Isi Kandungan
Sebut je Temerloh mesti anda akan terus teringat akan patin masak tempoyak. Menu ini memang tak dapat dipisahkan jika ke Temerloh dan sentiasa digemari ramai. Malah ada yang sanggup travel dari jauh hanya untuk makan masakan ini. Bagi penggemar ikan sungai, mereka memang tidak kisah untuk berbelanja lebih asalkan dapat melepaskan craving.
Tapi, tahukah anda dekat Temerloh ni banyak je lagi restoran & port makan yang best untuk korang cuba? Bukan setakat ikan patin masak tempoyak sahaja. Anda nak makan dekat restoran terapung, nak makanan western di Temerloh ada port kedai makan kami dah senaraikan. Selain itu, ada satu restoran yang pernah dikunjungi oleh Sultan Pahang dan juga penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza di Temerloh. Anda tertanya- tanya restoran yang mana satu? Anda kena baca sampai habis.
1. Char Koey Teow Banjir Nazan’s Corner
Nazan Corner menjadi pilihan pelanggan yang ingin makan char keoy teow. Dengan menggunakan tanda pagar The Best Char Koey Teow In Town, pastinya restoran ini bukan restoran yang biasa-biasa. Rata-rata pelanggan yang hadir memberi maklum balas yang positif. Restoran di Temerloh ini juga sudah mempunyai pelanggan tetap disini. Ada pelbagai variasi menu untuk anda pilih. Anda wajib cuba keoy teow seafood special mereka. Ada ketam, udang dan sotong dalam satu hidangan. Paling penting, saiz hidangannya tak akan menghampakan anda.
Selain char koey teow, anda juga boleh memesan bakso. Bebola daging yang digunakan homemade dan menggunakan resipi asal dari Indonesia. Anda harus cuba Bakso Jumbo mereka. Saiz bebola sama besar dengan saiz mangkuk mee yang dihidangkan. Nasi lemak halba juga ada dijual disini. Jika anda nak nasi lemak halba ayam goreng, ayam hanya akan digoreng jika pesanan dibuat untuk mengekalkan kerangupan dan kualiti ayam. Anda patut singgah disini untuk merasai sendiri keenakan hidangan yang disajikan.
Alamat: Lot 3902, KM4, Jalan Maran – Temerloh, Taman Harapan, 28000 Temerloh, Pahang
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (6 P.M – 11:30 P.M)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Email | Phone:0199955123
Whatsapp Char Keoy Teow Banjir Nazan’s Corner
2. Restoran Terapung D’ Mukmin
Anda nak tukar suasana makan malam dengan makan di restoran atas air? Datanglah ke Restoran Terapung D’ Mukmin di Temerloh. Suasana makan yang menarik, makanan yang disajikan juga pasti akan membangkitkan selera anda. Lokasi dan ruang makan yang disediakan memang sesuai untuk anda datang bersama keluarga. Ruang parkir juga luas. Jadi, jika anda datang konvoi ke sini memang tak jadi masalah.
Menu yang wajib anda cuba disini ialah Dulang Kolestrol. Nasi lemak bersama sambal ikan bilis, sambal sotong, sambal udang, ayam goreng berempah, paru masak berlada dan telur rebus. Memang banyak jenis sambal yang dihidangkan kepada anda. Anda boleh pesan couple set atau family set. Ada juga dulang western untuk anda cuba. Lamb chop, spaghetti, fries, coleslow, chicken chop, chicken grill, wedges, garlic bread bersama sos istimewa dihidangkan dalam satu set. Memang berbaloi anda datang makan di sini.
Alamat: Kampung Paya Kecil, 28000 Temerloh, Pahang
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (4 P.M – 11 P.M)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone:0142452542
Whatsapp Restoran Terapung D Mukmin
3. Rotarium Buffet Steamboat Restaurant
Ada lebih 100 bahan yang disediakan untuk anda nikmati di sini. Memang rambang mata anda nak pilihan hidangan sampingan untuk dinikmati bersama kuah tomyam. Harga pula? Memang terlajak murah. Hanya RM30 untuk satu orang. Sebab itulah, restoran di Temerloh ini sentiasa dipenuhi pelanggan.
