Isi Kandungan
Setiap tahun Pulau Tioman menjadi destinasi percutian yang kerap dikunjungi pelancong tak kira dari dalam mahupun luar negara. Pulau di Pahang ini merupakan salah satu pulau terbaik di dunia yang pasti dapat memberikan pengalaman seumur hidup kepada pengunjungnya. Kepada anda yang memang dah rancang nak pergi ke sini, anda boleh baca dulu perkongsian kami mengenai pulau yang cantik ini. Biasanya pelancong akan membeli pakej pelancongan untuk ke Pulau Tioman.
Air laut Pulau Tioman yang jernih menjadi salah satu sebab kenapa ramai orang ingin bercuti ke sini disamping pantai yang bersih dan seronok untuk lepak-lepak. Kalau nak bergambar di sini memang terbaik kerana anda dapat berlatarbelakangkan pemandangan matahari terbenam yang mengubah langit menjadi jingga. Di samping itu, tempat penginapan di sini juga menjadikan pengalaman bercuti anda ke Pulau Tioman lebih baik.
Aktiviti Menarik di Pulau Tioman
Snorkeling di Pulau Tioman
Aktiviti snorkeling merupakan salah satu aktiviti yang paling dinantikan oleh pelancong pulau ini. Anda akan menggunakan google dan masuk ke dalam air untuk melihat ikan-ikan di laut yang disediakan oleh instructor anda. Biasanya kalau anda datang dengan pakej pelancongan semuanya sudah tersedia, cuma tinggal nak buat je. Memang seronok gila dapat berenang bersama-sama ikan yang berwarna-warni di laut. Kalau terserempak dengan Nemo nanti kirim salam.
Air Terjun di Pulau Tioman
Kalau nak main air di alam semula jadi tapi takut mandi laut, anda boleh pergi ke air terjun yang terletak di pulau ini. Ada beberapa port air terjun yang best dan yang paling terkenal di sini ialah Air Terjun Asah dan Air Terjun Lubuk Teja. Air terjun ini memang cantik tetapi takdalah macam besar sangat untuk mandi beramai-ramai. Ianya dikelilingi hutan hujan yang luas dan menghijau. Memang seronok kalau anda nak menghirup udara segar tanpa pencemaran di sini. Pastikan bila anda bawa makanan untuk berkelah tu anda kemas balik dan buang sampah di tong sampah yang disediakan.
Menyelam di Pulau Tioman
Bagi anda yang takut dengan laut dalam, aktiviti ini kurang sesuai dengan anda. Akan tetapi, kalau anda ingin mencuba anda harus lakukan aktiviti ini. Alah sekali seumur hidup kot, takkanlah taknak cuba kan? Lagi dalam anda pergi lagi banyak ikan lawa-lawa anda jumpa nanti, mana tahu boleh jumpa duyung ke nanti. Kalau anda bernasib baik penyu pun anda boleh jumpa tau. Memang best gila.
Kalau nak menyelam anda perlu pakai kelengkapan untuk menyelam seperti tangki oksigen untuk membolehkan anda bernafas dalam air. Bila anda beli pakej yang ada aktiviti menyelam, semua kelengkapan ini akan diberi dan ada tenaga pengajar yang akan ikut anda untuk memastikan keselamatan anda.
Kayak di Pulau Tioman
Aktiviti bermain kayak pun boleh dilakukan di Pulau Tioman. Untuk aktiviti ini ada beberapa tempat di kawasan pulau yang anda boleh dapatkan kayak. Kayak berpasangan ada, kayak solo ada, kayak yang lut sinar pun ada. Kalau pilih yang lut sinar tu memang boleh nampak air laut dan ikan-ikan didalam laut. Naik kayak ni senang je tau, anda cuma perlu duduk dan dayung sahaja. Kalau tak pandai tu cuba dayung perlahan-lahan dahulu sebelum pergi jauh-jauh. Kepada yang berbulan madu dan nak kan sesuatu yang romantis, anda ambil kayak pasangan tu.
ATV di Pulau Tioman
ATV ni merupakan aktiviti dimana anda menunggang macam motosikal tetapi lebih mencabar sikit. Anda akan melalui jalan meredah hutan yang berliku dan sempit. Anda biasanya akan dibawa menuju ke air terjun di mana anda boleh berehat dan bermandi-manda sebentar sebelum meneruskan perjalanan pulang. Durasi perjalanan pula mengambil masa melebihi satu jam. Jadi, memang lama lah anda akan memandu ATV tu. Disebabkan itu, harga yang ditawarkan untuk pemanduan satu ATV berharga melebihi RM130, lengkap dengan peralatan keselamatan sekali. Memang harganya tinggi tetapi berbaloi dengan pengalaman yang anda dapat rasai.
