9+ Pulau Di Malaysia Bertaraf Dunia & Menarik untuk Bercuti

Maldives, Bali dan Phuket merupakan antara destinasi pelancongan di pulau yang sangat popular di dunia. Bak kata orang, kenapa bayar lebih? Pulau di Malaysia yang menarik bertaraf dunia pun banyak, sokonglah industri pelancongan dalam negara kita.

Mari kita lihat rangkaian pulau di Malaysia yang paling menarik dan sering menjadi pilihan pelancong luar negara untuk bercuti serta melakukan aktiviti sukan air seperti menyelam, snorkeling mahupun untuk honeymoon.


1. Pulau Sipadan – syurga menyelam untuk melihat baracudda tornado

pulau di malaysia yang menarik

Sekiranya anda bersembang tentang topik scuba diving dengan mat saleh yang kaki menyelam, pasti perairan di Pulau Sipadan menjadi sebutan.

Pulau Sipadan mempunyai kehidupan marin yang sangat kaya dan salah satu aktiviti yang sering menjadi kegilaan para penyelam di sini ialah, mencari phenomena alam yang bernama baracudda tornado.

Keindahan berada di Sipadan sememangnya syurga kepada yang cintakan alam marin dan tidak hairanlah Pulau Sipadan sering kali menjadi destinasi penggambaran rancangan TV bertaraf dunia seperti Discovery Channels dan National Geographic.

Betapa senangnya kalau anda nak tengok 5-6 ekor penyu di sini untuk dive pertama anda.


2. Pulau Kapalai – Resort terapung world calss

pulau menarik di malaysia honeymoon

Sekiranya anda mempunyai lesen menyelam dan ingin mencuba ke perairan di Sipadan, apa kata untuk menginap di resort terapung di Pulau Kapalai yang hanya beberapa minit dari Pulau Sipadan. Resort ini terletak di atas laguna pasir yang di kelilingi terumbu karang bahkan anda boleh melihat terumbu dari atas balkoni resort di waktu siang hari. Air jernihnya yang membiru kehijauan pasti memberi para pengunjung satu penginapan yang sangat unik dan best.

Saksikan keindahan resort yang ada di Pulau Kapalai ini di dalam video di bawah. Memang bertaraf dunia !

sumber video: Lkwids Productions.


3. Pulau Redang – destinasi percutian pulau dengan keluarga

pulau redang terengganu keluarga

Bagi yang berada di Semenanjung Malaysia, anda mungkin ingkinkan destinasi percutian pulau yang lebih dekat tanpa perlu menaiki penerbangan ke Sabah. Dan salah satu tempat yang paling top di Semenanjung yang boleh anda pergi iaiah di Pulau Redang, Terengganu. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan kalau bercuti di Pulau Redang.

Keindahan Pulau Redang dari segi air, pantai, pasirnya dan hidupan marin sememangnya cukup mempersona. Bahkan anda boleh terus terjun dari pesisiran pantai untuk snorkeling melihat terumbu karang dan juga ikan ikan kecil yang comel.

Sekiranya bernasib baik, anda berpeluang melihat penyu-penyu di dasar lautan. Merupakan satu pulau di Malaysia yang sangat popular untuk bercuti bersama keluarga ataupun untuk honeymoon.


4. Pulau Tioman – permata pulau negeri Pahang

pulau tioman pahang menarik

Pulau Tioman juga tidak kurang hebatnya kalau bercakap bab snorkeling dan scuba diving. Di sini terdapat banyak port menyelam dan snorkeling yang best.

Ikan-ikan di sini juga sangat jinak dan bahkan anda boleh membawa roti dan memberi makan ikan hanya dari jari anda.

Kalau sudah terlanjur anda ke sini, jangan lepaskan peluang untuk ke Pantai Juara di seberang Pulau Tioman ini. Pantai ini sememangnya antara yang tercantik di Malaysia dan berada di sini seolah-olah anda kembali ke masa lampau yang tiada pencemaran alam sekitar.


5. Pulau Lankayan – Semua resort mengadap laut

pulau lankayan di sabah malaysia

Itulah yang menariknya di Pulau Lankayan di Sabah ini. Mungkin tidak sepopular dengan Pulau Sipadan, namun di sini turut menawarkan satu pakej percutian dan scuba diving antara yang paling best di Sabah.

Bangun pagi dan terus ke balkoni untuk melihat kebiruan air laut yang dipenuhi dengan hidupan-hidupan marin yang sangat unik. Selain untuk percutian bersama insan tersayang ketika honeymoon, Pulau Lankayan selalunya menjadi kegemaran para penyelam untuk mencari Leopard Shark, Whale Shark dan Giant Grouper.


6. Pulau Perhentian

pulau paling best di malaysia

Pulau di Terengganu yang lebih terkenal di kalangan penyelam profesional untuk menyelam dan melihat hidupan marin serta terumbu karang. Malah untuk aktiviti snorkeling sahaja pun, anda boleh bila-bila masa berjumpa dengan penyu-penyu di dasar laut.

