Isi Kandungan
Adakala manusia memerlukan percutian sebagai salah satu terapi untuk mengembalikan mood yang sedang berada dalam tekanan atau masalah. Dalam Malaysia juga mempunyai banyak tempat-tempat menarik dan penginapan yang cantik yang boleh anda pergi untuk menghilangkan rasa stress.
Port Dickson sebuah negeri yang sememangnya terkenal dengan pantai-pantainya yang cantik. Terdapat juga banyak resort di Port Dickson yang dibangunkan bersebelahan dengan pantai untuk memberikan pemandangan laut Selat Melaka melalui tingkap resort. Dengan reka bentuk dan landskap yang cantik dan indah pastinya akan memberikan anda lebih ketenangan apabila dapat merehatkan badan di resort-resort ini. Kalau anda tidak mahu berjalan jauh dan mempunyai waktu yang singkat dalam percutian, anda boleh mencuba aktiviti-aktiviti yang ditawarkan pihak resort bagi mengisi kekosongan masa anda.
Jadi kalau datang ke Port Dickson tidak tahu hendak menginap di mana?. Dan tidak tahu hendak lakukan apa?. Mari kami kongsikan kepada anda antara resort yang cantik dan unik beserta dengan aktivti-aktiviti yang boleh anda lakukan ketika menginap di resort tersebut.
11 Resort Di Port Dickson
1. Lexis Hibiscus
Nama Lexis Hibiscus pastinya tidak asing lagi kedengaran sebagai sebuah resort yang terletak di tepi laut. Resort yang dibangunkan seperti bentuk bunga raya ini menawarkan penginapan mewah dengan 117 bilik dan 522 villa di atas air. Yang pastinya semua bilik penginapan di Lexis Hibiscus tersedia kolam mandi peribadi dengan privasi terjaga.
Lexis Hibiscus menawarkan 11 pakej penginapan bilik dengan pelbagai kemudahan dalam bilik mengikut pakej. Ada pakej bilik yang menawarkan pemandangan pantai dan laut yang pastinya anda akan enjoy mandi-manda di dalam kolam renang sambil menikmati pemandangan laut yang luas. Tidak kurang dengan pemandangan laut yang boleh diikmati dari balkoni bilik, anda boleh dapatkan pakej bilik Panorama Pool Villa untuk melihat hidupan laut melalui lantai kaca jernih di dalam bilik anda.
Tidak terhad hanya kepada bilik penginapan, Lexis Hibiscus turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pengunjungnya. Antara kemudahan yang boleh anda nikmati di sini ialah gimnasium, photo booth, spa, karaoke dan juga kidz world yang sesuai untuk anak-anak. Selain itu, anda juga boleh melawati Hibiscus Walk yang berada di bersebelahan dengan resort untuk menikmati keenakkan makanan tempatan dan juga membeli-belah di kedai-kedai cenderamata.
Alamat: 12th Mile, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan
Semak Harga | Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 06-6602626
2. Grand Lexis
Grand Lexis resort juga merupakan salah satu resort di Negeri Sembilan yang didirikan di atas air. Grand Lexis yang dinspirasikan dari Bali ini menyediaka 305 villa dan suite untuk anda menginap di sini. Seperti Lexis Hibiscus, ke semua bilik penginapan di Grand Lexis juga turut menyediakan kolam renang peribadi dan pancuran mandian yang terdapat di luar untuk anda membersihkan diri.
Resort bertaraf 5 bintang ini menawarkan 13 pakej penginapan bilik untuk anda. Anda boleh memilih untuk mendapatkan bilik dengan pemandangan laut yang luas atau bilik pun yang berada di darat yang dikelilingi dengan taman yang menghijau. Setiap bilik juga dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti pendingin hawa, televisyen, seterika, pengering rambut, Wi-Fi dan banyak lagi. Dengan kemudaha yang tersedia ini akan memudahkan percutian anda,
Grand Lexis juga merupakan tempat yang strategik kerana berdekatan dengan bandar Port Dickson dan dekat dengan tol lebuhraya yang memudahkan untuk anda mencari dan sampi ke resort ini.
Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Semak Harga |Â Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 06-6532200
3. Pacific Regency Beach Resort
Pacific Regency Beach Resort yang terletak di Teluk Kemang ini mempunyai 166 bilik penginapan dan juga suite untuk anda yang datang ke Port Dickson. Antara fasilti yang tersedia di Pacific Regency Beach Resort ialah kolam renang terbuka yang menghadap ke laut, gymnasium dan juga kedai cenderamata.
