TOP 5 Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Puchong

Terlalu banyak pilihan juga merupakan perkara yang mengganggu fikiran terutama jika ia melibatkan hal yang penting terutama kewangan. Sama seperti syarikat pinjaman wang berlesen, tentu anda keliru mana satu yang paling terbaik! Tetapi jangan risau, dalam perkongsian di bawah ini, kami telah senaraikan beberapa syarikat pinjaman wang berlesen Puchong yang paling terbaik.

Berdepan dengan masalah kewangan merupakan perkara biasa abad ini. Terdapat pelbagai punca antaranya adalah seperti kos sara hidup yang meningkat, kehilangan pekerjaan, masalah kesihatan, keperluan mendesak, dan banyak lagi.

Dalam keadaan sebegini, kadang-kadang seseorang memerlukan bantuan kewangan segera untuk mengatasi cabaran tersebut. Pilihan terbaik yang ada adalah dengan menggunakan perkhidmatan pembiayaan kewangan melalui syarikat pinjaman peribadi.

Oleh itu, bagi anda yang tinggal di kawasan Puchong, ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui apakah senarai syarikat pinjaman terbaik di tempat ini dengan lebih lanjut!

Senarai Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Puchong


1. Maxwell Money Lender

pinjam loan

Maxwell Money Lender, syarikat pinjaman wang berlesen menawarkan pelbagai jenis pinjaman, termasuk pinjaman peribadi dengan bayaran bulanan yang tidak membebankan untuk semua pelanggan.

Selain itu, mereka juga menyediakan pinjaman perniagaan yang membantu menubuhkan aliran wang tunai kepada pelanggan, serta pinjaman SME untuk semua peniaga.

Syarikat ini turut menawarkan pelbagai jenis pinjaman cagaran yang boleh diterima, dengan jumlah pinjaman yang cepat diluluskan.

Salah satu kelebihan mereka adalah memberi kadar faedah pinjaman yang lebih rendah bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan pinjaman.

Dengan adanya penasihat kewangan yang berpengalaman, Maxwell Money Lender tidak hanya memberikan penyelesaian kewangan, tetapi juga memberikan perundingan berdasarkan keadaan semasa anda.

Alamat: 28-2 Jalan Puteri 5/2 Bandar Puteri 47100 Puchong

Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm (Isnin – sabtu)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


2. Pinjaman Wang Berlesen Puchong Maxgain Resources

pinjam loan puchong

Pilihan syarikat pinjaman peribadi seterusnya adalah Maxgain Resources. Maxgain Resources, sebuah syarikat pemberi pinjam wang berlesen yang disahkan oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Syarikat ini menawarkan kelebihan seperti diskaun untuk penyelesaian awal, tanpa perlukan penjamin, dan kadar faedah pinjaman yang tidak melebihi 12% setahun (dengan cagaran) atau 18% setahun (tanpa cagaran).

Pinjaman ini turut terbuka untuk pelbagai kumpulan termasuk kakitangan swasta, kakitangan kerajaan, mereka yang berpencen dan yang memperoleh manfaat daripada Perkeso.

Dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman pula adalah seperti slip gaji 3 bulan terkini, penyata bank 3 bulan terkini, bil air dan bil elektrik, serta surat pengesahan jawatan.

Alamat: E-02-11 Blok E, Jalan Prima 5/3 Persiaran, Persiaran Prima Utama, Taman Puchong Prima, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 6.00pm (Isnin – sabtu)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


3. D’asia Capital

pinjam wang berlesen

Dengan D’asia Capital, anda dapat menikmati perkhidmatan pinjaman duit berlesen yang cepat, mudah, dan dipercayai untuk menyelesaikan masalah kewangan anda.

Syarikat ini juga menawarkan proses permohonan yang terbaik dengan pilihan praktikal, tanpa anda perlu menunggu selama beberapa minggu atau hari untuk mengetahui kelulusan.

Proses permohonan pula hanya mengambil masa beberapa minit, semudah 1 2 3. Anda boleh memohon pinjaman secara dalam talian, dan syarikat akan memproses permohonan anda dalam masa sejam.

Dengan kadar faedah yang rendah dan jumlah pinjaman yang lebih tinggi, serta perkhidmatan OutCall yang ditawarkan juga proses penerimaan wang tunai dengan mudah walaupun memiliki rekod kredit yang buruk, tidak hairanlah jika syarikat ini sering menjadi pilihan bagi penduduk yang tinggal di sekitar Puchong!

