77+ Tempat Menarik di Perak Paling POPULAR – Panduan Bercuti di Perak Darul Ridzuan

Isi Kandungan

Negeri Perak merupakan sebuah negeri yang terbesar di pantai barat semenanjung Malaysia dan tidak hairanlah begitu banyak destinasi yang menarik di kawasan pantai, pulau, tarikan hutan lipur, taman tema, tempat bersejarah & sebagainya. Senarai di bawah ini mengumpulkan koleksi 77+ tempat-tempat menarik di Perak yang paling popular untuk rujukan anda. Sekiranya anda belum pernah bercuti ke Perak, informasi ini pasti akan membantu anda.

Turut disediakan untuk setiap destinasi adalah informasi & pautan-pautan rujukan yang sangat membantu untuk anda merancang percutian di Perak kelak seperti destinasi hotel terdekat, waktu operasi, harga tiket & sebagainya. Rancanglah percutian anda dengan sebaik mungkin supaya percutian anda di Perak ini akan menjadi satu memori yang indah bersama keluarga.

Seperti yang tersedia maklum, tempat yang menarik di Perak untuk dilawati memang sangat banyak namun bukan semuanya sesuai untuk disyorkan kepada orang luar kerana destinasi tersebut mungkin boleh didapati di negeri anda sendiri. Samaada anda bercuti di Bandaraya Ipoh atau di mana-mana daerah dalam Perak, senarai di bawah ini pasti ada jawapannya yang ideal dengan kehendak serta minat masing-masing.


77+ Destinasi & Aktiviti-Aktiviti Menarik di Negeri Perak Darul Ridzuan

1. Pulau Pangkor

pulau pangkor perak menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi percutian di pulau di Perak yang tidak asing lagi di kalangan orang Malaysia. Selain Pulau Langkawi, Pulau Pangkor adalah destinasi percutian di pulau yang paling popular di barat Semenanjung Malaysia & bahkan lokasinya lebih dekat dari KL & Selangor. Pulau Pangkor menawarkan pelbagai aktiviti tepi pantai yang menarik untuk dilakukan baik aktiviti snorkeling, bermain sukan air seperti jet ski, banana boat & mungkin juga aktiviti santai-santai manja bersama tersayang di resort-resort cantik di Pulau Pangkor. Aktiviti kering juga ada yang menarik di Pangkor seperti meredah hutan atau melihat burung enggang di Pasir Bogak.

Pulau Pangkor juga terkenal dengan Kota Belanda yang mempunyai kesan sejarah yang penting buat negeri Perak. Kota Belanda yang berusia lebih 300 tahun ini masih ada kesan peninggalan kubu pertahanan yang merupakan binaan kolonis Belanda yang terletak di Teluk Gadung, Pangkor. Oleh kerana Selat Melaka ini merupakan salah satu kawasan yang sibuk dengan kapal-kapal dagang, maka tidak hairanlah air laut di Pulau Pangkor tidak sebiru warnanya seperti pulau di Terengganu atau Sabah. Walaubagaimanapun destinasi Pulau Pangkor tetap mempunyai beberapa lokasi yang sesuai untuk aktiviti menghayati keindahan hidupan marin serta terumbu karang yang cantik.

Terdapat banyak pantai-pantai di Pulau Pangkor yang sering menjadi tumpuan pelancong untuk bercuti & menginap seperti Pantai Pasir Bogak, Pantai Coral, Teluk Nipah dan juga Teluk Belanga.Tahukah anda, di sekeliling Pulau Pangkor juga terdapat pulau-pulau kecil lain yang sering menjadi lokasi pilihan untuk pelancong melakukan aktiviti snorkeling seperti Pulau Pangkor Laut, Pulau Mentagor & Pulau Giam.

Whatsapp | Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Lokasi Jeti

  • Pulau Pangkor, Perak

Waktu Operasi Feri ke Pulau Pangkor

jadual feri pulau pangkor

*sumber jadual perjalanan feri, Marina Island

#1 Tambang feri ke Pulau Pangkor ( 2 hala ) dari Jeti Marina Island

  • Dewasa: RM 10
  • Kanak-Kanak: RM 5

*tempoh perjalanan feri ke Pulau Pangkor hanya 10 minit dari Jeti Marina Island

#2 Tambang feri ke Pulau Pangkor ( 2 hala ) dari Terminal Feri Lumut

  • Dewasa: RM 14
  • Kanak-Kanak: RM 5

*tempoh perjalanan feri ke Pulau Pangkor hanya 30-40 minit dari Terminal Feri Lumut


2. The Haven Resort Hotel

hotel menarik di perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Ingin membuat kejutan untuk pasangan di satu destinasi penginapan menarik di Perak? Kalau itulah tujuan, hotel ini adalah salah satu yang terbaik yang boleh anda terokai untuk bermalam mungkin ketika berbulan madu di Perak nanti. The Haven Resort Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di Ulu Kinta, Ipoh. Uniknya, hotel ini dikelilingi dengan keindahan hutan hijau serta bukit batu kapur yang pasti memukau tetamu yang bertandang.

Selain itu, terdapat juga sebuah tasik besar yang menjadi sebahagian daripada landskap utama hotel ini. Ketika berendam di kolam di hotel ini, anda boleh menikmati keindahan alam sekeliling yang semestinya menjadi terapi mujarab untuk menenangkan fikiran. Sekali sekala membawa pasangan anda untuk bercuti di hotel sebegini apa salahnya bukan ? Pasti akan menjadi satu kenangan manis ketika bercuti di Perak.

Destinasi penginapan ini menawarkan lebih 8 jenis suites yang sesuai untuk mereka yang datang secara berdua ataupun berkeluarga. Malah, kemudahan & fasiliti di hotel ini juga sangat lengkap untuk mereka yang mungkin ingin mengadakan seminar syarikat, mesyuarat tahunan, hari keluarga & sebagainya. Satu destinasi hotel yang sangat disyorkan untuk mereka yang mencari tempat bermalam yang terbaik di Perak.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 605-5400000 | Facebook | Instagram | Website

  • Jalan Haven, Persiaran Lembah Perpaduan, 31150 Ipoh, Negeri Perak

  • destinasi penginapan ( 24 jam)

  • Semak tawaran harga hotel ini di sini


3. Sunway Lost World of Tambun

lost world of tambun perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sunway Lost World of Tambun merupakan salah satu destinasi percutian keluarga yang sangat popular di Perak. Uniknya, destinasi ini dikelilingi dengan keindahan bukit batu kapur yang sangat mendamaikan. Tarikan utama yang sering menjadi tumpuan pelancong adalah di kawasan water park yang menjanjikan gelongsor air yang sangat mengujakan. Selain water park, terdapat juga beberapa kawasan menarik lain yang pasti membuatkan anda seisi sekeluarga tidak sabar untuk bercuti di sini seperti amusement park, lost world petting zoo, tiger valley, tin valley dan adventure park.

Sekiranya anda tidak gemar aktiviti yang mendebarkan, jangan risau di sini juga ada hotspring & spa yang boleh anda terokai bersama pasangan. Selain dengan pelbagai aktiviti lain yang menyeronokkan, Sunway Lost World of Tambun juga ada menyediakan penginapan yang ideal untuk anda bermalam & sangat ideal juga kalau anda ingin jadikan destinasi untuk berbulan madu di Perak. Infinity Pool yang cantik & kolam air panas dengan suasana yang romantis di sini semestinya satu idea yang bernas untuk meluangkan masa berkualiti bersama orang yang tersayang.

Dengan kemudahan penginapan, fasiliti yang lengkap & juga aktiviti yang ditawarkan di sini, tidak hairanlah Sunway Lost World of Tambun juga sering menjadi destinasi pilihan untuk institusi atau badan korporat menganjurkan hari keluarga syarikat, team building & sebagainya.

Whatsapp | Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-540 8888 | Facebook | Website

  • No 2, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak

Waktu Operasi Lost World of Tambun Ipoh

  • Isnin-Jumaat: 11.00 am – 6.00 pm
  • Hujung Minggu, Cuti Sekolah & Cuti Am: 10.00 am – 6.00 pm

*Ditutup Selasa kecuali cuti am & cuti sekolah

Harga Tiket Lost World of Tambun Ipoh

Kadar Bayaran Masuk Lost World

Harga tiket termasuk ke semua kawasan taman tema, termasuk permainan, tarikan & aktiviti. Tidak termasuk untuk aktiviti yang dibayar secara pay-per-ride.

1 . Harga Biasa

  • Dewasa (13 tahun & keatas): RM 117.00
  • Kanak ( 12 tahun & kebawah) : RM 110.00
  • Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 110.00

2. Harga Tiket untuk Pemegang MyKad

  • Dewasa (13 tahun & keatas): RM 85.00
  • Kanak ( 12 tahun & kebawah) : RM 77.00
  • Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 77.00

*masuk PERCUMA untuk kanak-kanak tinggi bawah 90 cm

3. Harga Tiket Promosi Online

  • Dewasa (13 tahun & keatas): RM 69.00
  • Kanak ( 12 tahun & kebawah) : RM 64.00
  • Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 64.00

Tengok sini: https://www.holidaygogogo.com/lost-world-of-tambun-ticket/

Kadar Lost World Hot Spring & Night Park

6.00 pm – 11.00 pm

  1. Harga Biasa
    • Dewasa (13 tahun & keatas): RM 75.00
    • Kanak ( 12 tahun & kebawah) : RM 66.00
    • Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 66.00
  2. Harga Tiket untuk Pemegang MyKad
    • Dewasa (13 tahun & keatas): RM 64.00
    • Kanak ( 12 tahun & kebawah) : RM 55.50
    • Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 55.50

*masuk PERCUMA untuk kanak-kanak tinggi bawah 90 cm


4. Sungai Klah Hotspring

sungai-klah-hotspring-residence-perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Felda Residence Hot Spring terletak berhampiran dengan Pekan Sungkai yang menempatkan beberapa kolam air panas semulajadi yang sesuai untuk mandi dan berendam. Terdapat juga kolam yang panasnya sehingga 100 darjah celsius, malah pengunjung berpeluang merebus telur di dalam kolam air panas ini. Kemudahan awam juga sangat bagus & tersedia untuk pengunjung seperti tandas, cafe, surau & juga villa untuk disewa.

Kolam air panas di Felda Residence Hot Spring memang sangat cantik & terurus dengan baik. Tidak seperti di sesetengah destinasi kolam air panas lain yang kadang-kadang kotor & tidak terjaga. Di sini juga terdapat gelongsor air di kolam mandi yang agak besar & sesuai untuk anak-anak bersuka ria. Pilihan penginapan di sini juga menarik dan sesuai untuk anda bermalam sehari dua sambil bersantai dengan keluarga.

Destinasi unik sebegini memang sangat ideal untuk anda bawa anak-anak & sambil-sambil itu bolehlah mendidik mereka akan khasiat kolam air panas semulajadi untuk kesihatan yang ada di sini. Samaada datang berdua ketika honeymoon atau mungkin dalam kumpulan yang besar, pilihan penginapan yang ditawarkan di sini memang pelbagai. Bahkan ada villa yang mempunyai sehingga 6 bilik untuk tetamu. Lebih menyeronokkan, majoriti villa yang ditawarkan di sini terdapat jakuzi yang boleh anda gunakan tanpa gangguan orang lain. Dengan adanya jakuzi ini, barulah lebih romantis kalau berbulan madu bersama dengan pasangan bukan ?

Harga Penginapan | Peta Lokasi | Jarak | 6018-2888027 | Facebook | Website

  • 35600, Sungai Klah Sungkai Perak, 35600 Sungkai, Perak

Waktu Operasi Klah Hotspring

  • 8.00 am – 6.00 pm

Harga Tiket Klah Hotspring

  • Dewasa ( 13 tahun & keatas): RM 15
  • Kanak-kanak ( 4-12 tahun): RM 12
  • Warga Emas ( 55 tahun & keatas): RM 8


5. Masjid Diraja Ubudiah

masjid ubudiah kuala kangsar

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah masjid yang menjanjikan auranya yang tersendiri & pasti membuatkan sesiapa sahaja kagum akan kehebatan senibinanya. Masjid Ubudiah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar ini merupakan sebuah masjid yang dibina pada tahun 1907. Tahukah anda, masjid ini dibina untuk membayar nazar Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I selepas baginda pulih dari penyakit.

Dari luar, pengunjung boleh melihat 4 menara utama setinggi 124 m yang mengelilingi kubah utamanya yang berwarna keemasan & kedudukan masjid ini sebenarnya di atas kawasan berbukit sedikit. Ruangan di dalam masjid ini tidaklah terlalu besar seperti Masjid Negara tetapi pemandangan yang terdapat di dalam masjid ini memang sungguh mengasyikkan.

Bersebelah dengan Masjid Ubudiah ini juga terletaknya makam-makam diraja yang menempatkan sultan-sultan Perak sebelum ini. Lokasi masjid ini juga berdekatan dengan beberapa tempat menarik di Kuala Kangsar yang lain seperti Galeri Sultan Azlan Shah, Muzium Diraja Perak & juga Istana Iskandariah. Satu destinasi masjid menarik di Perak yang perlu anda lawati sendiri untuk melihat keindahan senibina & struktur bangunannya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook | Website

  • Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar, Negeri Perak

  • Subuh-Isyak

  • Derma masuk tabung masjid digalakkan


6. Zoo Taiping

zoo-taiping-aktiviti-best-perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan zoo terbesar di negeri Perak & satu-satunya zoo yang ada di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Zoo ini menempatkan lebih 1200 ekor binatang daripada 140 spesis binatang diimport dari dalam dan luar negara. Destinasi ini sangat ideal untuk dilawati dengan kanak-kanak dan keluarga untuk melihat tarikan binatang utama seperti harimau, zirafah, badak air, gajah, singa, siamang, burung-burung eksotik dan pelbagai jenis binatang lagi.

Lokasi Zoo Taiping yang berada di kaki Bukit Larut juga sangat unik kerana terletak di dalam tempat yang kaya dengan kehijauan alam semulajadi. Malah di sini juga ada tasik serta aliran air sungai & ini secara tak langsung menjadikan zoo ini satu habitat yang sangat sesuai untuk hidupan liar.

Setiap hari aktiviti memberi makan kepada haiwan tertumpu pada waktu 9 pagi – 12 tengahari. Jadi sebaiknya datang pada waktu pagi untuk kepuasan yang maksima. Memandangkan zoo ini sangat luas maka perkhidmatan tram juga disediakan untuk pengunjung mengelilingi zoo ini & apa yang lebih menarik, menaiki tram ini adalah percuma.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-808 6577 | Facebook | Website

  • Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, Perak, 34000 Taiping, Perak

Waktu Operasi Zoo Taiping

  • 8.30 am – 6.00 pm (setiap hari)

Harga Tiket Zoo Taiping

  • RM 17.00 (dewasa)
  • RM 8.50 (kanak-kanak)


7. Pangkor Laut Resort

pangkor laut resort perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Ramai yang bercakap, air laut di Selat Melaka tidak sejernih seperti laut di Terengganu atau Sabah bukan? Sebenarnya kenyataan tersebut tidaklah terlalu tepat. Bukannya semua lokasi perairan di sepanjang Selat Melaka yang tidak jernih & sebenarnya ada lokasi tertentu yang menjanjikan air laut yang jernih sehingga nampak ke dasarnya.

Salah satu lokasinya adalah di pantai berdekatan dengan Pangkor Laut Resort. Destinasi penginapan bertaraf 5 bintang ini memang sangat ideal untuk anda jadikan sebagai tempat berbulan madu di Perak. Selain mempunyai pilihan penginapan yang menarik seperti villa mewah di atas air, destinasi ini juga mempunyai pesisiran pantai yang sangat bersih & pasir pantai yang putih. Pelancong yang pentingkan ketenangan & inginkan percutian yang lebih privasi di pantai, sangat disyorkan untuk menginap di Pangkor Laut Resort.

Kalau sudah menginap di sini, jangan lepaskan peluang untuk berenang di infinity pool yang berada di perkarangan hotel ini. Pemandangan dari kolam mandi ini memang sangat menarik untuk anda merakam gambar kenangan sambil melihat keindahan panorama matahari terbenam. Sekali sekala, bermalam di penginapan sebegini bersama yang tersayang apa salahnya bukan ? Bolehlah meluangkan masa berkualiti bersama pasangan & bercuti dengan gaya orang kaya sedikit.

Whatsapp | Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 605-6991100 | Facebook | Instagram | Website

  • Pangkor Laut Island Pangkor Laut, 32200 Lumut, Negeri Perak

  • Sepanjang tahun ( destinasi hotel )


8. Taman Rekreasi Gunung Lang

tempat-menarik-di-perak-yang-best

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Taman rekreasi ini memang sangat unik & lebih alam semulajadi berbanding taman rekreasi yang ada di bandar. Kalau di Ipoh, destinasi ini sangat popular & sesuai untuk mereka yang ingin memencilkan diri di dalam suasana yang tenang dikelilingi bukit batu kapur serta tasik hijau yang tenang.

Suasana sebegini hanya ada di taman-teman negara yang agak pedalaman, namun di Ipoh Perak, tidak perlu memandu jauh. Hanya datang ke Taman Rekreasi Gunung Lang yang hanya 6 km dari Bandaraya Ipoh. Memandangkan lokasi strategiknya yang hanya beberapa km dari Lebuhraya Utara Selatan, Taman Rekreasi Gunung Lang juga sangat mudah untuk anda lawati atau mungkin jadikan destinasi ini sebagai tempat R&R anda di Ipoh.

Pastikan bawa makanan & minuman siap-siap kerana tiada gerai makanan di sini. Pengunjung juga boleh menaiki bot dengan kadar bayaran yang sangat murah untuk menyeberangi tasik ini yang mana terdapat sebuah lagi taman rekreasi yang tidak kurang menariknya dengan hiasan cantik landskap flora faunanya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-5063088

  • Off Jalan Kuala Kangsar, Jalan Damai, 30100 Ipoh, Perak.

