Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Topeng Muka (Face Mask) Di Malaysia

Perkataan Coronavirus atau lebih dikenali sebagai COVID-19 terus hangat diperkatakan sehingga ke hari ini di seluruh dunia sejak ia mula dilaporkan pada Disember 2019 di Wuhan, China. Anda mungkin sering kali keliru kerana ada yang menggunakan istilah Coronavirus dan ada juga yang menggunakan istilah COVID-19 ketika berbual tentang virus yang sangat merbahaya dan mematikan ini.

Untuk pengetahuan anda, Coronavirus adalah satu kumpulan virus yang besar dan merangkumi virus-virus lain sehingga menyebabkan pelbagai jenis penyakit kepada manusia seperti SARS-CoV (Severe Acute Respiratory Syndrome), MERS-CoV (Middle East Resporatory Syndrome) dan sebagainya. Manakala COVID-19 adalah nama khusus yang merujuk kepada nama penyakit yang disebebkan oleh virus Coronavirus.

World Health Organization (WHO) telah mengariskan beberapa pencegahan yang boleh diambil untuk setiap individu untuk melidungi diri dari COVID-19. Ianya adalah seperti kerap mencuci tangan dengan sabun, menjaga jarak semasa di tempat umum terutamanya kepada individu yang bersin dan batuk, dan memakai topeng muka terbaik dengan betul.

Link untuk membeli mask fabrik: https://bit.ly/3ifv3Yq

Link untuk membeli mask 3 lapisan: https://bit.ly/3g37gs1

Link untuk membeli mask 4 lapisan: https://bit.ly/3ceoAck

Link untuk membeli mask N95: https://bit.ly/3uGudGI

Link untuk membeli mask KF94: https://bit.ly/3uGudGI


1. Kepentingan memakai face mask di Malaysia

Artikel kali ini khusus untuk membincangkan secara lebih terperinci tentang face mask yang pada hari ini ianya telah menjadi sebahagian dari hidup anda seperti mana sebuah telifon bimbit yang dibawa ke mana sahaja anda pergi. Norma baru bagi seluruh dunia dan mahu tidak mahu anda terpaksa mengubah cara hidup sedikit demi sedikit untuk menyesuaikan dengan keadaan sekarang agar tahap kesihatan dan keselamatan anda sentiasa di tangga yang teratas. Apa sebenarnya kepentingan memakai face mask untuk anda dan orang lain?

Statistik keberkesanan face masks kepada Covid-19

Statistik rakyat Malaysia yang memakai face mask di tempat awam dari Februari 2020 sehingga April 2021 menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa dengan keseluruhan melebihi 80%.poster

Ini jelas menunjukkan yang rakyat Malaysia sudah mula menerima kesedaran dan membuka mata tentang kepentingan face masks untuk perlindungan diri dan orang lain di kala virus pandemik ini berleluasa di seluruh dunia khususnya Malaysia.statistik pakai mask

Mengurangkan 95% pernafasan yang menghantar virus sejauh 6 kaki

Kajian terdahulu hanya memberikan isyarat bahawa COVID-19 boleh tersebar dengan titisan cecair dari individu yang positif kepada individu lain. Namun kajian baru-baru ini telah membuktikan penemuan baru bahawa COVID-19 boleh merebak melalui udara walaupun tidak duduk secara berdekatan. Dengan face mask dan double face mask yang telah disarankan oleh kerajaan ia mampu memberikan lapisan demi lapisan perlindungan yang sangat kuat dari tersebarnya virus tersebut kepada orang lain.

Mengelakkan kuman tersebar dari satu individu ke individu yang lain

Bakteria dan virus adalah dua perkara yang berbeza. Persamaan kedua-duanya adalah ia sangat penting dalam dunia perubatan dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Manakala dari segi kesannya, virus akan memberi kesan yang berbahaya keseluruhannya kepada tubuh badan manusia sebaliknya ada di antara bakteria yang baik untuk kesihatan manusia seperti Loctabacillus yang membantu dalam percernaan.

Apa yang sedang dihadapi dunia saat ini adalah anda sedang berdepan dengan virus yang membunuh manusia hampir berjuta-juta orang. Namun begitu, di samping Coronovirus yang memang jelas memberikan risiko yang tinggi kepada mereka yang terlibat dalam masa yang sama bakteria juga boleh merebak sekiranya individu tersebut negatif COVID-19.

