6 Pinjaman Wang Berlesen di Kelantan yang Boleh Dipercayai!

Terdapat banyak pakej untuk pinjaman wang pada zaman sekarang dengan pelbagai faedah ditawarkan. Namun begitu, pinjaman haruslah dilakukan di saluran yang betul seperti bank, ataupun mana-mana institusi kewangan yang patuh syariah dan diyakini oleh Bank Negara Malaysia.

Elakkan daripada mudah terpedaya dengan iklan-iklan tidak berasas di media sosial, terutamanya yang menawarkan faedah yang tinggi dalam masa yang singkat. Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati terhadap financial scam yang semakin berleluasa.

Dengan itu, kami di sini untuk membantu anda dengan menyenaraikan enam wang berlesen di Kelantan yang anda boleh percayai. Semoga membantu!

Pinjaman Wang Berlesen Tanah Merah, Kelantan


1. Co-opbank Pertama Cawangan Tanah Merah, Jalan Humaira 2

Pinjaman Wang Berlesen Co-opbank Pertama Cawangan Tanah Merah, Jalan Humaira 2, Kelantan

Bagi anda yang ingin membuat sebarang pinjaman berlesen di Tanah Merah, anda dinasihatkan untuk ke Co-opbank Cawangan Tanah Merah ini. Rata-rata pelanggan di Google Review yang telah pergi mendapatkan khidmat di sini, telah recommend bank ini kerana servis yang bagus dan persekitaran yang bagus. 

Selain daripada itu, pekerja dan manager di Co-opbank juga peramah dan profesional mengendali para pelanggan dengan sopan. Tidak hairanlah Co-opbank ini telah memperoleh 5.0 bintang di Google Review, proses peminjaman juga dilakukan dengan cepat dan tidak complicated. Jangan lupa untuk mendapatkan khidmat pinjaman berlesen di Co-opbank!

Alamat: No. 15, Jalan Humaira 2, Tanah Merah, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Waktu operasi: Ahad – Khamis (9.00 am – 5.00 pm), Jumaat & Sabtu (tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 1-300-88-7650

 

Pinjaman Wang Berlesen Kota Bharu, Kelantan


2. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Seksyen 12 Kota Bharu

Pinjaman Wang Berlesen Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Seksyen 12 Kota Bharu, Kelantan

PUNB merupakan salah satu pinjaman berlesen yang patuh syariah di Kelantan dan telah disenaraikan sebagai syarikat di bawah Jabatan Perdana Menteri. PUNB menawarkan pakej keusahawanan bersepadu merangkumi pembiayaan perniagaan dan sokong perniagaan. 

Tambahan pula sekiranya anda seorang bumiputera, lebih mudah untuk anda memohon pinjaman di sini. Hal ini kerana PUNB berperanan untuk menambah dan meningkatkan kualiti usahawan Bumiputera dalam sektor industri dan komersial. Selain itu mereka juga menggalakkan pembentukan usahawan Bumiputera yang berdaya tahan di dalam industri strategik.

Alamat: Lot 385, Seksyen 12, Jalan Pengkalan Chepa, Bandar Kota Bharu, 15400 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Ahad – Rabu (8.30 am – 5.30 pm), Khamis (8.30 am – 3.30 pm), Jumaat & Sabtu (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-740 6878


3. Koperasi Guru Melayu Kelantan Bhd, Kota Bharu

Koperasi Guru Melayu Kelantan Bhd, Kota Bharu

Koperasi Guru Melayu Kelantan Bhd bukan sahaja menawarkan pinjaman wang berlesen untuk persendirian, malah terdapat beberapa lagi jenis pinjaman yang ditawarkan. Antaranya pembiayaan kredit, Ar Rahnu (menyediakan pajak gadai secara Islam), kualiti kedai tayar (turut menyediakan perkhidmatan servis kereta dan tayar), hartanah dan hotel.

Bagi khidmat tayar kereta, terdapat beberapa cawangan lain sekitar Kelantan yang juga merupakan sebahagian daripada Koop. Antaranya Machang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli, dan Pasir Puteh. Menarik, bukan?

Anda juga akan mendapat lebih banyak kelebihan apabila anda mendaftar sebagai ahli mereka. Selain itu, Koperasi Guru Melayu Kelantan Bhd ini telah memperoleh 4.2 bintang di Google Review. Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.

Anda juga boleh melayari laman web yang tertera untuk mengetahui lebih lanjut tentang borang-borang yang disediakan seperti Borang Menjadi Anggota, Borang Pinjaman Qard, dan Borang Kecemerlangan Akademik.

Alamat: Lot 2333, Bangunan Koopguru, Jalan Pengkalan Chepa, Padang Bongor, 15400 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Ahad – Khamis (8.00 am – 5.00 pm), Jumaat & Sabtu (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-748 2481


4. AEON Credit Kota Bharu, Bangunan Yamud

AEON Credit Kota Bharu, Bangunan Yamud

AEON, yang dahulunya dikenali sebagai pasar raya JUSCO, adalah rangkaian runcit yang terbesar di Asia. Sehingga ke hari ini, perniagaan ini telah berkembang termasuklah kad kredit, kad prabayar, Aplikasi AEON Wallet, Skim Pembayaran Mudah, Pembiayaan Sewa Beli untuk Kenderaan Bermotor, Skin Pembiayaan Peribadi, Broker Insurans dan perkhidmatan lain yang berkaitan.

