15+ Restoran & Kedai Makan Mesra Muslim / Halal di Krabi

Thailand merupakan antara destinasi pelancongan yang mempunyai jumlah bilangan penduduk Muslim tertinggi terutamanya di kawasan selatan iaitu di daerah Krabi. Maka, tidak susah untuk anda mendapatkan makanan halal dan mesra muslim di kawasan ini kerana terdapat pelbagai pilihan restoran yang bukan sahaja terkenal di Krabi malah hidangan yang disajikan sangat lazat. Para pelancong Muslim terutama dari Malaysia berpeluang untuk menikmati pelbagai hidangan yang dijamin halal tanpa rasa ragu-ragu.

Jom, kami kongsikan rekomendasi kedai makan yang sedap dan enak di Krabi untuk memudahkan percutian anda di sana nanti.


17 Restoran Muslim Friendly/Halal Yang Dicari Oleh Pelancong Muslim di Krabi

1. Restoran De’ Fish Seafood

restoran-muslim-halal-krabi
Kredit Gambar: De’ Fish Restaurant by Aonang Fiore on Facebook

Kalau anda ingin mencari hidangan laut segar di Krabi, anda wajib mengunjungi De’Fish Seafood Restaurant. Kedai yang terletak hanya 2.3 km dari Ao Nang Beach ini berada berhampiran dengan resort mewah Aonang Fiore. Dikelilingi dengan pemandangan gunung dan suasana santai yang selesa, restoran ini menawarkan hidangan seafood, pelbagai masakan Thai, dan Eropah dalam suasana yang romantis. Antara hidangan yang kami recommend anda cuba adalah seperti clear soup, stir fried chicken atau beef dan masakan panas.

Alamat: 764, Moo 2, Ao Nang, Mueang Krabi District, 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (11 pagi – 11 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Laman Web | Facebook


2. Tum Zab Nua 

restoran-muslim-halal-krabi
Kredit Gambar: Kbngooi & Chyka L Kim on Google Maps

Sebelum ini, restoran Tum Zab Nua dikenali sebagai A-Hud Dimsum & Seafood adalah antara restoran yang sering menjadi tumpuan para pelancong Muslim. Terkenal dengan pelbagai menu hidangan laut dan perkhidmatan yang mesra dari chef berpengalaman, restoran ini sesuai untuk keluarga, rakan-rakan, dan pelancong yang ingin menikmati hidangan laut segar berhampiran pantai. Masakan ketam dan Dim Sum sering menjadi pilihan utama para pelancong yang datang makan di restoran ini.

Alamat: 238, 4203, Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Isnin hingga Selasa, Khamis hingga Ahad (8 pagi – 9:30 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Laman Web 


3. Burger Bung

restoran-muslim-halal-krabi
Kredit Gambar: Weerayut L. & Vangelis Kleanthous on Google Maps

Jika anda seorang peminat western cuisine seperti burger, anda wajib bersinggah ke Burger Bung Restaurant di Krabi dan mencuba beberapa jenis hidangan burger dengan rasa unik. Burger Bung Restaurant ini sangat handal dalam menyediakan hidangan burger yang istimewa dengan menggunakan daging cincang segar dan sos berperisa yang dicipta khas untuk pelancong yang datang makan di restoran ini. Selain itu, mereka juga menyajikan menu hidangan western lain seperti grilled steak, pasta, dan pizza, yang disediakan menggunakan bahan-bahan segar untuk mengekalkan rasa yang lazat.

Alamat: 4203, Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (2 petang – 11 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Instagram


4. @Ao-Nang Krabi 

restoran-muslim-halal-krabi
Kredit Gambar: At Ao-nang Krabi & Wan Amira Wan Mansor on Google Maps

@Ao-Nang Krabi adalah satu lagi tempat makan yang sesuai untuk mencuba hidangan antarabangsa atau hidangan klasik Selatan Thai dan makanan laut yang selalu dicari oleh pelancong dari Malaysia. Sebelum ini, restoran terkenal ini dikenali sebagai Aonang Kung Paow Seafood, anda pasti akan berasa puas hati dengan hidangan yang disajikan serta layanan yang terbaik dari staff restoran ini. Anda wajib order hidangan popular seperti Pla Kapong Neung Manao, Pla Pao, Prawn Fried Rice, Grilled Prawn, Pad Thai, Tom Yam Goong, dan banyak lagi.