Tetapi, anda dah ambil banyak-banyak tu anda jangan buat pembaziran pula. Restoran ini akan mengenakan cas RM10 bagi setiap 100g makanan yang anda tak dapat dihabiskan. Jadi, beringat semasa mengambil makanan tu. Jika hendak datang ke sini, anda digalakkan untuk membuat tempahan meja lebih awal. Takut nanti, meja penuh. Melepas pula anda nak makan steamboat di bandar Temerloh.
Alamat: 37, Jalan Dagang 1, Damai Court, 28000 Temerloh, Pahang
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (4 P.M – 12 A.M)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Email | Phone:0142185027
Whatsapp Rotarium Buffet Steamboat Restaurant
4. Idea Kitchen
Anda taknak makan ikan patin masak tempoyak? Usah gusar! Di Idea Kitchen menu utama yang menjadi pilihan pelanggan adalah Asam Pedas Claypot. Anda boleh pesan ikan jenahak, patin, pari, merah, talapia dan juga udang. Ikut selera anda. Memang menyengat rasa asam pedas di sini.
Selain asam pedas yang terkenal, ada boleh dapatkan masakan Negeri Sembilan di sini juga. Daging salai masak lemak cili api sentiasa menjadi pilihan pelanggan. Rasa salai memang dapat dirasai pada daging itu sendiri. Ayam pencen dan udang juga dimasak lemak cili api. Harga pun berbaloi. Tunggu apa lagi? Jom serbu Idea Kitchen.
Alamat: No.15 Tingkat Bawah, Jalan Dagang 1, Dynaton, Taman Bukit Angin, 28000 Temerloh, Pahang
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (11 A.M – 11:30 P.M)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Email | Phone:0199654186
5. Sidin Cafe
Anda nak cuba makanan Barat pula? Datanglah ke Sidin Cafe. Kedai hipster ini menyediakan juadah makanan Barat yang terbaik di Temerloh. Kafe ini juga menjadi port tempat lepak untuk anak-anak muda. Hiasan dalaman juga sangat sesuai untuk anda berswafoto dan OOTD.
Menu yang disajikan pula unik dan dalam saiz hidangan yang besar. Jadi, sekiranya anda mempunyai perut yang kecil disarankan untuk berkongsi makanan. Takut tak habis pula nanti. Anda wajib cuba hidangan Cheese Burger. Keju memang tak kedekut. Anda memang akan berasa puas hati makan di sini. Harga pun berbaloi.
Alamat: Jalan Dagang 2, Kampung Bukit Angin, 28000 Temerloh, Pahang
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (4:30 P.M – 11:30 P.M)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Email | Phone:0176961764
6. Restoran Ikan Patin Adik Wan
Ini lah restoran yang menjadi pilihan Sultan Pahang dan Dato Sri Siti Nurhaliza di Temerloh. Mana tidaknya, restoran ini menggunakan resipi yang sama sejak 40 tahun untuk menghasilkan ikan tempoyak yang kini menjadi buah mulut orang ramai. Restoran Patin Adik Wan di Temerloh ini juga mendapat liputan media dan pernah ditemu bual oleh pihak Astro Awani.
Selain ikan patin masak tempoyak, hidangan lauk lain juga ada disajikan untuk makan tengahari di sini. Ikan kelah goreng dan udang galah merupakan hidangan sampingan yang terkenal dan memang cepat habis. Pelanggan di Temerloh akan mula membanjiri restoran ini sekitar jam 12 hingga 1 tengahari untuk makan tengahari. Jika anda datang selepas waktu itu, tidak banyak pilihan lauk-pauk yang tinggal untuk anda. Jadi, jangan datang lewat ya.
Alamat: 2, Jalan Dagang 1, Kampung Bukit Angin, 28000 Temerloh, Pahang
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8 A.M – 7 P.M)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone:0179790403
Whatsapp Restoran Ikan Patin Adik Wan
7. Go’ Bang Patin Tempoyak
Berbeza dengan restoran yang lain, konsep makan di Go’Bang Patin Tempoyak memberi kebebesan kepada pelanggan untuk memilih makanan mengikut harga yang telah pun ditulis. Jadi, pelanggan boleh lah makan mengikut bajet yang dah ditetapkan. Menu dah dihidangkan dalam mangkuk, jadi dah sampai sana anda hanya perlu ambil dan bawa ke meja makan. Senang kan? Tak perlu tunggu lama-lama.
