10 Shopping Mall Di Selangor yg TERBAIK

Negeri Selangor boleh dikatakan antara negeri yang sangat maju dalam Malaysia. Negeri Selangor juga memiliki ekonomi terbesar di Malaysia. Walaupun begitu, Selangor juga tidak ketinggalan dalam sektor pelancongan. Banyak tempat menarik yang boleh anda pergi. Dek kerana negeri Selangor sangat berkembang pesat, maka Selangor juga memiliki banyak pusat beli belah yang besar dan sangat menarik untuk dirungkaikan.

Di bawah ini adalah senarai shopping mall di Selangor yang anda boleh kunjungi, jika belum, membeli belah pelbagai barangan keperluan dan kehendak dan boleh juga boleh melakukan beberapa aktiviti yang menarik.

10 Shopping Mall Di Selangor


1. Setia City Mall

setia city mall

Setia City Mall mempunyai kedai popular daripada pelbagai kategori, begitu juga dengan restorannya, serta kedai menjual alat-alatan, permainan dan banyak lagi. Setia City Mall kerap dikunjungi kerana hiburan yang di sediakan seperti, panggung wayang, bowling, pusat karaoke dan pusat pemainan kanak-kanak.

Pada awal tahun 2021, Setia City Mall menambah masuk jenama baru seperti, Pasaraya Lulu, Mr. DIY, Max Fashion, KFry Urban Korean, Dolly Dim Sum dan bermacam lagi.

Padang Setia City Mall adalah tarikan berkesan di sini. Padang ini menjadi lokasi santai pengunjung yang datang. Tarikan di padang ini adalah seperti ada trak makanan, bermain belon buih, menaiki basikal elektrik, bermain kasut roda, dan aktiviti memanah untuk kanak-kanak.

Alamat: Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari: 10.00 am – 10.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


2. Sunway Pyramid

sunway pyramid

Sunway Pyramid yang ditubuhkan oleh Sunway Group ini sangat popular di Selangor, malahan dalam kalangan pelancong. Mana tidaknya, di Sunway Pyramid ini menjual pelbagai barangan berjenama antarabangsa yang boleh didapati. Bermula daripada penjagaan kepala, kosmetik, pakaian, kasut, beg tangan, makanan dan lain lagi.

Bila bercakap tentang Sunway Pyramid, memang akan secara automatik berfikir tentang ice skating. Aktiviti ice skating sangat popular di sini dan menjadi aktiviti wajib bagi yang datang ke Sunway Pyramid. Selain itu, di sini juga mempunyai pelbagai bentuk hiburan yang boleh dilakukan seperti karaoke, amusement arcade, games lounge dan banyak lagi.

Alamat: No. 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari: 10 am – 10 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-74943100


3.  Mitsui Outlet Park

mitsui outlet park

Mitsui Outlet Park tidak asing lagi bagi yang sering ulang alik ke KLIA. Mitsui Outlet Park memiliki pelbagai jenama mewah yang ditawarkan dengan harga yang murah menjadi pusat beli belah ini lebih digemari. Jenama mewah seperti Steven Madden, Akemiuchi, Jelly Sunny, Poney, Coleman, Gao! Gao!, Il Fragrance, dan Swarovski.

Lokasinya berdekatan dengan KLIA menjadikan Mitsui Outlet Park ini banyak faedah kepada mereka yang ingin perkhidmatan seperti check-in kiosk, transportation service, pertukaran wang, bas ulak-alik percuma dan print out the boarding pass. Ianya merupakan factory outlet yang barangannya lebih murah berbanding di pusat beli-belah yang lain.

Alamat: Persiaran Komersial, KLIA, 64000 Sepang, Selangor

Waktu Operasi: 10.00 am – 8.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-87779300


4. One Utama

1utama selangor

1 Utama Shopping Centre adalah pusat beli belah terbesar di Malaysia yang memuatkan lebih 713 kedai ini tidak pernah lekang daripada kunjungan pelanggan. Kedai yang menjual pelbagai barangan ada di sini nyaris memenuhi keperluan dan keinginan setiap orang yang datang. Bermula dari usia bayi hingga warga emas, bersaiz besar hingga kecil, anda mempunyai banyak pilihan jika datang ke sini.