Semua makanan yang ada di sini dijual pada harga yang berpatutan tau! Anda perlu mencubanya!

Alamat: 18/1, m.2, Ao Nang Krabi Ao Nang, Krabi 81180, Thailand

Waktu Operasi: Isnin hingga Selasa, Khamis hingga Ahad (8 pagi – 9:30 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Facebook


5. Restoran Sareefah

restoran-muslim-halal-krabi
Kredit Gambar: Kamal Overlander & Sareefah Halal Restaurant on Google Maps

Terletak berhampiran Masjid Ao Nang Al-Munuawarah, Restoran Sareefah adalah restoran keluarga yang popular di kalangan pelancong Muslim di Krabi. Mereka terkenal dengan hidangan grilled seafood yang dijual pada harga yang sangat berpatutan sesuai untuk pelancong berbajet. Masakan Tom Yam mereka juga dimasak dengan sempurna dan rasa yang seimbang tanpa terlalu pedas sesuai untuk kanak-kanak. Kebanyakkan hidangan yang disajikan sesuai untuk dikongsi bersama ahli keluarga atau rakan-rakan.

Alamat: 243, 4203, Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 2 pagi)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Facebook


6. Krabi Koh Klang Seafood Restaurant on Farm 

restoran-muslim-halal-krabi
Kredit Gambar: An-ya OK & Natthanan Wongsawat on Google Maps

Antara sebab utama dan elemen keistimewaan restoran Muslim dan halal iaitu Krabi Koh Klang Seafood Restaurant on Farm adalah hidangan pelbagai jenis ikan yang dimasak dengan sempurna. Menurut reviu di restoranguru.com, harga-harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan setanding dengan kualiti makanan yang disajikan. Selain daripada hidangan laut yang segar dan dimasak sempurna, restoran ini juga menawarkan pemandangan sungai yang cantik.

Alamat: Khlong Prasong, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 9 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Laman Web


7. Kanabnam View Seafood

restoran-muslim-halal-krabi
Kredit Gambar: Krachang Kanabnam View Seafood on Google Maps

Terletak di tengah-tengah hutan bakau Ko Klang River restoran ini dibina dengan konsep kampung yang cantik. Restoran ini memberi peluang untuk pelanggan memilih makanan laut yang mereka inginkan dari fish farm mereka, kemudian dimasak mengikut cita rasa tersendiri dan disajikan dalam suasana laut yang memukau. Para pelancong perlu mencuba semua hidangan jenis makanan laut dan selatan Thai yang ditawarkan di sini. Selain daripada hidangan yang sedap, restoran ini terkenal dengan servis yang baik dan staff peramah yang sentiasa bersedia untuk melayan anda.

Alamat: 30/1, 1 Khlong Prasong, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 9 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Laman Web | Facebook 


8. BangNara Roti 

restoran-muslim-halal-krabi
Kredit Gambar: Thanawit Wongdechathon & Trong Ratanachumnong on Google Maps

Bangnara Roti & Coffee terkenal sebagai “Top-rated Halal Breakfast Spot” dalam kalangan pelancong terutamanya dari Malaysia. Restoran yang sederhana ini mahir dalam penyediaan roti seperti di Malaysia iaitu roti canai yang biasanya dimakan bersama Chicken Curry dan juga murtabak. Restoran ini juga menyajikan pelbagai hidangan Thai dan Malaysia yang halal seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang, dan juga aneka kuih muih Melayu serta kuih tradisional kaum Cina. Tempat ini sangat sesuai untuk sarapan pagi, brunch, dan makan tengah hari.

