Isi Kandungan
Di bulan puasa yang penuh barakah, sesekali berbuka puasa berbuffet di luar dan di kawasan yang tenang tepi tasik serta suasana meriah bersama dengan keluarga atau isteri tercinta pasti akan menggembirakan mereka. Sekurang-kurangnya boleh menghabiskan masa yang berkualiti bersama dengan keluarga selepas seharian penat berkerja. Tahun 2016 ini dengan temanya Magical Ramadhan Nights, sekali lagi Pullman Putrajaya Lakeside menawarkan servis yang eksklusif kepada bakal tetamu untuk Buffet Ramadhan 2016 di sini.
Salah satu destinasi menarik untuk Ramadhan Buffet 2016 yang boleh orang KL atau Selangor datang adalah di Pullman Putrajaya Lakeside yang sering menjadi pilihan warga setempat saban tahun sebagai destinasi berbuka puasa bersama keluarga mahupun rakan sekerja. Untuk melihat sendiri suasana di sekitar buffet Ramadhan di sini, apa kata tonton video di bawah supaya anda dapat gambaran apa yang best dan apa yang boleh anda jangkakan dalam kepala anda apabila berbuka puasa di sini nanti.
Senarai Buffet Ramadhan 2016 <<
sumber video: pullman putrajaya lakeside
Promosi Harga Buffet Ramadhan 2016 di Pullman Putrajaya Lakeside
Bagi anda yang masih mencari promosi pakej buffet Ramadhan dalam bulan May 2016 ini, jangan lupa untuk lihat tawaran diskaun 25% yang diberikan kepada mereka yang membeli voucher sebelum 15 May 2016. Jadi selepas 25% Diskaun harganya menjadi:
- Dewasa: RM 126.75 nett/pax
- Kanak-kanak: RM 97.50 nett/pax
Jadi sekiranya anda lambat , dan membeli selepas 15th May 2016, maka harganya akan naik menjadi harga asal kepada:
- Dewasa: RM 169.00Â nett/pax
- Kanak-kanak: RM 130.00Â nett/pax
Selain itu, sekiranya anda membeli 10 voucher Buffet Ramadhan 2016 di sini, anda bakal menerima satu voucher istimewa sebagai saguhati untuk penginapan di Bilik Superior di sini.
Menu makanan berbuka puasa yang menarik
Kalau nak dibandingkan dengan beberapa destinasi berbuka puasa lain, mungkin anda fikirkan harganya agak mahal sedikit. Bak kata orang, apa yang anda bayar itulah yang anda akan dapat.
Di sini pihak Pullman Putrajaya Lakeside menyajikan aneka pilihan makanan dan juadah berbuka yang eksklusif dan sedap-sedap seperti homemade turkish delight, pilihan masakan daging yang segar, gerai makanan laut, gerai durian, salad segar dan lebih 20 gerai lain baik makanan wajib Buffet Ramadhan ataupun minuman yang menyegarkan.  Tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan live termasuk muzik tradisional, badut magis dan sebagainya.Â
Tempahan dan Lokasi Berbuka Puasa
Untuk pertanyaan dan tempahan sila berhubung dengan:
- tel: 03-8890 0000
- email: magicalramadhan@pullmanput
rajaya.com
Alamat: Pullman Putrajaya Lakeside, No.2, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Selamat berbuka puasa dengan insan yang tersayang di Pullman Putrajaya Lakeside. Selepas berbuka puasa bolehlah pula jalan-jalan di sekitar tasik di Putrajaya atau solat Terawih di Masjid Putrajaya. Wassalam.