Aktiviti Pantai di Pulau Tioman
Terdapat juga aktiviti pantai lain yang anda boleh buat sini antaranya ialah main bola pantai, berkelah dan sewa basikal. Di sini ada disediakan kemudahan untuk anda bermain bola tampar bersama-sama. Biasanya jaring anda kena bawa sendiri sebab kadang-kadang orang suka buat harta jaring yang disediakan. Kepada yang tak main tu, anda boleh berkelah di persisiran pantai, makan-makan dan borak-borak.
Kalau nak ronda-ronda pulau ni pun boleh juga. Ada perkhidmatan sewa basikal dan motor untuk anda gunakan pusing-pusing pantai. Memang best tau kat sini sebab ada banyak aktiviti yang dapat dijadikan kenangan kelak.
Meredah Hutan di Pulau Tioman
sumber: Paya Beach Spa & Dive Resort
Meneroka hutan di Pulau Tioman adalah satu aktiviti yang digemari para pengembara tak kira orang Malaysia ataupun tidak. Anda yang memang penggemar daki bukit ke, daki gunung ke, memang boleh buat juga. Di sini, memang lebih afdhal jika anda mempunyai tour guide yang akan bawa anda meredah hutan hujan ini. Ni kan tempat orang, jadi bahaya kalau takda pakar hutan yang bawakan. Anda dapat menghirup udara yang segar di dalam hutan dengan bau-bau air hujan. Pastikan juga anda pakai pakaian yang sesuai untuk masuk hutan lagi-lagi part kasut tu. Jangan sampai tercabut kasut dalam hutan nanti.
Menikmati Matahari terbit dan terbenam di Pulau Tioman
Dah namanya pun pulau dah tentu-tentu ada pantai kan? Kalau ada pantai mesti ada pemandangan matahari terbit dan terbenam. Di Pulau Tioman memang antara pemandangan yang paling cantik boleh didapati di Malaysia kerana air lautnya yang biru bertukar jingga dapat dilihat dengan begitu jelas. Memang suasananya sangat romatik untuk pasangan yang datang berbulan madu. Anda pasti akan posing-posing di pantai berlatarbelakangkan pemandangan indah. Mungkin bagi anda yang nak melukis pun boleh juga buat di sini.
Pantai yang Paling Best di Pulau Tioman
Pantai Juara
Terletak di Kampung Juara, Pantai Juara merupakan sebuah pantai yang sangat cantik dan harus dikunjungi pelancong. Di sini, anda boleh melihat dan belajar mengenai penyu disebabkan oleh terdapatnya JTP (Juara Turtle Project). Ianya merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang menumpukan kepada aktiviti sukarelawan dalam pemeliharaan habitat penyu di sini yang merupakan kerjasama antara penduduk tempatan dan sukarewalan yang datang melancong.
Anda yang ke sini dapat menikmati pengalaman menyelam bersama penyu yang memang susah nak dapat di tempat lain. Jangan risau kerana mereka akan mengajar cara menyelam kerana terdapat kursus menyelam yang disediakan di sini.
Pantai Salang
Nak cari lagi pantai yang best di Pulau Tioman? Anda suka yang ada nightlife? Haa Pantai Salang lah jawapannya. Pantai ini digemari pelancong terutama sekali pelancong luar negara kerana tempat ini memang hidup pada malam hari. Kepada yang suka lepak-lepak waktu malam sampai tak ingat dunia tu, anda harus ke sini. Anda yang kaki borak tu mesti dapat membuat kawan dengan pelancong-pelancong lain yang turut lepak di sini.
Selain itu, pantai ini juga digemari pelancong kerana menjadi tempat menyelam yang cantik untuk melihat ikan-ikan dan terumbu karang. Memang takkan menyesal lah pergi ke sini. Suasanya memang cantik dan air lautnya berwarna biru sampai boleh nampak ikan tau.
