13 Restoran dan Kedai Makan Sedap di Hulu Langat

Hulu Langat merupakan kawasan ala perkampungan yang sangat popular di kalangan warga kota kerana di sini terletak beberapa air terjun yang sering menjadi kunjungan warga kota setiap hujung minggu.

Selain itu, di sini juga terletak beberapa tarikan menarik lain seperti kolam memancing, kolam air panas dan juga restoran yang menarik untuk dicuba sekiranya berkelah ke salah satu air terjun di sini.


13 Restoran & tempat makan sedap di Hulu Langat

1. Restoran Lontong King

makanan menarik hulu langat

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi yang mencari lontong untuk sarapan pagi, anda boleh terjah Lontong King. Kedai makan Hulu Langat ini menyediakan pelbagai menu sarapan pagi yang enak-enak belaka. Selain lontong yang menajadi kegemaran di sini, mereka juga ada nasi goreng, bihun goreng, ayam panggang dan macam-macam lagi lah. Anda pasti terliur tengok pilihan makanan disini. Kuih-kuih pun banyak.

Lontong memang menu wajib cubalah kalau dah sampai sini. Anda boleh letak bergedil, paru mahupun sotong bersama lontong anda. Tempat makan ini memang digemari orang-orang Hulu Langat lagi-lagi mereka yang baru bangun tidur dan lapar nak makan pagi. Juadah nasi-nasi pun ada sini seperti nasi campur, nasi ambeng dan nasi ayam.

Peta Lokasi | Jarak | +60173141692 | Facebook | Website

Alamat:4, Jalan Seri Nanding, Taman Lagenda Suria, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 7.30 am – 1.00 pm (kecuali Jumaat)


2. Sarapan Pagi Roti Canai & Nasi Lemak ABZ

sarapan pagi hulu langat

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Tidak jauh daripada stesen minyak Petronas Nanding, terdapat sebuah warung makan pagi di deretan kedai di Taman Sri Nanding. Lokasi kedai pun mudah untuk diakses di tepi jalan. Yang menjadikan warung ini agak popular di kalangan warga setempat adalah kerana nasi lemaknya yang sedap dan mempunyai beberapa aneka lauk pilihan yang boleh di cuba.

Selain itu, di sini juga ada menjual aneka kuih muih tradisional Melayu yang sedap-sedap dan baru dimasak. Sesuai untuk anda datang ke sini bersarapan sekiranya on the way ke air terjun di Hulu Langat. Roti canai di sini juga empuk-empuk dan kuah karinya memang sedap.

Peta Lokasi | Jarak | +60195516939

Alamat: B52, Taman Sri Nanding, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 8.00 am – 12.00 pm


3. Restoran Selera Anggerik

tempat makan menarik di hulu langat

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kedai makan pertama adalah Selera Anggerik yang terletak di hadapan Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding di Batu 12, Hulu Langat. Restoran berkayu papan pink ini terletak di tepi jalan besar dan menyediakan masakan lauk orang Minang. Memang ramai orang di sini setiap kali waktu makan tengahari terutamanya di hujung minggu. Sekiranya anda suka makanan pedas-pedas bolehlah singgah di sini. Pastikan jangan datang lambat atau selepas pukul 2 petang kerana lauk di sini cepat habis! Antara menu popular di sini ialah Gulai Tunjang. Kalau datang ke restoran ini selepas pukul 2 mungkin plihan lauk sudah berkurangan. Bukan senang nak cari nasi padang yang memang sedap dan asli di Hulu Langat ni tau.

Peta Lokasi | Jarak | +60102199381

Alamat: 45, Jalan Intan, Taman Sri Nanding, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 9.00 am – 8.00 pm


4. Restoran Ikan Patin Sungai Pahang

ikan patin

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi yang sukakan masakan ikan darat, boleh singgah di Restoran Ikan Patin Sungai Pahang ini yang memang popular dengan hidangan makanan tengahari yang asli dari Pahang. Ikan Patin di sini besar-besar saiz dan kuahnya memang sangat ‘kick’ seperti makan di Temerloh! Harga ikan patin untuk sepotong di sini agak mahal kalau nak dibandingkan dengan di Temerloh iaitu dalam RM 8 semangkuk untuk bahagian badan dan RM 9 untuk kepala (itupun kalau kepala ikan besar).

Mungkin kerana lokasi di sini susah nak dapatkan ikan patin yang membuatkan harganya sedikit tinggi daripada di Temerloh. Namun, apa-apa pun ikan patin masak tempoyak di sini sememangnya antara yang sedap yang ada di KL & Selangor. Kuah dia memang menyegat dan pedas! Lokasi Restoran ini terletak di lot rumah kedai Taman Nanding berdekatan dengan Petronas Nanding.

