Isi Kandungan
Ramai sedia maklum dengan keadaan ekonomi sekarang di mana kos sara hidup semakin meningkat. Jadi tidak hairanlah jika ramai yang memerlukan pinjaman wang berlesen berdekatan Putrajaya, sama ada untuk kegunaan peribadi, melangsaikan hutang, perniagaan dan lain-lain. Pinjaman kewangan haruslah digunakan untuk kebaikan, bukannya mengundang lebih banyak masalah.
Jadi, pastikan anda meminjam wang dari syarikat pinjaman wang berlesen berdekatan Putrajaya yang berdaftar KPKT dan yang boleh dipercayai. Beberapa jenis dokumen penting juga diperlukan seperti salinan kad pengenalan, slip gaji, atau penyata bank untuk memohon pinjaman kewangan dari syarikat pinjaman wang berlesen. Di sini, kami senaraikan 10 syarikat pinjaman wang berlesen berdekatan Putrajaya yang mungkin menjadi pilihan anda.
Pinjaman Wang Berlesen di Kuala Lumpur
1. Commerze Capital Sdn Bhd, KL Trillion
Commerze Capital Sdn Bhd (CCSB) telah ditubuhkan pada 2007 untuk menyediakan penyelesaian kewangan kepada perniagaan tempatan. Mereka menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia untuk mengendalikan aktiviti pembiayaan invois (pemfaktoran), pajakan dan pembinaan kredit.Â
Selain itu, CCSB mendapat persetujuan daripada Kementerian Kewangan untuk pemfaktoran invois untuk projek kerajaan dan merupakan salah satu pembiaya dalam sistem e-Perolehan.
Bagi anda yang mahu memulakan perniagaan atau memerlukan nasihat kewangan, syarikat ini mempunyai pakar dalam bidang kewangan dan perbankan. Selain itu, pembiayaan mereka adalah diperakui Syariah, jadi tiada caj tersembunyi. Anda akan sentiasa tahu apa yang anda bayar.
Alamat: Unit C-10-3A, KL Trillion, No. 338, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Telefon: 03-2711 3129
2. Eco Credit, Brickfields
Eco Credit yang terletak di Brickfields ini menyediakan Pembiayaan Peribadi, Pinjaman Pemindahan Baki dan Pinjaman Habis Bulan kepada pelanggan untuk membantu mereka mencapai matlamat mereka.
Mereka mempunyai pasukan perunding yang berpengalaman akan membantu mencari penyelesaian kewangan terbaik dengan kadar faedah yang rendah untuk anda. Mereka boleh meluluskan pinjaman dalam masa 1 jam jika anda memenuhi syarat dan keperluan dokumen.
Alamat: 132-2, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 5.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Email | Ulasan Bisnes | Telefon: 010-205 6119
3. Maju Asas Trading, Pekan Sungai Besi
Jika anda memerlukan wang dengan segera, Maju Asas Trading sedia membantu. Syarikat yang telah beroperasi lebih 10 tahun ini menyediakan pinjaman mudah lulus dalam masa 1-2 jam, tanpa wang pendahuluan, tanpa penjamin dan dokumen ringkas. Anda hanya perlu menyediakan slip gaji terbaru 3 bulan, bil air & elektrik dan penyata bank terbaru 3 bulan sahaja.Â
Alamat: No. 15-2, Jalan Tasik Utama 3 Medan Niaga Tasik Damai Sg Besi, Pekan Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.30 am – 5.30 pm), Sabtu (9.30 am – 2.00 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Telefon: 016-665 5855
4. Winbest Biz Centre Sdn Bhd, Sungai Besi
Syarikat yang terletak di Sungai Besi ini menyediakan pinjaman wang berlesen yang mudah lulus dan proses yang cepat dalam masa 15-30 minit. Mereka menawarkan interest yang paling rendah dan bayar bulanan mengikut bajet anda.
Sama ada anda kerja kerajaan, swasta, kilang, Perkeso atau pencen, semua orang boleh meminjam wang di sini.Â
Alamat: 73, Jalan Tasik Utama 6, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 5.00 pm), Sabtu (9.00 am – 3.00 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Telefon: 016-744 7775
5. Daya Mewah Trading Sdn Bhd, Sungai Besi
Daya Mewah Trading menyediakan perkhidmatan Pinjaman Peribadi, Pinjaman Koperasi dan Pemindahan Baki Hutang. Mereka menawarkan skim pinjaman yang berdaftar kepada sesiapa yang mengalami krisis kewangan, sama ada anda BLACKLIST/CTOS/CCRIS, anda boleh memohon di sini.
Apa saja pekerjaan anda, anda boleh memohon pinjaman dengan syarikat ini. Mereka memberi kelulusan pinjaman dengan pantas, tanpa caj upfront, tempoh pembayaran balik yang fleksibel dan kadar faedah yang rendah.Â
Alamat: No 43-1 Jalan Tasik Utama 6, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.30 am – 5.30 pm), Sabtu (9.30 am – 2.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Email | Ulasan Bisnes | Telefon: 03-9054 9939
Pinjaman Wang Berlesen Puchong
6. Modal Bintang Kaya Sdn Bhd. Taman Puchong Prima
Syarikat yang terletak di Taman Puchong Prima ini telah beroperasi selama 8 tahun. Mereka menyediakan perkhidmatan pinjaman mudah lulus dengan kadar faedah serendah 1.5%.
