Sate Kajang Haji Samuri Taman Melati

Baru-baru ni sebelum melayan Sate Willy di Sungai Ramal, saya ada singgah melepas gian di Sate Kajang Haji Samuri di Taman Melati. Ni salah satu cawangan dia yang terdekat dari rumah saya selain di Kajang sendiri.

Lokasi kedai terletak berdekatan dengan Petronas Taman Melati dan sederet dengan kedai makan feveret saya iaitu Masakan Cina Halal De Templer. Seperti yang tersedia maklum, Sate Kajang Hj Samuri ni merupakan sate yang paling popular di tanah Malaya.

sate kajang haji samuri

Bagi saya benda yang paling saya suka ialah kuah kacang kaw-kaw dia dan sambal lada dia. Memang ada kick ! Kalau datang sini untuk tapau, mesti mintak sambal lada lebih…kadang2 kena cek juga sebab ada kes mereka mungkin terlupa nak letak sambal.

sate willy sungai ramal best

Kalau dalam cerita yang lepas di Sate Willy, rasa sate dia lebih lemak, lembut dan agak manis. Bagi sesetengah orang yang tak makan pedas mungkin Sate Willy sesuatu yang korang kena cuba !

sate kajang sedap taman maluri

Yang ni pulak Sate Kajang Haji Samuri !! Memang lain dan rasanya berbeza sekali. Mana yang anda suka tepuk dada tanya tekak sendiri.  Kalau bab kuah Sate Hj Samuri memang lagi kasar dan pekat melikat ! Tengok tu sebiji-sebiji kuah dia. Melekat cantik je kat sate.

restoran sate kajang sedap kl

Berbalik kepada kedai ni, salah satu sebab saya suka datang sini ialah kerana nak parking kereta pun tak susah dan boleh elak jem terutamanya time weekday. Jarang saya ke area sini selepas waktu ofis atau hujung minggu kerana malas nak melayan kesesakan lalu lintas dan beratur panjang.

kedai jual sate paling best kl

Datang kat sini kita kena order di kaunter dan bayar dahulu. Selepas itu baru duduk untuk menunggu hidangan sate. Kalau di kebanyakan kedai sate, biasanya kalau duduk dekat sangat dengan tempat pembakaran sate ni memang rasa lemas dek asap dia.

Tapi di sini, diaorang bakar sate di dalam satu bilik kaca khas siap ada ventilation lagi jadi takder lah pelanggan nak terbatuk-batuk menghidu asap sate sampai pedih mataku dan pedih matamu. Tapi, kadang-kadang rasa macam tak kena juga datang kedai sate tapi tak menghidu bau asap tu. Iya dak.?

restoran sate popular kuala lumpur

Waktu makan time ni saya hanya order sate ayam dan sate daging untuk dua orang makan. Memang lazat makan time-time panas dengan kuah kacang dan sambal lada yang dari dulu tak pernah berubah rasa dia. Maintain je rasa sama. Kalau korang nak ke lokasi Sate Kajang Haji Samuri Taman Melati ni boleh guna Waze dan taip jer Petronas Taman Melati. Selamat mencuba.

3/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Paradise Restaurant – Masakan Pakistan Sedap

Hari ni nk cerita pasal satu kedai makan yang dah masuk 5 atau 6 kali saya pergi tahun ni iaitu di Restaurant Paradise atau...

Masakan Cina Halal di De Templer

Kebanyakan orang Melayu yang beragama Islam memang agak ragu-ragu nak masuk restoran cina sebab was-was dengan kehalalan masakan mereka. Seperti jugak CD dulu-dulu, memang...

Tempat Menarik di KL Pada Waktu Malam

Kuala Lumpur memang tidak syak lagi merupakan sebuah bandaraya yang tidak pernah tidur dengan kesibukan penduduk kota. Untuk kali ini mari kita terjah beberapa...

40+ Tempat Makan BEST di KL – Restoran & Warung Makan Menarik Mesti Cuba

Kuala Lumpur sememangnya dikenali sebagai syurga makanan bagi pelancong ke Malaysia. Hampir kesemua makanan popular negeri-negeri di Malaysia terhidang di sini. Bahkan, pilihan restoran...

55+ Tempat Menarik di Kuala Lumpur Yang POPULAR Untuk Dilawati

Kuala Lumpur, ibu kota negara tercinta Malaysia menawarkan pelbagai destinasi percutian menarik untuk kita terokai. Walaupun saiz geografinya tidaklah sebesar majoriti negeri-negeri lain di...

Top 10 Kereta Sewa di KL Yang Berkualiti & Murah

Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia dan merupakan bandar metropolitan yang padat dengan pencakar langit dan tempat-tempat menarik. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan...

13 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

13 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Talip
Talip
6 years ago

Adakah pembayaran boleh dilakukan dgn kad kredit.

titan
10 years ago

lama benar tak makan sate kajang ni rasanya. hoho

onlajer
10 years ago

pergh melelh tengok sate nih, mana – mana parking biasa saya letak 3 star je hahaha

TehR
10 years ago

teringinnya nak makan sate
kat mana aku nak cari, dah tengah malam ni

suri
10 years ago

kedai selalu penuh sahaja hujung minggu lagilahkan.

suri
10 years ago

as salam
untuk dekat sini saya belum pernah jejak lagi.tapi sg buloh selalu gak suami ajak makan singgaj situ.kuah terbaik. isi tebalkan

blogger lelaki
10 years ago

nampak sedap dia punya satay

Hubungi Kami

13
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x