Peta Lokasi | Jarak | 0390252220

Alamat: 1, Jalan Lagenda Suria 3/2, Taman Lagenda Suria, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 8.00 am – 6.00 pm (kecuali Selasa)


5. Murni Ikan Bakar Hulu Langat

murni ikan bakar hulu langat

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau anda teringin nak makan ikan bakar di Hulu Langat, salah satu tempat makan yang best ialah di Murni Ikan Bakar Hulu Langat. Di sini, anda boleh dapatkan beberapa jenis ikan untuk dijadikan ikan bakar. Antaranya ialah talapia, siakap dan cecaru. Ikan bakar di sini isinya memang lembut dan manis je bila dimakan. Memang tak hanyir lansung. Anda tak perlu bersusah payah pergi ke restoran-restoran berdekatan laut untuk menikmati ikan bakar yang sedap dengan isi yang manis. Ikan patin masak tempoyak juga istimewa di sini.

Peta Lokasi | Jarak | +60124085010 | Facebook 

Alamat:105, Jalan Sungai Lui, Kampung Jawa, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 6.00 pm – 1.00 am (kecuali Khamis)


6. Restoran Terra Pong

restoran terra pong

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Di batu 18, Hulu Langat anda boleh mendapatkan makanan laut yang sedap-sedap di Restoran Terra Pong. Kedai makan Hulu Langat ini menyediakan menu-menu masakan yang menarik berasaskan makanan laut ala Thai. Mereka ada tomyam, ikan siakap 3 rasa, ikan stim limau dan macam-macam lagi. Bagi yang nak sambut hadi jadi tu, anda boleh je beli kek di sini. Banyak pilihan kek yang boleh anda buat.

Tempatnya juga sangat luas dan sesuai untuk anda makan beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan. Parking banyak dan pemandangan luar yang cantik menjadikan restoran ini pilihan pelanggan.

Peta Lokasi | Jarak | +60390213399 | Facebook 

Alamat: Lot 679, Pekan Batu Lapan Belas, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi:  12–3pm, 5–8pm (kecuali Isnin)


7. Purnama klasik

tempat makan hulu langat

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Purnama Klasik memang mempunyai macam-macam menu makanan yang sedap-sedap. Anda yang berkunjung ke sini tu pasti akan pening nak pilih makanan mana nak makan. Memang macam-macam ada sini contohnya makanan Thai, makanan Korea, makanan barat serta makanan pantai timur. Menu makanan mereka bukan sahaja best tetapi rasa makanan juga memang sedap-sedap belaka.

Makanan paling selalu di pilih pelanggan di sini ialah shell out. Shell out tu makanan laut yang dicampur-campur dan disertakan sos istimewa mereka. Memang sedap shell out di sini lagi-lagi bila makan beramai-ramai tu. Jangan risau, tempat mereka ni luas jadi anda memang wajib datang bersama rakan-rakan serta keluarga anda.

Peta Lokasi | Jarak | +60172449508 | Facebook 

Alamat: Kampung Sungai Serai, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 4.00 pm – 12.00 am


8. Chicken Chop RM5 Hulu Langat

makanan western hulu langat

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Susahkan nak cari chicken chop yang besar, sedap dan murah? Harga biasanya mesti cekik darah lepastu tak sedap. Di Hulu Langat terdapat satu kedai chicken chop yang sedap dan murah bernama Chicken Chop RM5. Harganya memang murah dan lebih dari berbaloi dengan saiz dan rasa hidangan.

Mereka ni memang digemari oleh penduduk sekitar Hulu Langat ni kerana makanan yang murah dan sedap. Anda kalau datang tu cuma perlu tahu yang kedai ni memang selalu ramai orang dan kadang-kadang tempat duduk pun kena tunggu. Tetapi memang tak sia-sia anda tunggu seketika untuk makan disini.

Peta Lokasi | Jarak | +60172584087 | Facebook 

Alamat: Exit B52, Kampung Rantau Panjang, 43100, Selangor

Waktu Operasi: 6.30 pm – 12.00 am (kecuali Jumaat)


9. D’pallet place @ langat

restoran di hulu langat

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Malam minggu tu tak payah susah-susah masak, anda pergi je ke D’Pallet Place ni. Kedai makan sedap di Hulu Langat ini memang ada banyak gila juadah yang enak-enak dan menarik. Anda boleh pilih macam-macam disini. Antara yang boleh anda cuba ialah shell out, cendol, maggi ketam dan nasi arab. Anda tak perlu pergi tempat yang berbeza-beza untuk mencuba makanan yang berbeza. Anda datang je ke sini. Harga makanan mereka juga memang berpatutan dan anda pasti akan puas hati dengan makanan mereka.

Peta Lokasi | Jarak | +60176719565 | Facebook 

Alamat: Jalan Hulu Langat, Taman Kemacahaya, 43200 Cheras, Selangor

Waktu Operasi: 11.15 am – 1.00 am


10. Chalee seafood

tempat makan best di hulu langat

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Di Chalee Seafood anda boleh mendapatkan menu masakan makanan laut ala-ala Thai. Di sini mereka menjual ikan siakap 3 rasa, masak stim limau, padprik ayam dan banyak lagi. Kedai makan best di Hulu Langat ini memang selalu ramai orang pada waktu makan malam terutama sekali pada hari minggu. Maklumlah orang-orang Hulu Langat malas nak masak pada hujung minggu, jadi sinilah menjadi lubuk makan mereka.