Makanan dan minuman, snack dan dessert, food court dan bakery mudah saja didapati disini. Banyak kedai yang popular yang disediakan di sini seperti Rotiboy Bakeshoppe, Fish & Co dan Gelato Fruity.

Alamat: City Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 10.00 am – 10.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-77108118


5. IKEA Damansara

ikea selangor

Sebut tentang IKEA pasti semua akan berfikir tentang perabot berkualiti dan cantik, bukan? Benar. IKEA sudah sangat popular di seluruh negara. Salah satu IKEA di Selangor ini menjual banyak reka bentuk perabot yang berkualiti dan manarik dengan warna yang pelbagai. Selalunya mereka yang sukakan gaya aesthetic akan ke sini untuk mencari perabot mengikut cita rasa mereka.

Antara perabot yang dipamerkan ialah untuk perabot bilik tidur, perabot pejabat, perabot bilik kanak-kanak, perabot tidur dan banyak lagi ruangan. Sudah tentu harga yang ditawarkan IKEA adalah berpatutan dengan kualitinya yang itnggi. Selain perabot, IKEA juga menjual barangan kelengkapan dan keperluan. Kalau nak makan bebola daging Sweden, di sinilah yang terkenal tu.

Alamat: 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari: 10.00 am – 10.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-79527575


6. Subang Parade and Shopping Centre

subang parade

Subang Parade juga menjadi tempat kebiasaanya warga Selangor. Pernah dikenali dengan panggilan ‘Pusat membeli belah terpanjang di Asia Tenggara’. Seperti di pusat beli belah yang lain, di sini juga menjual pelbagai barangan daripada banyak kategori. Semua benda boleh didapati di sini.

Antaranya ada kedai makan dan minum, kedai buku, kedai pakaian, kedai hadiah, kedai kasut, barangan kesihatan dan kecantikan, menjual barangan kelengkapan rumah, hiburan, barangan kemas dan banyak lagi. Di sini juga banyak perkhidmatan yang anda boleh terima seperti perbankan.

Alamat: Jalan Kemajuan Subang, Ss 16, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari: 10.00 am – 10.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-50329778


7. SS15 Courtyard

shopping mall selangor ss15 courtyard

Rasanya ramai yang belum tahu tentang pusat beli belah ini. SS15 Courtyard adalah pusat beli belah kecil empat tingkat yang menyediakan pasaraya dan restoran yang menyajikan pelbagai pilihan makanan daripada pelbagai negara. Mereka juga ada kedai seperti butik, kedai serbaneka dan hardwear.

Dengan kekuatannya bersaiz kecil, anda akan mudah mencari kedai yang anda ingin tuju. Di tingkat 4, di sinilah anda perlu singgah jika ingin mencari makanan dan minuman. Kemudian, di tingkat 3 anda boleh ke pusat karaoke, MR. DIY, klinik gigi, salon dan gym. Bergerak turun ke tingkat 2, anda boleh ke kedai kesihatan dan kecantikan dan ke pasaraya Jaya Grocer. Seperti biasa tingkat bawah sekali meletakkan temapt parking kereta dan kedai haiwan.

Alamat: Jalan SS 15/4G, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari: 10.00 am -10.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-56126335


8. Dpulze Shopping Centre

shopping mall selangor dpulze

Salah satu pusat beli belah yang kurang orang Selangor tahu, iaitu Dpulze. Termasuk tempat letak kereta, Dpulze Shopping Centre mempunyai 5 tingkat keseluruhannya. Pelbagai barangan yang anda boleh cari di sini begitu juga dengan kedai makan di sini, sangat beraneka pilihan.