Waktu Operasi Taman Rekreasi Gunung Lang

  • 8am – 12pm & 1.30pm – 7pm (Isnin-Khamis)
  • 8am – 12pm & 2.45pm – 4pm (Jumaat)
  • 8am – 6.30pm (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)

Harga Tambang Naik Bot

  • RM 3.00 (Dewasa)
  • RM 1.50 (Kanak-kanak/warga emas)


9. Night Safari Zoo Taiping

night-safari-zoo-taiping-perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Di Zoo Taiping anda juga boleh merasai pengalaman melihat binatang buas pada waktu malam. Kalau anda datang ke Zoo Taiping pada waktu siang, ada sesetengah binatang agak pasif & hanya mula aktif pada waktu malam. Night Safari di Zoo Taiping adalah satu-satunya tempat menarik di Perak untuk anda cuba aktiviti sebegini bersama keluarga pada hujung minggu.

Kalau anda belum pernah membawa anak-anak melihat binatang liar pada waktu malam, sangat disyorkan untuk mencuba pengalaman ini. Yelah, datang ke zoo pada waktu malam untuk melihat terutamanya haiwan karnivor memang terasa agak seram sedikit. Untuk ke sini, pengunjung tidak boleh membawa lampu suluh atau menggunakan kamera ber’flash’ kerana dikhuatiri akan menakutkan binatang-binatang di sini yang secara langsung akan memencilkan diri di sebalik semak samun.

Tempoh masa menaiki tram melihat haiwan di zoo ini hanya memakan masa sekitar 30-40 minit sahaja. Sesudah melihat haiwan di sini bolehlah pula ke restoran menarik di sekitar Taiping untuk makan malam sebelum pulang ke hotel. Sebelum datang ke sini, sebaiknya ikuti perkembangan terkini Night Safari Zoo Taiping di Facebook kerana ada waktu ketika mereka akan tutup operasi sementara untuk tujuan penyelenggaraan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-808 6577 | Facebook | Website

  • Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, Perak, 34000 Taiping, Perak

Waktu Operasi Night Safari Zoo Taiping

  • 8 pm– 11 pm (Ahad sehingga Jumaat)
  • 8 pm – 12 pm (untuk setiap Sabtu sahaja)

Harga Tiket Night Safari Zoo Taiping

  • RM 21.20 (dewasa)
  • RM 10.60 (kanak-kanak)


10. Muzium Perak Taiping

muzium-perak-taiping-perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan sebuah institusi muzium yang terdapat di Taiping dan merupakan muzium yang tertua di Malaysia. Dibina pada tahun 1883 dan menempatkan pelbagai barangan dan artifak sejarah Melayu di negeri Perak. Sebaik sampai di sini anda pasti akan kagum dengan keunikan senibina bangunan Muzium Taiping ini yang banyak dipengaruhi kesenian gabungan orang Inggeris & masyarakat Moor di India.

Uniknya, bahan pembinaan bangunan ini adalah menggunakan bahan seperti putih telur, kisaran kulit kerang & bancuhan simen yang dipercayai dapat memberi ketahanan struktur yang lebih lama. Antara tarikan pameran di sini yang wajib anda lihat ialah koleksi spesimen binatang jenis binturong/ pulasan, rangka/tengkorak binatang dan juga koleksi tembikar tanah yang unik yang memang tiada sepertinya di destinasi lain.

Sebahagian koleksi ini dikatakan ada yang berusia sehingga ratusan tahun. Muzium ini adalah yang paling lengkap di Perak sekiranya anda ingin melihat sejarah dari pelbagai sudut samaada kebudayaan, keagamaan, informasi orang asli, binatang & sebagainya. Siapa sangka, muzium ini juga mempunyai beberapa mural 3D yang boleh anda bergambar untuk dijadikan sebagai kenangan percutian anda di Perak.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-807 2057 | Facebook | Website

  • Muzium Perak Jalan Taming Sari, Taiping, 34000 Perak

Waktu Operasi Muzium Perak Taiping

  • 9.00 am – 6.00 pm (setiap hari)
  • Hari Raya Cuti

Harga Tiket Muzium Perak Taiping

  • RM 2.00 (dewasa)
  • RM 1.00 (OKU)
  • Percuma (kanak-kanak)
  • RM 5.00 (pelancong asing)


11. Kellie’s Castle

kellies-castle-batu-gajah-perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah rumah agam lama yang dibina oleh Kellie untuk isterinya pada 1915 sebagai lambang cinta sejatinya. Malangnya warga Scotland ini gagal menyiapkan rumah agam ini kerana meninggal secara mengejut kerana penyakit pneumonia. Kalau dilihat cerita di sebalik pembinaan Kellie’s Castle tidak ubah seperti cerita pembinaan Taj Mahal.

Kedua-dua bangunan bersejarah ini dibina sebagai lambang kasih sayang & cinta kepada pasangan masing-masing. Walaupun destinasi ini sering dikaitkan dengan cerita seram namun ianya tidak pernah menjadi halangan untuk pelancong datang ke sini bagi melihat sendiri keunikan struktur bangunan ini. Malah setiap tahun, semakin ramai pelancong yang datang ke sini untuk melihat keunikan struktur rumah agam ini yang mungkin hanya satu sepertinya di Malaysia.

Memandangkan bangunannya dibina di atas satu kawasan berbukit maka pemandangan dari sini memang sangat cantik & memukau. Kaki fotografi pasti tidak sabar untuk merakam gambar landskap di sini. Sebaiknya datang ke sini pada waktu pagi atau petang kerana kurang terasa bahang panas terik mentari. Ruangan parkir kereta juga luas & akses dengan kenderaan ke sini sangat mudah. Kellie’s Castle terletak di Batu Gajah & hanya kira-kira 20 km dari Bandaraya Ipoh.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 05-365 3381 | Facebook | Website

  • Batu 5, Jalan Gopeng, 31000 Batu Gajah, Perak

Waktu Operasi Kellie’s Castle

  • 9.00 am – 6.00 pm (setiap hari)

Harga Tiket Kellie’s Castle

  • RM 5.00 (dewasa)
  • RM 3.00 (kanak-kanak)
  • RM 10.00 (pelancong asing)


12. Sultan Azlan Shah Galery

galeri-sultan-azlan-shah-taiping-perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Galeri sejarah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar ini dibuka secara rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah pada 9 Disember 2003 bertujuan untuk memaparkan sejarah & perjalanan hidup baginda Almarhum Sultan Azlan Shah dari zaman muda sehinggalah ke era pemerintahan baginda.

Umumnya, galeri ini menawarkan pelbagai koleksi berharga tentang kehidupan Keluarga Diraja Perak, sejarah negeri Perak & juga warisan kebudayaan Perak yang boleh dipelajari oleh orang awam. Banyak koleksi simpanan peribadi baginda yang boleh dilihat di sini & antara yang paling mencuri tumpuan adalah koleksi jam tangan & pen yang sangat unik.

Dikatakan nilai harganya adalah ratusan ribu ringgit. Senibina bangunan galeria ini memang sangat cantik & dahulunya ianya dikenali sebagai Istana Ulu atau Istana Kota sebelum dibina semula untuk dijadikan Galeri Sultan Azlan Shah seperti yang kita lihat sekarang. Lokasinya sangat mudah di dalam Bandar Kuala Kangsar & berdekatan dengan satu lagi tarikan popular iaitu Masjid Diraja Ubudiah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-7775362 | Website

  • Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Waktu Operasi Sultan Azlan Shah Gallery

  • 9.00 am – 5.00 pm ( Sabtu-Ahad )
  • 10.00 am – 12.00 pm
  • 2.45 pm – 5.00 pm (Jumaat)

Harga Tiket Sultan Azlan Shah Gallery

  • RM 4.00 (dewasa)
  • RM 1.00 (kanak-kanak)


13. Bukit Merah Lake Town Resort

bukit-merah-laketown-resort-perak-1

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau anda mencari tempat percutian keluarga di Perak yang ada penginapan dengan taman tema yang menarik, Bukit Merah Lake Town Resort adalah jawapannya. Destinasi percutian yang popular ini secara umumnya mempunyai 2 jenis taman tema untuk pelancong iaitu Eco Park & juga Water Park. Eco Park lebih kepada tarikan untuk aktiviti yang kering seperti Sky Cycle, Nature Trail, Tropical Trek, Predator Park, Pets Park, Crocodile Enclosure, Sun Bear Enclosure & Deer Enclosure.

Aktiviti di Eco Park juga lebih menjurus kepada perkara yang lebih akademik dalam mengenali hidupan liar. Sesuai untuk pendedahan awal kepada si anak kecil. Water Park pula menawarkan aktiviti permainan air yang lebih mencabar seperti gelongsor-gelongsor air yang pasti lebih menarik minat orang muda mudi. Antara nama-nama permainan di Water Park adalah Kids Adventure River, Sandy Beachfront Wave Pool, Mandi Timba, Waterfall Bridge, Water Speed Slides, Giant Tube Rides, Lazy River & Boomerang.

Selain itu, ada juga tarikan aktiviti yang lebih mesra untuk mereka yang ingin adakan team building di sini seperti skycycle & juga aktiviti sukan air seperti paddle boat, berkayak & berkanu. Bukit Merah Laketown Resort memang agak besar dan masa untuk sehari belum tentu dapat anda habiskan untuk mencuba semua tarikan di sini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-890 8888 | Facebook | Website

  • Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol, Perak Darul Ridzuan.

Waktu Operasi Bukit Merah Laketown Resort

  • Waterpark
    • Isnin, Rabu, Khamis :
      • 11.00 am – 6.00 pm
    • Jumaat & Sabtu, Cuti Sekolah & Cuti Umum:
      • 10.00 am – 7.00 pm
    • Selasa tutup kecuali cuti sekolah & cuti umum
  • Ecopark
    • Isnin, Rabu, Khamis :
      • 11.00 am – 6.00 pm
    • Jumaat & Sabtu, Cuti Sekolah & Cuti Umum:
      • 10.00 am – 7.00 pm
    • Selasa tutup kecuali cuti sekolah & cuti umum
  • SkyCycle
    • Isnin, Rabu, Khamis :
      • 11.00 am – 6.00 pm
    • Jumaat & Sabtu, Cuti Sekolah & Cuti Umum:
      • 10.00 am – 7.00 pm
    • Selasa tutup kecuali cuti sekolah & cuti umum

Harga Tiket Bukit Merah Laketown Resort

  1. THEME PARK COMBO – Kemasukan ke Waterpark, Ecopark, Skycycle & satu pilihan samaada Paddle Boat/Kayak/Canoe
    • Dewasa: RM 54
    • Kanak-Kanak: RM 40
    • Kanak-kanak ( < 90 cm): Percuma
  2. THEME PARK – Kemasukan ke Waterpark & Ecopark sahaja.
    • Dewasa: RM 48
    • Kanak-Kanak: RM 38
    • Kanak-kanak ( < 90 cm): Percuma
  3. ECOPARK – Kemasukan ke Ecopark sahaja
    • Dewasa: RM 20
    • Kanak-Kanak: RM 13
    • Kanak-kanak ( < 90 cm): Percuma
  4. SKYCYCLE
    • Dewasa: RM 6.00
    • Kanak-Kanak: RM 6.00
  5. SPECIAL PASS ( Rakyat Malaysia Warga Emas & OKU) – Kemasukan ke Waterpark, Ecopark, Skycycle & satu pilihan samaada Paddle Boat/Kayak/Canoe
    • RM 10

* Rakyat Malaysia hanya dengan MyKad atau kad OKU sahaja

**Kadar kanak-kanak berdasarkan tinggi 90 cm atau sehingga 12 tahun.

**Kanak-kanak bawah 12 tahun mesti ditemani penjaga.


14. Tasik Banding & Hutan Simpan Belum

hutan-simpan-royale-belum-perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Perak juga tidak ketinggalan untuk mempunyai satu hutan simpan yang menempatkan banyak khazanah flora & fauna yang pelbagai spesis. Bagi mereka yang sukakan aktiviti adventure seperti aktiviti jungle trekking, melihat bunga reflesia, melihat sira gajah, mandi tasik, hiking, memancing, tengok perkampungan orang asli, mandi air terjun dan menaiki bot laju, Hutan Royale Belum adalah salah satu destinasi terbaik di Malaysia untuk anda terokai.

Di sini juga terdapat beberapa penginapan yang boleh anda menginap & ada juga yang menyediakan pakej-pakej tour guide untuk menerokai Hutan Royale Belum. Kalau inginkan sesuatu yang lebih unik, bolehlah sewa boat house dan bermalam di atas tasik. Tasik Temenggor di Pulau Banding merupakan sebuah tasik buatan manusia yang terbesar di Perak.

Tahukah anda, terbinanya Tasik Temenggor dan Pulau Banding ini wujud selepas siapnya pembinaan Empangan Temenggor. Bagi mereka yang kaki pancing, aktiviti memancing di Tasik Temenggor sudah tentu tidak perlu diperkenalkan lagi. Menurut sumber juga, tasik yang terbina selepas kewujudan empangan ini juga telah menenggelamkan bangunan kerajaan Melayu purba yang berusia ribuan tahun lamanya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Tasik Banding, Perak

  • 24 jam

  • bergantung kepada aktiviti


15. Pulau Orang Utan

pulau-orang-utan-bukit-merah-perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Orang utan merupakan sejenis haiwan yang bijak & sangat terkenal di mana-mana negara rantau Asia Tenggara. Kalau di Malaysia pula, destinasi paling popular untuk melihat orang utan sudah tentulah di kepulauan Borneo seperti di Sipilok, Sabah. Di Semenanjung Malaysia, memang ada menempatkan orang utan di mana-mana zoo utama seperti di Zoo Negara namun jumlahnya tidaklah banyak.

Pulau Orang Utan Bukit Merah yang mula beroperasi sejak tahun 2000 hanya terletak kira-kira 10 minit dari Bukit Merah Laketown Resort & pulau ini menempatkan lebih 20 ekor orang utan daripada peringkat umur bayi sehinggalah orang utan dewasa. Pengunjung perlu menaiki bot kira-kira 15 minit merentasi tasik untuk melawat pusat penjagaan orang utan di sini. Melihat orang utan di sini berbeza di zoo kerana pelancong boleh berinteraksi dengan haiwan eksotik ini dengan lebih dekat & menarik.

Bagi pensyarah atau cikgu yang ingin mengadakan lawatan sambil belajar, di sini juga ada menawarkan program pembelajaran dengan harga tertentu & jadual aktiviti yang telah dikhaskan. Sekiranya anda bercuti & menginap di Bukit Merah Laketown Resort, bolehlah luangkan masa bersama anak-anak ke pusat penjagaan orang utan di sini. Bot terakhir untuk ke Pulau Utan adalah pukul 5.00 pm.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-8908110 | Facebook | Website

  • Jalan Bukit Merah, Semanggol, Perak

Waktu Operasi Pulau Orang Utan

  • 9.00 am – 6.00 pm (setiap hari)

Harga Tiket Pulau Orang Utan

Harga Tiket untuk Warganegara Malaysia/MyKad:

  • Dewasa ( 18 tahun keatas): RM 30
  • Kanak-Kanak ( 18 tahun & kebawah): RM 18
  • Warga Emas ( 55 tahun & keatas): RM 15
  • Pelajar ( Kad Pelajar): RM 18
  • Pakej Keluarga
    • 2 dewasa + 3 kanak-kanak: RM 100
    • 2 dewasa + 3 kanak-kanak: RM 90

Harga Tiket untuk Bukan Warganegara Malaysia

  • Dewasa/Kanak-Kanak/Warga Emas: RM 36


16. Ladang Anggur Saloma

 ladang anggur di perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Siapa sangka, di Malaysia juga ada ladang anggur. Mungkin agak pelik bagaimana buah anggur yang sinonim sebagai ‘buah import’ boleh tumbuh di dalam keadaan iklim di Malaysia. Kalau anda tertanya-tanya akan kepelikan ini, apa kata bawa keluarga melawat ke Ladang Anggur Saloma yang terletak di Sitiawan & kira-kira 10 km dari Lumut. Apa yang lebih menarik di sini, anda juga boleh membeli anak benih pokok anggur & bawa balik ke rumah. Menarik bukan ?

Malah, setiap pembelian anak pokok buah anggur di sini akan disediakan manual bagaimana untuk menjaganya sehingga berbuah. Ladang Anggur yang diusahakan oleh Puan Saloma ini sering menjadi tumpuan pengunjung yang teringin melihat sendiri ladang anggur & tidak kurang juga yang datang untuk membeli anak pokok.

Kalau anda ke sini pada musim berbuah & menuai, bolehlah beli serta merasa sendiri kenakan buah anggur yang ada di sini. Ladang anggur ini memang agak besar & terdapat kira-kira 7 jenis buah anggur yang ditanam. Selalunya, kalau bercuti orang akan beli anak pokok bunga & buah-buah yang biasa didengari sebagai buah tangan. Apa kata kali ini, anda beli anak pokok anggur ini dan hadiahkan untuk mak ayah di kampung. Baru lain daripada yang lain.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6017-5688642 | Facebook | Website

  • Saloma Vineyard, Lot 1392, Kampung Darat Jelutong, Batu 7 1/2 Lekir Sitiawan 32020, Perak

  • 9 am – 6 pm

  • Setiap anak pokok berharga antara RM 20 – RM 40 bergantung kepada jenis anggur / buah


17. Teluk Senangin

bercuti-di-perak-teluk-senangin

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Perak mempunyai beberapa lokasi pantai peranginan yang popular di kalangan pelancong untuk bercuti. Salah satunya adalah di Teluk Senangin yang terletak di Lumut & tidak jauh dari jeti ke Pulau Pangkor. Kawasan pantai Teluk Senangin mempunyai pesisiran pantai yang lapang & pasir yang halus serta sesuai untuk aktiviti suka ria tepi pantai bersama anak-anak.