Terdapat 7 pakej penginapan bilik dengan kemudahan-kemudahan di dalamnya yang ditawarkan untuk pemilihan anda. Bermula dengan pakej bilik yang boleh memuatkan 2 orang sehingga la ke penthouse yang memuatkan 4 katil bersaiz king, resort ini sesuai untuk penginapan bersama pasangan, rakan-rakan atau keluarga. Untuk anda yang mahukan privasi, anda boleh memilih pakej bilik Seri Menanti Suite, Seri Menanti Junior Suite dan Istana Penthouse yang mempunyai kolam renang peribadi. Yang pastinya anda akan berasa selesa dan tenang bercuti dan menginap di resort ini dengan menyaksikan pemandangan laut yang luas.
Alamat: Batu 7 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang, Kampung Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Semak Harga | Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 06-6546888
4. Avillion Port Dickson
Avillion PD merupakan sebuah resort yang berhadapan laut Selat Melaka dan dibangunkan dengan membawa konsep perkampungan nelayan Melayu. Avillion PD pernah memenangi anugerah resort pantai yang mempunyai pemandangan pantai seluas lebih 23 ekar. Bayangkan betapa luasnya pandangan anda apabila menginap di sini. Tidak cukup dengan itu, Persatuan Arkitek Malaysia telah memberi anugerah kecemerlangan resort kerana susun atur dan reka bentuk resort yang menarik dan indah.
Resort ini menawarkan 258 unit penginapan yang terdiri daripada bilik, chalet dan villa. Anda mempunyai pilihan untuk memilih sama ada ingin menginap di bilik, chalet atau pun villa berdasarkan kapasiti penginap. Anda turut akan dapat menikmati pemandangan pantai melalui balkoni dan tingkap bilik anda. selain pemandangan itu, ada sesetengah penginapan yang menawarkan pemandangan taman yang menghijau.
Apabila sudah menginap di sini, jangan lepaskan peluang untuk turut menikmati kemudahan yang tersedia di resort ini seperti berenang di kolam mandi kanak-kanak dan dewasa, gimnasium atau berjalan kaki menaikmati suasana alam semula jadi. Selain itu juga, pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti memancing, melihat burung, sukan pantai dan yang paling best merehatkan badan anda di spa.
Alamat: 3rd Mile, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Semak Harga | Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 06-6476688
5. Thistle Port Dickson Resort
Thistle Port Dickson Resort yang terletak di Teluk Kemang ini menawarkan 251 bilik dengan harga yang berpatutan untuk satu malam. Terdapat 8 pakej penginapan bilik yang boleh anda pilih untuk menginap di resort ini. Dengan kemudahan-kemudahan yang tersedia di dalam bilik membuatkan anda berasa berbaloi untuk menginap di sini. Kemudahan asas yang lengkap seperti bilik air peribadi, pendingin hawa, televisyen, Wi-Fi, pengering rambut dan alat mandian pastinya membuatkan anda berasa mudah dan selesa.
Tak lengkap sesuatu resort kalau tiada kolam renangkan?. Anda pastinya akan terkejut bila tengok kolam renang di Thistle Port Dickson Resort ini kerana sangat lah besar dan bersih. Anda bebas untuk berenang ke sana dan ke sini dengan puas. Selain aktiviti berenang, jangan lepaskan peluang untuk melakukan aktiviti di pantai seperti menaiki jet ski, donut ride, banana boat dan great marble ride. Kemudahan lain yang boleh anda dapati ialah gymnasium, gelanggang tenis dan meja pool. Banyakkan kemudahan dan aktiviti yang tersedia di Thistle Port Dickson Resort yang pastinya tidak akan membosankan percutian anda.
Alamat: KM16, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Semak Harga | Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 06-6482828
6. Klana Beach Resort Port Dickson
Klana Beach Resort PD dibangunkan pada Januari 2011 dan bukan sahaja berfokus sebagai sebuah tempat penginapan, malah menggalakkan pengunjungnya untuk turut sama mencintai alam semulajadi. Oleh kerana lokasi resort yang strategik, anda boleh akses laluan ke Pantai Teluk Kemang dan Pantai Seri Purnama melalui Klana Beach Resort PD. Boleh lah anda menikmati angin pantai dan menyaksikan matahari terbenam di sana.