Maksudnya di sini sekiranya, individu itu bersin atau batuk tidak semestinya mereka positif COVID-19 selagi tidak disahkan dengan tepat oleh ujian makmal seperti swab test RT-PCR atau RTK Antigen. Mereka yang bersin dan batuk juga boleh mendedahkan orang lain untuk dijangkiti kuman dari cecair titisan yang terkena pada wajah dan anggota badan sehingga menyebabkan orang turut mengalami batuk dan selsema biasa. Dengan pemakaian face mask yang betul, anda sememangnya telah berusaha untuk menghindarkan diri dari virus ini. Ini adalah usaha yang sangat berkesan untuk membantu kerajaan mengurangkan lagi kadar jangkitan dan kematian akibat COVID-19.

Menjaga kesihatan dan keselamatan diri, keluarga, dan orang sekeliling

Siapa sangka dengan sekeping face mask sahaja, anda sebenarnya telah meletakkan diri anda sama ada di ambang bahaya atau sihat sejahtera. Kadang kala masyarakat tahu akan kepentingan face mask ini tetapi kerana mereka mementingkan diri sendiri dan mengambil sikap sambil lewa, segalanya yang mudah telah menyukarkan lagi orang lain.


2. Jenis-jenis face mask

Terdapat beberapa face masks type di pasaran ketika ini dan kebanyakkanya telah mendapat kelulusan WHO untuk digunakan oleh semua orang.

a. Face Mask N95

Face mask N95 adalah topeng muka terbaik di antara topeng muka yang ada di pasaran ketika ini kerana ia mampu menapis kira-kira 95 peratus virus. Ketegori topeng muka sedemikian boleh menghalang virus ini dari tersebar melalui pengudaraan apabila individu yang berisiko terkena titisan cecair dari hidung atau mulut individu yang dijangkiti COVID-19. Namun begitu, face mask N95 agak kurang dibeli oleh orang ramai kerana harganya yang lebih mahal. Face mask type N95 sangat sesuai dipakai oleh frontliner yang menjadi benteng pertahanan pertama negara di saat wabak virus ini  sedang bermaharajalela.

Virus : > 95%

Debu : 100%

Bakteria : 100%

Debunga : 100%

face mask n95

Link untuk membeli mask N95: https://bit.ly/3uGudGI

b. Surgical mask (kegunaan medikal)

Jika anda mahu membuat perbandingan yang terbaik dengan meletakkan topeng muka N95 sebagai lawannya, maka surgical mask adalah pilihan yang sangat tepat. Topeng muka dengan tiga lapisan boleh menghalang virus dengan kadar lebih daripada 95 peratus. Surgical mask juga sangat banyak diguna pakai di seluruh dunia dalam era pandemik ini dan ianya sangat fleksibal, efisien, dan berpatutan.

Virus : > 95%

Debu : > 80%

Bakteria : > 80%

Debunga : > 80%

face mask 3 lapis

Link untuk membeli mask 3 lapisan: https://bit.ly/3g37gs1

Link untuk membeli mask 4 lapisan: https://bit.ly/3ceoAck

c. FFP (mengasingkan partikel halus)

Satu lagi topeng muka yang juga antara yang digemari dan digunakan adalah FPP (filtering facepiece). Topeng muka dengan kod FPP1, FPP2, dan FPP3 dikategorikan di bawah face mask PPE yang digunakan oleh kebanyakkan golongan berisiko tinggi seperti staff hospital. Setiap kod tersebut dipengaruhi oleh keupayannya untuk menapis partikel-partikel dari meresap ke dalamnya. FPP1 mempunyai keupayaan yang rendah untuk tujuan penapisan kerana ia hanya mampu menapis partikel yang besar dan tidak sesuai sebagai perlindungan untuk mikropartikel yang membawa maut seperti virus. Manakala FPP2 dan FPP3 sangat efisien untuk tujuan menapis partikel dari jangkitan airborne (udara) termasuk yang mengandungi virus dengan masing-masing membawa peratusan keberkesanan sebanyak 92% untuk FPP2, dan 98% untuk FPP3.

Virus : 95%

Debu : > 80%

Bakteria : > 80%

Debunga : > 80%

face mask fpp

d. Topeng karbon

Topeng muka dengan dua atau satu lapisan sahaja seperti topeng karbon yang boleh dipakai semula setelah dibasuh tampaknya hanya mampu menapis virus pada kadar yang rendah sebanyak 10 peratus. Topeng ini mungkin sangat jauh menguntungkan kerana ia boleh dipakai beberapa kali sebelum dibuang namun risiko jangkitan dan terdedah si pemakai dengan udara yang tidak selamat barangkali boleh meningkatkan kebolehmungkinan dia untuk dijangkiti dengan COVID-19.