Alamat: 92/27 Vicar Rd, Pak Nam, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu (6:30 pagi – 2 petang), Ahad (6:30 pagi – 1:30 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Facebook


9. Halal Food Krabi @ Maharaj Market

restoran-muslim-halal-krabi
Kredit Gambar: Janelle Ann & Pablo Diablo on Google Maps

Maharaj Market adalah pasar pemborong makanan dan bahan-bahan segar yang terbesar di Selatan Thailand. Terletak di tengah-tengah bandar Krabi, pasar yang ditubuhkan pada tahun 2003 ini menjual pelbagai bahan tempatan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dengan harga yang berpatutan. Terdapat juga pelbagai produk makanan seperti herba dan rempah ratus Thai serta makanan berjeruk bagi pelancong yang menggemarinya. Makanan ringan atau snek popular Thailand dan pencuci mulut seperti Pulut Mangga dan Tao Kae Noi Big Roll juga boleh didapatkan di sini dengan harga yang sangat murah berbanding di Malaysia!

Alamat: Maharaj 10, Pak Nam, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan 


10. Restoran May & Zin 

restoran-muslim-halal-krabi
Kredit Gambar: Sohana Samrin & Xinying Law on Google Maps

Restoran May & Zin adalah antara salah satu restoran “muslim-friendly” yang terkenal dan halal dalam kalangan pelancong dari Malaysia apabila mereka melancong ke Krabi. Restoran ini menawarkan aura santai dalam suasana yang tenang di pusat bandar. Lokasi restoran yang strategik akan memudahkan anda untuk sampai ke restoran ini dengan menggunakan perkhidmatan tuk-tuk atau songthaew untuk mendapatkan full experience semasa percutian anda. Mereka menawarkan hidangan Asia-Thai tempatan, bersijil halal, serta pelbagai makanan pilihan vegetarian sesuai untuk pelancong yang mengamalkan diet vegan atau plant-based.

Antara beberapa hidangan popular yang ditawarkan restoran ini ialah Sweet Sour Sea Bass, Fish Head Curry dan Tom Yam Goong dengan harga yang berpatutan.

Alamat: 4203, Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81180, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (11 pagi – 9 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan


11. Restoran Arbadi

restoran-muslim-halal-krabi
Kredit Gambar: Kyung Kim & Adeel Azhari on Google Maps

Bagi pelancong yang menginginkan hidangan authentic Thai, anda disarankan untuk berkunjung ke Restoran Arbadi di bandar Ao Nang. Kedai ini popular dengan sajian pelbagai hidangan Thai halal yang sedap seperti Salad Mangga Hijau, Sup Tom Yam Seafood, dan Sup Kari Merah Kelapa yang jarang dijumpai di Malaysia dengan harga yang tak terlalu mahal. Apabila anda datang ke sini, tidak sah jika anda tidak mencuba hidangan seperti Pineapple Fried Rice, Mi Pad Thai Vermicelli, Som Tam serta beberapa hidangan Thai yang lain. Restoran ini kebiasaannya akan memberi sepinggan buah sebagai ‘complimentary dessert’ selepas makan.

Alamat: Holiday Beach Walk, Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81180, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (10:30 pagi – 9:30 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan


12. Restoran Madina 

restoran-muslim-halal-krabi
Kredit Gambar: Suhaida Suaid & Adam Krysiak on Google Maps

Terletak bersebelahan Masjid Khlong Haeng di Krabi, Restoran Madinah adalah destinasi makanan yang menghidangkan pelbagai hidangan Thai yang halal dan sedap, seperti Kari Massaman Daging dan Salad Betik Pedas. Restoran ini bukan sahaja dikenali dengan servis layanan mesra dari staff tetapi juga harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan untuk semua pelanggan. Restoran yang agak besar ini sesuai untuk pelancong yang datang bersama ahli keluarga atau group rakan-rakan. Antara hidangan yang wajib anda cuba adalah Telur Dadar Thai, Kari Massaman, dan beberapa hidangan Selatan Thai yang lain.

