15 Kedai Makan Top Di Puchong Utk Foodie

Selangor memang banyak tempat untuk makan, lepak bersama keluarga dan kawan-kawan. Tapi, ada setengah restoran tak menepati cita rasa di Puchong. Ada yang overprice tapi hidangan yang disajikan tak berpatutan dengan harga.

Hanya kerana lokasi yang memang terletak di kota, pelanggan perlu membayar harga yang tak masuk akal! Tapi anda tak perlu bimbang. Kami sudah menyenaraikan 15 kedai makan yang top di Puchong daripada restoran biasa hinggalah yang berkelas. Yang bestnya, kedai makan ini bersih dan kalau anda lambat sampai makanan pasti habis.


Restoran Top Di Puchong Utk Foodie

1. Warung Cikgu

CariDestinasi Warung Cikgu

Kedai makan ini memang sentiasa penuh terutama sekali pada waktu puncak iaitu waktu makan tengahari. Menyajikan masakan Melayu dengan rasa asli dan harga yang murah. Makanan yang terkenal di Warung Cikgu ialah Nasi Kukus. Tetapi, anda harus bersabar kerana barisan beratur untuk memesan Nasi Kukus memang panjang.

Selain Nasi Kukus, Warung Cikgu juga ada menjual hidangan lain seperti Nasi Kak Wok dan Nasi Memanggey. Agak susah nak sebut Nasi Memanggey tu tapi rasanya memang tak mengecewakan. Pelanggan sentiasa memberi makluman positif untuk 3 menu utama ini. Siap ada yang bungkus untuk makan pada waktu malam pula.

Alamat: 1, Jalan BP 6/7, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8 A.M – 10 P.M)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0169736579

Whatsapp Warung Cikgu


2. Restoran Patin Place

CariDestinasi Restoran Patin Place

Bagi penggemar ikan patin anda tak perlu pergi jauh-jauh ke Temerloh kerana Restoran Patin Palace menyajikan pelbagai jenis masakan berasaskan ikan patin. Yang paling terkenal sudah tentulah masakan Gulai Tempoyak Ikan Patin. Rasanya yang pedas, masam ditambah pula dengan ikan patin yang berlemak sudah pasti akan buat anda kecur liur!

Selalunya, Gulai Tempoyak Ikan Patin akan disajikan dengan nasi putih panas tetapi, di Restoran Patin Palace anda boleh menikmati juadah utama dengan nasi lemak atau nasi pandan. Menarik bukan? Anda juga boleh memesan masakan ikan seperti kukus, bakar ataupun Butter Milk.

Alamat: 31, Jalan BPU 5, 14 Miles, Jln Puchong, Bandar Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11 A.M – 10:30 P.M)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0162089012

Whatsapp Patin Place


3. Restoran Anggrek Kuring 

CariDestinasi Restoran Anggrek Kuring

Kalau anda nak cuba masakan Indonesia anda wajib datang ke Restoran Anggrek Kuring. Masakan yang disajikan adalah masakan Sunda atau lebih dikenali sebagai masakan Jawa. Menu yang terkenal ialah standing fish, ikan kerapu yang digoreng rangup dan dihidangkan bersama sos telur masin. Ikan kerapu akan dihidangkan kepada anda dengan cara ditegakkan. Kiranya, ini ialah makanan wajib dipesan jika sudah sampai di sini.

Oh ya, anda bukan sahaja boleh datang makan disini tapi anda boleh membuat tempahan katering ataupun parti harijadi. Dekorasi restoran yang terinpirasi dari negeri Jawa, sudah tentu akan membuatkan rasa seperti berada di Indonesia.