Klana Beach Resort PD menawarkan penginapan sebanyak 85 bilik dan apartment. Oleh itu, jika anda datang bersama keluarga atau dalam kumpulan yang besar, anda boleh memilih apartment sebagai tempat penginapan di resort ini. Ada apartment yang mempunyai 2 bilik dan ada yang mempunyai 3 bilik dan masing-masing dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap. Tempat meletakkan kenderaan juga tersedia dengan luas di dalam kawasan resort dan agak menjamin keselamatan kenderaan anda. Selain itu, anda kemudahan lain yang tersedia ialah surau, kolam renang dewasa dan kanak-kanak dan juga BBQ pit.
Alamat: Kompleks Baitulhilal, Lot 4506 Batu, 8, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Semak Harga | Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 06-6487888
7. Tasik Villa International Resort
Tasik Villa International Resort membawa satu kelainan di mana resort yang terletak di Port Dickson ini menghidangkan pemandangan tasik. Kebanyakkan resort pastinya mempunyai pemandangan pantai atau laut, tetapi Tasik Villa ini akan menawarkan pemandangan tasik disekeliling bilik penginapannya. Pada waktu malamnya pula, anda dapat melihat cahaya pancuran air pancut bersama muzik yang akan dimainkan di tengah tasik tersebut. Pastinya akan membangkitkan suasana yang romantik dan harmoni!
Terdapat 9 pakej penginapan bilik termasuk villa yang boleh dipilih anda apabila menginap di Tasik Villa ini. Kalau anda bercuti bersama keluarga besar, anda boleh menginap di villa yang disediakan. Villanya mempunyai kolam renang peribadi serta kemudahan-kemudahan lain yang pastinya akan memberikan keselesaan seperti berada di rumah sendiri. Selain itu, terdapat juga pakej penginapan bilik untuk anda yang sedang honeymoon.
Alamat: Jalan Tasik Villa, Pusat Pelancongan Antarabangsa, Kota Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan
Semak Harga | Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 06-6448888
8. Glory Beach Resort
Glory Beach Resort menawarkan percutian yang berkonsepkan apartment. Terdapat 250 apartment dengan 3 pakej penginapan iaitu apartment dengan satu bilik, dua bilik dan tiga bilik. Setiap apartment mempunyai balkoni, ruang dapur, ruang tamu dan juga bilik air. Antara kemudahan yang tersedia di setiap apartment ialah televisyen LCD, pemanas air di bilik air, pendingin hawa dan cerek elektrik. Kelengkapan yang tersedia di apartment ini pastinya akan membuatkan anda selesa seperti berada di rumah sendiri.
Antara tarikan lain di Glory Beach Resort ialah Pusat Penetasan Penyu. Glory Beach Resort dengan kerjasama FRI Rantau Abang telah menubuhkan Pusat Penetasan Penyu ini agar kesemua telur penyu dilindungi dan terhindar daripada aktiviti penjualan haram telur penyu. Jadi anda bolehlah melawat pusat penetasan ini dan membawa anak-anak anda untuk melihat bagaimana proses penetasan berlaku. Sambil bercuti sambil menambah ilmu!
Alamat: Jalan Seremban, Taman Tanjung, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Semak Harga | Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 06-6516888
9. Avillion Admiral Cove
Reka bentuk seni bina Avillion Admiral Cove yang berkonsepkan warisan kolonial Malaysia telah menjadikan resort ini tampak mewah. Mempunyai 5 cawangan dan salah satunya terdapat di Port Dickson ini dan berdekatan dengan Admiral Marina & Leisure Club. Avillion Admiral Cove menyediakan 316 buah bilik yang luas dengan pemandangan pelabuhan dan pantai. Kemudahan yang tersedia di dalam bilik juga lengkap akan memudahkan percutian anda.
Nikmati makanan dan minuman yang tersedia di restoran dan bar yang ada di resort ini. Pastinya anda akan berasa enjoy melihat pemandangan laut yang luas sambil menyaksikan kapal layar dan bot yang mengharungi lautan. Selain itu, anda juga boleh mencuba pelbagai aktiviti outdoor seperti berbasikal, memanah, berkayak dan banyak lain. Setiap aktiviti dikenakan bayaran dengan harga yang berpatutan.
