Pulau Redang merupakan tempat pelancongan antarabangsa yang terkenal di Terengganu yang menjanjikan banyak pengalaman mengujakan jika berkunjung kesana. Jika mendengar nama Pulau Redang memang akan terfikir keindahan pantai yang bersih dan jernih. Malahan, habitat dalam laut disitu menjadi tarikan utama ditambah pula pulau itu menjadi tempat pelancong untuk melihat penyu-penyu yang merentasi laut dan bersantai disitu. Dengan melihat sahaja sudah tahu bahawa pelancong tidak akan melupakan pengalaman ke Pulau Redang.
Pembangunan dan pusat pelancongan di pulau ini juga semakin membangun secara tidak langsung menjadi tarikan ramai pelancong tempatan termasuklah luar negara. Sejajar dengan sektor pelancongan yang bertambah baik banyak resort dan villa telah dibangunkan berhampiran pantai sebagai tempat penginapan untuk para pelancong supaya anda boleh menikmati pemandangan laut dari tempat penginapan anda. Kalau bercuti pasti anda inginkan penginapan yang terbaik agar percutian anda lebih selesa dan bermakna. Jom lihat senarai penginapan di Pulau Redang yang kami sediakan untuk anda.
12 Resort Terbaik di Pulau Redang
1. Laguna Redang Island Resort
Laguna Redang Island Resort berkonsepkan penginapan bak idaman seiring dengan slogan mereka iaitu “Doorstep to Paradise”. Mereka menyediakan pelbagai saiz bilik dan rumah tamu yang sesuai dengan keperluan tetamu iaitu Standard Room dengan 3 katil untuk satu bilik manakala Deluxe Garden, Deluxe Pool dan Deluxe Sea dilengkapi katil kembar atau saiz queen. Lebih menarik lagi Deluxe Garden berhadapan dengan hutan atau taman landskap sesuai dengan namanya. Bilik-bilik lain juga dibina berdekatan dengan laut dan kolam.
Penginapan di sini juga dilengkapi dengan kemudahan tempat makan di mana anda boleh pilih untuk menjamu selera di Sang Suria Buffet, Seri Serai Ala Carte, Lobby Island Bar, Pool Side Bar, Tupai Beach Bar dan Warong Foodcourt. Selain itu, akses Wi-Fi juga disediakan percuma di bahagian lobby Resort.
Antara aktiviti yang anda dapat lakukan disana termasuklah aktiviti menyelam, berenang di kolam/jakuzi yang disediakan, aktiviti snorkeling, berekreasi, berhibur dengan KTV/Karaoke di ruang rehat yang disediakan, bergambar di serata Resort atau anda boleh melawati Tea Inn iaitu kedai hadiah dimana anda boleh membeli cenderahati berbentuk aksesori, kraftangan, kudap-kudapan dan minuman.
Alamat: Pasir Panjang, Redang Island, Malaysia
Semak Harga | Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09 630 7888
2. Redang Beach Resort
Redang Beach Resort ini terletak berhampiran dengan Pantai Pasir Panjang. Perjalanan di Resort ini dikelilingi pasir pantai yang putih dan hidupan terumbu karang. Ianya bertemakan gabungan reka bentuk moden dan kontemporari di seluruh hotel dan menawarkan penginapan yang selesa. Pilihan yang anda boleh ambil ialah unit Standard, bilik Superior, unit Studio, Villa dan Club Deluxe. Walaubagaimanapun, hanya Club Deluxe yang menawarkan penginapan bersaiz besar iaitu saiz keluarga. Menariknya lagi, untuk unit Villa anda boleh mendapat pemandangan kolam renang dan taman. Penginapan yang tersedia juga dilengkapi dengan Wi-Fi, pendingin hawa dan televisyen.
Antara aktiviti yang terdapat dalam pakej yang tersedia termasuklah sukan air seperti menyelam, snorkeling, mandi di kolam renang, berkayak dan berenang skuba manakala aktiviti lain termasuklah bermain bola tampar di tepi pantai, melawat Galleri Batik, kedai cenderahati, bilik persidangan untuk aktiviti berkumpulan seperti Telematch dan Board Game. Selain itu, pada waktu malam mereka mengadakan persembahan yang dinamakan Summer Point untuk menghiburkan anda. Ada juga hiburan tambahan di Open Air Disc/ Disko Terbuka.