Penginapan di Pulau Tioman yg Best
Resort di Pulau Tioman
Resort-resort yang ada di Pulau Tioman ni memang cantik-cantik belaka. Nampak have-have sungguh kalau tinggal di salah satu resort mewah di sini. Maklumlahkan, ni tempat tumpuan pelancong terutama pelancong luar negara. Jadi, mereka memang inginkan tempat duduk yang mewah dan cantik sahaja. Mengikut bajet dan keinginan anda, anda boleh pilih untuk tinggal di resort-resort moden ataupun resort yang kelihatan traditional yang memang menarik. Suasana resort-resort di sini memang menenangkan minda. Untuk yang nak berehat dari kesibukan kota, memang di sini lah tempatnya.
- Paya Beach Spa & Dive Resort
- The Barat Tioman Beach Resort
- Aman Beach Resort
- Salang Indah Resort
- Sun Beach Resort
- Panuba Inn Resort
Chalet di Pulau Tioman
Bagi anda yang mempunyai bajet yang terhad dan inginkan penginapan lebih murah, anda boleh pilih untuk tinggal di chalet-chalet yang ada di sini. Kalau di chalet ni boleh bawa lebih ramai orang masuk untuk tinggal sekali berbanding hotel yang mempunyai lebih banyak peraturan. Chalet ni biasanya ialah rumah kayu yang tidak berapa besar di tepi pantai di mana anda boleh melakukan aktiviti BBQ di luar bersama keluarga atau rakan-rakan anda. Best je sebenarnya tidur di chalet ni. Malam-malam memang sejuk kerana bayu pantai yang dingin.
Feri ke Pulau Tioman
Dari Jeti Mersing ke Pulau Tioman
Kalau nak pergi ke Pulau Tioman ni anda perlu melalui 1 daripada 2 jeti yang akan membawa anda ke pulau. Jeti Mersing merupakan 1 daripadanya. Jeti ini terletak di Mersing, Johor. Anda yang dari Johor dan Singapura memang lebih baik naik di sini je. Lagi satu, jadual feri di Mersing lebih kerap berbanding di Jeti Tg Gemok.
Terdapat sebuah terminal bas di Mersing yang mengambil masa selama lebih kurang 10 minit untuk ke jeti. Kemudian, perjalanan yang diambil dari jeti Mersing untuk ke Pulau Tioman adalah dalam 1 hingga 2 jam. Â Anda perlu letak kereta di kawasan jeti yang berharga lebih RM10 semalam.
Dari Jeti Tanjung Gemok (aka Teluk Gading) ke Pulau Tioman
Untuk orang-orang dari Utara serta Kuala Lumpur dan Selangor, jeti yang lebih dekat dengan anda ialah Jeti Tanjung Gemok yang terletak di Kuala Rompin, Pahang. Perjalanan dari jeti untuk ke Pulau Tioman lebih jauh berbanding dari Jeti Mersing iaitu melebihi 2 jam. Akan tetapi yang bagusnya di Jeti Tg Gemok, feri selalunya memang ikut jadual kerana keadaan air yang lebih baik.
Terminal Bas Kuala Rompin merupakan destinasi yang anda perlu jejak dahulu sebelum boleh bergerak ke jeti bagi yang menaiki bas. Jarak lebih kurang dalam 20 minit, oleh itu anda perlu menaiki bas lain ataupun teksi dari terminal bas. Ada juga bas yang menuju terus ke Jeti Tanjung Gemok, tetapi tak banyak lah, antaranya cuma Sanwa Express dan LA Holiday Express. Tempat letak kereta di sini juga melebihi RM10 untuk anda yang datang memebawa kenderaan sendiri.
Memang macam-macam kan aktiviti yanga menarik boleh dilakukan di Pulau Tioman ni. Dahlah pemandangannya sangat-sangat menenangkan hati, aktiviti yang dapat dilakukan juga menarik hati. Jadi, anda tunggu apa lagi, pergilah rancang percutian anda ke Pulau Tioman sekarang!
terima kasih atas perkongsian
Salam, boleh bagi no tel chalet yg cik duduk tak?
sewa kereta dengan sewa bot tu berapa ye?
Assalamualaikum. Boleh senaraikan semua harga awak pergi tu?
assalamualaikum. nak tanya, hujung tahun ni pulau tioman masih dibuka tak?
pulau biasa tutup musim monsun antara bulan 12 hingga bulan 3
Salam nak tanya pakej island hopping + snorkeling tu semua berapa ye ?
saya nak tanya.. apa nama chalet ni ye?
coral reef