Isi Kandungan
Salah satu destinasi makan petang atau malam yang agak popular di area Kuala Terengganu ialah Kedai Air Buah Gelas Besar yang terletak di Kampung Seberang Takir berdekatan dengan Sekolah Menengah Ibrahim Fikri. Restoran ini memang sudah lama bertapak di sini dan sering menjadi pilihan warga KT untuk menikmati air buah yang ‘pure’.
Di kawasan Seberang Takir ada beberapa restoran air buah gelas besar yang juga dikendalikan oleh saudara mara pemilik kedai yang pertama iaitu Paksan. Namun yang paling menjadi pilihan pengunjung ialah di simpang tiga berdekatan Sekolah Menengah Ibrahim Fikri. Lihat peta di akhir perenggan untuk lokasi dan koordinat GPS kedai ini.
Pilihan air buah yang banyak
Memandangkan populariti restoran ini adalah pada air buahnya, maka memang banyak pilihan air buah yang boleh didapati di sini seperti buah naga, durian belanda, nangka, tembikai susu dan sebagainya.
Air buah asli atau lebih sinonim di kalangan warga KT sebagai ‘air buah pior’ yang memang sangat sedap dan menyegarkan. Di sini, terdapat beberapa pilihan saiz gelas yang boleh dipilih oleh pengunjung seperti saiz kecil, sederhana dan besar. Itu adalah saiz yang biasanya orang order.
Sekiranya anda rasa gelas saiz besar masih belum boleh memuaskan tekak, anda boleh mencuba gelas-gelas bersaiz piala dan kasut boot yang terletak di rak-rak di dalam kedai air buah gelas besar ni. Kebiasaannya, kalau pergi ke sini, saya hanya memilih gelas yang bersaiz kecil sahaja kerana isipadunya sudah cukup besar dan mengenyangkan.
Kalau sesudah bermain futsal atau badminton malam-malam di kawasan sekitar sini (Gong Badak), memang Restoran Air Buah Gelas Besar Seberang Takir ini satu tempat makan best di KT yang akan disinggah untuk memuaskan anak tekak yang kehausan dengan Air Buah Piornya.
Menu makanan di sini
Kedai ini ini bukanlah seperti sebuah restoran yang besar-besar atau mewah. Restoran ini hanyalah kedai makan kampung yang sesuai untuk mereka yang inginkan suasana biasa-biasa sahaja. Tiada aircond mahupun pelayan kedai berpakaian segak bertali leher.
Jadi expectation ke sini janganlah tinggi-tinggi sangat berkenaan dengan makanan-makanan yang ada seperti steak di Laman Grill ataupun kambing panggang. Sini memang takder.
Yang ada hanyalah menu makanan santai tradisional orang Terengganu seperti nasi dagang, nasi minyak, laksa, laksam, keropok lekor dan goreng-gorengan.
Jom baca: Kedai Nasi Dagang BEST di Kuala Terengganu
Terletak dekat dengan beberapa tempat menarik di Seberang Takir, KT
Seberang Takir terkenal dengan beberapa tempat menarik lain yang boleh anda kunjungi seperti Pantai Teluk Ketapang, Kedai Keropok Lekor BTB dan juga kedai-kedai ikan celup tepung (ICT Pok Long).
Jom Baca: Ikan Celup Tepung di Kuala Terengganu yang sedap
Memandangkan Kedai Air Buah Gelas Besar ini dibuka bermula petang selepas Asar, maka memang sesuai untuk anda datang sesudah bersantai di tepi pantai di Pantai Teluk Ketapang. Sebaiknya kalau boleh datang selepas pukul 8 malam kerana pada waktu petang, kadang-kadang mereka masih tengah bersiap-siap lagi.
Berkenaan dengan keropok lekornya pula, tak perlu bimbang dengan tahap piawaian kesedapan di Kedai Air Buah Gelas Besar ni, memang sedap! Maklumlah, kawasan ni berdekatan dengan beberapa kedai keropok lekor yang popular.
Peta Lokasi |Â Jarak |Â +60169217070 |Â Website
Bagi yang bercuti ke Kuala Terengganu dan inginkan membanjirkan tekak dengan air buah pior pada kadar isipadu yang besar, jangan lupa untuk singgah di Restoran Air Buah Gelas Besar Pak San di Seberang Takir. Selamat Mencuba. Wassalam.
Wah, memang besar sungguh gelasnya, siap pelbagai design lagi tu…
ingat lagi shoot majalah 3 kat kedai Pak San ni..dah lebih 10 tahun pun..ada rezeki nak ke kedai Pak San lagi..