Bunyi: Dari EMS® (Swiss Made), memberikan pengalaman scaling yang selesa.
- Sterilisasi Udara + Permukaan MedKlinn: Alat ini adalah untuk menghalang pertumbuhan bakteria, mengurangkan bau, dan pencemaran kesihatan, termasuk coronavirus.
- Mesin Penggera Sterilisasi: Mesin ini digunakan untuk menghilangkan sebarang pencemaran berkaitan COVID-19.
- Kamera Digital SLR Nikon D750 24MP Full Frame: Kamera canggih ini diguna untuk memastikan imej yang dihasilkan berkualiti tinggi bagi tujuan diagnosis dan perancangan rawatan.
Di Signature Dental Clinic, mereka selalu komited untuk menyediakan penjagaan pergigian yang istimewa serta memberikan keutamaan kepada keselesaan, keselamatan, dan kepuasan pesakit. Kesihatan gigi merupakan kepentingan utama mereka dan mereka sentiasa bersedia untuk menerima anda dalam komuniti pesakit yang berpuas hati dengan perkhidmatan di sini. Jika anda dari Kota Damansara, mari dapatkan perkhidmatan pergigian yang terbaik di Signature Dental Clinic kerana kepuasan anda adalah keutamaan mereka.