Alamat: 30-1, Jalan Puteri 1/4, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Ahad – Jumaat (11 A.M – 10 P.M); Sabtu (12 P.M – 10 P.M)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Email | Phone: 0380638050 

Whatsapp Restoran Anggrek Kuring


4. Makanan Cina Muslim Mohd Adam Ali Restaurant

CariDestinasi Makanan Cina Muslim Mohd Adam Ali Restaurant

Lihat nama kedai sahaja sudah tahu bahawa restoran ini menyajikan makanan masyarakat Cina tetapi versi halal. Restoran ini memang terkenal di Puchong dan memang tempat duduk sentiasa penuh. Ruang kedainya luas dan bersih. Jadi, tak ada la anda kena langgar-langgar bahu.

Anda boleh cuba pelbagai aneka masakan nasi dan mee. Kebanyakkan pelanggan akan memuji makanan tertentu seperti Asam Pedas Ikan, Nestum Butter Prawn dan Curry Crab. Yang bestnya di kedai ini ada kemudahan surau disediakan untuk pelanggan. Jadi, bagi yang beragama Islam bolehlah anda solat sementara menunggu hidangan dihantar ke meja anda.

Alamat: 22G & 24G, Jalan Puteri 5/1, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (11 A.M – 8 P.M)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0380612955


5. Resipi Atok Cafe

CariDestinasi Resipi Atok Cafe

Bila dengar nama Resipi Atok Cafe pasti anda terbayang restoran di Puchong ini menyajikan masakan melayu. Tekaan anda salah! Resipi Atok Cafe sebenarnya menyajikan masakan barat. Kalau nak berubah selera makan boleh cuba datang ke sini. Mereka ada menyediakan menu Chicken Chop, Lamb Chop, Beef Chop dan banyak lagi.

Menu yang menjadi pilihan di sini ialah kambing bakar mereka. Rata-rata pelanggan memberi makluman positif bahawa daging yang dihidangkan tidak berbau hamis. Anda juga boleh memesan bebola daging yang bersaiz besar di sini. Jika anda inginkan makanan barat untuk parti anda boleh membuat tempahan di Resipi Atok Cafe.

Alamat: Jalan PU 7/4, Taman Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (6:30 P.M – 11:30 P.M); Sabtu (6:30 P.M – 12 A.M)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0132075516

Whatsapp Resipi Atok Cafe


6. Rio Grill House

CariDestinasi Rio Grill House

Tekak anda tekak melayu tapi nak makan makanan western? Anda perlu datang ke Rio Grill House. Di sini hidangan yang disediakan ialah gabungan makanan tempatan dan barat. Makanan yang sering dipesan pelanggan adalah Cream Chicken Pasta, Percik Chicken Grill, Laksa Sarawak dan Salted Egg Yolk Prawn.

Kalau anda rasa nak makan ayam dan daging anda boleh pesan Chicken & Lamb Grill. Sajian ini akan dihidangkan dalam satu pinggan. Antara sebab Rio Grill House sentiasa dikunjungi pelanggan kerana suasana yang nyaman, persekitaran bersih, servis yang baik serta harga makanan yang standard.

Alamat: No.5, Jalan Putra Perdana 3/1, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Isnin, Rabu, Ahad (2 P.M – 11 P.M)

Servis Penghantaran: (2 P.M – 10:30 P.M)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0124158544

Whatsapp Rio Grill House


7. Padi House Setiawalk Puchong

CariDestinasi Padi House

Padi House yang terletak di SetiaWalk Puchong ini menyajikan makanan barat. Dekorasi restoran di Puchong ini pula berkonsepkan atmosfera hijau. Kebanyakkan pelanggan yang datang ke kedai ini memuji konsep dekorasi yang terlihat elegan dan mewah. Anda boleh memilih menu daripada starter hinggalah ke dessert.

Ada pelanggan yang datang ke restoran di Puchong ini untuk meraikan hari istimewa ataupun perbincangan mesyuarat bersama rakan sekerja. Menu yang popular disini ialah Padi Chicken Chop with Rice. Agak unik kerana selalunya Chicken Chop dimakan bersama fries tetapi lain yang disajikan di Padi House. Harga bagi setiap makanan pula adalah berbaloi dengan rasa. Dengar kata, servis di sini tit top.