Sup-sup seperti sup ekor dan sup tulang memang terbaik disini. Anda yang gemar makan sup tu memang patut cuba sup mereka. Walaupun selalu ramai orang, servis yang mereka berikan memang mantap dan pantas. Anda tak perlu sakit hati menunggu lama sambil perut lapar.

Peta Lokasi | Jarak | +60142536628

Alamat: 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 5.00 pm – 12.00 am


11. Kedai Makanan Hj Yusri Kebab Pakistan

makanan sedap di hulu langat

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Memang best dapat makan makanan Pakistan untuk tukar selera sekali-sekala. Kedai makan sedap di Hulu Langat, Hj. Yusri ni memang wajib singgah tau bagi yang suka atau nak cuba makanan-makanan Pakistan. Makanan Pakistan ni takdalah beza sangat pun dengan makanan mamak ke makanan arab ke.

Menu-menu mereka memang biasa didengari walupun hanya ada beberapa menu ringkas sahaja. Antara yang ada sini ialah roti naan, nasi beriyani, kari kambing dan sudah tentu, kebab. Kebab yang disediakan memang sedap sampai tak cukup makan satu je. Harga pulak memang murah dan berpatutan sangat. Jadi, serbulah kedai makan ini bila-bila ada masa nanti.

Peta Lokasi | Jarak | +60163517035

Alamat: Kampung Dusun Nanding, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 12.00 pm – 12.00 am


12. Daging Salai House

daging salai house

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Jikalau anda penggemar daging salai dan makanan Melayu, anda harus cuba makan di Daging Salai House. Daging salai masak lemak cili api di sini memang memukau lah rasanya. Anda memang akan datang lagi. Dagingnya memang tak liat dan rasa kuah masak lemak tu terbaik sungguh. Masakan melayu yang lain di sini juga sama sedap macam daging salai tersebut. Ada banyak yang anda boleh cuba seperti terung sambal, sup ayam, dan kari daging. Tempat mereka ni selalu dijadikan tempat makan tengah hari, ada yang bungkus dan ada yang makan je disini. Jadi, kalau nak lebih banyak pilihan lauk kena datang awal sikit.

Peta Lokasi | Jarak | +60196643711 | Facebook | Website

Alamat: Kampung Dusun Nanding, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 7.00 am – 5.30 pm


13. Sate Misman

kedai makan sedap hulu langat

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kedai makan sedap di Hulu Langat yang terletak di Batu 18, Sate Misman, menyajikan juadah sate yang terbaik di Hulu Langat. Selain satenya yang empuk dan tidak liat, kuah kacang yang disediakan juga memang mantap. Kombinasi kedua-dua itu menjadi pelengkap juadah di sini. Nasi impit dan timun juga ada disediakan untuk melengkapkan lagi juadah.

Makanan berat selain sate juga ada disini. Antaranya masakan thai seperti tomyam dan padprik serta masakan barat barat seperti chicken chop dan lamb chop. Anda kalau rasa tak kenyang makan sate je boleh cuba makanan lain di sini.

Peta Lokasi | Jarak | +60193177139 | Facebook 

Alamat: Pekan Batu Lapan Belas, 43100 Hulu Langat, Selangor

Waktu Operasi: 12.00 pm – 12.00 am


Jom baca: Air Terjun menarik di sekitar KL Selangor

Itulah dia beberapa destinasi restoran untuk sarapan pagi, lunch dan makan malam di area Hulu Langat yang terkenal di sini dengan masakan masing-masing. Kalau menuju ke air terjun Sungai Gabai atau Air Terjun Sungai Tua di Hulu Langat, jangan lupa singgah ye. Wassalam.

4.1/5 - (14 votes)

Anda Mungkin Berminat

16 Homestay TERBAIK Di Hulu Langat Dengan Suasana Nyaman

Hulu Langat memang salah satu destinasi beriadah yang popular di Malaysia dek kerana sungai-sungai yang segar dan menyamankan. Antara sungai yang terkenal di kawasan...

Tempat Menarik di Hulu Langat, Selangor

Selain tarikan tempat bercuti di Hulu Selangor, daerah Hulu Langat juga menawarkan banyak destinasi percutian yang menarik dan lebih kepada tarikan alam semulajadi seperti...

Sarapan Pagi Best di Lontong King Hulu Langat, Selangor

Bagi yang selalu berkunjung ke Air Terjun Sungai Gabai atau ke Pangson di Hulu Langat setiap hujung minggu, jangan lupa untuk singgah bersarapan di...

Kedai Masakan Minang & GULAI TUNJANG yang Sedap

Kalau ada kelapangan pergi ke air terjun di Hulu Langat, Selangor  di hujung minggu, jangan lupa untuk menikmati kesedapan masakan minang di Batu 12...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Noriza Rahman
8 years ago

Memang nampak sangat sedap dan menarik la untuk dimakan, kalau ke sana boleh waze namap tempat dan restoran ni…

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x