Teluk Senangin mungkin tidak sepopular destinasi pantai peranginan lain seperti di Pulau Pangkor atau di Port Dickson namun tetap mempunyai tarikan yang sangat sesuai untuk mereka yang inginkan destinasi percutian tepi pantai yang santai. Malah, destinasi ini juga tidaklah sesibuk di pantai popular lain & lebih terasa menenangkan. Di sini juga ada aktiviti-aktiviti sukan air seperti banana ride atau menaiki bot.

Pilihan penginapan seperti chalet atau hotel di sini tidak kurang banyaknya. Lokasinya sangat menarik di tepi pantai & kalau dapat bilik mengadap pantai memang sangat seronok & romantis. Sesuai untuk anda berbulan madu di tepi pantai di Perak. Pilihan makan-makan berdekatan Pantai Senangin tidaklah terlalu banyak & sekiranya anda ingin destinasi yang lebih banyak pilihan restoran, boleh ke sekitar Lumut yang popular dengan menu ikan bakar & masakan ala Thai.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Perak

  • 24 jam

  • bergantung pada aktiviti masing-masing


18. Pantai Teluk Batik

pantai-peranginan-teluk-batik-lumut

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu lagi tempat menarik di Lumut tepi pantai yang sangat ideal untuk anda bersantai pada hujung minggu. Gambarannya sama seperti di Pantai Teluk Senangin yang terletak tidak jauh dari sini. Mempunyai kawasan pantai yang lapang dan sesuai untuk aktiviti riadah & sukan air bersama keluarga seperti banana ride, jetski, naik bot & sebagainya.

Pantai di Teluk Batik juga agak landai & setiap cuti sekolah atau hujung minggu, mesti ramai yang datang berkelah & tidak kurang juga yang mandi manda. Kemudahan awam di sini seperti parkir kereta, tandas awam & dataran juga disediakan untuk kemudahan pengunjung. Kawasan Teluk Batik juga terkenal dengan banyak tempat makan menarik pada waktu malam seperti medan ikan bakar atau kedai masakan panas ala Thai. Maklumlah, kawasan tumpuan pelancongan, pilihan tempat makan malam yang happening mestilah meriah.

Pilihan penginapan di sini juga memang banyak samaada hotel ataupun chalet bajet. Antara penginapan yang popular adalah Marina Cove Resort, Virgo Batik Resort dan Teluk Batik Resort. Ramai juga pelancong yang menginap di sini terlebih dahulu sebelum menaiki feri menuju ke Pulau Pangkor.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pantai Teluk Batik, 32200 Lumut, Perak

  • 24 jam

  • bergantung kepada aktiviti masing-masing


19. Menara Condong Teluk Intan

menara-condong-teluk-intan-perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi yang menarik untuk anda lawati di Teluk Intan, Perak untuk melihat sendiri keunikan bangunan condong ini yang sering menjadi mercu tanda dalam poskad atau setem di Perak. Struktur bangunan seperti menara Pagoda dengan usia lebih 100 tahun ini mungkin kelihatan biasa-biasa & tidak condong kalau dilihat dari jauh.

Namun sebaik dekat & anda lihat dari sudut tertentu baru akan perasan yang menara ini sebenarnya condong sedikit. Bangunan yang ikonik di Perak ini boleh pengunjung naik sampai ke atas melalui 110 anak tangga yang agak curam. Kalau ramai orang, mungkin tidak sesuai untuk anda naik ke atas terutamanya sekiranya bersama anak kecil kerana tangganya yang agak sempit & curam.

Dahulunya Menara Condong Teluk Intan merupakan sebuah tempat penyimpanan air dan menara jam. Namun kini ianya menjadi sebuah mercu utama untuk Bandar Teluk Intan dan Negeri Perak. Di sekitar menara ini terdapat dataran berbata yang lapang & deretan kedai termasuk tempat makan. Kalau datang hari Sabtu & Ahad, ada pasar malam & pemandangan menara ini pada waktu malam lebih menarik terutamanya ketika senja.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Lot 1&2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 24 jam

  • Percuma


20. Bukit Larut ( Maxwell Hill)

bukit-larut-taiping-honeymoon

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bukit Larut atau juga dikenali sebagai Maxwell Hill merupakan destinasi yang sangat ideal bagi mereka yang ingin mencari destinasi menarik yang menyamankan. Mesti anda tertanya-tanya, kenapa nama Inggeris Bukit Larut ini adalah Maxwell Hill bukan? Jawapannya kerana Bukit Larut ini pernah menjadi tempat tinggal orang British sekitar tahun 1880 dan nama Maxwell diambil sempena nama William George Maxwell iaitu Pembantu Residen Negeri Perak ketika itu.

Suhu persekitaran di Bukit Larut ini tidaklah sesejuk Cameron Highland tetapi sekiranya anda mencari tempat menarik di Taiping yang menyamankan & pemandangan yang sejuk mata memandang, inilah destinasinya. Ramai pengunjung yang datang ke sini untuk santai & ada juga yang melakukan aktiviti sukan lasak seperti berbasikal, jungle trekking, hiking & sebagainya.

Terdapat juga servis membawa pelancong ke puncak Bukit Larut menggunakan jip & sekiranya anda ingin merasai pengalaman melalui jalan-jalan berliku & ‘bumpy’, bolehlah menggunakan perkhidmatan ini. Harganya sangat berpatutan sekitar RM 10 seorang. Untuk menaiki jip ini, disarankan untuk datang awal atau sebelum kaunter tiket dibuka kerana bilangan tiket yang dijual untuk sehari adalah terhad.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Bukit Larut, 34000 Taiping, Perak

  • Tidak dikhususkan

Untuk menaiki jip ke puncak

  • Dewasa: RM 10
  • Kanak-Kanak: RM 5


21. Belum Rainforest Resort

belum rainforest resort perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Setiap pelancong mempunyai cara yang berbeza untuk mencari ketenangan & kepuasan diri ketika bercuti. Ada yang sukakan aktiviti di bukit, ada yang sukakan aktiviti di pulau, ada yang suka hanya jalan jalan cari makan & sebagainya. Sekiranya anda seorang pelancong yang sukakan aktiviti di destinasi yang kaya dengan keindahan alam semulajadi, apa kata datang bercuti di Belum Rainforest Resort.

Destinasi penginapan di ini terletak berdekatan Tasik Banding & menawarkan beberapa jenis penginapan yang sangat menarik untuk tetamu yang bertandang. Kebanyakan bilik hotel di sini mempunyai balkoni yang mengadap pemandangan sekeliling yang mendamaikan seperti hutan yang menghijau & juga tasik. Bagi yang datang secara berkumpulan, anda disyorkan untuk menginap di chalet atau di villa yang saiznya lebih besar.

Bagi pelancong yang inginkan penginapan yang lebih unik, Belum Rainforest Resort juga ada menawarkan penginapan di atas houseboat yang terletak di Tasik Banding. Bagi kaki pancing, penginapan ini sudah tentu adalah pilihan utama anda bukan ? Banyak aktiviti outdoor yang boleh anda lakukan di sini & rata-ratanya lebih kepada aktiviti yang mendekatkan diri dengan keindahan alam semulajadi. Bermalam Belum Rainforest Resort yang terletak jauh dari hiruk pikuk kota, pasti akan menjadi terapi mujarab untuk anda rehatkan minda daripada kesibukan kerja-kerja di pejabat.

Harga Penginapan | Peta Lokasi | Jarak | 605-7916800 | Facebook | Instagram | Website

  • Belum Rainforest Resort, Pulau Banding, 33300 Gerik, Perak

  • Sepanjang tahun ( destinasi penginapan )


22. Taman Tasik Taiping

taman tasik taiping perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Boleh dikatakan, percutian anda di Taiping, Perak tidak akan lengkap kalau tidak melawat destinasi ini. Tahukah anda Taman Tasik Taiping merupakan antara taman awam yang pertama di Malaysia & sudah wujud sejak tahun 1880 lagi. Keindahan landskap taman ini memang cukup saujana mata memandang & akan membuatkan sesiap sahaja akan jatuh hati dengan kecantikan susunan pokok-pokok besar di sepanjang tasik di sini.

Taman Tasik Taiping memang besar & dianggarkan sekitar 64 hektar. Destinasi ini tidak lekang dengan kunjungan orang awam untuk beriadah & berekreasi bersama keluarga. Terdapat jambatan, hiasan pokok bunga, trek jogging, taman permainan & pelbagai kemudahan untuk pengunjung. Tidak hairanlah, ramai raja sahari di Taiping tidak akan melepas peluang untuk mengadakan outdoor photoshoot di sini kerana landskapnya yang sangat menarik.

Taman Tasik Taiping juga terletak tidak jauh dengan beberapa tempat menarik di Taiping yang lain seperti Zoo Taiping, Dataran Warisan Taiping & Muzium Perak. Sekiranya anda menginap di hotel berdekatan seperti Hotel Flemington, Hotel Futurama atau Hotel Casuarina Inn, bolehlah datang bersenam pagi atau petang di Taman Tasik Taiping ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Negeri Perak

  • 24 jam ( destinasi taman awam )

  • Percuma


23. Kuala Sepetang

kuala-sepetang-perak-mee-udang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kuala Sepetang boleh disimpulkan sebagai destinasi untuk anda releks-releks dan makan-makan. Maklumlah, dah nama pun KUALA maka makanan di sini sudah tentulah yang berasaskan seafood. Antara yang menjadi kegilaan pengunjung kalau ke Kuala Sepetang ialah pekena Mee Udang. Antara kedai yang popular kalau cakap pasal Mee Udang di Kuala Sepetang ialah Mee Udang Mak Jah & juga Mek Teh Mee Banjir Udang.

Anda boleh juga melakukan aktiviti lain di Kuala Sepetang seperti melawat kilang pembuatan arang tradisional, naik bot dan memancing di kuala bersama nelayan, melihat kelip-kelip, melihat tapak sejarah station kereta api Melayu pertama di Port Weld & melawat Pusat Pendidikan Hutan Paya Laut Matang.

Hutan Paya Laut Matang di Kuala Sepetang merupakan sebuah hutan paya bakau yang terjaga & merupakan salah satu tarikan pelancongan di dalam Daerah Matang, Perak. Terdapat kemudahan seperti platform jalan kaki, chalet dan tapak perkhemahan untuk pengunjung yang ingin lebih menghayati ekosistem hutan paya bakau.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Kuala Sepetang, Taiping, Perak

  • 24 jam

  • bergantung pada aktiviti masing-masing


24. Muzium Geologi Ipoh

muzium-menarik-di-perak-ipoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Salah satu tempat bersejarah yang menarik di Ipoh, Perak yang menempatkan pelbagai koleksi bahan geologi seperti fosil, batu permata, mineral & sebagainya yang ideal untuk dijadikan sebagai destinasi lawatan sambil belajar institusi pengajian. Pameran bahan sejarah di sini terbahagi kepada beberapa galeria utama & terdapat juga diorama yang menunjukkan kaedah cara melombong bijih timah seperti kaedah lombong dedah, mendulang & teknologi kapal korek.

Sekiranya anda sedang belajar jurusan arkitek atau geologi, mungkin tarikan seperti sampel bijih timah Lembah Kinta & jenis batuan adalah yang paling menarik kerana memang tiada pameran sebegini di tempat lain. Susunan bahan pameran di sini juga sangat sistematik & terdapat juga dinasour t-rex dalam saiz yang agak besar yang akan bergerak & mengaum sebaik anda berdekatan dengannya. Anak-anak kecil pasti teruja.

Muzium Geologi Ipoh ini tidaklah terlalu besar tetapi padat dengan bahan berinformasi untuk tatapan pengunjung. Anda boleh habiskan masa sekitar 20-3o minit di sini. Satu muzium yang unik & sangat ideal untuk dijadikan destinasi lawatan sambil belajar institusi pengajian.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-540 6000 | Website

  • Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jalan Sultan Azlan Shah, 30820 Ipoh, Perak

Waktu Operasi Muzium Geologi Ipoh

  • 9.00 am – 12.30 am & 2.00pm – 4.30 pm( Isnin-Khamis)
  • 9.00 am – 12.00 am & 3.00pm – 4.30 pm( Jumaat)
  • Sabtu/Ahad/ Cuti Am (Tutup)

Harga Tiket Muzium Geologi Ipoh

  • Percuma


25. Gua Tempurung

gua-tempurung-gopeng-perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pernah bawa keluarga menerokai gua batu kapur ? Kalau belum pernah, ada sangat disyorkan untuk ke Gua Tempurung. Tidak seperti gua-gua popular lain seperti di Sarawak atau Sabah, Gua Tempurung sangat mudah untuk pelancong lawati dengan kenderaan tanpa perlu meredah hutan & tanpa perlu menaik bot meredah sungai.

Malah di dalam gua ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pengunjung seperti platform jalan kaki, lampu & sebagainya. Destinasi gua ini sangat mesra keluarga & juga terletak hanya sekitar 18 km dari Bandaraya Ipoh. Pakej lawatan di Gua Tempurung terbahagi kepada beberapa jenis. Ada pakej untuk aktiviti yang kering & ada juga aktiviti yang membuatkan anda sampai basah.

Ini kerana terdapat kawasan bersungai di hujung gua yang sangat menyeronokkan untuk anda terokai sekiranya anda seorang yang sukakan aktiviti lasak. Setiap pakej lawatan atau tour guide di sini mengambil tempoh masa yang berbeza. Sekiranya anda inginan pakej aktiviti yang paling ekstrem, disyorkan untuk datang awal kerana mengambil masa sehingga 4 jam lamanya. Untuk lawatan biasa-biasa, hanya sekitar 30-40 minit sahaja.

Baca lagi: Meneroka Gua Tempurung: Keajaiban Semula Jadi di Perak

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6014-2204142 | Website

  • Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak

Waktu Operasi Gua Tempurung:

  • 9.00 am – 6.00 pm

*kemasukan terakhir 4pm

Harga Pakej Lawatan Gua Tempurung:

#1 Pakej Golden Flawstone ( aktiviti kering) (tempoh: 40 minit) :

  • Harga Biasa
    • RM 20.00 (dewasa)
    • RM 10.00 (kanak-kanak/warga emas)
  • Harga MyKad
    • RM 8.00 (dewasa)
    • RM 4.00 (kanak-kanak/warga emas)

#2 Pakej Top The World ( aktiviti kering)(tempoh: 1 jam 45 minit) :

  • Harga Biasa
    • RM 30.00 (dewasa)
    • RM 15.00 (kanak-kanak/warga emas)
  • Harga MyKad
    • RM 12.00 (dewasa)
    • RM 6.00 (kanak-kanak/warga emas)

#3 Pakej Top The World & Short River Adventure (aktiviti basah)(tempoh: 2 jam 30 minit) :

  • Harga Biasa
    • RM 40.00 (dewasa)
    • RM 20.00 (kanak-kanak/warga emas)
  • Harga MyKad
    • RM 15.00 (dewasa)
    • RM 7.50 (kanak-kanak/warga emas)

#4 Pakej Grand Tour (aktiviti basah)(tempoh: 3 jam 30 minit) :

  • Harga Biasa
    • RM 50.00 (dewasa)
    • RM 25.00 (kanak-kanak/warga emas)
  • Harga MyKad
    • RM 30.00 (dewasa)
    • RM 15.00 (kanak-kanak/warga emas)

*kanak-kanak: 6-12 tahun
*warga emas: 60 tahun & keatas


26. Kledang Saiong Forest Eco Park

tempat mandi manda perak menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Perak merupakan sebuah negeri yang amat luas & sangat kaya dengan tarikan alam semulajadi yang menarik seperti air terjun. Sekiranya anda bercuti di Ipoh, anda boleh bawa keluarga berkelah di Taman Eko Rimba Kledang Saiong yang terletak berdekatan dengan Bandar Meru Jaya. Memandangakn destinasi air terjun ini adalah salah satu yang terdekat dengan Ipoh, jadi tidak hairan setiap hujung minggu atau cuti sekolah berpusu-pusu orang yang datang ke sini.

Sebaiknya, datanglah awal supaya anda dapat tempat berkelah yang menarik & pondok yang strategik. Tidak kurang juga yang menjadikan Taman Rimba ini sebagai tempat untuk menganjurkan kem motivasi kerana terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat berkhemah, dewan serbaguna, surau, tandas & sebagainya.

Walaupun lokasi air terjun ini hanya 3-4 km dari Bandar Ipoh, tetapi tarikan flora fauna di sini memang sangat menarik seperti sedang berkunjung ke hutan lipur di kawasan pedalaman. Terdapat denai meredah hutan yang boleh pengunjung terokai untuk melihat pokok-pokok hutan yang eksotik seperti periuk kera. Sekiranya anda menginap di Bandar Meru Jaya, Ipoh, bolehlah bawa keluarga ke sini untuk mandi manda air terjun.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-3661 228 | Website

  • Persiaran Meru Utama, Perak

Waktu Operasi Kledang Saiong Forest Eco Park

  • 8.00 am – 6.00 pm ( setiap hari)
  • Jumaat
    • 8.00 pagi – 12.30 tengahari
    • 2.30 petang-6 petang

Harga Tiket Kledang Saiong Forest Eco Park:

  • Percuma


27. Lata Ulu Chepor

air terjun menarik perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Salah sebuah tempat mandi manda di kawasan air terjun yang juga sangat dekat dengan Bandaraya Ipoh. Malah, lokasinya hanya beberapa km dari sebuah lagi kawasan air terjun yang popular iaitu Kledang Saiong Eco Park Resort. Destinasi ini terletak berdekatan dengan Bandar Meru Jaya & menjanjikan tarikan air terjun serta flora fauna yang mendamaikan jiwa raga peangunjung.

Terdapat kemudahan yang disediakan untuk pengunjung mengadakan aktiviti seperti berkhemah, bbq, family gathering & sebagainya. Sekiranya anda berkelah ke sini bersama rakan-rakan, bolehlah mendaki sedikit dalam beberapa ratus meter ke kawasan hulu untuk mendapatkan kawasan air terjun yang lebih terasa hutannya.

