10 Restoran Nasi Kandar di Pulau Pinang yg BEST

Pulau Pinang, terkenal dengan pelbagai hidangan kuliner yang lazat. Antara pelbagai hidangan yang menarik, satu hidangan tempatan ikonik yang sering mencuri perhatian orang ramai adalah Nasi Kandar. Hidangan nasi yang beraroma dan penuh rasa ini telah menjadi sinonim dengan landskap kuliner Penang, memikat warga tempatan dan pelancong. Dengan asal-usulnya yang berakar pada abad ke-19, Nasi Kandar di Pulau Pinang telah berkembang menjadi tradisi kuliner yang disukai ramai, mempersembahkan warisan budaya yang kaya dan cita rasa yang memikat di Pulau Pinang.

Sertai kami dalam perjalanan kuliner ini ketika kami menjelajahi Nasi Kandar di Pulau Pinang yang cukup popular, menggali asal-usulnya, campuran rempah-rempah yang unik, dan tempat-tempat Nasi Kandar yang wajib dicuba yang menentukan landskap kuliner Pulau Pinang. Bersedia untuk merangsang selera anda dan menjalani pengembaraan gastronomi yang tiada tandingan.

Restoran Nasi Kandar yang TERBEST di Pulau Pinang


1. Restoran Nasi Kandar Hameediyah

Restoran Nasi Kandar Hameediyah

Restoran Nasi Kandar Hameediyah ditubuhkan pada 1970 dan telah dikenali ramai. Terletak di ibu kota negeri iaitu Georgetown. Restoran ini terkenal dengan kebersihannya berbanding di tempat lain. Bukan itu sahaja, restoran ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin serta layanan pelanggan yang mesra dan bagus. Antara jenis hidangan yang istimewa dan perlu cuba disini adalah Kurma Kambing, Rendang Daging dan Ayam Kapitan. Restoran Hameediyah boleh dikatakan amat mengenali citarasa asal Nasi Kandar. Di samping itu, jenis lauk, sayuran dan ulam ulaman disediakan bagi memenuhi cita rasa pelancong dari luar. Antara lain kenapa anda perlu datang ke Hameediyah adalah kerana Nasi Briyani juga menjadi satu pilihan istimewa disini bukan hanya nasi putih disediakan. Pengalaman dan citarasa disini amat berharga dan tidak dapat dilupakan.

Lokasi | Ulasan Pelanggan


2. NS Nasi Kandar

NS Nasi Kandar

Juga terletak di Georgetown, NS Nasi Kandar telah dikenali umum dengan menu dan citarasa yang berbeza dari restoran lain. Terletak di jalan utama menyebabkan sedikit masalah bagi pelanggan mencari tempat letak kereta. Namun begitu, bukan sahaja nasi kandar menjadi pilihan menu disini, roti canai juga antara menu istimewa disini untuk santapan pagi. Oleh itu, restoran ini dibuka 24 jam dan mendapat pelanggan hampir setiap masa. Menu asas nasi kandar telah menjadi pilihan utama di sini dengan ayam goreng dan kuah banjir. Terdapat sedikit kelainan rasa pada kuah banjir serta ayam goreng yang rangup. Namun begitu, anda masih boleh memilih menu lain yang disediakan dan tidak menghampakan. Harga yang agak murah walaupun dalam kadar yang banyak. Berkenaan khidmat pelanggan juga, banyak mendapat pujian dari pengunjung kerana mendapat layanan yang sangat laju dan bagus. Sekiranya anda pertama kali ingin merasa nasi kandar, inilah kedai yang perlu dikunjungi. Datang sekali pasti nak lagi.