Alamat: 18, 1, Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: 9:30am – 6:00pm (Isnin – jumaat), 9:30am – 3:00pm (Sabtu)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


4. Pinjaman Peribadi Mudah Lulus – Modal Bintang Kaya Sdn. Bhd.

pinjaman peribadi berlesen

Modal Bintang Kaya Sdn. Bhd. merupakan syarikat pinjam wang berlesen yang menawarkan pelbagai kelebihan kepada para pelanggannya.

Antara kelebihan-kelebihan yang ditawarkan oleh syarikat ini adalah seperti bayaran fleksibel dengan kadar yang menurun setiap bulan, kadar pinjaman yang paling rendah di pasaran, serta proses permohonan yang ringkas dan mudah lulus.

Syarikat ini turut mempunyai pengalaman operasi selama 8 tahun, serta telah membantu lebih daripada 5950 pelanggan.

Selain itu, syarikat pinjaman duit berlesen ini turut menawarkan kemudahan semak kelayakan secara percuma tanpa memerlukan deposit atau penjamin.

Semua faktor ini menjadikan Modal Bintang Kaya Sdn. Bhd. pilihan terbaik bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan tanpa sebarang kesulitan.

Alamat: E-03-02 jalan puchong prima, 5/3 Taman Puchong Prima, 47100 Puchong Selangor
Malaysia

Waktu Operasi: 9:00am – 5:30pm (Isnin – jumaat), 9:30am – 12:30pm (Sabtu)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


5. Pinjaman Cepat – Pandan Indah Services (Pinjaman Wang Berlesen Puchong)

pinjam wang berlesen

Pandan Indah Services adalah peneraju utama dalam industri pinjaman wang di Malaysia sejak ditubuhkan pada tahun 2013. Dengan pengalaman yang mendalam dalam bidang ini, mereka mempunyai kelebihan unggul dalam menyediakan kaedah penyelesaian masalah kewangan terbaik kepada para pelanggan.

Sebagai bukti untuk kepercayaan pelanggan dengan profesionalisme mereka, Pandan Indah Services ini telah pun berdaftar dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Sejak ditubuhkan, ribuan pelanggan sudah pun mendapatkan bantuan kewangan daripada syarikat pinjaman berlesen ini dengan kelulusan yang pantas dan skim pembayaran balik yang fleksibel.

Alamat: 12C, Aras 3, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor.

Waktu Operasi: 9:30am – 6:00pm (Isnin – jumaat), 9:30am – 2:00pm (Sabtu)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes


Namun, penting untuk diingat bahawa pinjaman wang berlesen juga mempunyai beberapa risiko dan kelemahan yang perlu diambil kira sebelum anda membuat keputusan untuk memohon.

Oleh sebab itu, sebelum membuat keputusan untuk mengambil pinjaman wang berlesen, disyorkan agar anda menyelidik dan membandingkan semua syarikat yang telah kami senaraikan di atas terlebih dahulu dengan memahami terma dan syarat-syarat pinjaman dengan sangat jelas serta memastikan bahawa pembayaran bulanan dapat ditanggung tanpa ada tekanan untuk elakkan anda menghadapi krisis kewangan yang berpanjangan.

Diharapkan dengan perkongsian mengenai senarai syarikat pinjaman wang berlesen berdaftar KPKT di atas, anda dapat membuat pilihan bijak!

1/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 4 Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Rawang

Dalam usaha untuk memenuhi keperluan kewangan, ramai yang sebenarnya buntu untuk memilih syarikat pinjaman wang berlesen Rawang yang paling terbaik. Ini adalah kerana di Rawang,...

TOP 5 Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Bangi Berdaftar

Pinjaman wang berlesen ialah satu bentuk pinjaman yang disediakan oleh institusi kewangan berlesen sah. Di kawasan Bangi, pinjaman duit berlesen adalah pilihan popular bagi...

5 Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Petaling Jaya Yang Mudah Dan Cepat

Anda memerlukan pembiayaan pantas untuk keperluan kewangan dan sedang mencari syarikat pinjaman wang berlesen terbaik di sekitar Petaling Jaya? Walaupun terdapat banyak syarikat pinjaman...

5 Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Klang Paling Pantas Dan Mudah

Adakah anda sedang mencari penyelesaian kewangan yang paling cepat dan mudah di Klang? Antara jalan yang paling membantu anda dalam menyelesaikan masalah sumber kewangan...

6 Pinjaman Wang Berlesen Shah Alam Terbaik

Majoriti rakyat Malaysia sekarang berdepan dengan masalah kewangan. Tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat naik membuatkan ramai mulai buntu bagaimana cara untuk dapatkan...

TOP 3 Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Sungai Buloh

Hai, saya berminat nak buat pinjaman, boleh bagi info? Dengan keadaan ekonomi dunia yang semakin teruk sekarang, ramai individu dan keluarga sedang berdepan dengan cabaran...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x