Di sini juga ada menyediakan kedai yang menghidangkan sajian daripada negara lain seperti Jepun dan Korea. Hiburan yang disediakan adalah seperti panggung wayang. Bagi yang ingin mencari kelengkapan peti sejuk atau dapur, atau kelengkapan lain anda boleh pergi ke Jaya Grocer. Senang cerita apa yang anda inginkan ada di sini.

Alamat: Persiaran Multimedia, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari: 10.00 am – 10.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-86895501


9. Paradigm Mall

shopping mall selangor paradig mall

Paradigm Mall yang terletak di Petaling Jaya ini mempunyai 6 tingkat dan telah mula beroperasi semenjak 2012 lagi. Pardigm Mall menyasarkan kedatangan daripada orang muda ataupun belia. Mereka juga mempunyai kedai barangan terkenal begitu juga restorannya dan panggung wayang.

Tarikan utama di sini adalah Escape Challenge. Banyak aktiviti mencabar yang boleh dicuba oleh warga muda yang datang ke sini. Antara aktiviti boleh dilakukan adalah aerobot, airbag, banana flip, gecko tower, jumping jack, monkey business, slingshot dan banyak lagi.

Alamat: 1, Jalan SS 7/26a, Ss 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari: 10.00 am – 10.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-78011188


10. AEON Mall Shah Alam

shopping mall selangor aeon mall sa

AEON Mall boleh dikatakan tidak asing lagi kerana ia mempunyai di setiap negeri di Malaysia ini. AEON Mall di Shah Alam ini merupakan kompleks komersial yang sarat dengan kedai berjanama, butik pakaian, restoran, pasar raya dan banyak lagi.

Oleh kerana AEON Mall Shah Alam tidak mempunyai hiburan seperti panggung wayang maka kebiasaanya pengunjung datang untuk mencari barangan keinginan mereka dan singgah makan restoran di sini.

Pelbagai barangan daripada macam-macam kategori di sini boleh didapati, daripada  barangan bayi hingga barangan warga tua dan daripada saiz kecil hingga besar. Mereka juga menyediakan kerusi roda bagi yang membawa orang kurang upaya.

Alamat: No. 1, Jln Akuatik 13/64, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari: 10.00 am – 10.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-55236131


Jadi inilah pusat membeli belah di sekitar Selangor yang anda boleh boleh lawati dan antara semua ini ada juga yang menjadi tarikan pelancong. Setiap pusat membeli belah di atas kerap melakukan promosi murah dan events yang menarik.

5/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

14 Lokasi Menarik Utk Hiking & Jungle Trekking Di Selangor & KL

Apabila berbicara mengenai negeri Selangor sudah tentu anda akan terbayang akan kesibukan kota. Namun, adakah anda tahu bahawa Selangor juga sebenarnya penuh dengan destinasi...

10 Pantai Indah Di Selangor Utk Pencinta Pantai

Kebiasaanya jika mendengar perkataan pantai pasti anda akan terbayang Langkawi, Sabah, Pulau Pinang tapi sekiranya anda adalah warga KL dan Selangor anda tak perlu...

Sungai Gabai – Air Terjun yang MENARIK !

Mula-mula ingatkan Air Terjun Sg GABAN, rupanya Gabai. Air terjun Sg Gabai ni terletak dalam daerah Hulu Langat, Selangor. Waktu kami datang, ada dalam...

Zoo Negara – Harga Tiket, Diskaun & Tarikan Paling BEST

Destinasi percutian di Kuala Lumpur & Selangor yang membuatkan anak-anak teruja memang banyak. Salah satu tempat menarik yang sesuai untuk dilawati dengan kanak-kanak sudah tentu...

Taman Tema Air di Selangor yg Mesti Dikunjungi

Selangor adalah salah sebuah negeri yang ada di Malaysia. Berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Selangor merupakan negeri yang paling kaya dan paling maju...

8 Air Terjun di Selangor KL yang BEST & MENARIK

Siapa sangka di Negeri Selangor, di sebalik kemodenan dan pembangunan yang pesat di bandar-bandar besar seperti di Shah Alam dan Klang, rupa-rupanya banyak tempat...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x