Lokasi | Ulasan Pelanggan


3. Shariff Nasi Kandar

Shariff Nasi Kandar

Berbeza dengan restoran nasi kandar lain, Shariff Nasi Kandar hanyalah kedai kecil terletak di kompleks makanan berada di Jalan Permai, Gelugor. Menu dan kelazatan yang sama dan tidak berubah sejak dulu menjadikan nasi kandar disini istimewa bagi rakyat pulau pinang. Harga yang berpatutan dan banyak pilihan makanan. Shariff Nasi Kandar mula beroperasi pada jam 5.30 petang sehingga 9.30 malam. Namun begitu, ramai pelanggan mula beratur sebelum 5.30 petang. Ayam Ros disertakan dengan telur bawang juga ditambah dengan kuah banjir menjadi pilihan utama dalam menu disini. Sekiranya ini menjadi pilihan, anda perlu datang awal kerana banyak menu utama habis lebih awal dan kedai juga dibuka cuma empat jam. Keadaan tempat kereta yang selesa dan luas di bawah kompleks makanan menjadikan kawasan tidak sesak dan mampu menunggu lama. Shariff Nasi Kandar menjadi pilihan utama rakyat pulau pinang kerana kelazatan dan keenakkan yang kekal serta harga yang berpatutan walaupun nasi dan lauk yang banyak.

Lokasi | Ulasan Pelanggan


4. Nasi Kandar Deen Maju

Nasi Kandar Deen Maju

Menjadi kegemaran ramai, Nasi Kandar Deen Maju terletak di Jalan Gurdwara dibuka pada 12.00 petang sehingga 9.30 malam setiap hari. Menjadi pilihan pelancong dan orang sekitar pulau pinang dengan hidangan ayam goreng dan ayam ros. Ayam goreng yang diperap terlebih dahulu menjadikan ayam begitu rangup serta ayam ros yang lengkap dengan rasa kari yang unik dan tidak terdapat di tempat lain. Walaupun anda terpaksa beratur panjang, namun khidmat pelanggan disini amat baik dan laju serta mesra pelanggan. Menu pilihan yang banyak juga menjadi antara sebab ramai orang ke sini. Kawasan makan yang luas dan selesa, disertakan juga dengan tempat parking yang disediakan khas untuk pelanggan Restoran Deen Maju. Restoran ini menjadi tempat yang wajib dikunjungi sekiranya menjejakkan kaki di Pulau Pinang.

Lokasi | Ulasan Pelanggan


5. Nasi Kandar Line Clear

Nasi Kandar Line Clear

Jangan risau sekiranya anda ingin Nasi Kandar di awal pagi, kerana Nasi Kandar Line Clear dibuka 24 jam tanpa henti. Terletak di Lorong kecil sepanjang Jalan Penang, anda dapat menikmati seni bina kota lama di Pulau Pinang disamping hidangan nasi kandar yang amat menyelerakan. Nasi Kandar Line Clear dikenali ramai sebagai nasi kandar paling murah di Pulau Pinang, tetapi menyediakan lauk dan hidangan setaraf dengan restoran lain. Antara istimewa di Line Clear adalah mereka menyediakan hidangan kejutan di masa tertentu dan kelazatannya terjamin enak. Oleh itu, kalau anda bernasib baik, anda mungkin dapat menikmati hidangan istimewa pada harga yang murah di Line Clear. Pengalaman ini amat berbeza dan tidak terdapat di tempat lain.

Lokasi | Ulasan Pelanggan


6. Nasi Kandar Kapitan Maju

Nasi Kandar Kapitan Maju

Restoran yang diketahui umum baik dalam mahupun di luar pulau pinang dengan pelbagai jenis hidangan yang mencipta keserasian antara pengunjung dan makanan. Nasi Kandar Kapitan Maju menjadi bualan ramai karena pelbagai keistimewaan lauk pauk disini. Beroperasi di Jalan Masjid Kapitan Keling Georgetown, menjadi tarikan bukan sahaja kerana nasi kandar, malah pelbagai jenis lauk jugak menepati citarasa dan tekak pengunjung. Antara menu pilihan adalah peha kambing dan ayam goreng berempah. Disamping itu, tempat yang kondusif, bersih dan layanan pelanggan yang terbaik dapat dinikmati disini. Tidak cukup dengan hanya sekali datang, anda perlu mencuba pelbagai jenis lauk dan menu disini kerana ianya membawa kelainan yang berbeza. Dari segi layanan pula, anda akan mendapat penyediaan makanan yang pantas, namun pada waktu puncak anda mungkin terpaksa menunggu meja kosong untuk duduk. Nasi Kandar Kapitan Maju perlu menjadi destinasi wajib bagi mereka yang ingin mencuba citarasa makanan di Pulau Pinang.