Alamat: Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11 A.M – 11 P.M)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0126965625 

Whatsapp Padi House


8. Bumbu Bali

CariDestinasi Bumbu Bali

Jika anda tinggal di Puchong, pasti anda tahu akan restoran ini. Seperti namanya, Bumbu Bali menyediakan sajian asli masyarakat Bali, Indonesia. Makanan yang disediakan untuk tengahari adalah nasi campur dengan pelbagai aneka lauk-pauk seperti rendang ayam, sotong dan udang bakar serta sayur sampai anda rambang mata untuk pilih.

Pada waktu malam pula, anda boleh memesan makanan daripada menu. Kebiasaanya pelanggan akan memesan Sate Lilit dan Cumi-Cumi Goreng tapi yang paling laris ialah Pisang Bakar. Untuk pencuci mulut, anda boleh cuba Es Campur dan Bubuh Injin. Dekorasi restoran di Puchong ini yang bercirikan Bali juga sudah membuat pelanggan terpegun. Sebab itu, ada pasangan yang datang makan di sini untuk meraikan hari istimewa. Memang feel ala-ala di Bali.

Alamat: 18 & 18-1, Persiaran Puteri 1, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (12 P.M – 8 P.M)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0380618699


9. ASAP Steamboat & Grill

CariDestinasi ASAP Steamboat & Grill

Selalu kalau kedai makan yang terkenal mesti susah nak dapat parkir kan? Tapi berlainan pula dengan ASAP Steamboat & Grill. Ruang parkir yang disediakan sangat luas, jadi tak perlulah anda berebut parkir. Dekorasi dan susun atur kedai yang estetik juga mendapat pujian pelanggan. Kebersihan sangat diutamakan di sini. Pelbagai jenis makanan laut, bebola, daging perapan yang anda boleh makan disini. Yang pasti ianya segar dan sedap.

Apa yang istimewa di ASAP Steamboat & Grill ini ialah kuah pilihannya. Selalu jika kita makan steamboat, kuah yang ditawarkan hanyalah tomyam dan sup ayam. Tetapi ada kuah tambahan disini iaitu kuah kari laksa. Memang direkomendasi oleh para pengunjung. Harga untuk dewasa ialah RM42 manakala kanak-kanak RM21. Berbaloi bukan dengan variasi menu yang dihidangkan?

Alamat: 94, Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (6 P.M – 12 A.M) Phone

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0134858944

Whatsapp ASAP Steamboat & Grill


10. Sup Meletop (Nasi Goreng Daging Power)

CariDestinasi Sup Meletop Daging Power.

Apa yang meletop tu? Haa nak beritahu ni sup daging yang dihidangkan di sini memang power. Memang meletop seperti namanya. Walaupun kedai ini hanya terletak di tepi jalan dan tiada dekorasi menarik tetapi kedai ini sentiasa dipenuhi oleh para pelanggan. Seperti peribahasa barat “Don’t judge a book by its cover”.

Kedai makan ini sentiasa menjadi pilihan pelanggan kerana rasa sup yang memang lain dari yang lain dan harganya yang murah. Dah sampai sini tak akan nak hirup sup sahaja kan? Anda perlu padankan dengan nasi goreng cabai yang sentiasa menjadi pilihan duo pelanggan. Tapi kalau anda tak tahan makan pedas anda boleh order nasi goreng ayam, nasi goreng daging atau nasi goreng kampung.

Alamat: Jalan Kinrara 1, Bandar Kinrara 1, 47180 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8 A.M – 8 P.M)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Phone: 0193400657

Whatsapp Sup Meletop


11. Mios Kitchen 

CariDestinasi Mios Kitchen

Siapa sangka makanan yang dulu hanyalah dijual di pasar malam dan medan selera kini berjaya dijual di restoran dan kini mempunyai 5 cawangan di negeri Selangor. Benarlah kata pepatah “tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’.