Antara peranan AEON adalah untuk menyediakan rangkaian luas perkhidmatan kewangan pengguna yang paling memenuhi keperluan pelanggan. Mereka komited untuk melayani pelanggan untuk meningkatkan gaya hidup mereka melalui produk dan perkhidmatan mereka.

Anda juga tidak perlu risau kerana AEON juga mematuhi kod etika korporat yang ketat. Pada masa yang sama, mereka terlibat dalam aktiviti yang menyumbang kepada masyarakat. Jadi, jelaslah bahawa mereka ini boleh dipercayai!

Alamat: Lot 69 & 70, Bangunan Yamud, Jalan Kebun Sultan, 15350 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.00 am – 5.00 pm), Jumaat (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-540 2000


5. MBSB Bank Kota Bharu, Jalan Sultan Yahya Petra

MBSB Bank Kota Bharu, Jalan Sultan Yahya Petra

Adakah anda ingin membuka akaun baru untuk simpanan tetapi anda tidak tahu cara yang betul? Ayuh ke MBSB Bank Cawangan Kota Bharu ini kerana di sini terdapat banyak kakitangan bank yang dapat membantu anda dari awal hingga akhir. 

Selain itu, kakitangan di MBSB Bank ini juga peramah dan akan membantu para pelanggan yang datang ke bank, tidak kira umur. Rata-rata ulasan pelanggan yang pernah ke MBSB Bank ini memuji staf berkaitan yang membantu mereka untuk pembukaan akaun simpanan serta memberitahu mereka tips yang berguna.

Alamat: Ground & 1st Floor, PT315, Seksyen 21, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Ahad – Rabu (9.00 am – 4.30 pm), Khamis (9.00 am – 4.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-740 5999


6. Singer, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu

Singer, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu

Singer merupakan rangkaian runcit dengan lebih 380 kedai di perbandaran utama, kawasan pinggir bandar dan luar bandar. Walau bagaimanapun, Singer juga menjual dan menyediakan skim pembayaran mudah untuk pelbagai barangan tahan lama penggunaan seperti televisyen panel rata, peti ais, mesin basuh, perabot, motosikal, produk kesihatan dan produk digital kepada pengguna Malaysia.

Syarikat ini adalah perintis dalam menawarkan Skim Pembayaran Mudah yang fleksibel, memberikan pelanggan pilihan untuk membayar pembelian secara ansuran bulanan yang berkisar antara 3 hingga 48 bulan.

Alamat: 2714, Jalan Kuala Krai, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.00 am – 6.00 pm), Jumaat (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-747 0796


Sekiranya anda inginkan khidmat nasihat berkaitan kewangan, anda haruslah mencari saluran-saluran yang betul supaya anda tidak ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Lebih teruk sekiranya pinjaman anda dikenakan riba’ atau bunga yang sangat tinggi sehingga mengancam nyawa anda dan keluarga.

Anda juga dinasihatkan untuk membantu ahli keluarga yang muda dan tua sekiranya mereka mempunyai urusan dengan bank dan duit. Hal ini kerana, malang tidak berbau. Boleh sahaja mereka tersalah langkah dan membuat pinjaman dengan institusi yang tidak berdaftar. 

Jika anda juga sedang mencari pinjaman wang berlesen di sekitar Kuala Lumpur, anda boleh melayari artikel kami di mana kami senaraikan 8 Pinjaman Wang Berlesen Kuala Lumpur yang ‘Trusted’!.

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

9 Bank yg Tawarkan Pinjaman Peribadi di Malaysia

Pinjaman peribadi merupakan pinjaman yang dibekalkan oleh bank atau institusi kewangan yang berlesen di Malaysia. Ia disediakan untuk peminjam yang perlukan dana yang berlebihan...

11 Best Agensi Kewangan utk Pinjaman Wang Segera

Adakah anda tahu maksud pinjaman? Pinjaman merujuk kepada sejumlah wang yang anda pinjam dari bank atau institusi kewangan, biasanya dalam jangka masa yang tetap...

10 TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Penang

Pinjaman Peribadi akan menjadi pilihan anda atau jalan terakhir untuk anda memohon pinjaman kecemasan bagi membayar pinjaman seperti perbelanjaan pengebumian, menampung bil perubatan atau...

7 Pinjaman Kereta Terbaik Untuk Kereta Idaman Anda!

Apabila anda mahu membuat pembelian kereta pertama anda, banyak perkara yang perlu dinilai sebelum anda menandatangani sebuah kontrak pinjaman kereta. Antara kriteria-kriteria yang perlu...

6 Pilihan Terbaik Pinjaman Wang Berlesen di Perlis!

Keadaan ekonomi yang semakin gawat dan membimbangkan telah memberi banyak kesan terhadap masyarakat terutama bagi mereka yang kurang berkemampuan dan golongan anak muda yang...

10 Top Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Pahang

Dewasa kini, generasi muda seharusnya berfikir dengan lebih matang dan menghindari diri daripada meminjam wang daripada ceti haram atau lebih dikenali sebagai Along. Along...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x