Lokasi | Ulasan Pelanggan


7. Restoran Deen

Restoran Deen

Walaupun nama yang sama, tetapi ini bukan pemilik atau restoran yang sama dengan Nasi Kandar Deen Maju. Restoran Deen terletak di Jelutong adalah antara restoran terkenal dengan Nasi Kandar dan menjadi pilihan rakyat Pulau Pinang. Walaupun ianya beroperasi 24 jam, tetapi Restoran Deen hampir setiap masa dipenuhi orang. Oleh itu, masa menunggu di sini agak lama. Menu utama di sini adalah ayam goreng, sotong beserta telur dan tidak dilupakan kuah banjir serta nasi campur banjir. Campuran lauk dan kuah dalam satu pinggan amat menyelerakan dan memenuhi citarasa orang malaysia. Namun begitu barisan yang panjang semasa masa puncak menjadikan masa menunggu yang lama bagi pelanggan. Restoran ini juga boleh dijadikan salah satu destinasi wajib bagi penggemar nasi kandar.

Lokasi | Ulasan Pelanggan


8. Nasi Kandar Pokok Ketapang

Nasi Kandar Pokok Ketapang

Nasi Kandar Pokok Ketapang sangat sinonim dengan rakyat pulau pinang yang terletak di Georgetown. Keenakkan yang dikenali ramai menjadikan nasi kandar di sini adalah antara pilihan popular. Seperti kebiasaan, pelbagai lauk hidangan disediakan menjadikan pengunjung rambang mata. Namun nasi kandar menjadi menu utama disini kerana perapan ayam goreng yang rangup, serta sayuran yang menggiurkan. Tidak lupa juga campuran kuah banjir yang meninggalkan kesan yang mendalam pada deria rasa pengunjung. Namun begitu, perkara tidak dapat dielakkan di Bandar Georgetown adalah masalah tempat letak kereta yang terhad. Harga yang murah juga menjadikan ini pilihan orang ramai serta berbagai hidangan dapat dinikmati tidak kira masa. Gabungan lauk yang pelbagai telah mencetus rasa ingin datang lagi dalam kalangan pengunjung. Oleh itu, tempat ini menjadi tumpuan orang ramai berkali kali kerana telah berjaya memberi kepuasan pengalaman dan makanan kepada pengunjung.

Lokasi | Ulasan Pelanggan


9. Nasi Kandar Ali IPD Corner @ Dato Keramat

Nasi Kandar Ali IPD Corner

Terletak berhadapan Balai Polis Dato Keramat, Nasi Kandar Dato Keramat menjadi sebuah nama yang besar kerana berjaya memberi pengalaman serta hidangan yang memukau pelanggan. Dibuka setiap hari dan terletak di persimpangan Lorong Singgora dan Jalan Dato Keramat. Terletak di lokasi yang agak padat menyukarkan bagi mereka yang datang menaiki kereta kerana mungkin menghadapi masalah tempat letak kereta. Namun Begitu, kedai yang bersih serta layanan pelanggan menjadi tarikan utama disini. Kelainan yang dibawa di restoran ini adalah anda dapat menikmati nasi kandar yang dihidangkan di atas daun pisang dan memberi kelainan dari segi rasa dan bau nasi disini. Kawasan makan yang luas dan sangat selesa, namun anda tidak dapat banyak pilihan makanan sampingan. Selain Nasi Kandar, disini juga terkenal dengan hidangan tomyam serta nasi goreng. Pelancong luar perlu merasai hidangan dan kelainan disini.

Lokasi | Ulasan Pelanggan


10. Nasi Kandar Imigresen

Nasi Kandar Imigresen

Kalau anda penggemar setia nasi kandar, Nasi Kandar Imigresen adalah tempat yang wajib dilawati. Terletak di Lorong Pasar, Georgetown. Kedai ini kebiasaan sibuk diwaktu puncak terutama di waktu tengah hari. Pengurusan restoran yang cekap membuatkan pengunjung dapat menikmati hidangan dengan cepat. Namun begitu, restoran ini dikatakan agak mahal berbanding restoran lain yang menyediakan hidangan yang sama. Tetapi, menu asas nasi kandar seperti ayam goreng rangup, kuah banjir, sayur bendi dapat memberi kepuasan pada lidah pengunjung. Tidak lupa juga hidangan kambing serta masakan sotong yang disediakan sangat mencipta kelainan dalam pingan. Anda mungkin perlu memilih masa yang sesuai sekiranya ini menjadi pilihan destinasi kerana barisan yang panjang mungkin memakan masa untuk anda dilayan. Namun, kepuasan penggemar nasi kandar dapat dipastikan di Nasi Kandar Imigresen.