Alamat: Â Pulau Redang, 21090 Kuala Terengganu, Terengganu
Semak Harga |Â Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09 623 8188
3. The Taaras Beach and Spa Resort
Seiring dengan nama The Taaras Beach and Spa Resort menawarkan aktiviti menarik seperti rawatan Spa yang jarang sekali mana-mana Resort tawarkan buat anda semua. Antara jenis bilik yang tersedia termasuklah Garden Suite, Cliff Premier Twin, Cliff Bay Suit, Cliff, Cliff Premier Suite, Ocean Front Suite, Two Bedroom Hill-View Deluxe, dua bilik Bay-View Suite, Ocean Front Master Suite dan yang paling istimewa The Taaras Villa iaitu bersaiz 1440 kps seperti rumah mewah. Walaubagaimanapun semua unit dilengkapi dengan tuala, selipar, barang mandian, pengering rambut, televisyen, sofa, Wi-Fi, kelengkapan bancuh minuman dan bar mini.
Sambil meneroka keindahan pantai anda ditawarkan untuk melakukan aktiviti seperti berkayak, snorkeling, SUP Board atau yang lebih menarik lagi menerokai pengalaman berenang dengan penyu yang dinamakan Jojo. Terdapat juga bilik mainan yang diberi nama Jojo, selain itu terdapat juga kemudahan bilik karaoke, gimnasium dan kolam renang. Bagi, korporat servis pula mereka juga menyediakan kemudahan ruang dewan untuk majlis dan mesyuarat mengikut spesifikasi yang diminta pelanggan. Resort ini juga menyediakan servis untuk majlis perkahwinan ala-ala kayangan seperti dalam filem dan dikendalikan oleh professional team.
Alamat: Peti Surat 126, Main Post Office, 20928 Kuala Terengganu, Terengganu
Semak Harga |Â Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-630 8888
4. Redang Bay
Redang Bay merupakan salah satu Resort tidak jauh kalahnya dengan Resort yang lain. Redang Bay dinamakan sempena kawasan ini yang kaya dengan keindahan teluk pantainya. Disini terdapat 4 jenis unit termasuklah Dorm, Family Dorm, Chalet dan Quad Room. Antara kemudahan yang disediakan ialah kolam renang, Wi-Fi percuma di semua bilik, kedai serbaneka, dobi dan kedai cenderahati. Resort ini juga menawarkan servis persembahan langsung daripada band pada malam hari.
Anda yang berkunjung kesini dapat melakukan aktiviti mandi di kolam renang, bermain di bilik game, mendapatkan perkhidmatan mengurut, berkayak, menyelam, mendaki bukit, mengail serta belajar berenang/menyelam. Untuk makanan pula mereka menyediakan perkhidmatan di Bayview Cafeteria, Bar, Restoran (Halal), kedai Kopi, kemudahan untuk ber-BBQ dan menyediakan servis ke bilik jika hanya mahu menjamu selera di bilik sahaja.
Alamat: 131, Jalan Bandar, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Semak Harga | Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-620 3200Â
5. Redang Reef
Redang Reef ini pula dinamakan sempena nama terumbu karang yang sangat sinonim dengan pantai, juga menawarkan pakej menarik untuk anda dimana terbahagi kepada dua iaitu aktiviti menyelam skuba atau aktiviti snorkeling didatangkan sekali dengan pakej hidangan makanan yang pasti berbaloi untuk anda. Antara aktiviti dalam pakej yang ditawarkan oleh Resort ini termasuklah snorkeling, melawat Taman Marine, ber-BBQ, beriadah/bersantai dan berenang di pantai. Selain itu, dalam pakej yang ditawarkan mereka menyediakan makanan untuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.
Terdapat 4 bilik yang boleh anda tempah disini iaitu Twin, Triple, Quad dan Add Night. Jangan lupa juga Redang Reef ini juga menyediakan banyak kemudahan lain seperti bilik yang lengkap dengan pendingin hawa, jalur lebar, makanan yang enak dan hospitaliti yang terbaik.
Alamat: 21090, Terengganu
Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09 622 6181
6. Redang Lagoon Resort
Redang Lagoon Resort nama seakan-akan Laguna tetapi berbeza versi dan tawarannya, berkonsepkan tradisional dan kontemporari menjadi tarikan utama pelancong untuk kesini, sangat minimalist pastinya mencetuskan keinginan anda untuk kemari. Antara jenis bilik yang ditawarkan termasuklah bilik Double + Single untuk perseorangan, bilik Quad 2-3 orang, bilik Double untuk berpasangan atau 2 orang dan bilik Triple untuk keluarga kecil atau rakan-rakan.