Ikan patin yang disajikan di sini ditangkap daripada kolam belakang restoran. Lebih segar dan bau hanyir ikan juga tiada. Selain ikan patin tempoyak, anda wajib cuba ikan patin kari claypot. Hidangan yang unik dan rare. Harga makanan juga memang berbaloi dengan rasa keenakan sajian. Anda patut cuba restoran di Temerloh ini.
Alamat: 1/4 Mile Jalan, 28000 Temerloh, Pahang
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10 A.M – 8 P.M)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone:0199569696
Whatsapp Gobbang Patin Tempoyak
8. Kedai Kopi Rhe-Be
Anda nak makan sarapan pagi sambil ngopi? Kedai Kopi Rhe-Be merupakan kedai makan yang wajib anda kunjungi. Pelbagai jenis sarapan pagi anda boleh dapati di sini. Sudah tentu, makanan pagi rakyat Malaysia iaitu nasi lemak merupakan hidangan paling laris. Anda nak makan nasi kerabu waktu pagi pun ada di sini.
Anda taknak makan berat? Anda boleh sahaja pesan telur bakar bersama roti goyang. Minum pula bersama kopi panas, memang nikmat yang tak dapat dinafikan. Variasi kuih-muih juga memang banyak. Sampai rambang mata. Harga makanan pula memang murah. Selesai sarapan, bole sambung perjalanan anda untuk menerokai Pahang dengan perut yang kenyang.
Alamat: Kampung Teluk Mengkuang, 28000 Temerloh, Pahang
Waktu Operasi: Khamis – Selasa (7 A.M – 12 P.M)
Lokasi | Instagram | Ulasan Pelanggan | Phone:0179198393
9. Restoran Saiful Patin Gulai Masam
Anda nak makan ikan patin gulai tempoyak menghadap sungai Temerloh? Datanglah di Restoran Saiful Patin Gulai Masam. Memang seronok menjamu selera sambil layan pemandangan sungai besar Temerloh. Restoran ini memang sentiasa dipenuhi pengunjung tempatan. Lebih-lebih lagi, pada waktu hujung minggu.
Baris beratur panjang bukanlah suasana yang baru di restoran ini. Disarankan anda membuat tempahan untuk mengelakkan barisan yang panjang tu. Anda boleh padankan hidangan utama bersama ulam-ulaman, belacan dan pucuk ubi masak lemak kuning. Memang makanan kampung yang sangat menyelerakan. Dijamin anda akan datang lagi ke sini.
Alamat: Dataran Patin Tg Keramat, Kampung Bangau, 28000 Temerloh, Pahang
Waktu Operasi: Rabu – Isnin (11 A.M – 4 P.M)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone:0182226577
Whatsapp Restoran Saiful Patin Gulai Masam
10. Omnomnom Kitchen
Anda dah sampai Temerloh tapi teringin pula nak pekena nasi kandar utara? Singgah makan di Restoran Omnomnom. Mereka menyajikan pelbagai menu yang boleh dipadankan bersama nasi kandar. Anda harus cuba nasi kandar bersama sotong goreng tepung. Sotong bersaiz besar ditambah dengan nasi yang menggunung, memang berbaloi dengan harga yang dibayar.
Selain nasi kandar, anda juga patut cuba ayam geprek di sini. Memang akan menguji tahap kepedasan anda. Ada yang mengalirkan air mata kerana tak tahan pedas. Anda boleh pilih berapa banyak cili yang akan diletakkan pada ayam. Rasanya memang sedap dan sudah tentu akan membuat anda berpeluh untuk menghabiskannya. Bolehlah anda ajak rakan-rakan atau keluarga untuk buat challenge makan ayam geprek. Pastinya, akan dapat merapatkan lagi silaturahim anda bersama mereka.
Alamat: Jalan Dagang 2,Dynaton Bukit Angin,No39,1st floor, 28000 Temerloh, Pahang
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11 A.M – 3:30 P.M)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone:01124237228
11. Warung Acu
Citarasa hotel tapi harga warung? Itulah yang dapat digambarkan jika anda berkunjung ke Warung Acu. Lokasi yang sangat mudah diakses kerana ianya terletak berdekatan dengan tol susur keluar Temerloh. Bolehlah anda berehat dan isi perut selepas perjalanan yang panjang disini. Menariknya di Warung Acu, anda tak perlu pening nak pilih menu apa.