Virus : 10%

Debu : 10%

Bakteria : >50%

Debunga : >50%

face mask karbon

e. Topeng kain (mengekalkan haba)

Topeng muka kain atau fabrik boleh memerangkap zarah-zarah cecair yang dilepaskan oleh individu yang sedang bersin, batuk, atau bercakap. Dengan cara itu ia mampu mengurangkan penyebaran virus secara berleluasa. Walaupun topeng kain boleh dibasuh dan digunakan semula tetapi jangan sesekali anda kongsi topeng anda dengan orang lain kerana risiko untuk dijangkiti bakteria atau kuman masih ada walaupun dalam kadar yang sederhana.

Virus : 0%

Debu: 0%

Bakteria : > 50%

Debunga : >50%

face mask fabrik

Link untuk membeli mask fabrik: https://bit.ly/3ifv3Yq

f. Topeng span (fesyen)

Nampak cantik dan bergaya di mata anda tetapi hakikatnya tidak memberikan perlindungan yang betul dan terbaik untuk diri anda sendiri. Kini di pasaran, bermacam-macam gaya, reka bentuk, dan warna topeng span dijual untuk menarik minat pembeli. Jika anda prihatin kepada diri dan orang disekeliling, dahulukan faktor keselamatan dan bukannya fesyen atau gaya terkini semata-mata.

Virus : 0%

Debu : 0%

Bakteria : 5%

Debunga : 5%

face mask span


3. Bagaimana untuk memilih face mask yang terbaik?

Face mask terbaik bermaksud face mask itu sesuai untuk anda dan mampu menghalang penyebaran virus dan bakteria dari tersebar kepada orang lain. Hakikatnya, tidak semua individu mampu menggunakan jenis face mask yang ada di pasaran. Contohnya anda sesuai untuk menggunakan face mask fabrik tetapi rakan anda hanya sesuai menggunakan face mask tiga lapisan. Mengapa? Ini semua bergantung kepada kondisi persekitaran dan tahap kesihatan anda pada ketika itu.

Face mask mana yang anda perlu pakai?

Face mask N95: Sesuai kepada Frontliner (staff kesihatan, tentera, polis, dan mana-mana individu yang bertugas menjaga bentang pertahanan negara di bahagian hadapan sewaktu COVID-19)

Surgical mask: Sesuai kepada semua individu yang berisiko atau tidak tetapi tidak terdedah secara terus pada jangka waktu yang lama kepada virus tersebut seperti seorang frontliner

Topeng muka fabrik/kain: Sesuai kepada indivdu yang sihat dan tidak mempunyai gejala.


4. Bagaimana cara penyimpanan dan membersihkan face mask?

Topeng muka fabrik boleh dibasuh dan digunakan semula untuk beberapa kali tidak seperti topeng muka yang biasa. Namun begitu, masyarakat masih kurang pendedahan tentang cara membersihkan topeng muka ini.

a. Basuh dengan tangan:

Topeng muka fabrik lebih menarik dengan reka bentuk dan corak yang sangat berwarna-warni. Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati untuk membasuhnya. Jika anda prihatin terhadap warna pelitup guna semula yang dikhuatiri akan melunturkan warna pakaian lain dalam mesin basuh, anda boleh basuh dengan menggunakan tangan. Basuh topeng tersebut seperti biasa dengan menggunakan air dan sabun. Kemudian, bilaskan ia sekurang-kurangnya 20 saat dengan menggunakan air suam.

b. Basuh dengan mesin basuh:

Cara ini mungkin mudah dan ringkas bagi anda yang mempunyai kehidupan yang agak sibuk. Namun begitu ia tidak terlalu disyorkan kerana dikhuatiri topeng muka itu akan bercampur dengan kain baju yang lain lalu menimbulkan infeksi yang lebih teruk.

c. Basuh dengan di jemur di cahaya matahari:

Mencuci topeng muka sangat penting dan memastikan ia dijemur dalam suhu yang panas juga sama pentingnya kerana anda memerlukan suhu yang lebih tinggi untuk membunuh patogen (agen yang menyebabkan penyakit, terutamanya organisme halus seperti bakteria dan virus).

 d. Bila anda perlu tukar topeng muka?