Redang Lagoon juga menawarkan pakej yang berbaloi untuk anda iaitu temasuklah perkhidmatan menjemput anda daripada jeti and kemari dengan menaiki feri yang tersedia. Antara aktiviti yang tersenarai untuk anda jalankan ialah snorkeling, melawat Taman Marine dan berenang di pantai terdekat. Servis penyediaan makanan juga termasuk untuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam dengan ber-BBQ.
Jika anda berminat untuk menempah silalah ke laman web dan FB yang di sertakan dibawah.
Alamat: Lot 94, Pasir Panjang, Pulau Redang, 21090 Kuala Nerus, TerengganuÂ
Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-666 6018
7. Redang Pelangi Resort
Redang Pelangi ini juga tidaklah jauh beza dengan Resort terbaik yang lain tetapi yang menariknya mereka menyediakan Insurans Perjalanan Domestik untuk para pelanggan mereka. Tambahan lagi, mereka juga menyediakan trip snorkeling ke Perhentian & Lang Tengah selain dari trip snorkeling dipulau Redang. Sungguh menarik bukan? Tempahan untuk Pulau Redang dapat sekali trip ke pulau lain juga.
Redang Pelangi ini juga tidak melepaskan peluang untuk menyediakan pakej berbaloi untuk pelanggannya. Antara pakej yang termasuk ialah pakej snorkeling, pakej menyelam dan ke Pulau Perhentian & Pulau Lang Tengah. Setanding dengan pakej yang berpatutan mereka menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam samada buffet atau BBQ. Selain itu, Resort Pelangi juga menyediakan pakej meraikan majlis perkahwinan yang dapat diraikan disini dengan harga bermula RM3888++. Sambil menyelam minum air, perkahwinan yang dikendalikan oleh pekerja yang profesional dan termasuk dengan pakej berbulan madu ditempat yang sama.
Alamat: Pasir Panjang, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu
Semak Harga |Â Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-624 2158
8. Redang Mutiara Beach Resort
Redang Mutiara Beach Resort juga sangat cantik untuk anda tempah bagi memenuhi percutian terancang anda, bilik berhadapan pantai dengan permandangan yang cantik pastinya membuai tidur anda dengan lena apabila malam hari. Resort ini mempunyai 40 unit bilik pelbagai kategori, iaitu Family Suite Roome, Deluxe Room, Standard Room (Triple/Quad), Standard Room (Twin). Bilik-bilik tersebut juga dilengkapi katil bersaiz queen, bilik air yang bersambung dan pendingin hawa. Resort ini juga dilengkapi PA sistem untuk karaoke jika diminta. Terdapat juga dewan mesyuarat dan kedai mini.
Resort ini beroperasi dengan 4 bot bermotor berbeza saiz, bot enjin berkapasiti 26 penumpang dan feri 68 penumpang. Selain daripada perkhidmatan penginapan dan bot, Redang Mutiara Beach Resort juga menawarkan pakej kursus, permainan carom dan kad, memancing, menyelam skuba dan bola tampar/bola pantai. Makanan yang ditawarkan juga menyelerakan.
Alamat: Pantai Peranginan Merang, 21010 Setiu, Terengganu Darul Iman.
Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09 653 1158
9. Redang Island Resort
Redang Island Beach Resort merupakan resort mewah sesuai untuk mesyuarat dan majlis keraian. Kebanyakan syarikat pasti berminat untuk mengadakan majlis meraikan pekerja mereka di resort yang serba-serbi ini. Resort ini menyediakan bilik mesyuarat yang bersesuaian dengan size dan kehendak syarikat, sesuai mengikut etika sesebuah syarikat mereka menyediakan juadah yang menyenangkan untuk perkerja dan tetamu bagi pihak syarikat itu.
Namun begitu, Resort ini juga untuk pelanggan yang datang untuk bercuti. Mereka menyediakan kemudahan lain juga seperti kolam renang, aktiviti rekreasi serta gimnasium. Bahkan anda boleh memilih untuk tempah bilik Rainforest Chalet atau Seaview Chalet dan Family Room. Sudah semestinya Resort ini menyediakan kemudahan yang lengkap untuk pelanggan mereka seperti kepelbagaian menu makanan lazat, bilik berpendingin hawa, servis mengemas bilik dan hospitaliti.