Jika anda mengembara bersama keluarga dan dalam kumpulan yang ramai, di sini bukan sahaja ada menu masakan Melayu tetapi ada menu makanan Barat, Korea, Thailand, makanan panggang serta makanan dalam Talam. Rambang mata anda melihat menu yang disajikan. Satu restoran dengan pelbagai menu. Senang dan jimat masa. Sedap pun sedap. Jadi, ajak keluarga dan travel buddies anda untuk singgah disini. Menyesal tak cuba!
Alamat: No 9, Jalan Dagang 2, Taman Bukit Angin, 28000 Temerloh, Pahang
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (3 P.M – 11 P.M)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone:0179713681
12. Kancil Raja Patin
Nama kedai makan yang unik. Tahukah anda nama ‘kancil’ itu sebenarnya nama gelaran pemilik restoran ini. Kedai ini memang terkenal dengan ikan patin masak tempoyaknya. Lambat datang sahaja pasti meja sudah penuh. Lebih menariknya di sini, ikan patin pais juga turut menjadi menu pilihan pelanggan.
Resipi yang digunakan untuk memasak ikan patin tempoyak merupakan resipi turun-temurun keluarga Kancil. 13 ramuan rahsia disatukan untuk medapatkan rasa ikan tempoyak yang sememangnya dipuji oleh pelanggan. Jadi, rasanya yang asli memang akan memberikan anda pengalaman makan ikan patin masak tempoyak di Temerloh itu sendiri.
Alamat: No 65, Jalan BDS 1, BUKIT DESA SEMANTAN, 28000 Temerloh, Pahang
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11 A.M – 5 P.M)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Email | Phone:0138866164
13. Sheikh Cendoy
Anda dah penat berjalan-jalan di Bandar Temerloh? Ayuh! Basahkan tekak anda dengan minum cendol di Sheikh Cendoy. Kebiasaan pelanggan yang datang ke sini pasti akan memesan lebih untuk dibawa pulang. Dapat minum cendol, lebih-lebih lagi pada waktu cuaca panas memang layan habis.
Jangan lupa pesan juga goreng pisang. Minum pula bersama cendol memang kombo yang tak dapat disangkal lagi keenakannya. Menggunakan santan yang segar, pastinya anda akan merasai rasa santan yang segar dan berlemak pada setiap hirupan. Anda harus cuba cendol pulut, cendol durian dan juga cendol aiskrim. Belum cuba, belum tahu lagi rasanya.
Alamat: No 6 Gerai Taman Esplaned, Lurah, Jalan Semantan, 28000 Temerloh, Pahang
Waktu Operasi: Jumaat – Rabu (12:30 P.M – 6 P.M)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone:0145010773
14. Sarang Naga 76
Sarang Makan yang terletak di Sarang Naga 76 ini merupakan satu-satunya restoran di Temerloh yang berada dalam kawasan pelancongan agro. Kawasan yang berkeluasan 12 ekar ini mempunyai pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan untuk anda. Anda juga boleh terokai kebun durian Musang King yang diusahakan di sini. Ada zoo mini juga untuk anda lawati. Pastinya anak-anak anda akan teruja jika ke sini.
Anda dah penat berjalan, singgah menjamu selera di Sarang Makan. Semestinya menu yang ditawarkan mempunyai rasa yang enak. Pengalaman berbeza kerana anda makan di kawasan pelancongan agro. Tenang dan sunyi. Restoran di Temerloh ini mampu menampung kapasiti hinggan 300 orang? Besar bukan. Anda boleh membuat jamuan dan keraian di sini. Pastinya, harga memang berbaloi.
Alamat: Kampung Ketam, 28020 Temerloh, Pahang
Waktu Operasi: Selasa – Sabtu (7 A.M – 3 P.M)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Email | Phone:0193768490
Bagaimana dengan carta restoran pilihan terbaik kami di Temerloh? Ada yang mendapat tempat di hati anda? Dah puas makan ikan patin tempoyak, anda boleh cuba lagi juadah yang lain. Pastinya, restoran Temerloh yang disenaraikan tidak akan menghampakan anda. Harga pula semestinya berbaloi. Anda dah pesan makanan, pastikan anda menghabiskannya. Elakkan pembaziran. Selamat menjamu selera dan bercuti di bandar Temerloh!