  • Apabila impedans pernafasan meningkat
  • Apabila topeng terdapat sebarang sebarang koyakan atau kebocoran
  • Apabila topeng dan muka tidak dapat dirapati
  • Apabila topeng tercemar dengan kotoran darah atau sebarang titisan cecair luar atau dalam
  • Apabila anda gunakan topeng ini di wad pengasingan, kuarantin, atau berdekatan dengan pesakit yang telah dijangkiti atau berisiko tinggi

Jika anda pakai topeng muka surgical

  • Pemakaian maksimum selama 8 jam sehari sahaja dan tidak boleh gunakan semula
  • Buang atau ganti dengan topeng yang baru sekiranya permukaannya sudah basah, koyak, atau kotor
  • Jangan menyentuh permukaan luar topeng muka sewaktu memakai atau menanggalkannya
  • Jangan berkongsi topeng muka dengan orang lain walaupun untuk jangka waktu yang sekejap
  • Putuskan tali topeng muka jika ingin buang atau dilupuskan

Jika anda pakai topeng muka fabrik / kain

  • Wajib untuk cuci sekali sehari topeng muka tersebut dengan garis panduan yang betul seperti di bawah
  • Jangan berkongsi topeng muka dengan orang lain walaupun untuk jangka waktu yang sekejap
  • Jangan menyentuh permukaan luar topeng muka sewaktu memakai atau menanggalkannya

4. Langkah-langkah memakai face masks dengan betul mengikut standard WHO

Langkah 1: Cuci tangan anda dengan sabun atau sanitizer dengan betul

Langkah 2: Pilih topeng muka yang betul sama ada berjenis N95 atau tiga lapisan

Langkah 3: Pastikan bahagian yang berwarna biru di luar kerana ia kalis air. Manakala bahagian berwarna putih berada di dalam atau betul-betul di kedudukan mulut dan hidung anda kerana ia menyerap cecair yang terhasil dari bersin dan batuk

Langkah 4: Pasang dengan kemas tali topeng muka itu di bahagian telinga

Langkah 5: Pastikan strip di bahagian paling atas menutup bahagian hidung. Anda perlu tekan sedikit strip itu sehingga ia terbentuk mengikut lekuk hidung anda. Kemudian, tarik bahagian bawah topeng sehingga menutupi dagupakai mask betul

 


5. Tatacara membuang atau melupuskan topeng muka surgical

Langkah 1: Basuh tangan anda dengan betul dengan menggunakan sabun atau hand sanitizer. Terdapat tujuh cara basuh tangan dengan betul dan terbukti untuk membunuh kuman. Pertama sekali, anda perlu basuh tangan dengan sabun dan air secukupnya. Kedua, gosok tapak tangan. Ketiga, gosok setiap jari dan celah jari. Keempat, gosok kuku di tapak tangan. Kelima, gosok belakang tangan. Keenam, basuh tangan dengan air besih secukupnya. Dan yang terakhir, keringkan tangan dengan tisu atau kain bersih.

Langkah 2: Buka topeng muka dengan memegang tali atau gelung telinga topeng tersebut. Peringatan kepada anda untuk jangan sesekali memegang permukaan luar dan dalam topeng dengan tangan. Tips untuk memudahkan dan mengelakkan anda dari tersentuh bahagian permukaan dalam atau luar topeng muka yang memerangkan zarah tersebut, anda boleh memutuskan sahaja bahagian tepi tali topeng muka supaya ia mudah ditanggalkan tanpa memerlukan banyak sentuhan lain.mask guy

Langkah 3: Topeng muka perlu dilipat ke arah yang kemas seperti melipat dua untuk memastikan bahagian yang tercemar iaitu permukaan luar dan dalam tidak terdedah kepada persekitaran lain. Permukaan luar perlulah dilipat ke dalam sebaliknya permukaan dalam dilipat ke bahagian luar. Untuk lebih kemas dan selamat, tali di tepi topeng tadi boleh anda gunakan untuk membalut dan mengikat topeng muka tersebut.

Langkah 4: Masukkan topeng muka tersebut ke dalam beg plastik atau dibungkus rapi dengan tisu atau kertas kosong dan dibuang ke dalam tong sampah dengan cermat. Jika anda mampu, anda boleh membeli beg plastik zip lock yang dijual dipasaran bagi memudahkan anda.