Alamat: 415, Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (12 petang – 10 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Facebook


13. PakNam Krabi Seafood

Kredit Gambar: Cikmat Putrabikes & Green Suze on Google Maps

Lagi satu restoran “muslim-friendly” yang bersijil halal di Krabi adalah Restoran Pak Nam Krabi Seafood. Salah satu keistimewaan apabila anda makan di restoran sini, selain makanan laut tempatan, adalah suasananya yang damai. Restoran ini terletak di sepanjang sungai Krabi, betul-betul menuju ke muara laut. Patio ruang makan yang besar dan luas menjadikan keseluruhan ruang makan ini tempat yang sangat bagus untuk bersantai sambil menikmati udara laut yang nyaman.

Terdapat pelbagai jenis makanan laut segar yang dimasak dengan sempurna mengikut citarasa pilihan pelanggan. Semua makanan laut di sini ditangkap fresh from the ocean untuk memberikan rasa yang segar dan manis isi seafood tersebut. Servis yang terbaik dari staff restoran dan pemandangan waterfront yang cantik menjadikan pengalaman makan di sini sangat bermakna. Antara hidangan unik yang mesti anda cuba Horseshoe Crab Salad, Pad Pak Liang Pad Kai, Panang Goong dan pelbagai hidangan laut yang lain.

Alamat: Sai Thai, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (11 pagi – 8 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Laman Web | Facebook


14. Asama Halal Thai Food 

Kredit Gambar: Parinyimz & Yan Yon on Google Maps

Restoran yang berada di tepi Jalan Klong Muang iaitu Restoran Asama Halal Thai Cuisine ini menyajikan pelbagai masakan authentic lokal Thai dan western cuisine. Restoran ini diuruskan oleh sebuah keluarga dan terletak berhampiran Pantai Klong Muang, dengan suasana yang family-friendly untuk kunjungan keluarga dan rakan-rakan. Anda pasti akan berasa puas hati kerana saiz portion makanan yang dihidangkan adalah besar dan sesuai dengan harga.

Restoran ini sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam setelah seharian menjelajah Bandar Krabi. Selain itu, menurut reviu pelancong di TripAdvisor.com, anda juga akan dapat sepinggan buah tembikai sebagai free dessert.

Alamat: 203, 3, Nong Thale, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 9 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Facebook


15. Hasanah Halal Food

Kredit Gambar: Hasanah Halal Food & Pok Deng on Google Maps

Terletak berhampiran pantai di Ao Nang, Restoran Hasanah Halal Food adalah restoran yang popular dengan sajian pelbagai hidangan Thai. Restoran ini lengkap dengan kemudahan Wi-Fi percuma serta menyediakan perkhidmatan take-away untuk kemudahan para pelancong. Staff restoran ini juga fasih dalam Bahasa Melayu jadi lebih mudah untuk anda memesan makanan. Antara hidangan yang sering menjadi pilihan para pelancong adalah Butter Fried Prawn dan Crab Papaya Salad serta pelbagai minuman buah-buahan tropika yang menyegarkan.

Anda juga patut cuba hidangan Vegetable Massaman Curry yang memang tidak akan dapat jumpa di Malaysia.

Alamat: 33, 104 Ao Nang, Krabi 81180, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 10 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Facebook


16. Roti Nah Vogue 

Kredit Gambar: Thanit & Nangikarn Lux on Google Maps

Jika anda adalah seorang sweet tooth lover, anda wajib datang ke Roti Nah Vogue yang terletak di Maharaj Road! Tempat ini sangat sesuai untuk pelancong yang datang berkumpulan bersama keluarga atau rakan dan juga sesuai untuk kanak-kanak. Restoran muslim dan halal ini menjual pelbagai jenis hidangan roti yang menarik termasuk Roti Pisang yang lembut, Crunchy Roti yang dihidangkan bersama topping susu pekat serta Roti Lembut Klasik yang menjadi ‘signature dish’ di Krabi. Semua hidangan roti yang disajikan sangat rangup di luar tetapi lembut dan gebu di dalam. Setiap hidangan roti, anda akan dapat minuman Chinese hot tea percuma.