Kalau anda ingin menyelam ataupun snorkeling di perairan yang lebih dalam di Pulau Perhentian waktu terbaik untuk datang ialah di antara bulan Jun sehinggalah ke Oktober. Bulan selain itu kebanyakannya laut bergelora kerana musim tengkujuh terutamanya di bulan November, Desember dan awal Januari.


7. Pulau Langkawi – pulau di Malaysia yang paling popular

pulau langkawi malaysia best

Tidak perlu diperkenalkan lagi, Pulau Langkawi sememangnya pulau yang paling popular di Malaysia dan telah banyak merangkul anugerah travel dan tourism di peringkat antarabangsa. Selain itu, Langkawi juga dinobatkkan antara 10 pulau yang tercantik di Asia di Trip Advisor 2015.

Pulau Langkawi mungkin lebih dikenali kerana kemudahan dan lokasinya serta banyak aktiviti di laut dan di darat yang boleh dilakukan samaada untuk shopping, sukan air, scuba diving, jungle trekking, cable car dan sebagainya.

Sebagai rakyat Malaysia, anda wajib datang ke sini walapun sekali untuk melihat sendiri betapa meriahnya pulau di Malaysia yang paling popular ini.


8. Pulau Mabul

pulau mabul di sabah malaysia

Salah satu pulau di Malaysia untuk honeymoon yang popular di Sabah. Perairan di Pulau Mabul tidaklah sedalam di Pulau Sipadan ataupun Lankayan, jadi bagi anda yang baru berjinak-jinak nak scuba diving, jangan lepaskan peluang untuk ke sini.

Ekologi di Pulau Mabul juga kaya dengan hidupan marin dan terumbu karang seperti di pulau lain juga, namun air lautnya lebih cetek di antara 20-30 meter.


9. Pulau Mataking

pulau paling top di malaysia

Sekiranya anda nakkan percutian bersama insan tersayang ketika berbulan madu di tepi pantai yang lebih menarik di Sabah, Pulau Mataking semestinya yang paling ideal. Pulau Mataking yang terletak kira-kira 45 minit dari Pulau Sipadan ini juga sering menjadi destinasi percutian di kalangan orang Eropah untuk honeymoon kerana resortnya yang cantik mengadapat laut.

Seperti di kebanyakan pulau lain di Sabah, Pulau Mataking juga mempunyai kawasan menyelam untuk melihat hidupan marin dan terumbu karang dan yang paling menarik adalah anda berpeluang berjumpa dengan paus jerung.


Itulah dia destinasi pulau di Malaysia yang dianggap bertaraf dunia dari segi kecantikannya. Masing-masing mempunyai keunikannya yang tersendiri dan pilihlah yang mana paling anda berkenan di hati. Selamat cuti cuti satu Malaysia.

4.5/5 - (25 votes)

Anda Mungkin Berminat

5 Tempat Menarik Untuk Bercuti & Berbulan Madu

Sudah menjadi kebiasaan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, berbulan madu ke destinasi yang romantik dan best semestinya merupakan agenda yang wajib dilakukan selepas...

5 Taman Negara di Malaysia BEST & Penginapan Popular

Malaysia mempunyai banyak taman negara dan lebih 30 kesemuanya samaada di darat mahupun di laut/marin. Kebanyakan Taman Negara Malaysia yang popular seperti di bawah turut mempunyai kemudahan...

Tempat Bersejarah di Malaysia – Yang Paling Kagum

Tempat-tempat bersejarah di Malaysia memang banyak dan unik. Di sebalik setiap kewujudannya mempunyai seribu satu ceritanya tersendiri. Ada yang terbina kerana cinta dan ada...

4 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

4 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Alib
Alib
1 year ago

Terbaik, kebanyakan di sabah..proud be sabahan

weror
5 years ago

pulau lankayan pasti kena makan

Anonymous
Anonymous
4 years ago
Reply to  weror

Kenapa? Sebab ada jerung tu eh? Kau ni lawak lah….

ikhwansuid
5 years ago

Pakej percutian ke Pulau Mabul tahun 2019 -DIBUKA UNTUK TEMPAHAN SEKARANG!

Nak bercuti ke Semporna selama 3 hingga 5 hari dengan pakej yang berbaloi dengan layanan 5 bintang?

Tinggalkan kerja itu, mohonlah cuti & belilah tiket penerbangan ke Tawau sekarang! Jangan risau pasal tarikh percutian kerana kami ialah sebuah resort di Pulau Mabul dan beroperasi sepanjang tahun! Pada bila2 masa nak datang pun boleh!

Whatsapp kami terus utk mendapatkan sebutharga: http://wasap.my/60129940470

#akukatmabulkaukatmana #mabulisland #pulaumabul #Mabul #MalaysiaTrulyAsia #TourismMalaysia #visitMalaysia #sabahtourism #Sibuan

Hubungi Kami

4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x