Alamat: 5 ½ Mile, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Semak Harga | Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 06-6470888
10. Corus Paradise Beach Resort
Lokasi Corus Paradise Beach Resort mudah untuk dijumpai kerana berada di kawasan jalan utama dan berhubung dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Jadi peratus untuk anda sesat sangatlah rendah kerana anda boleh menggunakan khidmat waze atau google maps untuk ke resort bertaraf 4 bintang ini.
Resort yang mempunyai 200 bilik dengan 5 pakej penginap ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan di dalam malah di luar bilik. Corus Paradise Beach Resort menawarkan penginapan bilik dan juga suite. Kalau anda hendak lebih selesa, anda boleh menempah pakej junior suite dan signature suite yang mempunyai ruang tamu, dapur mini dan juga balkoni. Akan tetapi kalau anda hendak jimat, anda boleh memilih room packages untuk mendapatkan harga yang berpatutan siap dengan sarapan pagi!
Alamat: Jalan Pantai, Taman Haji Zainal, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Semak Harga | Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 06-6477600
11. Eagle Ranch Resort
Inginkan tempat penginapan yang lain daripada lain?. Anda patut menginap di Eagle Ranch Resort yang berkonsepkan ladang bersuasana Barat namun masih mengekalkan nilai Malaysia. Penginapan yang disediakan sememangnya unik dan anda akan berasa teruja untuk menginap disini. Antara penginapan yang ditawarkan berkonsepkan teepee, bandwagons, cabin kayu dan juga dorm. Jika anda datang dalam kumpulan yang besar, anda boleh memlih pakej log cabin atau paddock dormitories yang boleh memuatkan 20 orang dalam satu masa.
Dengan bayaran yang berpatutan, anda juga melakukan aktiviti-aktiviti yang terdapat di Eagle Ranch Resort ini. Antara aktivti yang best yang boleh anda cuba seperti flying fox, rope course, berakit, go-kart dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang menarik yang boleh anda cuba. Dah menginap di Eagle Ranch Resort ini, jangan lepaskan peluang anda untuk menjenguk bar Watering Hole dan restoran Rock Mountain yang menghidangkan menu selera Negeri Sembilan.
Alamat: 544, Jalan Pantai, Batu 14, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan
Semak Harga | Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 06-6610495
12. Solesor Kg Beach Resort @ Kampung Baru Telok Pelanduk
Kepada anda yang sedang mencari tempat penginapan yang berkonsep unik, anda wajib datang ke Selesor Kg Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Resort baru di Port Dickson ini mengetengahkan konsep bilik yang diperbuat daripada kabin. Walaupun semua bilik yang disediakan disini adalah daripada kabin, keselesaan dan kebersihan di dalam bilik pasti tidak akan mengecewakan anda. Dekorasi biliknya sangat cantik dan minimalis. Biliknya pula dilengkapi dengan katil yang selesa, wifi, smart tv yang dilengkapi dengan siaran Netflix dan Amazon Prime, almari pakaian, peti sejuk mini, pemanas air dan bilik air persendirian. Yang menariknya, harga yang ditawarkan sangat berpatutan kerana sudah termasuk untuk makan breakfast dan dinner. Jadi, anda tidak perlu risau untuk membeli makanan di luar.Â
Selain itu, resort ini juga berhadapan dengan pantai persendirian, jadi hanya mereka yang menginap disini sahaja yang boleh berada di pantai itu. Resort ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan pemandangan yang cantik dan suasana yang agak privasi kerana lokasinya yang jauh dari kawasan orang ramai. Resort ini juga menyediakan sebuah swimming pool untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Jika anda ingin datang kesini bersama rakan-rakan, anda boleh memilih dorm room. Selain daripada harganya yang lebih murah, anda masih akan merasai pengalaman yang sama. Rekaan di sekeliling resort pula sangat cantik dan menarik dan sesuai untuk mereka yang suka bergambar.
Alamat: Lot 4003, Jalan Batu 12, Kampung Baru Telok Pelanduk, 71050 Si Rusa, Negeri Sembilan
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 06 6546777
Sekarang anda dah tahukan hendak menginap di mana ketika bercuti di Port Dickson? Tunggu apa lagi, ambil cuti dan beri diri anda sedikit reward dengan pergi bercuti untuk mengembalikan mood. Selain itu, memori juga boleh tercipta dengan masa yang anda luangkan dalam percutian yang singkat.