Lokasi | Ulasan Pelanggan


Semoga 10 restoran legend yang menghidangkan nasi kandar ini memberi kita idea kelak untuk mencari port terbaik untuk pekena menu makanan popular ini di Penang dan seantero Malaysia kelak. Selamat mencuba.

Terokai juga port makan best di Pulau Pinang.

3.9/5 - (28 votes)

Anda Mungkin Berminat

50+ Tempat Makan Best di Penang Paling TOP Untuk Pelancong

Memang betul, kalau bercuti di Penang lebih 2 hari anda perlu bawa seluar bersaiz 2 cm lebih besar daripada saiz normal pinggang anda kerana...

5 Homestay di Bayan Lepas yang Patut Anda Cuba!

Bayan Lepas merupakan sebuah bandar kedua terbesar di Pulau Pinang. Selain itu, ia merupakan hub perindustrian Pulau Pinang dan dikenali dengan Zon Bebas Perindustrian....

Masjid Kapitan Keling – Masjid Bersejarah berusia 216 tahun di Penang

Pulau Pinang mempunyai banyak pengaruh budaya campuran dalam kalangan masyarakat Cina & juga India yang secara tidak langsung mempengaruhi senibina bangunan-bangunan di sini. Salah...

Pantai Batu Ferringhi – Aktiviti Menarik WAJIB CUBA

Pantai Batu Ferringhi mempunyai beberapa tarikan tepi pantai yang sesuai untuk anda sekeluarga lawati samaada untuk santai-santai atau melakukan aktiviti-aktiviti sukan air seperti bermain jet...

6 Perkhidmatan Van Sewa untuk Meneroka Pulau Pinang

Penggunaan van sewa Pulau Pinang bukanlah sesuatu yang asing, terutamanya pada musim cuti persekolahan. Maklumlah, Pulau Pinang mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik seperti...

Muzium 3D Penang – Destinasi Riang Ria Kanak-Kanak di Penang

Bercuti ke tempat menarik di Penang bersama anak-anak sudah tentulah kita mencari destinasi yang akan membuatkan kanak-kanak seronok & ghairah sampai lupa nak balik. Salah...

6 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

6 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Rika
Rika
2 years ago

Nasi kandar original….beratur panjang.. Kotor dan mmg letak harga mahal…

Last edited 2 years ago by Rika
Theny
Theny
6 years ago

I sudah try makan dekat nasi kandar beratur…beratur dari 9.30pm-10.30pm…setakat beratur 1 jam i okey lagi…tapi nama tak sehebat masakan dan persekitaran kedai…kedai kotor siap ada tahi kucing merata2 bau kencing dan tahi kucing …pinggan berminyak2…cawan plastik berlumut hitam …harga mak oiiii…mahal gila…nasi putih ayam goreng 2 ketul sayur bendi rebus kuah kari Rm13.50 , husband makan nasi putih kari kambing 1 ketul 2 ketul bendi rebus cili kuah kari Rm15.50….1st time try and last…ingatkan orang beratur sebab memang sedap sangat…tapi mengecewakan…dari 10 i just bagi 2 je…

azy
azy
3 years ago
Reply to  Theny

ni la punca2 sy xbpa minat mkn nasi kandar kt penang

Zamani
Zamani
8 years ago

Lain-lain nasi kandar yang best di Penang. Deen Nasi Kandar di Jelutong, Nasi Kandar Kampung Melayu di Air Itam, Nasi Kandar Tajuddin di Little India George Town, Nasi Kandar Merlin di Bishop Street, Nasi Kandar Sulaiman di Jalan Datuk Keramat berhampiran Rope Walk dan penjara, Nasi Kandar di Jalan Brick Klin berhadapan sekolah Kampung Jawa dan Perodua, Nasi kandar di Jalan Transfer dekat stesen minyak Caltex.

Noriza Rahman
8 years ago

Ni memang glemer sungguh di Penang nu

Hubungi Kami

6
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x