Mios Kitchen yang terletak di Bandar Kinrara ini menyajikan macam-macam jenis makanan sehingga anda rambang mata apabila melihat menu. Daripada makanan barat yang terkenal di sini iaitu Grilled Norgewian Salmon hinggalah ke arah selera melayu iaitu Nasi Goreng Chicken Chop semuanya ada di sini. Anda juga wajib cuba Combo Yop dan Combo Tok Sidang di mana menu ini akan disajikan dengan stik Sirlion, kambing dan juga ayam. Mudah kan ada kombo? ‘All In One’.

Alamat: 29b, Jalan BK 5a/2, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10 A.M – 11 P.M)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelaggan | Email | Phone: 01156356604

Whatsapp Mios Kitchen


12. Alissara Restaurant

CariDestinasi Alissara Restaurant

Baik kalini ini kita pergi ke masakan Thailand pula. Bagi penggemar masakan Thai, kedai ini memang wajib anda kunjungi. Menu yang terkenal dan sentiasa menjadi pilihan pelanggan sudah semestinya Tom Yam. Memang tak sah kalau pergi ke kedai masakan Thailand tak pesan Tom Yam. Selain itu, yang terkenal di sini ialah menu Miang Kam, Ikan Siakap Kukus dan Khai Pad Kra Prao.

Tapi kalau anda nak makan makanan lain pun ada pelbagai menu yang ditawarkan. Anda boleh cuba nasi goreng Thai, kailan ikan masin atau nasi putih bersama tom yam dan telur dadar Thai pun sudah cukup untuk membangkitkan selera anda. Tapi, kalau anda rasa malas nak pergi anda boleh pesan melalui aplikasi Food Panda.

Alamat: 1, Jalan Indah 3/2, Taman Puchong Indah, 47100 Puchong, Selangor 

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (2 P.M – 11:30 P.M)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0380624205


13. Jumbo Restaurant & Catering

CariDestinasi Jumbo Restaurant And Catering

Okay kalini kita pergi ke restoran masakan India di Puchong pula. Bestnya restoran ini mereka masih mengekalkan cara makan tradisi iaitu makan beralaskan daun pisang. Ini merupakan salah satu keunikan restoran ini. Mereka juga pakar dalam masakan India Selatan. Kebiasaannya, pelanggan datang ke sini untuk makan bersama keluarga dan kawan-kawan dalam saiz hidangan big portion. Restoran ini beroperasi secara buffet. Anda boleh pilih hidangan yang anda inginkan dan berapa banyak tanpa perlu membayar caj tambahan.

Selain buffet, Restoran Jumbo mengambil tempahan katering dan juga parti makan malam. Anda juga boleh memesan melalui aplikasi Grab Food dan Food Panda. Kebiasaannya, restoran di Puchong ini sesak pada hujung minggu dan juga perayaan Deepavali. Jika anda berhajat nak datang pada hari kemuncak, anda disarankan untuk membuat tempahan terlebih dahulu. Dekorasi Restoran Jumbo ini bercirikan seni halus India. Jangan lupa juga untuk habiskan makanan anda untuk elakkan pembaziran.

Alamat: No 47, Jalan 23, Taman Bukit Kuchai, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9 A.M – 6 P.M)

Sabtu (10 A.M – 1 P.M)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Email | Phone: 0380701963

Whatsapp Jumbo Restaurant & Catering


14. Haven’s Steakhouse

CariDestinasi Haven Steakhouse

Lihat pada nama restoran pun sudah tahu bahawa ia menyajikan makanan barat. Dekorasi restoran di Puchong ini berkonsepkan barat. Menu yang tereknal di sini ialah Wagyu And Kobe. Daging Wagyu yang memang terkenal akan kelembutannya menjadi pilihan bagi penggemar daging. Harga bagi daging wagyu ditentukan mengikut berat. Harga bermula dari RM138.90 – RM 199.00.