Antara syarat kelayakan untuk meminjam adalah bekerja 1 bulan ke atas dan terbuka kepada semua sektor kerajaan, swasta, pencen dan Perkeso. Anda hanya perlu mesej mereka untuk menyemak kelayakan anda dengan percuma.
Selain itu, anda hanya perlu sediakan dokumen seperti salinan kad pengenalan, bil elektrik dan penyata gaji 3 bulan untuk memulakan proses pinjaman.Â
Alamat: E-03-02 Jalan Puchong Prima, 5/3, Taman Puchong Prima, 47100 Puchong, Selangor.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 5.30 pm), Sabtu (9.30 am – 12.30 pm)
Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Telefon: 011-1525 5883
7. Maxgain Resources, Taman Puchong Prima
Maxgain Resources merupakan sebuah syarikat pemberi pinjam wang berlesen yang diluluskan oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
Tujuan utama mereka adalah untuk memberi bantuan kewangan dan menawarkan pinjaman yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan seperti Pinjaman Peribadi dengan bayaran balik secara ansuran yang mudah.
Perkhidmatan mereka terbuka kepada semua kakitangan swasta, kerajaan, pencen dan Perkeso. Selain itu, pinjaman mereka tanpa penjamin, tanpa cagaran dan anda boleh mendapat diskaun penyelesaian awal.
Antara dokumen yang anda perlu sediakan adalah slip gaji 3 bulan terbaru, penyata bank 3 bulan, bil air & bil elektrik dan surat pengesahan jawatan.
Alamat: E-02-11 Blok E, Jalan Prima 5/3 Persiaran, Pesiaran Prima Utama, Taman Puchong Prima, 47100 Puchong, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 6.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Email | Ulasan Bisnes | Telefon: 03-8061 3325
8. D’asia Capital Sdn Bhd Bandar Puteri Puchong
Matlamat D’asia Capital adalah untuk sentiasa sentiasa bersedia untuk memberikan nasihat kewangan kepada anda semasa kecemasan. Mereka menawarkan pelbagai pilihan pakej pinjaman dengan kadar faedah rendah dan pembayaran balik yang fleksibel.
Semua orang boleh memohon termasuklah Blacklist, CTOS & CCRIS. Mereka menawarkan pinjaman peribadi berdasarkan jenis individu dan mengikut keperluan kewangan mereka.
Setiap pinjaman yang diluluskan oleh syarikat akan mengambil kira kerumitan kewangan yang dialami oleh individu tersebut. Jadi, anda tidak perlu bimbang untuk berurusan dengan syarikat ini.Â
Alamat: 18, 1, Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor,
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.30 am – 6.00 pm), Sabtu (9.30 am – 3.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Email | Ulasan Bisnes | Telefon: 03-8052 2992
Pinjaman Wang Berlesen Bangi
9. Diamond Destiny Sdn Bhd, Taman Persiaran Bangi
Diamond Destiny menawarkan perkhidmatan Pinjaman Peribadi, Pinjaman Bercagar, Pinjaman Perniagaan dan Pemindahan Baki Hutang. Mereka dapat memberi kelulusan segera dalam masa 30 minit tanpa caj upfront dan kadar faedah yang rendah. Semua orang boleh memohon, termasuklah Blacklist, CTOS & CCRIS.
Alamat: 3A, Jalan 6c/5, Seksyen 16, Taman Persiaran Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.30 am – 5.30 pm), Sabtu (9.30 am – 2.30 pm)
Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Telefon: 03-8925 5206
10. Wang Maju Trading, Seksyen 8
Syarikat ini menyediakan perkhidmatan Pinjaman Peribadi yang terbaik untuk semua orang. Antara sektor yang layak memohon adalah swasta, kerajaan, bekerja tetap, pencen, Perkeso, zakat dan Rider (Grab, Foodpanda, MrSpeedy, Lalamove).Â
Anda boleh mesej mereka untuk menyemak kelayakan anda dengan percuma. Mereka menawarkan pinjaman mudah lulus dalam masa 30 minit sehingga 1 jam dengan dokumen yang lengkap. Mereka hanya perlukan slip gaji 3 bulan terbaru dan penyata bank 3 bulan terbaru. Pembayaran balik mereka juga fleksibel mengikut bajet anda.Â
Alamat: No. 79a, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 5.30 pm), Sabtu (9.00 am – 3.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Telefon: 03-8920 2733
Semoga senarai ini dapat membantu anda mencari syarikat pinjaman wang berlesen yang terbaik berdekatan Putrajaya. Jangan lupa untuk menyemak syarat kelayakan permohonan dan dokumen yang diperlukan untuk memudahkan urusan. Kami berharap anda membuat keputusan yang betul dan tepat.
Jika anda perlukan pilihan yang lain, jom lihat artikel lain kami mengenai 10 Top Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Selangor. Semoga urusan anda berjalan lancar!