Alamat: 84 Maharaj Rd, Pak Nam, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (5 petang – 12 tengah malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan


17. Kafe Khaothong Hills

Kredit Gambar: Mr Bo & Moein Danesh on Google Maps

Salah satu ‘hidden gems’ di Krabi adalah di Kafe Khaothong Hills iaitu sebuah kafe-restoran di atas puncak bukit yang menawarkan pemandangan menakjubkan pulau-pulau Teluk Phang Nga di Thailand. Para pelancong yang datang ke sini perlu meletakkan kenderaan mereka di tempat letak kereta dan menaiki pickup truck sebelum sampai ke puncak bukit tersebut. Anda berpeluang untuk melihat keindahan alam semula jadi semasa perjalanan yang pendek menuju ke puncak.

Kafe ini mempunyai bilik berhawa dingin yang kecil dan ruang makan besar untuk pelancong yang ingin menikmati pemandangan cantik semasa makan lebih-lebih lagi pada waktu matahari terbenam! Restoran yang mesra muslim ini menyajikan pelbagai jenis hidangan seperti Thai Herb Salad, Onion Rings, pelbagai Western Cuisine, minuman yang menyegarkan dan assorted cakes.

Walaupun restoran ini mesra Muslim, sebagai pelancong beragama Islam, anda perlu memaklumkan kepada pihak restoran untuk menyediakan hidangan tanpa menggunakan sebarang produk beralkohol atau bahan makanan tidak halal. Cara yang lain juga adalah dengan meminta cadangan pilihan vegan sebagai langkah berhati-hati.

Alamat: 135, 2, Khao Thong, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 7:30 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Instagram


Dengan panduan ini, mudahlah untuk anda mencari tempat makan halal yang berdekatan semasa melancong ke Krabi. Mari rancang percutian anda sekarang juga!

Jom baca: Top 10 Hidangan Makanan Thai Harus Dicuba Di Krabi

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

15+ Hotel Budget-Friendly Di Krabi

Apabila merancang percutian ke Krabi, Thailand, proses pemilihan penginapan adalah sangat penting untuk para pelancong. Ada yang mahukan bilik yang luas, kemudahan fasiliti dan...

10 Fasiliti Am di Krabi Anda Patut Tahu Sebelum Bercuti

Pengalaman percutian yang bermakna dan hassle-free adalah pengalaman yang diingini ramai pelancong. Krabi, sebuah bandar terkenal di Selatan Thailand, menawarkan pelbagai tarikan pelancongan yang...

5 Pilihan Tempat Pertukaran Wang Terbaik Di Krabi

Wang merupakan keperluan paling penting dalam setiap percutian. Semasa anda merancang perjalanan percutian, pastikan anda mengambil tahu tentang cara menukar wang melalui servis pertukaran...

3 Aktiviti Menarik Sesuai Dilakukan Untuk Menerokai Suasana Malam Di Krabi

Krabi, Thailand terkenal dengan tempat-tempat menarik dengan suasana malam yang memukau. Terletak di selatan Thailand, adalah destinasi yang penuh dengan kepelbagaian aktiviti malam yang...

Krabi: Destinasi Istimewa buat Pencinta Alam

Destinasi yang menakjubkan yang terletak di pantai barat Thailand, Krabi, adalah suatu keajaiban alam yang telah menawan hati ribuan pelancong yang mengunjunginya. Dikenali dengan...

10+ Makanan Selatan Thai Wajib Cuba di Krabi!

Makanan adalah salah satu tarikan terbaik dalam pengalaman percutian, dan Krabi menawarkan pelbagai hidangan yang menyelerakan. Mari kita cuba makanan yang wajib kita cuba...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x