Langkah 5: Anda perlu membasuh tangan semula dengan sabun atau sanitizer seperti di langkah pertama tadi.mask 4


6. Memakai double face mask seperti yang disarankan. Wajar?

Cukup ke single face mask dengan tiga lapisan yang anda pakai setiap hari? Jika mengikut kajian terperinci, ianya memang mampu memberi perlindungan yang terbaik buat anda dalam menangani isu penularan virus di era pandemik ini. Tetapi situasi sekarang di seluruh dunia agak memburuk. Jika beberapa tahun kebelakangan ini tiada varian-varian baru yang disebutkan oleh dunia tetapi kini tampaknya ia telah merebak dengan sangat pantas ke seluruh dunia.

Contohnya varian United Kingdom (Aplha), varian Afrika Selatan (Beta), varian Brazil (Gamma), dan India (Delta). Difahamkan pemakaian double face mask ini boleh menapis lebih 95 peratus virus khususnya ketika anda berada di tempat-tempat awam yang berisiko tinggi seperti di hospital, pasar, pusat membeli-belah, dan sebagainya. Perlindungan yang menyeluruh perlu lengkap dengan seseorang itu memakai double face mask bersama google dan face shield seperti yang petugas-petugas kesihatan pakai.

Pemakaian double face mask yang betul dan terbaik adalah anda perlu memakai topeng muka surgical tiga lapisan di bahagian dalam dan topeng muka fabrik di bahagian luar. Manakala tatacara pemakaian topeng muka itu sendiri masih sama seperti yang telah diberitahu tadi.

poster


7. Dimana untuk mendapatkan face mask yang berkualiti?

Bila sesuatu produk itu mendapat permintaan yang tinggi dari ramai pembeli, maka sering kali syarikat-syarikat dan industri mengambil jalan pintas dengan menipu dan meningkatkan harga yang di cas sedangkan kualitinya sangat murah. Ini yang menjadi kekhuatiran rakyat Malaysia ketika pada awal dahulu Malaysia dihimpit dengan COVID-19. Salah satu faktornya adalah kebersihan syarikat atau industri yang menghasilkan topeng muka itu sendiri.

Sangat penting sebenarnya untuk memilih dan mendapatkan topeng muka yang terbaik untuk kegunaan harian anda dan keluarga kerana pilihan anda sekarang menentukan nasib anda pada masa akan datang. Salah anda membuat keputusan, maka akan rugilah anda nanti. Di pasaran kini memang berlambak-lambak pilihan jenama face mask terbaik yang anda. Anda boleh memilih standard jenama dan harga yang anda inginkan tetapi ini adalah di antara jenama produk yang berjaya menghasilkan topeng muka yang terbaik. Contohnya seperti 3M, Medicos, GT Medical, Au Fairy, dan sebagainya.

Selain itu, face mask di Malaysia juga sedang berinovasi untuk kesesuaian rakyat Malaysia. Jika anda seorang yang bertudung, anda boleh memilih jenis face mask yang bertali head loop, di mana anda tidak perlu untuk menyangkut tali tersebut ke telinga sehingga menyukarkan diri anda sendiri. Ear loop pula lebih sesuai digunakan oleh lelaki dan seseorang yang tidak bertudung.