Anda juga boleh memesan makanan dari Haven’s Steakhouse melalui aplikasi Food Panda. Jika anda tak ingin makan daging anda juga boleh memesan Spaghetti dan juga Chicken Chop di sini. Kebanyakkan pelanggan yang datang memuji rasa masakan kerana mengekalkan keasliaan rasa barat.

Alamat: 1, Jalan Kenari 9, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor

Bayaran Masuk: Isnin – Ahad (10 A.M – 11 P.M)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0380768322


15. Bayou Dinner 

CariDestinasi Bayou Dinner

Salah satu restoran makanan barat yang terkenal di Puchong ialah Bayou Dinner yang terletak di Bandar Kinrara. Ruang makan yang luas, elegan, berkelas serta mengekalkan ciri-ciri Inggeris menjadi pilihan pelanggan yang menginginkan makanan barat. Kebanyakkan harga makanan di Bayou Dinner bawah RM20. Agak murah bukan bagi restoran makanan barat?

Menu utama yang dihidangkan di sini ialah Steak, Pizza dan Spaghetti. Walaupun restoran di Puchong ini merupakan resteoran barat, ada juga makanan lain seperti nasi goreng, tomyam, set nasi putih dan ikan siakap. Jadi anda jangan khuatir sekiranya anda ialah seorang tekak melayu.

Alamat: 51, Jalan BK 5a/2, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11:30 A.M – 10 P.M)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0380803200


Menginginkan makanan yang sedap, harga yang berpatutan serta ruang makan yang selesa itu adalah lumrah setiap pelanggan. Dapat makan bersama keluarga dan yang tersayang lebih-lebih lagi lokasi yang dikunjungi menyajikan makanan yang berkualiti dan mempunyai rasa yang enak akan menjadikan masa yang terluang lebih bermakna dan berharga.

Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan komitmen diri sehingga kita terlupa ada insan di sekeliling kita yang harus kita beri perhatian dan masa. Jadi bawalah keluarga, pasangan dan anak-anak anda makan di restoran Puchong yang telah disenaraikan. Ingat bonding time bersama insan tercinta itu penting. Selamat menjamu selera dan elakkan pembaziran!

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Tempat Menarik di Daerah Petaling, Selangor

Daerah Petaling merupakan salah satu daripada 9 daerah-daerah utama di negeri Selangor yang boleh dibahagikan kepada 3 kawasan utama iaitu Shah Alam, Petaling Jaya...

Tempat Menarik di Subang Jaya, Selangor

Tarikan destinasi menarik di Subang Jaya seperti di bawah ini merupakan sebahagian daripada tempat menarik di dalam Daerah Petaling selain Shah Alam dan Petaling Jaya....

6 Kedai Tomyam Paling Sedap di Subang Jaya

Tomyam adalah antara makanan yang sering digelar ‘comfort food’ pada waktu hujan, waktu lepak dengan kawan-kawan atau makan bersama keluarga. Dengan rasa sup yang...

Tempat Menarik di Petaling Jaya, Selangor

Petaling Jaya merupakan salah satu daripada 3 kawasan utama di bawah Daerah Petaling. Di sini memang banyak tarikan yang boleh dilawati baik secara solo...

7 Homestay Pilihan Terbaik di Sekitar Puchong

Jika anda merancang untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan ke Puchong, anda pasti akan mencari tempat penginapan atau homestay yang terbaik untuk percutian tersebut...

15 Kedai Makan TERBAIK Di USJ Subang

Tempat untuk makan mestilah menjadi antara perkara utama yang akan anda cari sewaktu pergi bercuti. Di Subang Jaya bukan sahaja terdapat banyak destinasi pelancongan...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Durrah
Durrah
2 years ago

Semua restoran ini halal atau ada yang tidak halal ya?

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x