Namun sekiranya berkelah di sini bersama anak-anak, cukuplah sekadar bermain air di kawasan bawah yang berdekatan dengan parkir kereta. Kemudahan & fasiliti untuk kawasan air terjun juga sangat lengkap di sini setanding di Kledang Saiong seperti gazebo, surau, dewan terbuka, taman permainan kanak-kanak & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Kampung Ulu Chepor, 31200 Chemor, Perak.

  • 8.30 am – 6.00 pm

  • RM 3.00 (bayaran parkir kereta)


28. Pasar Karat Ipoh (Memory Lane Ipoh)

pasar pagi menarik ipoh perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Adakah anda seorang pelancong yang suka mengumpul barang peribadi yang klasik & ‘rare’. Kalau itulah hobi anda, apa kata anda ke Pasar Karat Ipoh yang terletak di Jalan Horley. Pasar Karat Ipoh ini sebenarnya mempunyai banyak nama di kalangan orang setempat. Ada yang memanggilnya Lokin, Pasar Lok Kin, Loken, Memory Lane ataupun Pasar Barang Antik. Kesemua nama yang dinyatakan adalah merujuk kepada pasar yang sama.

Pasar yang sangat sinonim di kalangan warga Ipoh ini memang sangat besar & mungkin perlukan masa berjam lamanya untuk anda pusing-pusing melihat barangan di sini. Konsep penjualan barangan di sini sama seperti di mana pasar-pasar lain, cuma pilihan barangan yang diklasifikasikan ‘vintage’ atau klasik lebih banyak untuk anda terokai.

Jenis-jenis barangan yang dijual di sini sangat pelbagai samaada pakaian, kasut, perkakasan hiasan rumah, duit lama, setem & sebagainya. Seronok sebenarnya datang ‘cuci-cuci’ mata di sini kerana suasananya terasa seperti kembali kepada zaman era 90 an. Itulah uniknya Ipoh, walaupun kita sudah berada di zaman smart phone tetapi suasananya masih terasa seperti zaman-zaman yang menggamit nostalgia gitu.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Horley, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak

Waktu Operasi Pasar Karat Ipoh

  • 6.30 am – 1.oo pm

  • percuma


29. Muzium Arkeologi Lenggong

muzium-arkeologi-lenggong-perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Muzium ini adalah galeri yang dibina di Kota Tampan sebagai simbolik kepada tapak arkeologi tentang sejarah paleolitik di negara Malaysia. Destinasi ini menempatkan pelbagai artifak, bahan prasejarah dan yang paling mencuri tumpuan ialah rangka ‘Perak Man’ yang dipercayai berusia 10 ribu – 11 ribu tahun yang ditemui di Gua Gunung Runtuh. Terdapat juga pameran koleksi peralatan pada zaman Paleolitik yang dijumpai di Bukit Jawa, Kg. Temelong, Bukit Bunuh dan juga Lawin.

Muzium Arkeologi Lenggong mempunyai hampir 10 galeri yang berbeza pamerannya & rata-ratanya adalah berkisarkan tentang sejarah paleolitik, teknologi zaman batu & sebagainya. Sesuai dijadikan sebagai tempat lawatan sambil belajar sekolah menengah untuk melihat lebih dekat tentang perkakasan, lukisan gua, budaya orang asli, teknologi zaman kuno & sebagainya di Malaysia.

Lembah Lenggong juga telah diwartakan sebagai salah sebuah tapak warisan dunia UNESCO tahun 2012. Sangat disyorkan untuk bawa anak-anak ke sini dalam memantapkan ilmu sejarah masing-masing yang sangat berguna untuk peperiksaan kelak. Lokasi galeri ini juga senang diakses dengan kenderaan hanya 7-8 km dari Pekan Lenggong.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-7679700 | Website

  • Galeri Arkeologi Lenggong, Jabatan Warisan Negara, Kota Tampan Lenggong, 33400 Perak Darul Ridzuan.

Waktu Operasi Muzium Arkeologi Lenggong

  • 9 am – 5 pm ( Isnin-Ahad)
  • 9 am-12 pm & 3 pm – 5 pm (Jumaat)

Harga Tiket Muzium Arkeologi Lenggong

  • Percuma


30. The Banjaran Hotsprings Retreat

resort menarik di perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Penginapan menarik & mendamaikan di Perak memang banyak & salah satu destinasi hotel yang disyorkan untuk mereka yang mungkin sedang honeymoon di Perak adalah di The Banjaran Hotsprings Retreat yang terletak di Ipoh. Tempat bermalam di sini lebih berkonsepkan kepada villa & terdapat beberapa pilihan villa di sini yang boleh anda menginap seperti lake villa, garden villa & juga water villa.

Setiap villa yang ditawarkan sudah tentu mempunyai harga & konsep dekorasi yang berbeza. Namun apa yang pasti, kesemua villa di sini memang sangat cantik & romantis. Sangat sesuai untuk dijadikan destinasi penginapan pilihan untuk anda yang mungkin baru bergelar raja sehari.

Apa yang lebih menarik, landskap sekeliling di The Banjaran Hotspring Retreat ini adalah berkonsepkan flora fauna yang mendamaikan. Terdapat hutan rimba yang hijau, gua-gua batu kapur yang boleh diterokai & juga kolam air panas yang boleh anda berendam untuk terapi diri. Dari segi lokasi, hotel ini sangat strategik & berdekatan dengan beberapa tempat menarik di Ipoh yang lain seperti Sunway Lost World of Tambun, Hutan Simpan Ulu Kinta, Bukit Batu Suluh & sebagainya.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 605-2107777 | Facebook | Website

  • 1, Persiaran Lagoon, Sunway 3, 31150 Ipoh, Negeri Perak

  • Destinasi penginapan ( sepanjang tahun)


31. Kek Long Tong Cave Temple & Zen Garden

apa menarik di perak bercuti

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Negeri Perak tidak dinafikan mempunyai banyak destinasi menarik yang bergua & salah satu gua popular yang sering menjadi kunjungan pelancong adalah di Kek Long Tong Vace Temple yang terletak di Ipoh. Pemandangan di dalam gua ini yang mempuyai struktur dinding gua yang besar memang sangat mengagumkan. Malah anda juga berpeluang melihat pembentukan stalagtit & stalagmit yang dipercayai berusia ribuan tahun.

Konsep destinasi ini sebenarnya adalah sama dengan Batu Caves. Destinasi ini merupakan sebuah tokong di dalam gua untuk penganut Buddha, namun walaupun ianya sebuah tempat keagamaan, tidak menjadi halangan untuk pelancong luar datang melawat melihat suasana di sini. Kemudahan jalan kaki seperti tangga & dataran bersimen juga tersedia untuk memudahkan pengunjung menerokai gua ini.

Anda jangan risau, lokasi guanya tidaklah terlalu tinggi seperti di Batu Caves yang memerlukan pengunjung menaiki anak tangga yang tinggi. Di perkarangan gua ini juga terdapat Taman Zen yang mempunyai landskap persekitaran yang cantik. Malah terdapat juga sebuah tasik yang tidaklah terlalu besar yang sangat sesuai untuk anda bergambar untuk dijadikan sebagai kenangan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-312 8112

  • Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak

  • tidak dikhususkan

  • percuma


32. Tasik Cermin Gunung Rapat

tasik cermin perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tempat ini memang unik & mungkin tiada seumpanya di tempat lain. Ini kerana, tasik yang ada di sini sememangnya berbentuk seperti sebuah cermin gergasi yang menunjukkan pantulan bukit di sekelilingnya. Tasik Cermin kelihatan sangat tenang & bahkan tiada gelora besar kerana tasik ini dikelilingi oleh bukit batu kapur yang menghalang pergerakan angin luar.

Malah, untuk ke Tasik Cermin ini juga, pengunjung perlu melalui sebuah terowong kecil sepanjang sekitar 30-40 meter. Sebaik menyeberangi terowong ini, anda seperti berada di sebuah dunia lain yang menjanjikan panorama tasik hijau yang sangat mendamaikan. Terdapat juga platform kecil yang disediakan untuk pengunjung berdiri & duduk menikmati keindahan tasik ini.

Lokasi untuk ke tasik ini juga agak mencabar sedikit kerana perlu melalui jalan yang tidak berturap. Destinasi ini bukanlah sebuah tempat pelancongan di Perak yang dikomersialkan secara besar-besaran. Sekiranya anda ke sini, sila berhati-hati dengan lori-lori & tidak disyorkan untuk datang bersama anak-anak kecil. Perlu anda tahu juga, risiko memasuki terowong menuju ke tasik adalah di atas diri sendiri kerana ianya adalah kawasan kuari.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • berdekatan dengan Da Seng Ngan Temple

  • Tidak dikhususkan. Untuk melihat air tasik yang lebih tenang, waktu pagi.

  • Percuma


33. Masjid Sutan Idris Shah II

masjid negeri perak 2 ipoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pernah tak dengar sebuah masjid yang mempunyai lebih 40 buah kubah di atas bangunannya? Kalau belum, apa kata datang melihat sendiri keindahan & keunikan Masjid Negeri Perak ini yang terletak di dalam Bandaraya Ipoh serta berdekatan sahaja dengan beberapa tempat menarik di Ipoh yang lain seperti Menara Jam Birch, Padang Ipoh & Stesen Keretapi Ipoh.

Secara tepatnya, bilangan kubah di atas masjid ini adalah 44 buah & sebuah kubah utama yang saiznya lebih besar. Masjid ini dirasmikan oleh Sultan Idris Shah II pada tahun 1968 & kalau anda nak tahu, batu asas masjid ini sebenarnya telah diletak oleh Tun Abdul Razak sekitar tahun 1967.

Mungkin sebelum anda berjalan-jalan sekitar Padang Ipoh atau mencari makanan menarik di sekitarnya, bolehlah singgah sebentar di Masjid Negeri Perak ini terlebih dahulu untuk menunaikan solat atau berehat seketika. Satu masjid di Perak yang sangat unik & mempunyai kemudahan untuk jemaah yang lengkap.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-2548853 | Facebook

  • 5, 30000 Ipoh, Perak

  • Subuh-Isyak

  • percuma ( derma ikhlas digalakkan)


34. Masjid Muhammadiyah Ipoh

masjid cina perak ipoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Masjid Muhammadiyah atau lebih sinonim dikalangan warga setempat sebagai Masjid Cina Ipoh ini merupakan sebuah masjid unik yang baru sahaja dibuka pada tahun 2008. Masjid ini sering menjadi tumpuan pelancong yang ingin melihat sebuah masjid yang mempunyai senibina masyarakat Cina.

Malah, kalau anda pertama kali melihat bangunan masjid ini, anda mungkin tidak menjangkakan ianya sebuah masjid. Bentuknya binaan bumbung & ukiran di bangunan ini mirip bangunan-bangunan tradisional yang kebiasaannya anda lihat di Negara Cina. Namun, ada sedikit pengubahsuaian yang dilakukan demi menerap nilai Islamik di dalam senibina Masjid Cina Ipoh ini.

Selain warnanya yang merah, bumbung masjid ini juga tidaklah berbentuk kubah & lebih kepada senibina atap bangunan orang Cina. Yang berbeza, di hubung bucu bumbung ini digantikan dengan bulan sabit & bukannya kepala naga. Sekiranya anda seorang yang gemar melihat keunikan senibina bangunan, bolehlah singgah ke Masjid Muhammadiyah ini yang hanya terletak di Taman Tasek Jaya, Ipoh.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6011-12364188 | Facebook

  • Masjid Cina Masjid Muhamadiah Tasek Jaya Ipoh Perak, Regat Tasek Jaya 1, Taman Tasek Jaya, 31400 Ipoh, Perak

  • Subuh-Isyak

  • Derma masuk tabung masjid digalakkan


35. Air Terjun Lata Iskandar

air terjun lata iskandar perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah kawasan air terjun di Hutan Lipur Lata Iskandar yang terletak di pertengahan jalan di antara Cameron Highland dan Tapah. Air terjun ini bersumber dari bukit yang pasti sejuk dan dingin sekali airnya. Terdapat juga kemudahan denai jalan kaki untuk aktiviti meredah hutan. Pemandangan air terjun & deruan air yang akan didengari memang sangat mengulit serta membuatkan hati nyaman.

Waktu cuti sekolah & hujung minggu, destinasi ini memang sangat ramai dengan pengunjung yang bertandang. Masalah utama kalau bercuti ke sini adalah kawasan parkir kereta yang tidak sistemetik & agak mencabar kerena hanya di bahu jalan. Kemudahan asas lain seperti tandas & surau ada disediakan. Sekiranya anda bercadang menuju atau pulang dari Cameron Highland melalui Tapah, bolehlah singgah di sini untuk berkelah bersama keluarga.

Di kaki air terjun ini terdapat bazar Orang Asli yang menjual barangan kraftangan yang menarik pada harga yang sangat berpatutan. Kebanyakan barangan kraftangan yang dijual memang sangat halus seninya & unik seperti ukiran kayu, produk anyaman, labu & sebagainya. Bolehlah anda beli untuk dijadikan cenderahati untuk diri sendiri atau keluarga di rumah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-4011216

  • Exit 59, 35000 Tapah, Negeri Perak

  • 7 am – 6 pm

  • Percuma


36. Bukit Kledang

tempat hiking best perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang sukakan aktiviti pendakian apa kata anda bawa keluarga ke Bukti Kledang yang terletak di Menglembu, Ipoh. Bukit Kledang merupakan tempat riadah warga setempat yang sangat popular, bukan sahaja kerana lokasi yang dekat dengan bandar malah pemandangan dari puncak juga sangat mengujakan. Kalau anda seorang pelancong yang mementingkan kesihatan serta senaman, sangat disyorkan untuk anda riadah pagi atau petang di Bukit Kledang.

Cabaran mendaki ke puncak Bukit Kledang tidaklah dalam kategori sukar seperti di beberapa bukit popular lain di Perak. Malah, kalau anda bersama anak-anak, juga boleh bawa mereka mencuba aktiviti pendakian di sini kerana terdapat laluan ke puncak melalui jalan tar berturap. Tidak perlu memilih laluan denai hutan yang lebih mencabar di sini sekiranya anda hanya ingin santai-santai sahaja.

Bagi warga muda mudi yang mungkin inginkan lebih cabaran, anda boleh memilih denai hutan yang pasti akan membuatkan baju anda lencun berkeringat. Walaupun laluan denai hutan tidaklah terlalu jauh, tetapi terdapat juga beberapa lokasi yang curam serta memerlukan daya stamina yang tinggi. Laluan paling sukar adalah denai yang menuju ke menara RTM yang boleh ambil masa antara 3-4 jam pendakian.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • 31450 Bukit Kledang Utama, Perak, Malaysia

  • tidak dikhususkan

  • percuma


37. Ladang Limau Tambun GOChin

ladang limau menarik perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau anda sedang bercuti di Tambun, bolehlah singgah di sini sebelum menuju pulang ke KL. Destinasi merupakan sebuah ladang persendirian yang menempatkan pokok-pokok buah limau bali yang agak besar serta bolehlah anda mencari buahan segar untuk dijadikan buah tangan.

Memang tidak dinafikan, buah-buah di sini sangat segar, ada yang rasa manis & ada juga rasa masam sedikit. Terpulang kepada selera masing-masing, harga yang ditawarkan juga berpatutan sesuai dengan kesegaran buah yang dijual. Selain itu, terdapat juga buah-buah lain yang menjadi tumpuan pelancong untuk membeli di sini seperti buah jambu batu & sebagainya.

Melihat ladang limau bali semestinya satu pengalaman yang baru yang mesti anda terokai di sini kerana tidak ramai pengusaha ladang yang menanam buah ini secara besaran. Bagi kaki lensa kamera, destinasi ini sudah tentu mempunyai banyak subjek menarik untuk ada berlatih melakukan fotografi makro atau landskap.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-5497309 | Facebook

  • 158258A, Jalan Ampang Tambun, 31400, Ipoh, Perak, 31350 Ipoh, Perak

  • 9 am – 6 pm

  • tempat membeli buah


38. Air Terjun Ulu Kenas

senarai air terjun perak popular

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Betullah, Perak memang syurga air terjun. Terlalu banyak tempat menarik di Perak yang boleh anda lawati untuk aktiviti mandi manda di lata atau kawasan air terjun. Salah satu yang sangat popular adalah di Air Terjun Ulu Kernas yang terletak di Kuala Kangsar, Perak. Destinasi ini memang tidak pernah lekang dengan kunjungan orang ramai untuk berkelah bersama keluarga atau anak-anak. Saban cuti sekolah atau hujung minggu mesti meriah suasana di sini.

Lokasi air terjun ini tidaklah terlalu jauh ke kawasan pedalaman & ianya sangat mudah untuk anda melawat dengan kenderaan. Lokasinya hanya sekitar 13 km sahaja dari Bandar Kuala Kangsar. Dari segi prasarananya, memang tidak dinafikan cukup lengkap untuk pengunjung datang berkelah. Terdapat dewan serbaguna, landskap taman rekreasi, kawasan parkir kereta, chalet untuk bermalam, kawasan berkhemas, tandas & sebagainya.

Keindahan & kebersihan di Air Terjun Hulu Kernas sangat terjaga. Tidak rugi untuk anda datang ke sini berkelah sekiranya anda inginkan destinasi air terjun di Kuala Kangsar yang terbaik. Air yang mengalir di sini juga jernih & nyaman sesuai untuk seisi sekeluarga. Malah terdapat juga titian gantung yang sangat menarik untuk anda berfoto sua & santai-santai melihat suasana sekeliling.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-7761089

  • Air Terjun Ulu Kernas, Kuala Kangsar, Perak

  • 7 am – 6 pm

  • Bayaran Masuk
    • Dewasa: RM 2
    • Kanak-kanak: RM 1
  • Parkir Kereta
    • RM 2 / kereta


39. Air Terjun Lata Kinjang

air terjun lata kinjang perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Air Terjun Lata Kinjang merupakan salah satu air terjun di Perak yang sangat tinggi & mempunyai ketinggian sehingga 850 m. Bahkan, kalau anda perasan, aliran air terjun ini boleh anda nampak dari Lebuhraya Utara-Selatan PLUS berdekatan dengan kawasan Tapah. Bagi yang suka melihat panorama air terjun yang tinggi, sangat disyorkan untuk anda terokai destinasi ini.