Link untuk membeli mask fabrik: https://bit.ly/3ifv3Yq

Link untuk membeli mask 3 lapisan: https://bit.ly/3g37gs1

Link untuk membeli mask 4 lapisan: https://bit.ly/3ceoAck

Link untuk membeli mask N95: https://bit.ly/3uGudGI

Link untuk membeli mask KF94: https://bit.ly/3uGudGI


8. Tips dan petua tentang face mask

  • Bila anda menggakan face mask, anda sebenarnya sedang melindungi diri anda sendiri dan orang lain juga. Tujuan dan keberkesanan face mask boleh mencapai tahap yang paling efisien sekiranya setiap orang memakainya.
  • Walaupun anda menggunakan face mask, ia tidak bermakna anda terkecuali dari mengamalkan penjarakan sosial. Anda perlu sentiasa memakai face mask ketika keluar rumah atau di tempat awam dan perlu berdiri sejauh 6 kaki jaraknya dari orang lain.
  • Face mask perlu sepenuhnya menutupi hidung dan mulut dan pastikan tiada langsung ruangan terbuka di sekitar muka yang boleh membenarkan udara atau titisan cecair untuk masuk ke dalam
  • Face mask perlu sentiasa dipakai setiap masa ketika anda di dalam kapal terbang, kereta api, atau mana-mana pengangkutan awam yang lain.
  • Individu berumur dua tahun dank e atas perlu memakai face mask di tempat-tempat awam atau disekitar kawasan yang jauh dari rumah.
  • Pakai face mask di dalam rumah sekiranya anda tinggal bersama orang yang positif COVID-19 atau yang mempunyai simptom-simptom gejala COVID-19.
  • Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun sekurang-kurangnya dua puluh saat atau gunakan hand sanitizer yang mengandungi 60% alkohol apabila menanggalkan face mask
  • Face mask sebenarnya tidak perlu bagi individu yang tinggal jauh dari orang ramai atau tidak bercampur dalam komuniti yang ramai. Namun begitu, sesetengah kawasan mempunyai peraturan yang tersendiri untuk mewajibkan seseorang itu masih terus kekal memakai face mask ketika berada di kawasan tersebut. Contohnya di Malaysia, kerajaan telah mengelaskan setiap zon dan negeri dengan kaedah warna seperti zon merah, zon hijau, dan sebagainya.
  • Center for Disease Control and Prevention (CDC) terus mengkaji tentang keberkesanan setiap face mask yang ada dan anda juga boleh melayari kajian mereka di Scientific Brief: Community Use of Cloth Masks to Control the Spread of SARS-CoV-2 | CDC
  • CDC sedang membuat eksperimen untuk mengkaji keupayaan kombinasi dari setiap face mask
  • Terdapat beberapa langkah mudah untuk meningkatkan keupayaan face mask anda. Layari CDC Improve the Fit and Filtration of Your Mask to Reduce the Spread of COVID-19 untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

poster


Rantai COVID-19 ini tidak akan terputus sekiranya rakyat Malaysia masih lagi dengan sikap sambil lewa, mementingkan diri sendiri, dan tidak bertanggungjawab dengan apa yang mereka lakukan setiap hari. Mungkin anda boleh tersenyum lega jika anda tidak memakai face mask  tetapi tetap juga tidak dijangkiti COVID-19, tetapi bagaimana dengan orang disekeliling anda nanti ataupun kontrak rapat yang anda jumpa setiap hari? Bagaimana jika mereka itu ahli keluarga, kawan, rakan sekerja, isteri atau suami anda sendiri? Jangan meletakkan kematian di tangan anda kerana hakikatnya itu tugas Tuhan yang mengatur segala kehidupan dan kematian manusia. Jadilah individu yang prihatin dengan setiap pilihan yang anda buat.


Rujukan

  1. Guidance for Wearing Masks (19 April 2021). Laman web cdc.gov/coronavirus/2019-ncov
  2. Kementerian Kesihatan Malaysia. Laman web moh.gov.my

3. Panduan Ringkas Pemakaian Pelitup Muka Berganda (Double Face Mask) oleh CDC. Laman web kpkesihatan.com

4. Statistik Rakyat Malaysia yang Memakai Face Mask ketika Covid-19 dari tahun 2021 sehingga 2021. Laman web statista.com

 

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

55+ Tempat Menarik di Kuala Lumpur Yang POPULAR Untuk Dilawati

Kuala Lumpur, ibu kota negara tercinta Malaysia menawarkan pelbagai destinasi percutian menarik untuk kita terokai. Walaupun saiz geografinya tidaklah sebesar majoriti negeri-negeri lain di...

Top 10 Agensi Pelancongan di Kota Bharu

Semua orang deserve untuk pergi melancong ke destinasi impian mereka ataupun pergi bercuti untuk merehatkan badan dan minda sekali sekala, kan? Dah penat bekerja...

15+ Restoran & Kedai Makan Mesra Muslim / Halal di Krabi

Thailand merupakan antara destinasi pelancongan yang mempunyai jumlah bilangan penduduk Muslim tertinggi terutamanya di kawasan selatan iaitu di daerah Krabi. Maka, tidak susah untuk...

7 Tips Berjimat Melancong Backpacking – Rugi Tak Cuba !

Berikut merupakan beberapa tips berjimat kalau melancong secara backpacking. Bukan semua orang mempunyai bajet yang besar terutamanya kalau kita masih seorang pelajar atau baru...

11 Tempat & Penginapan Menarik Di Kampar – Yang MESTI Pergi

Sebuah daerah di Perak digelar Kampar yang di faham juga dengan maksud Bandaraya Pendidikan. Daerah Kampar ini adalah daerah terbesar di negeri Perak. Kampar...

5 Basikal Lipat Terbaik Yang Boleh Anda Beli Secara Online di Malaysia

Work From Home dan pergerakan yang terbatas menjadi antara alasan yang sering kali diketengahkan sebagi punca utama mengapa masyarakat malas untuk bersukan. Lantaran itu...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x