Alamat: Teluk Siang, Redang Island, 21090 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Semak Harga |Â Lokasi | Laman Web Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-630 8787
10. Sari Pacifica
Sari Pacifica nama yang cukup cantik seiring dengan Resortnya, siapa yang berkunjung pasti terpukau melihat hasil binaan resort yang cantik ala-ala countryside, tidak terlalu moden tetapi masih cantik dengan reka bentuk minimalist. Terdapat banyak pilihan unit yang boleh dipilih untuk anda termasuklah Seafront, Lagoon dan Country dimana Seafront Villa berada di depan laut manakala Lagoon Villa berada di depan laguna dan Country Villa berada di kawasan laguna tetapi berada agak jauh daripada kawasan fasiliti lain. Bahkan setiap bilik dilengkapi pendingin hawa, balkoni, televisyen, selipar pakai buang, mandian, pengering rambut dan seterika.
Resort cantik ini menyediakan fasiliti seperti bilik mesyuarat, Sari Dewi spa, pusat rekreasi dan menyelam, Cengkih Pool Bar dan yang paling menarik kolam yang dibina berhadapan pantai. Dalam pakej resort ini termasuklah satu-satunya restoran di Resort ini bernama Kayu Manis memberikan perkhidmatan makanan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Alamat: Pantai Pasir Panjang, Pulau Redang, Terengganu, Malaysia
Semak Harga |Â Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 03-6201 1055
11. Redang Holiday Beach Resort
Redang Holiday ialah tempat yang sesuai untuk berehat dan bersantai. Terletak di pinggir lagun yang indah dan seni binanya daripada kayu keras tempatan yang kukuh, ispirasi daripada asal usul Melayu desa tradisional. Antara jenis bilik yang ditawarkan untuk tempahan ialah Standard Room, Deluxe Room, Semi-D Bungalow Seaview dan Semi-D Bungalow. Setiap bilik berpenghawa dingin serta mempunyai balkoni peribadi dan bilik mandi en suite sendiri.
Redang Holiday juga menawarkan pakej bermalam untuk pelanggan mereka dan antara aktiviti yang dijalankan termasuklah snorkeling, mandi di pantai, beriadah dan bersantai bahkan anda akan dibawa untuk melihat penyu yang sinonim dengan Pulau Redang. Pakej yang ditawarkan juga termasuk dengan 4 kali makan iaitu sarapan, makan tengah hari minum petang dan makan malam.
Redang Holiday Beach Resort juga aktif di media sosial FB, untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti yang menarik silalah layari laman web yang tersedia dibawah atau hubungi mereka.
Alamat: 35, Jalan Bandar, 20100 Redang Island, Terengganu
Semak Harga |Â Lokasi |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-624 5500
12. Redang Delima
Melihat daripda promosi yang pihak Redang Delima laksanakan mereka sebenarnya menawarkan lebih kepada aktiviti lasak seperti Extreme ATV, Island Hopping, Round Island, Squid jigging, meneroka hutan disini untuk melihat tumbuhan dan haiwan tropika yang pelbagai dan semestinya aktiviti sukan air ditawarkan seperti Sport Fishing, menyelam skuba, snorkeling dan melihat coral. Anda juga boleh duduk santai tanpa sebarang aktiviti kerana mereka juga menganjurkan pelanggan untuk relaks dan santai bila bercuti.
Selain itu, penginapan yang ditawarkan juga cukup dengan hospitaliti dan kemudahan yang disediakan untuk anda, seperti bilik berpendingin hawa, Wi-Fi, air panas di bilik air dan tempat untuk beriadah sesama sendiri. Manakala, bilik yang ditawarkan untuk anda pilih terdiri daripada Twin, Triple dan Quad. Tidak lupa juga didatangkan sekali dengan perkhidmatan makanan untuk 4 kali iaitu sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.
Alamat: Lot 230, Jalan Jeti Merang, Pantai Peranginan Merang, 21010 Setiu
Semak Harga |Â Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-335 9101
Wahai peminat pulau yang cantik, anda semua sangatlah dialukan untuk berkunjung ke Pulau Redang permata negeri Terengganu ini. Anda secara tidak langsung dapat membantu sektor ekonomi di negara kita dimana sektor pelancongan yang kini makin pesat membangun. Jika tidak mengapa pemaju pusat penginapan berusaha keras untuk menambaikkan tempat mereka untuk para pelancong. Semoga niat anda untuk ke Pulau Redang terlaksana dalam masa terdekat, sudah semestinya anda tidak akan melupakan pengalaman kesini.