Air terjun ini merupakan air terjun yang bertingkat & secara keseluruhannya mempunyai 8 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat jambatan gantung yang merentasi kawasan tadahan air terjun. Bagi kaki fotografi, berada di atas jambatan gantung ini pasti membuatkan anda tidak keruan untuk merakam gambar pemandangan air terjun yang cantik. Malah, sudah tentu juga dari atas jambatan ini anda pasti tidak akan mahu melepaskan peluang untuk berswafoto dengan berlatarbelakangkan air terjun yang tinggi.

Pengunjung boleh berkelah samaada di kawasan bawah atau di kawasan atas air terjun. Bagi muda mudi, bahagian atas pasti akan memberikan tahap keterujaan yang lebih kerana terdapat kawasan berbatu yang boleh anda bermain gelongsor air. Tahukah anda, air terjun ini sebenarnya terletak di dalam Taman Eko-Rimba Lata Kinjang. Dari Pekan Tapah, jarak ke Lata Kinjang lebih kurang 18 km sahaja.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • 35300 Chenderiang, Perak

  • 8 am – 6 pm

  • Dewasa ( 18 tahun keatas): RM 2
  • Kanak-kanak (3-17 tahun): RM 1
  • Warga Emas: RM 1
  • Kanak-Kanak ( bawah 3 tahun): Percuma
  • Pelancong asing: RM 5


40. Taman Eko Rimba Lata Kekabu

air terjun lata kekabu perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kali ini, jom kita melihat destinasi air terjun popular yang terletak di Kuala Kangsar. Lokasinya sangat mudah untuk anda lawati & hanya 2 km sahaja dari satu lagi tempat menarik di Kuala Kangsar iaitu Muzium Geologi Lenggong. Jika anda dari pantai timur & ingin menuju pulang melalui Gerik, bolehlah singgah sebentar di sini untuk berkelah bersama keluarga.

Selain dekat dengan jalan besar, Lata Kekabu juga mempunyai kemudahan asas yang lengkap untuk pengunjung seperti tempat bersalin, surau, gazebo, tempat berkelah, parkir kereta, tandas & sebagainya. Kawasan mandi manda di sini juga tidaklah terlalu besar & dalam serta sesuai untuk dijadikan destinasi perkelahan seisi sekeluarga. Malah kawasan tadahannya juga agak lapang & anda boleh berenang atau terjun tiruk.

Anda juga boleh melakukan jungle trekking meyelusuri sungai di sini untuk ke bahagian atas air terjun untuk satu pemandangan yang lebih menarik. Cabaran trekking di sini juga tidaklah terlalu sukar. Sudah penat mandi manda di Lata Kekabu, apa kata selepas itu anda menjamu selera pula dengan makan tengahari di satu restoran yang popular di Lenggong yang hanya terletak 3 km dari sini iaitu Restoran Tasik Raban.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-7677207

  • Kampung Kota Tampan Air, 33400 Lenggong, Perak

  • 7 am – 6 pm

  • percuma


41. Riverside Camp Gopeng

aktiviti outdoor menarik di perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini terletak di kawasan desa yang cantik di Gopeng, Perak. Riverside Camp di sini sangat ideal untuk anda menerokai kawasan alam semulajadi yang cantik untuk menenangkan diri dalam masa beberapa hari. Lokasinya juga sangat strategik & berada di dalam kawasan alam semulajadi yang masih terpelihara seperti bukit batu kapur, sungai & hutan.

Jauh dari hiruk pikuk bandar, destinasi ini pasti akan membuatkan pencinta alam tersenyum lebar. Lokasinya juga tidaklah jauh sekitar 2 jam memandu dari KL atau Penang & hanya 1 jam dari Cameron Highland. Selain camping, banyak aktiviti outdoor yang mencabar boleh anda lakukan di sini seperti whitewater rafting, waterfall abseiling, menerokai gua, sunset hiking, river tubing & banyak lagi.

Kemudahan di sini juga untuk aktiviti secara berkumpulan sangat lengkap seperti dewan makan, surau, parkir kereta, tandas, gelanggang bola tampar & sebagainya. Jadikan destinasi ini sebagai tempat untuk sambutan hari keluarga atau team building syarikat juga adalah satu idea yang bernas. Satu destinasi yang sangat menarik untuk mereka yang gemarkan aktiviti yang memberikan ledakan adrenalin yang maksima.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6014-2944404 | Facebook | Instagram | Website

  • Kampung Jahang, 31600 Gopeng, Perak Darul Ridzuan

  • sepanjang tahun

Untuk pakej harga & tempahan, sila hubungi Radak Adventure di

  • 605- 359 2528
  • 6014-2944404


42. Pusat Rekreasi Hotsprings Lubuk Timah

kolam air panas di perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda sedang menginap di sekitar Gopeng, Ipoh bersama anak-anak, apa kata bawa mereka berkelah di destinasi ini. Pusat rekreasi ini menawarkan pemandangan sekeliling yang sangat mendamaikan & yang paling menjadi tumpuan adalah aktiviti mandi manda di sungai serta berendam di dalam kolam air panas semulajadi.

Lokasi Pusat Rekreasi Hotspring Lubuk Timah sangat dekat dengan Ipoh terutamanya dari Gopeng & hanya makan masa sekitar 20 minit sahaja memandu. Malah, jalan menuju ke sini juga sangat mudah dengan kenderaan. Kemudahan pengunjung di sini tidak perlu dipertikaikan lagi, lebih daripada cukup untuk pengunjung berkelah seperti kawasan parkir kereta, gazebo, tempat bbq, ruangan solat, tandas & sebagainya.

Kawasan kolam air panas di sini juga disiapkan di dalam kolam konkrit. Jadi pengunjung tidak perlu bimbang kalau takut dengan dasar yang berpasir atau paras air yang dalam. Kolam air panas di sini tidaklah terlalu banyak, jadi ketika waktu puncak mungkin agak bersesak sedikit. Air terjun di sini pula tidaklah terlalu besar & sangat mesra untuk golongan keluarga serta anak-anak kecil bersuka ria.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6013-5901690 | Facebook

  • Pusat Rekreasi Hotsprings Lubuk Timah, Mukim Sg Raia 31300 Ipoh

Waktu Operasi Pusat Rekreasi Hotspring Lubuk Timah

  • 8.00 am – 6.30 pm ( setiap hari)

Bayaran Masuk Pusat Rekreasi Hotspring Lubuk Timah

  • Dewasa ( 12 tahun & keatas) : RM 5
  • Kanak-Kanak ( 3 – 11 tahun): RM 3
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas): RM 3

Sewaan kemudahan

  • Pondok: RM 10
  • Gazebo: RM 30
  • Gazebok Eksklusif: RM 70


43. Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut

swiss garden beach resort lumut

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Adakah anda bercadang bercuti di Lumut, Perak bersama anak-anak ataupun rakan sepejabat ? Apa kata anda cuba bermalam di hotel ini yang pasti menjanjikan satu penginapan yang sempurna untuk percutian anda. Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut ini memang sangat popular di kalangan pelancong bukan sahaja kerana lokasinya yang strategik di tepi pantai malah mempunyai banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan.

Tetamu yang menginap berpeluang untuk melakukan aktiviti di fasiliti yang disediakan seperti padang golf 18 lubang, kolam renang, sukan air, sauna, jakuzi, kemudahan untuk aktiviti team building, taman permainan kanak-kanak & sebagainya. Kolam mandi untuk kanak-kanak di sini juga agak menarik kerana mempunyai gelongsor air yang agak berliku yang pasti membuatkan si manja anda riang ria tidak keruan.

Bilik penginapan di sini juga memang sangat menarik kerana anda boleh memilih untuk mendapatkan bilik yang mengadap pantai atau taman hijau di hotel ini. Samaada bilik untuk berdua atau berkeluarga, destinasi ini ada jawapan penginapan yang sesuai untuk anda. Lokasi hotel ini juga berdekatan dengan Pulau Pangkor & beberapa tempat menarik di Lumut yang lain seperti Pantai Teluk Senangin & Pantai Teluk Batik.

Harga Penginapan | Peta Lokasi | Jarak | 605-6843333 | Facebook | Website

  • Persiaran Swiss-Garden Jalan Damai Laut, Off, Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Negeri Perak

  • Sepanjang tahun ( destinasi hotel)


44. Kubu Belanda

 kubu belanda pulau pangkor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Dutch Fort atau Kubu Belanda merupakan salah satu destinasi yang meninggalkan kesan sejarah yang sangat tinggi di negeri Perak. Monumen bersejarah ini bukanlah tempat menarik di Perak yang boleh memberikan anda aktiviti mengujakan seperti di taman tema. Tetapi, apa yang perlu kita lakukan sebagai rakyat Malaysia adalah untuk menghayati sejarahnya & mengambil pengajaran di sebalik kewujudan tembok merah penjajah ini satu ketika dahulu.

Ringkasan sejarahnya, Kubu Belanda dibina pada tahun 1670 oleh pihak penjajah Belanda bertujuan untuk menyimpan bijih timah yang dilombong sekitar Negeri Perak sebelum dimuatnaik ke atas kapal untuk dieksport. Oleh kerana rakyat tempatan ketika itu tidak bersetuju dengan cara pihak Belanda memperoleh bijih timah ini, maka berlaku peperangan & sebahagian besar kota ini telah termusnah pada 1690.

Walaupun pada hari ini binaan Kubu Belanda yang berusia hampir 350 tahun ini tidaklah sempurna, tetapi masih mempunyai binaan yang boleh pelancong lihat & hayati. Sekiranya anda bercuti di tempat menarik di Pulau Pangkor, bolehlah masukkan Kubu Belanda sebagai salah satu destinasi percutian anda. Bagi kaki lensa kamera yang mencari subjek klasik di Pulau Pangkor untuk dijadikan masterpiece anda, bolehlah datang ke sini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • 32300 Pangkor Island, Perak

  • 8 am – 6 pm

  • percuma


45. Lata Tebing Tinggi

lata tebing tinggi selama perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Lata Tebing Tinggi merupakan tempat mandi manda di Perak yang sangat popular terutamanya di kalangan penduduk sekitar Pekan Rantau Panjang, Perak. Malah, memandangkan lokasi air terjun ini terletak di utara Perak serta berdekatan dengan sempadan Negeri Penang & Kedah, tidak hairanlah ianya sering menjadi kunjungan orang awam & penduduk luar Perak setiap hujung minggu atau pada cuti sekolah.

Lata Tebing Tinggi sangat mudah untuk pelancong terokai kerana lokasinya tidaklah terlalu pedalaman sehingga memerlukan pacuan 4 roda. Pekan terdekat iaitu Pekan Rantau Panjang hanya sekitar 10-15 minit sahaja memandu ke kawasan air terjun ini. Tidak hairanlah kenapa golongan berkeluarga suka berkelah di sini kerana kawasan tadahan air terjunnya yang tidak deras, tidak tinggi, kurang berbatu & tidak dalam. Sangat sesuai untuk anak-anak mandi manda & bersuka ria. Malah jarak dari jalan utama ke air terjunnya hanya sekitar 300 meter sahaja.

Lata Tebing Tinggi juga sering menjadi destinasi institusi pengajian atau sekolah untuk mengadakan aktiviti seperti berkhemah, kem motivasi & sebagainya. Kemudahan asas yang ada di sini tidaklah terlalu banyak tetapi lebih daripada cukup untuk anda berkelah atau camping. Terdapat tandas, bilik persalinan, kawasan parkir kereta yang luas, surau & sebagainya. Satu tempat mandi mandi di Perak yang ideal untuk mereka yang sedang bercuti di Perak Utara atau mungkin yang sedang jalan jalan sekitar Nibong Tebal, Penang & Serdang, Kedah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-8394201

  • Lata Tebing Tinggi, 34140 Rantau Panjang, Perak

  • 7.30 am – 6.00 pm

  • percuma


46. Ulu River Lodge

ulu river lodge gopeng perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Adakah anda ingin mengadakan aktiviti white water rafting di Perak ? Kalau ya, apa kata ke Ulu River Lodge yang terletak di Gopeng & aktiviti outdoor yang ditawarkan di sini pasti membuatkan mereka yang kaki adventure tersenyum kepuasan. Banyak aktiviti yang mendebarkan di sini untuk anda terokai bersama rakan-rakan seperti menerokai gua batu kapur, jungle trekking & sebagainya.

Ulu River Lodge ini bukanlah hotel mewah di Perak yang ideal untuk percutian romantis bersama pasangan. Bilik-bilik di sini hanya yang asas & semata-mata untuk tidur sahaja. Pada harga penginapan yang bajet, anda boleh jimat untuk gunakan duit bagi aktiviti yang ditawarkan di sini. Samada anda datang ke sini dalam kumpulan kecil atau besar, pilihan penginapan adalah lengkap samada untuk bilik katil single, bilik keluarga ataupun yang lebih jimat, bilik dorm 12 katil.

Seperti yang dinyatakan, tarikan utama di sini bukanlah kepada penginapannya tetapi lebih kepada aktiviti mencabar terutamanya white water rafting. Sangat sesuai untuk anda jadikan destinasi ini bagi aktiviti team building ataupun family day. Kawasan sekeliling yang damai & kaya dengan keindahan alam semulajadi pasti akan menjadi satu memori yang indah untuk anda bersama rakan-rakan atau keluarga.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6012-3131006 | Facebook | Website

  • 19, Jln Kampung Rawa, Kampung Jahang, 31600 Gopeng, Perak

  • Sepanjang tahun ( destinasi penginapan )


47. Trong Hot Spring

kolam air panas perubatan trong

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pilihan kolam air panas semulajadi di Perak agak banyak. Salah satu destinasi yang popular yang boleh anda terokai adalah di Trong Hot Spring yang terletak berdekatan dengan Pekan Changkat Jering. Destinasi kolam air panas ini bukanlah luas & dikomersialkan secara besaran seperti di Sungai Klah Hotsprings tetapi merupakan kawasan air panas semulajadi yang diusahakan secara persendirian.

Rata-rata yang datang ke sini bukanlah untuk bercuti sakan tetapi lebih untuk tujuan kesihatan. Tidak dinafikan kolam air panas di sini mempunyai suhu yang ideal & kaya dengan mineral semulajadi yang bagus untuk kesihatan kulit serta dipercayai dapat melancarkan peredaran darah. Konsep kolam air panas di sini juga sama seperti yang ada di Selangor seperti di Hulu Langat ataupun di Semenyih.

Kolam air panas di sini disediakan di dalam kolam berkonkrit & sesuai untuk seisi sekeluarga berendam menikmati kehangatan airnya. Malah, apa yang lebih menarik terdapat juga bilik-bilik berendam air panas yang boleh anda sewa sekiranya inginkan privasi. Lokasinya juga hanya 3 km sahaja dari susur keluar Changkat Jering di Lebuhraya Utara-Selatan. Nak jadikan destinasi ini sebagai R&R sebelum meneruskan perjalanan juga adalah satu idea yang menarik.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6012-5040196

  • Kampung Batu 9, Jalan Trong, 34800 Changkat Jering, Perak

  • 9.00 am – 11.30 pm

*cuti raya ditutup

  • Rendam kaki: RM 2
  • Berendam di kolam besar: RM 3
  • Bilik VIP: RM 20 / jam


48. Ipoh Mural Art Trail

tempat menarik bandar ipoh perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tarikan sebegini memang sangat popular di Penang & Melaka. Di Ipoh, anda juga boleh melihat mural-mural yang terdapat di jalanan yang terletak di antara Jalan Sultan Iskandar & Padang Ipoh. Keseluruhannya terdapat sekitar 8 mural besar yang terpampang di dinding-dinding bangunan lama & terletak tidak jauh antara satu sama lain. Sekiranya anda menginap di hotel berdekatan seperti Cititel Ekspess Ipoh, Birck Box Ipoh atau di Abby by The River Hotel, bolehlah melakukan aktiviti ini dengan jalan kaki sahaja.

Tahukah anda, 8 lukisan mural yang ada di sini dihasilkan oleh seorang artis atau pelukis terkenal antarabangsa iaitu Ernest Zacharevic. Lukisan mural yang dihasilkan memang sangat unik & kalau dilihat dari sudut tertentu, ianya tampak seperti ‘timbul’ atau mempunyai kesan 3D. Untuk melawat kesemua mural ini, anda mungkin kena berjalan sekitar 800 m – 1 km. Walaupun agak jauh, tetapi tidaklah terlalu terasa penat kerana keadaan sekeliling jalannya yang tidak membosankan.

Malah, anda akan juga melalui beberapa tempat menarik di Ipoh yang lain seperti Padang Ipoh, Menara Jam Birch, Masjid Negeri Ipoh, Minature Wonder Art Galery & Muzium Yasmin Ahmad. Seronok sebenarnya kalau melakukan aktiviti ini kerana anda boleh merakam banyak gambar dengan landskap & subjek yang menarik.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Tun Sambanthan, 30000 Ipoh, Perak

  • 24 jam

  • Percuma


49. Marina Island Pangkor Resort & Hotel

marina island pangkor resort lumut

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi pelancong yang ingin menerokai tempat menarik di Pulau Pangkor & juga Lumut, apa kata anda bermalam di sini. Destinasi penginapan ini terletak di Pulau Marina iaitu sebuah pulau buatan manusia yang berada di antara Pulau Pangkor & Lumut. Penginapan ini sangat strategik & mempunyai kemudahan lengkap untuk anda bermalam ataupun mungkin ingin jadikan destinasi untuk hari keluarga, seminar syarikat, team building & sebagainya.

Selain itu, lokasi hotel ini juga hanya bersebelahan dengan Jeti Marina yang boleh anda jalan kaki sahaja untuk menaiki feri menuju ke Pulau Pangkor. Tidak perlu pening kepala berfikir di mana anda mahu letak kereta kerana hotel ini juga mempunyai kawasan parkir kereta khas untuk tetamu. Kalau anda bercadang untuk bercuti di Pulau Pangkor hanya satu hari tanpa bermalam di sana, sangat disyorkan untuk menginap di Marina Island Pangkor Resort.

Dari segi aktiviti outdoor, banyak yang boleh dilakukan di hotel ini. Samaada percutian di sini bersama keluarga ataupun rakan sepejabat anda boleh melakukan aktiviti luar yang boleh mengeratkan silaturahim seperti bermain bola tampar pantai, scuba diving, mandi di kolam renang, berkayak, memancing & yang paling menarik adalah beriadah di ST Themepark. ST Themepark adalah kawasan yang disediakan oleh pihak hotel untuk melakukan aktiviti seperti menunggang ATV, go kart, harley bike, robot & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-6832881 | Facebook | Website

  • Jalan Utama Marina Island, Jalan Telok Muroh, 32200 Lumut, Negeri Perak

  • sepanjang tahun ( destinasi penginapan)


50. Kem As Salam

tempat kem motivasi di perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi guru sekolah & pensyarah yang mungkin ingin mencari destinasi mendamaikan untuk mengadakan aktiviti seperti kem motivasi, hari keluarga atau kem bina semangat, apa kata anda pertimbangkan Kem As Salam yang terletak di Selama, Perak. Destinasi ini memang sangat saujana mata memandang dengan keindahan alam sekeliling yang menghijau & terdapat juga aliran sungai jernih yang menambahkan lagi seri destinasi ini.

Kem ini menempatkan beberapa kabin & kemudahan yang sangat sesuai untuk mereka yang datang secara berkumpulan. Malah, anda juga boleh pacakkan khemah di kawasan yang disediakan di sini. Kemudahan lain untuk tetamu juga lengkap seperti tandas, dewan terbuka, tempat memasak, rumah untuk fasilitator & sebagainya.

Lebih menarik, destinasi ini juga sangat tenang tanpa gangguan orang lain. Kalau melakukan aktiviti kem motivasi di air terjun awam, kadang-kadang agak mengganggu sedikit fokus peserta kerana kehadiran orang awam lain yang datang berkelah. Sebaliknya di sini, anda boleh melakukan apa-apa aktiviti dengan lebih privasi seperti mandi sungai atau aktiviti berkumpulan tanpa gangguan orang luar. Suasana di sini memang sangat mendamaikan & sangat ideal untuk aktiviti pengisian ilmu pada cuti sekolah.

Peta Lokasi | Jarak | 6019-5964762 | Facebook

  • Alamat Pejabat:
    • Lot 1949, Kg. Bukit Sg. Nor, Rantau Panjang, Selama, Perak
  • Alamat Destinasi:
    • Lata Rambong, kg Sg Siputeh, 34140 Selama, Perak

  • Sepanjang tahun

  • Untuk pertanyaan & tempahan, boleh berurusan dengan;
    • Ustaz Solihin – 019-5964762


51. Kem Ayer Hitam, Batu Kurau

kem ayer hitam batu kurau

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Negeri Perak memang kaya dengan keindahan alam & tidak hairanlah terdapat banyak pilihan menarik untuk pelancong mencari destinasi bertujuan menganjurkan kem motivasi, team building atau kem bina semangat. Kem Ayer Hitam di Batu Kurau ini adalah salah satu destinasi yang boleh anda pertimbangkan sekiranya anda inginkan bukan sahaja suasana tempat yang mendamaikan, malah turut tersedia tenaga mahir yang boleh m2mbimbing peserta melakukan aktiviti mencabar di sini.

Antara aktiviti-aktiviti outdoor menarik yang boleh peserta lakukan di sini adalah water rafting, flying fox, meredah hutan, berkayak & sebagainya. Kem ini bukanlah destinasi yang baru & sudah wujud sejak tahun 2007 lagi. Malah sudah banyak institusi pengajian samada dari sekolah atau universiti yang telah menganjurkan pelbagai aktiviti di sini.

Pelbagai kemudahan tersedia untuk anda & peserta melakukan aktiviti di sini seperti dewan serbaguna, dorm, tandas, rumah rehat, bilik urusetia, padang, kolam & sebagainya. Lokasi kem ini juga tidaklah terlalu pedalaman & sangat mudah diakses dengan kenderaan mahupun bas. Secara tepatnya, ianya berada di utara Perak & kira-kira 27 km dari Bandar Taiping.

Peta Lokasi | Jarak | 6019-4040043 | Facebook | Website

  • kem ayer hitam, Kampung Ayer Hitam, 34520 Batu Kurau, Negeri Perak

  • Sepanjang tahun

  • Pertanyaan & tempahan sila hubungi +6019-404 0043


52. Spritzer Eco Park

spritzer ecopark taiping

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang bercuti di Perak bersama anak-anak, apa kata bawa mereka ke Spritzer Eco Park yang terletak di Taiping. Destinasi ini merupakan sebuah taman yang mempunyai landksap menarik & sesuai untuk santai-santai bersama keluarga. Antara tarikan yang ada di sini yang pasti membuatkan anak-anak mahu cuba adalah lapangan golf mini 18 lubang. Seronok mencuba permainan ini kerana jarang-jarang ada permainan sebegini di tempat lain.

Selain itu, anda juga boleh bersiar-siar menerusi laluan jalan kaki yang disediakan menuju ke Cactus Rock. Dikatakan Cactus Rock ini merupakan batuan prasejarah yang berusia antara 100-200 juta tahun. Selain keindahan pokok-pokok di taman ini, terdapat juga aliran sungai kecil yang sangat jernih & deruan airnya pasti memberikan ketenangan seperti berada di hutan lipur air terjun.

Dengan kecantikan taman ini, tidak hairanlah begitu ramai pelancong yang melawat untuk beriadah, melakukan fotografi perkahwinan & tidak kurang juga yang mengadakan family day. Terdapat juga kedai cenderhati & kafe yang boleh anda makan-makan serta membeli produk-produk air minuman jenama Spritzer. Terdapat juga lawatan percuma ke kilang pemprosesan air Spritzer yang berdekatan & anda boleh ke sini bersama anak-anak untuk pengisian masa cuti dengan aktiviti berilmiah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-8012663 | Facebook

  • Lot 898, Reservoir, Jalan Air Kuning, 34000, Taiping, Negeri Perak Darul Ridzuan

Masa lawatan Spritzer Eco Park

  • 9.00 am – 9.00 pm

Masa lawatan Kilang Spritzer

  • Isnin – Jumaat ( sesi 11 am & sesi 3 pm)
  • Sabtu ( sesi 11 am )
  • Ahad tutup

  • Percuma

*terdapat bayaran untuk bermain golf mini 18 lubang


53. Perak Agrotourism Resort

chalet di perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Ingin menghabiskan masa hujung minggu di satu tempat menarik di Perak yang sangat mendamaikan ? Apa kata, kalau anda pertimbangkan untuk menginap di Perak Agrotourism Resort (PATRO) yang menjanjikan bukan sahaja pilihan bilik penginapan yang unik malah turut mempunyai aktiviti-aktiviti santai yang sesuai untuk seisi sekeluarga.

Percutian peribadi yang sempurna bukan sahaja terletak kepada keselesaan penginapan sahaja malah semestinya juga ada aktiviti menarik yang boleh anda lakukan untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini seperti berkayak, menunggang kuda, bawa anak-anak ke zoo mini, menunggang ATV & sebagainya.

Sesuai dengan nama destinasi ini, anda juga berpeluang melihat ladang lebah, melihat cara pembuatan telur masin & juga mengenali tanaman-tanaman yang ada di kebun sekitarnya. Pilihan bilik penginapan di sini juga sangat unik, ada yang berbentuk tube, ada yang dekorasinya kesenian Melayu & ada juga villa / chalet mewah untuk mereka yang pentingkan keselesaan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-3600471 | Facebook

  • Perak Agrotourism Resort A15 31800 Tanjung Tualang , Perak

  • Sepanjang tahun ( destinasi penginapan)

harga pakej patro perak


54. Kompleks Sejarah Pasir Salak

kompleks sejarah pasir salak perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi mereka yang mengadakan lawatan sambil belajar di Perak, sangat disyorkan untuk membawa pelajar ke sini untuk mendalami kesan-kesan sejarah yang ada di sini. Destinasi ini terletak kira-kira 75 km dari Bandaraya Ipoh & sekiranya anda menuju pulang ke KL dari Ipoh atau Pulau Pangkor, bolehlah jadikan destinasi persinggahan untuk mendalami ilmu sejarah terutamanya tentang pahlawan-pahlawan Perak yang banyak berjasa satu ketika dahulu.

Sebaik sampai di sini, mungkin terasa sedikit berbeza dengan kebanyakan destinasi bersejarah lain kerana landskap perkarangan kompleks ini sangat cantik & kadang-kadang membuatkan terasa seperti berada di hotel. Di sekitar kompleks ini juga dahulunya pernah berlaku peperangan di antara pahlawan Perak seperti Dato Maharajalela & pihak penjajah Inggeris. Malah terdapat tugu peringatan di sini yang merupakan lokasi residen Perak pertama iaitu JWW Birch dibunuh ketika itu.

Banyak monumen, tugu, diorama 3 demensi & infografik menarik yang boleh anda lihat di sini yang berkaitan dengan sejarah perjuangan pahlawan Perak ketika era penjajahan seperti replika rumah Dato Maharajalela, Tugu Peringatan Pahlawan Perak, Rumah Kutai Anjang & macam-macam lagi. Pemandangan di sekitar perkarangan kompleks ini yang bersebelah dengan Sungai Perak memang menarik & bolehlah berswafoto bersama rakan-rakan untuk dijadikan kenangan percutian anda di Perak.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Website

  • 36800 Kampung Gajah, Perak

Waktu Operasi Kompleks Sejarah Pasir Salak

Isnin-Khamis:

  • 9.30 am – 5.00 pm

Jumaat:

  • 9.30 am – 11.45 pm
  • 2.45 pm – 5.00 pm

Sabtu, Ahad & Hari Kelepasan Am

  • 9.30 am – 5.00 pm

Harga Tiket Kompleks Sejarah Pasir Salak

  • Dewasa: RM 4
  • Kanak-Kanak ( 7 – 12 tahun): RM 2

*kemasukan terakhir, 4.30 pm


55. Pusat Konservasi Penyu Segari

pusat konservasi penyu segari perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tidak perlu lagi nak bercuti ke pantai timur atau Sabah semata-mata untuk melihat haiwan marin eksotik ini iaitu penyu. Di Perak pun sebenarnya ada destinasi menarik untuk pelancong lawati melihat penyu dengan lebih dekat. Pusat konservasi & penerangan penyu ini terletak di Pasir Panjang, Segari & lebih kurang 12 km sahaja dari Pekan Lumut. Alang-alang anda bercuti di Pulau Pangkor atau Lumut, bolehlah bawa anak-anak ke sini untuk belajar dengan lebih dekat tentang dunia penyu.

Pusat konservasi penyu di Perak ini mempunyai beberapa kolam & kawasan eraman telur penyu bersangkar yang menempatkan penyu-penyu yang berlainan spesis. Konsep penjagaan penyu-penyu di sini adalah sama seperti di kebanyakan pusat konservasi penyu yang ada di tempat lain di Malaysia. Memang seronok melihat penyu yang besar ataupun anak-anak penyu berenang di dalam kolam ini & pasti membuatkan anak-anak anda teruja.

Lokasinya sangat mudah diakses dari jalan besar & terletak di tepi pantai. Apa yang menarik, persisiran pantai di sini mempunyai pasir pantai yang putih & pemandangan yang sungguh saujana mata memandang. Selepas melihat haiwan ini, bolehlah pula bawa anak-anak riadah petang di Pantai Teluk Senangin yang hanya terletak kira-kira 5 km sahaja dari sini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6016-4979542 | Facebook

  • Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Segari, 34900 Lumut, Perak

Waktu Lawatan Pusat Konservasi Penyu Segari, Perak

Isnin-Ahad

  • 8 am – 5 pm ( 1.00 pm – 2.00 pm waktu rehat)

Jumaat

  • 8 am – 5 pm ( 12.15 pm -2.45 pm waktu rehat)

  • Percuma


56. Refarm

 hotel kolam renang menarik perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi percutian di Perak yang sangat sesuai untuk seisi keluarga. Destinasi ini merupakan sebuah penginapan yang sangat ideal sekiranya anda ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga pada hujung minggu atau cuti sekolah. Refarm menawarkan beberapa pilihan penginapan yang ideal untuk mereka yang datang bermalam secara berdua mahupun dalam kumpulan yang besar. Dari sekecil bilik untuk 2 orang sehinggalah ke sebuah villa yang boleh memuatkan satu keluarga besar.

Tarikan utama di sini bukanlah pada kemewahan bilik penginapan tetapi lebih kepada suasana sekeliling yang mendamaikan serta aktiviti-aktiviti outdoor yang sesuai untuk seisi keluarga. Di sini, para tetamu yang menginap berpeluang untuk melakukan aktiviti seperti jungle trekking, paddling boat, net fishing & juga mandi manda di kolam renang yang sangat besar. Anak-anak pasti suka.

Selain itu, terdapat juga mini zoo & kolam ikan yang sangat menarik untuk si manja anda melawat & belajar haiwan-haiwan eksotik yang ada di sini. Destinasi sebegini, juga sangat ideal untuk anda jadikan sebagai tempat untuk hari keluarga atau team building syarikat, malah lokasinya lebih dekat dari Selangor atau KL berbanding penginapan popular di Perak yang lain. Lokasi Refarm juga tidak jauh dari Lebuhraya Utara-Selatan & anda boleh ke sini melalui susur keluar Tol Tapah atau pun Tol Gopeng.

Harga Penginapan | Peta Lokasi | Jarak | 6012-5026115 | Facebook | Website

  • Lot 6059, Jalan Temoh Kampar, 35350 Temoh, Perak

  • Sepanjang tahun ( destinasi penginapan)


57. Victoria Bridge

tempat bersejarah di perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau di Tanah Merah, Kelantan terkenal dengan Jambatan Guillemard yang juga merupakan jambatan keretapi terpanjang di Malaysia, di Perak pula terkenal dengan Jambatan Karai atau Victoria Bridge yang merupakan antara jambatan keretapi tertua di Malaysia. Jambatan keretapi ini dibina sekitar 1897 sebagai laluan untuk keretapi mengangkut hasil lombong bijih timah ketika itu.

Di zaman smart phone hari ini, boleh dikatakan rata-rata pelancong akan mencari destinasi unik, klasik & menarik untuk bergambar. Kalau anda sedang bercuti di Kuala Kangsar, bolehlah singgah di jambatan ini untuk sesi berswafoto untuk dijadikan kenangan percutian peribadi anda di Perak. Jambatan ini agak tinggi & sekitar 150 m dari permukaan Sungai Perak di bawahnya.

Jambatan ini tidak digunakan lagi sebagai jalan pengangkutan & walaupun usianya sedah mencecah hampir 120 tahun, namun struktur jambatan ini masih lagi kukuh. Terdapat laluan jalan kaki berpanel logam di sepanjang jambatan keretapi ini yang boleh pengunjung berjalan kaki sehingga ke tengah. Namun, sekiranya bergambar di atas landasan keretapi yang merentasi sungai, sila berhati-hati dengan lubang-lubang yang ada di sini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • Kampung Kapor, 31050 Enggor, Perak

  • 24 jam

  • percuma


58. Sam Paoh Tong Temple

Sam Poh Tong Temple

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sam Poh Tong Temple merupakan antara salah satu tokong gua yang terkenal dan antara tokong yang tertua di Perak. Untuk pengetahuan anda, tokong gua ini merupakan antara gua yang terbesar di Malaysia. tokong ini dibina di dalam gua batu kapur mentah di kawasan pergunungan yang aman dan selamat. Semestinya mampu membuatkan perjalanan percutian anda menjadi lebih tenang dan menarik. Tokong ini telah mula beroperasi sejak tahun 1950 lagi.

Antara yang menjadi tarikan di tokong ini ialah terdapat kolam Jepun yang indah dan penuh dengan karp. Bukan itu sahaja, di kolam ini juga terdapat kura-kura Jepun yang menjadi sebagai simbol untuk panjang umur. Sekiranya anda lapar, di luar tokong ini terdapat restoran vegeterian yang sering menjadi pilihan orang ramai. Apabila berkunjung ke sini, anda perlu menggunakan stamina anda untuk mendaki 246 anak tangga yang akan membawa anda ke sebuah gua terbuka. Di sana anda akan dapat melihat pemandangan indah bandar Ipoh dan sekitarnya.

Hotel Berdekatan | Peta Lokasi | 05-255 2772 | Facebook | Ulasan Pelancong

  • Kampung Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak

Waktu Operasi Sam Poh Tong Temple

  • Setiap hari: 7.00 am – 2.30 pm

Harga Tiket Sam Poh Tong Temple

  • Masuk adalah percuma tetapi sebarang sumbangan akan amat dihargai


59. Perak Cave Temple

Perak Cave Temple

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terdapat lebih daripada 30 kuil gua di sekitar Ipoh, Perak tetapi Perak Cave Temple merupakan antara tokong gua yang popular dan patut untuk anda singgah sekiranya anda berada di Perak. Tokong gua yang terkenal ini sering dikunjungi orang ramai walaupun pada hari bekerja. Keindahan tokong ini akan dapat membuatkan anda lupa pada kelelahan beratur sewaktu ingin masuk. Mereka ada menyediakan info tentang sejarah latar belakang tokong ini di sekitar pintu masuk. Anda akan dapat memperoleh dan mempelajari serba sedikit tentang sejarah tokong ini.

Untuk mendapatkan pemandangan yang indah, anda perlu menaiki tangga dan melalui pintu masuk gua yang sedikit sempit. Di sana terdapat dinding gua yang telah dihiasi dengan mural warna warni yang menggambarkan watak dan juga peristiwa dari mitologi Cina mengikut kitab suci Buddha. Terdapat banyak patung dan ukiran menarik di sekitar tokong ini. Selain itu, di sini juga terdapat aroma kemenyan yang kuat dan bercampur dengan bau gua yang bersahaja memberikan suasana istimewa dan nyaman.

Hotel Berdekatan | Peta Lokasi | 011-2358 4126 | Facebook | Ulasan Pelancong

  • Jalan Kuala Kangsar, Kawasan Perindustrian Tasek, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi Perak Cave Temple

  • Setiap hari: 8.00 am – 5.00 pm

Harga Tiket Perak Cave Temple

  • Percuma


60. Concubine Lane

Concubine Lane

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Concubine Lane merupakan antara salah satu tempat yang menarik dan wajib untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan anda sewaktu berada di Ipoh, Perak. Mesti anda tertanya-tanya tentang apa yang boleh dilakukan di Concubine Lane ini kan? Kami ingin cadangkan untuk anda melawati pelbagai muzium yang terdapat di sini. Kawasan muzium yang cantik menjadikan ia sebagai tempat yang bagus untuk bergambar.

Selain itu, di sini juga anda boleh mendapatkan pelbagai cederamata yang cantik untuk dijadikan sebagai buah tangan atau kenangan tentang tempat ini. Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat rumah tumpangan yang mempunyai pelbagai kemudahan untuk anda yang ingin menginap. Concubine Lane ini juga merupakan antara tempat lepak yang popular di Ipoh dan di sini juga terdapat pelbagai kedai makanan ringan seperti gula-gula kapas, dalgona candy, ais kepal dan banyak lagi. Antara makanan ringan yang memang hanya boleh didapati di sini ialah roti bakar keju pelangi. Kepada peminat roti bakar, anda memang wajib untuk mencuba roti bakar istimewa ini kerana memang dijamin ia akan menepati citarasa anda.

Hotel Berdekatan | Peta Lokasi | Facebook | Website 

  • No 70, Jalan Bijeh Timah, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi Concubine Lane

  • 24 Jam
  • Waktu terbaik untuk berkunjung : 08:00 am – 05:00 pm

Harga Tiket Concubine Lane

  • Mengikuti aktiviti yang dilakukan


61. Matang Mangrove Forest Reserve

Matang Mangrove Forest Reserve

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Matang Mangrove Forest Reserve merupakan salah satu hutan simpan di Perak yang berusia lebih 100 tahun. Di hutan ini terdapat pelbagai tarikan menarik yang boleh anda kunjungi seperti hutan simpanan dara (Virgin Jungle Reserve), kawasan yang bersejarah di Pulau Kelumpang, Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, aktiviti penternakan kerang, kilang arang kayu, perkampungan nelayan dan penternakan ikan dalam sangkar. Kepada pencinta alam sekitar, anda wajib untuk datang ke sini kerana anda akan dapat menikmati suasana alam sekitar yang indah dan tenang.

Di Matang Mangrove Forest Reserve ini terdapat pelbagai flora dan fauna. Antaranya ialah 28 spesies bakau asli, 19 jenis mamalia, 155 spesies burung, 112 spesies ikan, 3 spesies ikan pari, 50 spesies ketam dan 3 spesies kelip-kelip. Anda boleh belajar banyak lagi tentang spesies flora dan fauna di hutan ini. Pelbagai kemudahan ada disediakan di sini antaranya ialah dewan serbaguna, kafe, tapak khemah, surau, tandas, papan maklumat dan banyak lagi.

 Hotel berdekatan | Peta Lokasi | 012-514 5023 | Facebook | Website

  • Kampung Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak

Waktu Operasi Matang Mangrove Forest Reserve

  • 8.00 am – 5.00 pm

Harga Tiket Matang Mangrove Forest Reserve

  • Dewasa : RM 5
  • Kanak-kanak (4-12 tahun): RM 2
  • Pelancong : RM 15
  • Letak kereta : RM 2


62. Tasik Temenggor

Tasik Temenggor

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tasik Temenggor ialah sebuah tasik di Daerah Hulu Perak yang merupakan tasik kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Kenyir. Merupakan tasik buatan manusia yang hebat dan mempunyai pelbagai kegunaan. Tasik Temenggor ini terbahagi kepada 3 zon iaitu Zon Pemuliharaan, Zon Memancing dan Zon Komersial. Tasik ini juga terletak sejauh 200km dari Ipoh. Jika ingin berkunjung ke tasik ini, anda perlu mengisi minyak kenderaan dengan penuh di Gerik terlebih dahulu kerana di sana tidak mempunyai stesen minyak terdekat.

Tasik ini memang menjadi kegemaran kepada kaki memancing. Antara jenis ikan yang anda boleh dapati di sini ialah Ikan Kelah, Temoleh, Baung, Kelabau, Tengas, Loma, Tengalan, Sebarau dan Ikan Lampam. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di tasik ini antaranya ialah berkayak atau mandi manda. Tasik yang mempunyai suasana yang damai ini akan dapat membuatkan percutian anda menjadi lebih menarik. Anda juga boleh bermalam di rumah bot yang disediakan di sini. Bilangan maksimum untuk rumah bot ialah tidak melebihi 50 peratus daripada kapasiti asal penumpang.

Hotel Berdekatan | Peta Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong

  • Tasik Temenggor, 33300, Perak

Waktu Operasi Tasik Temenggor

  • 24 Jam

Harga Tiket Tasik Temenggor

  • Mengikut pada aktiviti yang dilakukan


63. Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5

Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tanjung Tualang Tin Dredge No 5 (TT5) adalah merujuk kepada nombor kapal korek terakhir yang ada di Tanjung Tualang iaitu kapal kelima. Sebab anda wajib untuk singgah di tempat ini kerana di sini terdapat pelbagai aktiviti menyeronokkan yang boleh dilakukan bersama ahli keluarga. Antaranya ialah terdapat bazar pada hujung minggu, bermain permainan tradisional, belajar tentang seni atau kraf, terdapat kelas memasak, aktiviti perlumbaan drone, aktiviti menunggang ATV, menunggang kuda, berkhemah, memancing, berkelah dan BBQ. Sememangnya sukar untuk melakukan aktiviti ini di tempat lain.

Kepada penggemar fotografi, memang sesuai untuk anda datang ke tempat ini tetapi jangan lupa pula membawa zoom lens dan juga tripod. Hal ini kerana, tempat ini memang terbaik untuk bergambar. Bukan itu sahaja, di sini juga anda boleh melihat sendiri bakul pengorek yang mengangkut dan mengumpul bijih besi.

 Hotel Berdekatan | Peta Lokasi | 014-904 3255 | Facebook | Ulasan Pelancong

  • TT5 Tin Dredge, Jalan Tanjung Tualang, Kampong Batu Gajah, 31000 Batu Gajah, Perak, Malaysia.

Waktu Operasi Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5

  • 9.00 am – 6.00 pm
  • Tutup pada hari Selasa kecuali pada hari cuti umum

Harga Tiket Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5

  • Dewasa : RM 10.00 (MyKad)
  • Kanak-kanak : RM 5.00 (MyKad)
  • Pelajar Universiti: RM 8.00 (Kad Pelajar)
  • Warga emas (berumur 60 tahun ke atas) : RM5.00 (MyKad)


64. Funtasy House Trick Art

Funtasy House Trick Art

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Funtasy House Trick Art merupakan rumah yang penuh dengan pelbagai helah magik yang menarik dan tempat yang sering menjadi tumpuan ramai. Buktinya, anda perlu beratur terutama jika anda datang pada hari minggu. Di sini terdapat lebih daripada 35 helah magik yang dipersembahkan oleh artis tempatan tetapi dengan cara yang anda tidak jangkakan. Tempat yang seronok dan penuh dengan fantasi ini memang menarik perhatian. Tempat ini memang sesuai untuk anda berkunjung bersama anak-anak.

Yang menariknya, semua hasil karya seni di sini memang dihasilkan oleh pelukis tempatan dan harga tiket jauh lebih murah berbanding muzium 3D yang lain. Di sini memang tempat untuk berpose dan bergambar yang terbaik. Terdapat lebih 20 gambar 3D dan 2D di sini dengan macam-macam tema. Disebabkan tempat ini terletak di lokasi yang sangat strategik, jadi tidak sukar untuk mencari makanan kerana di sekitar muzium ini terdapat pelbagai kedai makan yang telah viral dan patut untuk anda cuba.

 Hotel berdekatan | Peta Lokasi | 05-255 0007 | Facebook | Website | Ulasan Pelancong

  • No. 16 Jalan Market, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi Funtasy House Trick Art

  • Isnin – Jumaat : 9.00 am – 6.00 pm
  • Cuti & Hujung Minggu : 9.00 am – 8.00 pm

Harga Tiket Funtasy House Trick Art

  • Dewasa : RM 15 (MyCard)
  • Dewasa : RM 19 (Tanpa MyCard)
  • Kanak-kanak (4-12 tahun): RM 10
  • Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 10
  • Pelajar : RM 10 (Kad Pelajar)
  • Pelancong Dewasa : RM 19
  • Pelancong Kanak-Kanak : RM 10


65. Gunung Irau

Gunung Irau

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Gunung Irau merupakan gunung ke 15 tertinggi di Malaysia dengan mempunyai ketinggian 2110 meter. Jika anda menggemari melakukan aktiviti mencabar, anda perlu mencuba untuk mendaki di Gunung Irau ini. Udara segar di kawasan ini dapat memberikan ketenangan yang baik dan mampu membuatkan anda melupakan segala kekusutan di bandar. Pemandangan yang indah di puncak gunung dapat menghilangkan kepenatan sewaktu mendaki. Untuk pengetahuan anda, jika ingin mendaki Gunung Irau ini anda perlu mendapatkan permit masuk terlebih dahulu di laman web Jabatan perhutanan Cameron Highland.

Perjalanan untuk ke tempat permulaan pendakian akan melalui ladang teh yang menghijau dan aman. Keadaan stuktur jalan di sini juga telah banyak dibaik pulih dari sebelumnya. Jangan lupa untuk berhati-hati ketika mendaki kerana di sini terdapat beberapa jalan yang sedikit mencabar. Sebelum memulakan pendakian anda boleh melihat peta yang ada diletakkan di pintu masuk.

Hotel berdekatan | Peta Lokasi | 017-9997790 | Facebook | Ulasan Pelancong

  • Gunung Irau, 39000, Perak, Malaysia

Waktu Operasi Gunung Irau

  • 24 Jam

Harga Tiket Gunung Irau

  • Dewasa : RM 10
  • Kanak-kanak : RM 5
  • Warga Emas : RM 5
  • Pelancong : RM 30
  • Bayaran Guide untuk mendaki : RM 250
  • Bayaran guna kenderaan 4 Wheel pergi dan balik : RM 25 seorang


66. Gunung Yong Belar

Gunung Yong Belar

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda baru ingin berjinak-jinak dalam aktiviti mendaki, anda boleh mencuba laluan trek G7 di Gunung Yong Belar ini kerana laluannya tidak berbahaya dan sesuai untuk orang baru. Gunung Yong Belar ini merupakan gunung ke 8 tertinggi di Malaysia. Gunung ini sememangnya terkenal kerana kebanyakkan pendaki memang memilih untuk mendaki di sini. Mereka ada meletakkan papan tanda di setiap checkpoint agar anda tidak akan sesat. Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah terdapat tandas awam, surau dan tempat parkir kereta yang luas.

Sekali sekala anda perlu untuk meluangkan masa dengan menikmati keindahan alam sekitar. Bukan itu sahaja, udara segar di sini juga mampu mengubat rasa tertekan yang anda rasai. Suasana yang tenang dan aman di sini memang tidak akan dapat dirasai setelah pulang ke ibu kota. Jangan lupa untuk tangkap gambar di puncak gunung ini sebagai kenangan anda.

Hotel Berdekatan | Peta Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong

  • Letaknya bersempadan antara negeri Perak, Pahang, Kelantan atau secara spesifiknya terletak di Cameron Highland

Waktu Operasi Gunung Yong Belar

  • 24 Jam

Harga Tiket Gunung Yong Belar

  • Percuma
  • Perkhidmatan Tour Guide : RM 1450 untuk 10 orang


67. HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng

HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Gaharu Tea Valley Gopeng merupakan ladang organik pertama dan terbesar di Malaysia. Di sini mereka menjaga tumbuhan yang terancam seperti spesies Gaharu dan Aquilaria. Jika anda berkunjung ke sini, anda boleh mendapatkan produk yang diperbuat daripada pokok Gaharu seperti minyak wangi, produk makanan, teh Gaharu dan banyak lagi. Anda mesti mendapatkan teh Gaharu di sini kerana terdapat lebih 40 khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Menghirup udara segar di sekitar ladang gaharu ini dapat memberikan ketenangan pada minda dan badan anda.

Sekiranya anda membawa anak-anak anda ke sini, anda boleh mencuba aiskrim atau jeli Gaharu. Rasa yang manis dan segar memang akan menepati selera kanak-kanak. Untuk pengetahuan anda, pokok Gaharu ini memang mempunyai pelbagai manfaat untuk fizikal dan mental manusia. Di sini juga terdapat sebuah rumah teh dengan pintu masuk gua palsu yang akan memberikan anda pemandangan yang indah daripada atas ladang.

 Peta Lokasi  | 05-351 1999 | Facebook | Website | Ulasan Pelancong

  • Lot 9840, Mukim Sg. Teja, 31600 Gopeng, Perak, Malaysia

Waktu Operasi HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng

  • 9.00 am – 6.00 pm
  • Tutup pada hari selasa

Harga Tiket HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng

  • Dewasa : RM 10
  • Kanak-kanak : RM 5
  • Dengan tiket ini akan menerima lawatan berpandu minivan selama 45 minit dan cenderahati


68. Charcoal Factory Kuala Sepetang

Charcoal Factory Kuala Sepetang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Dapatkan sendiri pengalaman bercuti di tempat yang popular dan menjadi tarikan utama Kuala Sepeteng, semestinya di Charcoal Factory Kuala Sepetang. Kilang arang kayu yang telah berusia lebih 80 tahun ini sememangnya wajib untuk dimasukkan kedalam senarai bercuti anda. Melihat proses pembuatan arang kayu ini memang tidak boleh didapati di ibu kota. Yang menariknya, kilang arang kayu ini pernah dijadikan sebagai lokasi pengembaraan beberapa drama dan filem yang terkenal.

Selain daripada mendapatkan pelbagai pengetahuan baharu tentang arang kayu, anda juga boleh mendapatkan pelbagai produk arang kayu yang telah diproses. Antaranya ialah produk shampoo, sabun, cuka masakan dan banyak lagi. Anda perlu mencuba produk arang kayu ini kerena terdapat pelbagai khasiat yang memang baik untuk tubuh badan kita. Tawaran harga untuk produk arang kayu mereka juga memang murah dan berbaloi. Banyak tempat untuk bergambar di sini kerana ini merupakan salah satu kilang arang terbesar di Malaysia.

Hotel berdekatan | Peta Lokasi | 012-428 6098 | Facebook | Ulasan Pelancong

  • Jalan Bakar Arang, Kampung Menteri, Kuala Sepetang, 34750 Taiping, Perak

Waktu Operasi Charcoal Factory Kuala Sepetang

  • 9.00 am – 5.00 pm

Harga Tiket Charcoal Factory Kuala Sepetang

  • RM 3.00


69. Tasik Raban

Tasik Raban

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tasik Raban atau lebih mesra lagi dikenali sebagai Dataran Tasik Raban merupakan tempat yang terbaik untuk anda kunjungi. Tasik yang dikelilingi dengan tumbuhan hijau dan kehidupan fauna ini memang akan memberikan udara yang segar. Bagi pencinta alam, sekitar tempat ini memang dijamin tidak akan menghampakan anda. Pemandangan tasik yang indah dengan berlatar belakangkan pemandangan gunung yang hebat dan awan biru yang mendamaikan memang akan membuatkan percutian anda menjadi lebih sempurna.

Selain daripada dapat menikmati pemandangan yang tenang di sini, anda juga boleh melakukan aktiviti seperti berkayak, memancing atau mengelilingi tasik dengan bot yang disediakan. Jika anda penat memandu dalam perjalanan yang panjang untuk ke Perak, anda boleh singgah berehat di kawasan sekitar tasik ini kerana tasik ini terdapat pelbagai kemudahan. Antara kemudahan yang disediakan ialah pelbagai gerai makanan, surau, tandas awam dan tempat letak kereta yang luas.

 Hotel berdekatan | Peta Lokasi | Ulasan Pelancong

  • Tasik Raban, 33030 Lenggong, Perak

Waktu Operasi Tasik Raban

  • 24 Jam

Harga Tiket Tasik Raban

  • Mengikut aktiviti yang dilakukan


70. Coral Beach

Coral Beach

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda masih mencari tempat untuk membawa anak-anak anda bercuti di Perak, Coral Beach merupakan pilihan yang tepat untuk anda. Pantai ini terletak berhampiran dengan pantai yang popular di Perak iaitu Pantai Teluk Nipah. Antara tarikan utama tentang pantai ini ialah mempunyai pemandangan pantai yang cantik, tempat yang tenang, pasir di sini juga merupakan pasir halus yang tidak akan menyakitkan kaki anda dan air laut jernih yang sesuai untuk bermandi-manda. Kawasan pantai yang luas membuatkan anda tidak perlu bersesak walaupun pada hujung minggu.

Lupakan segala masalah anda dengan bersiar-siar di pantai yang tenang ini sambil menghirup udara yang segar. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di pantai ini. Antaranya ialah berkelah, bermain bola tampar pantai, kelilingi pantai dengan ATV, melihat matahari terbenam, memancing ikan dan membuat istana pasir bersama anak-anak. Bukan itu sahaja, di sini juga anda boleh bermain permainan air  seperti banana boat, water ski, berkayak dan banyak lagi. Alang-alang anda telah singgah di Coral Beach ini, anda patut mencuba hidangan menarik di dua buah restoran yang sangat terkenal di Pulau Pangkor iaitu si Nipah Deli atau Daddy’s Cafe. Kedua-dua restoran yang terletak berhampiran pantai ini menawarkan masakan western dan tempatan.

 Hotel berdekatan | Peta Lokasi | 011-1230 3019 | Ulasan Pelancong

  • Jalan Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak

Waktu Operasi Coral Beach

  • 24 Jam

Harga Tiket Coral Beach

  • Masuk adalah percuma
  • ATV = RM30 untuk 15minit


71. Pantai Peranginan Teluk Senangin

Pantai Peranginan Teluk Senangin

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Hambar percutian anda jika tersalah memilih destinasi untuk dikunjungi, jadi singgah di Pantai Peranginan Teluk Senangin dapat menjaminkan percutian anda menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Ramai orang memilih pantai yang indah ini untuk membawa anak-anak mereka bermandi-manda kerana air laut di sini memang bersih dan jernih. Pantainya yang landai serta ombak yang tidak kuat menjadikan ia tempat yang selamat untuk bermandi-manda atau melakukan aktiviti permainan air. Jangan risau kerana di sini juga terdapat bilik mandi khas untuk anda menukar baju selepas anda mandi-manda.

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dirancang untuk dilakukan di pantai yang tenang ini. Antaranya ialah bermain bola tampar pantai, bermain layang-layang kerana pantai ini mempunyai kawasan yang luas, terdapat aktiviti memanah, kelilingi pantai dengan membawa ATV, tempat yang sesuai untuk berkhemah, berkayak dan meronda dengan bot untuk melihat pemandangan indah pantai. Di sekitar kawasan pantai ini juga terdapat banyak kedai menjual cenderamata, baju, makanan dan permainan.

 Hotel berdekatan | Peta Lokasi | Ulasan Pelancong

  • Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Perak

Waktu Operasi Pantai Peranginan Teluk Senangin

  • 24 Jam

Harga Tiket Pantai Peranginan Teluk Senangin

  • Mengikut aktiviti yang dilakukan


72. Radak Adventure

Radak Adventure

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kepada penggemar aktiviti sukan lasak, anda wajib untuk berkunjung ke Radak Adventure kerana terdapat pelbagai aktiviti sukan lasak popular yang ditawarkan di sini. Ditubuhkan pada tahun 2007 dan menyediakan aktiviti sukan lasak yang sesuai dilakukan untuk semua peringkat usia. Antara aktiviti yang ditawarkan di sini ialah eksplorasi gua, abseiling air terjun, rafting whitewater, hiking, river tubing dan banyak lagi. Walaupun aktiviti yang menggunakan stamina ini sedikit melelahkan tetapi ia sangat baik untuk kesihatan badan dan minda anda.

Jika anda tidak pernah mencuba melakukan aktiviti sukan lasak ini, anda memang patut untuk mencubanya di tempat ini kerana terjamin anda akan mendapatkan pengalaman yang menyeronokkan. Anda akan jatuh cinta dengan aktiviti sukan lasak ini setelah mencubanya di Radak Adventure. Jangan terlepas sebarang promosi hebat untuk harga aktiviti sukan yang mereka tawarkan. Untuk itu, anda perlu mengikuti perkembangan Radak Adventure di laman web mereka. Jangan risau untuk melakukan aktiviti di sini kerana keselamatan anda memang dijamin.

 Peta Lokasi | 014-294 4404 | Facebook | Website | Ulasan Pelancong

  • Kampung Jahang, 31600 Gopeng, Perak

Waktu Operasi Radak Adventure:

Waktu Operasi Riverside Camp Gopeng Perak

  • Sesi 1: 9.00 am
  • Sesi 2: 2.00 pm

Waktu Operasi Hiking 

  • Sesi  (Sunset): 5.30 pm
  • Sesi 1 (Jungle trekking): 9.00 am
  • Sesi 2 (Jungle trekking): 2.00 pm

Waktu Operasi Kampar River Tubing Ticket

  • Sesi 1: 9.00 am
  • Sesi 2: 2.00 pm

Waktu Operasi Ulu Geruntom Waterfall Abseiling 

  • Sesi 1: 9.00 am
  • Sesi 2: 2.00 pm

Waktu Operasi Jelajah Gua Tempurung

  • Sesi 1: 9.00 am
  • Sesi 2: 2.00 pm

Waktu Operasi Whitewater Rafting Gopeng

  • Sesi 1: 9.00 am – 12.00 pm
  • Sesi 2: 2.00 pm – 5.00 pm

Harga Tiket Aktiviti Radak Adventure:

Harga Tiket Riverside Camp Gopeng Perak

  • 1 Pax : RM 30.00

Harga Tiket Hiking 

Dewasa : RM 70.00

Kanak-kanak (Berumur 10 tahun ke bawah) : RM 70.00

Warga Emas (Berumur 60 tahun ke atas) : RM 70.00

Harga Tiket Hiking Track ( Butterfly & Rafflesia)

Dewasa : RM 150.00

Kanak-kanak (Berumur 10 tahun ke bawah) : RM 150.00

Warga Emas (Berumur 60 tahun ke atas) : RM 150.00

Harga Tiket Kampar River Tubing Ticket

Dewasa : RM 100.00

Kanak-kanak (Berumur 10 tahun ke bawah) : RM 100.00

Warga Emas (Berumur 60 tahun ke atas) : RM 100.00

Harga Tiket Ulu Geruntom Waterfall Abseiling 

Dewasa : RM 100.00

Kanak-kanak (Berumur 10 tahun ke bawah) : RM 100.00

Warga Emas (Berumur 60 tahun ke atas) : RM 100.00

Harga Tiket Jelajah Gua Tempurung

Dewasa : RM 70.00

Kanak-kanak (Berumur 10 tahun ke bawah) : RM 70.00

Warga Emas (Berumur 60 tahun ke atas) : RM 70.00

Pelancong Dewasa : RM 81.00

Pelancong Kanak-kanak (Berumur 10 tahun ke bawah) : RM 81.00

Pelancong Warga Emas (Berumur 60 tahun ke atas) : RM 81.00

Harga Tiket Whitewater Rafting Gopeng

Dewasa : RM 100.00

Kanak-kanak (Berumur 10 tahun ke bawah) : RM 100.00

Warga Emas (Berumur 60 tahun ke atas) : RM 100.00


73. Gopeng Heritage House

Gopeng Heritage House

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Gopeng Heritage House merupakan sebuah muzium yang popular di Gopeng dan merupakan tempat bersejarah yang patut anda kunjungi. Muzium yang direka seperti rumah kampung ini memang memberikan suasana seperti berada di kampung dan ia akan mengamit nostalgia sewaktu anda berada di kampung halaman tercinta. Yang menariknya, di tempat ini boleh dijadikan sebagai tempat untuk tangkap gambar bagi pra perkahwinan untuk anda yang inginkan tema klasik.

Setelah penat berjalan di dalam muzium ini, anda boleh singgah untuk minum di bilik teh yang terletak di bahagian belakang Rumah Warisan ini. Di sana, anda boleh mendapatkan pelbagai minuman seperti kopi, teh, air cincau, jeli herba Cina dan banyak lagi dengan harga yang murah. Di muzium ini terdapat dua tingkat, pada bahagian atas anda akan dapat melihat beberapa perabot Cina, perhiasan dan seramik yang menarik. Pada bahagian bawah pula terdapat kedai gunting rambut, barangan dengan hiasan kuno Eropah dan banyak lagi. Tempat yang mempunyai pelbagai fungsi ini memang sesuai untuk anda lawati bersama anak-anak anda.

 Hotel berdekatan | Peta Lokasi | 012-501 3201 | Facebook | Ulasan Pelancong

  • Jalan Sungai Itik, Pekan Gopeng, 31600 Gopeng, Perak

Waktu Operasi Gopeng Heritage House

  • Sabtu dan Ahad : 9.00 am – 3.00 pm
  • Isnin, Selasa, Jumaat : 9.00 am – 5.00 pm
  • Tutup pada hari Rabu dan Khamis

Harga Tiket Gopeng Heritage House

  • Percuma


74. Kuil Kallumalai Arulmigu Subramaniyar

Kuil Kallumalai Arulmigu Subramaniyar

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kuil Kallumalai Arulmigu Subramaniyar merupakan sebuah kuil popular di Ipoh yang patut anda kunjungi apabila melancong di Perak. Banyak tempat yang cantik didalam kuil ini untuk anda bergambar sekiranya berkunjung ke sini. Tempat yang aman dan damai ini memang disyorkan kepada anda yang ingin mencari ketenangan. Yang menariknya, terdapat sekumpulan burung merak yang dipelihara di kuil ini. Burung merak ini bukan sahaja cantik malah sangat jinak sehingga anda boleh bergambar bersamanya.

Walaupun tempat ini sering menjadi tumpuan orang ramai tetapi anda tidak perlu risau tentang parkir kereta kerana di sini terdapat kawasan parkir kereta yang luas dan akan mencukupi. Selain itu, anda juga boleh melihat jenis seni bina India Selatan yang sempurna di luar kawasan kuil ini. Kuil yang terjaga dengan rapi dan bersih ini memang patut terpilih untuk menjadi antara kuil terbaik di Malaysia.

Hotel Berdekatan | Peta Lokasi | Website | Ulasan Pelancong

  • 140, Jalan Raja Musa Aziz, 30300 Ipoh, Perak

Waktu Operasi Kuil Kallumalai Arulmigu Subramaniyar

  • 24 Jam

Harga Tiket Kuil Kallumalai Arulmigu Subramaniyar

  • Percuma


75. Tasik Chenderoh

Tasik Chenderoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tasik Chenderoh merupakan tasik buatan manusia yang terletak berhampiran dengan dengan bandar diraja Kuala Kangsar. Anda perlu untuk membawa anak-anak anda bercuti di tempat yang tenang seperti di tasik ini. Luangkan masa anda bersama keluarga dengan aktiviti yang menyeronokkan di tasik ini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah berkayak dan memancing. Rasai kedamaian alam sekitar dengan singgah di tasik yang aman ini dan segarkan diri anda dengan menghirup udara yang segar di Tasik Chenderoh. Air di tasik ini juga memang bersih dan jernih.

Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat padang yang disediakan untuk anda yang ingin bersukan. Antara sukan yang sering dilakukan oleh orang ramai di sini ialah bermain futsal, takraw, badminton, memanah dan ping-pong. Anda memang patut untuk berkunjung ke tasik yang mempunyai pelbagai kegunaaan ini.

Hotel Berdekatan | Peta Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong

  • Chenderoh Lake, Perak

Waktu Operasi Tasik Chenderoh

  • 24 Jam

Harga Tiket Tasik Chenderoh

  • Percuma


76. Tambun Pomelo GoChin Agro Farm

Tambun Pomelo GoChin Agro Farm

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tambun Pomelo GoChin Agro Farm merupakan satu-satunya ladang yang terdapat di Tambun. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk singgah ke ladang yang hebat ini sekiranya anda datang ke Perak. Di sini juga anda boleh melihat pelbagai jenis tanaman yang ditanam secara percuma dan anda juga boleh mengenali pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kebun ini. Apabila anda berkunjung ke kebun ini, anda boleh memetik sendiri buah-buahan daripada pokok dengan hanya membayar pada bayaran yang telah ditetapkan. Sememangnya berbaloi untuk anda membayar pada buah yang memang terjamin kesegarannya. Bukan itu sahaja, anda juga boleh merasai buah-buahan segar ini di sini.

Antara buah-buahan yang terdapat di sini ialah jambu merah, guava, buah naga, limau bali, limau Tambun dan banyak lagi. Selain itu, di sini juga anda boleh melihat pokok tertua di Perak yang memiliki usia lebih daripada 50 tahun dan terdapat juga lebih 15 buah pokok pomelo. Kebun ini juga pernah mendapat liputan dari rancangan terkenal televisyion dan radio.

 Hotel berdekatan | Peta Lokasi | 05-549 7309 | Facebook | Ulasan Pelancong

  • Jalan Ampang Tambun, 31400, Ipoh, Perak Tambun, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi Tambun Pomelo GoChin Agro Farm

  • 9.00 am – 6.00 pm

Harga Tiket Tambun Pomelo GoChin Agro Farm

  • Percuma


77. Pantai Pasir Panjang Manjung

Pantai Pasir Panjang Manjung

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pantai Pasir Panjang merupakan sebuah pantai yang terpanjang di dalam Daerah Manjung dan mempunyai keluasan seluas 6 km. Dengan keluasan yang luas ini juga membuatkan anda sentiasa mempunyai ruangan untuk berkelah bersama keluarga. Kehalusan pasir pantai dengan air laut yang jernih dan pokok yang merimbun, sememangnya tempat yang sesuai untuk anda yang ingin mencari ketenangan. Untuk pengetahuan anda, pantai ini juga merupakan tempat yang sangat strategik untuk melihat anak bulan bagi menentukan permulaan bulan Ramadan untuk yang beragama Islam.

Yang istimewanya, di pantai yang bebas daripada pelbagai gangguan ini juga merupakan lokasi yang ideal untuk penyu bertelur. Mereka menggangarkan 90% penyu yang merentasi ombak untuk bertelur di sini merupakan spesies Penyu Agar dan Penyu Lipas. Jika anda ingin melihat penyu-penyu ini, anda boleh datang berkunjung pada sekitar bulan Mac hingga Julai setiap tahun.

 Hotel berdekatan | Peta Lokasi  | Facebook | Ulasan Pelancong

  • Pantai Pasir Panjang Manjung, Perak, Malaysia

Waktu Operasi Pantai Pasir Panjang Manjung

  • 24 Jam

Harga Tiket Pantai Pasir Panjang Manjung

  • Percuma


Tempat Penginapan Menarik di Perak

Sesuai dengan status sebagai negeri terbesar di pantai barat Semenanjung Malaysia, negeri Perak tidak dinafikan mempunyai begitu banyak sekali destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati. Samaada di kawasan air terjun, resort menarik, pulau atau pantai, Perak semestinya ada jawapan yang ideal dengan minat & kehendak masing-masing. Pilihan penginapan di tempat-tempat menarik di Perak juga sangat banyak samaada yang bajet mahupun penginapan yang mewah.

Cari Hotel di Perak

Sekiranya anda pertama kali ingin bercuti di Perak, sangat disyorkan untuk pilih destinasi-destinasi di atas. Sebenarnya memang banyak lagi tempat percutian di Perak yang lain namun tidak begitu disyorkan untuk pelancong yang datang dari luar Perak kerana destinasi tersebut mungkin boleh ditemui di negeri anda.

Semoga senarai tempat menarik di Negeri Perak seperti di atas akan memberi anda seribu satu idea untuk mencari destinasi percutian paling menarik & sesuai dengan minat masing-masing. Selamat cuti cuti Malaysia di Perak. Wassalam.

Baca lagi:

4.7/5 - (92 votes)

Anda Mungkin Berminat

8 Homestay di Seri Iskandar yang Menarik dan Bersih

Seri Iskandar ialah sebuah pekan kecil di Perak yang sering dikunjungi kerana terdapat beberapa universiti dan kampus berdekatan. Di sini, terdapat tempat penginapan yang...

18 Penginapan Best Di Perak – Semestinya CANTIK & KELAS

Negeri Perak Darul Ridzuan memang terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongan dan seni-seni yang unik dan klasik. Negeri Perak juga kaya dengan alam semulajadi seperti...

Pantai Remis di Perak – Destinasi Percutian Utk Keluarga

Pantai Remis yang terletak di Perak ini telah menjadi salah satu destinasi pelancongan yang santai dan sangat menarik untuk dikunjungi. Pantai yang kaya dengan...

Bukit Merah Laketown Resort-Taman Tema Seisi Keluarga

Bukit Merah Laketown Resort merupakan salah satu tempat menarik di Perak yang sangat popular di kalangan warga setempat & pelancong luar. Aktiviti yang boleh...

11 Tempat Camping BEST di Perak

Bagi yang minat dengan aktiviti rekreasi luar dan tempat atau suasana alam yang semula jadi, anda boleh mengadakan aktiviti perkhemahan atau camping di Perak....

6 Air Terjun Di Perak Yg BEST

Bukan sahaja popular dengan kehadiran palancong dari dalam negara. Negeri Perak juga terkenal dengan kunjungan dari warga Malaysia sendiri. Mana tidaknya, di negeri Perak...

13 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

13 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
mai
mai
1 year ago

good and usefull for my project

Hamdan Ahmad Sapli
2 years ago

Salam sejahtera, Admin. Bolehkah jika saya cadangkan satu lagi lokasi, di Batu 10, Lekir, Sitiawan, Perak. Lokasi Agropelancongan, Kitchen Garden Batu 10 Lekir(KGBSL). Terima kasih saya dahulukan, Admin.

ayme
ayme
4 years ago

yeah i like this website. i can find what i am searching

man tap
man tap
4 years ago

x de x factor

kamsiah idris
kamsiah idris
5 years ago

semua tempat cantik dan dan menarik .tq infonya

kamsiah idris
kamsiah idris
5 years ago

semua cantik dan menarik

muhammad
muhammad
5 years ago

Terima kasih Admin , informasi yg baik.

Cari Destinasi
Admin
5 years ago
Reply to  muhammad

Sama sama en Muhammad :)

Hubungi Kami

13
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x