Isi Kandungan
Anda mungkin seorang yang bercita-cita tinggi untuk mendiami rumah sendiri atau barangkali anda mahu menghadiahkan ahli keluarga anda dengan kediaman mereka sendiri. Persoalannya, dengan kos sara hidup yang tinggi dan kadar inflasi yang merisaukan, bolehkah anda membeli rumah impian? Solusinya, adalah perlu membuat pinjaman perumahan bank untuk memiliki hartanah. Proses memohon sesuatu pinjaman perumahan itu agak rumit tetapi anda tidak perlu risau, kami telah senaraikan 6 pinjaman perumahan yang bersesuaian dengan kemampuan anda.
Secara amnya, pinjaman-pinjaman perumahan bank terbahagi kepada banyak jenis. Jadi di dalam artikel ini, kami akan membantu anda memilih antara pinjaman perumahan yang terbaik iaitu pinjaman perumahan jangka panjang (long-term loan), pinjaman fleksi serta pinjaman perumahan Islam. Semoga bermanfaat!
6 Pinjaman Perumahan di Malaysia
1. Pinjaman jangka panjangÂ
Pinjaman perumahan jangka panjang mempunyai garis masa pembayaran yang tetap. Kadar faedahnya tidak boleh dikenakan pengurangan dan bayaran anda tidak boleh dibayar balik kepada anda. Oleh itu, memandangkan pinjaman ini mempunyai faedah yang tetap, anda boleh membuat bajet perbelanjaan awal tanpa perlu risau tentang perubahan faedah.
Kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank seperti Maybank dan Bank of China juga lebih rendah dari pinjaman-pinjaman jenis yang lain kerana sifat pembayaran semula pinjaman ini adalah tidak berubah. Di sini kami sertakan dua pinjaman jangka panjang yang mempunyai kadar faedah terendah daripada bank-bank yang lain.
a. Maybank Islamic HouzKEY
Pinjaman perumahan jangka panjang ini boleh dibayar dalam masa lebih 20 tahun. Anda akan memperolehi pembiayaan rumah sepenuhnya tanpa perlu membayar wang pendahuluan. Jika anda risau dikenakan bayaran semasa pembinaan rumah anda, tidak perlu gusar kerana Maybank tidak akan mengenakan apa-apa bayaran jika anda mahu membina rumah baharu.
Berbanding dengan bank-bank yang lain, faedah yang dikenakan Maybank adalah serendah 2.88% pada setiap tahun dan anda hanya perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM2468.74 sahaja.
Alamat (HQ): 100, Jalan Tun Perak, Bukit Bintang, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (9.30 am – 4.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup).
Laman Web | Facebook | Telefon: 1-300-88-6688
b. Bank of China Housing Loan
Jika anda berpendapatan sebanyak RM60,000 setahun, anda bolehlah memohon pinjaman perumahan yang berkadar faedah 3.85% setahun ini. Pinjaman perumahan ini khas untuk yang baru mahu membina rumah dan jika pasangan anda merupakan warga luar negara, mereka tak perlu runsing lagi. Hal ini kerana, Bank of China menyediakan pinjaman perumahan terbuka kepada mereka yang mempunyai permit bekerja di Malaysia.
Bukan itu sahaja, mereka juga tidak mengenakan yuran pemprosesan pinjaman kepada pelanggan-pelanggan mereka. Berlainan dengan Maybank, Bank of China memberi anda masa untuk membuat pembayaran bulanan dalam masa 35 tahun.
Alamat (HQ): Ground Mezzanine, Plaza OSK, 25, Jln Ampang, Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (9.30 am – 4.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup).
Laman Web | Facebook | Telefon: 03-2387 8228
2. Pinjaman fleksiÂ
Buat bakal pemilik-pemilik rumah yang mahukan kebebasan mengeluarkan wang atau mempunyai sumber pendapatan yang berubah setiap tahun, pinjaman perumahan berkategori fleksi adalah khas buat anda. Pinjaman ini akan dihubungkan dengan akaun semasa anda, dan jumlah pembayaran semula akan ditolak secara automatik pada setiap bulan.
Namun jika ada lebihan bayaran, anda boleh mengeluarkannya semula bila-bila sahaja anda mahu! Walaupun pinjaman ini mempunyai kadar faedah yang agak tinggi, anda tidak perlu risau kerana jika anda membuat lebihan bayaran ansuran, kadar faedah anda akan dikurangkan serta-merta. Antara bank-bank yang menyediakan pinjaman fleksi yang berpatutan adalah Standard Chartered dan HSBC.
a. Standard Chartered MortgageOne
Syarat permohonan untuk pinjaman fleksi Standard Chartered lebih longgar berbanding dengan pinjaman jangka panjang. Untuk anda yang bergaji sebanyak RM4000 sebulan, anda telah layak untuk memohon pinjaman ini. Standard Chartered MortgageOne juga akan membiayai pembinaan perumahan anda selama lebih 70 tahun!
Selain itu, andai kata anda mengalami kesukaran untuk menjelaskan bayaran ansuran, pinjaman ini juga menawarkan ‘Payment Holiday’ buat anda yang telah bersama dengan pinjaman ini untuk lebih 2 tahun. Kemudahan pinjaman ini akan memberi ruang bernafas untuk anda yang mengukuhkan pendapatan semula.Â
Alamat (HQ): Equatorial Plaza, Jln Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (9.30 am – 3.30 pm), Sabtu – Ahad (tutup).
Laman Web | Facebook | Telefon: 1-300-88-8888
b. HSBC HomeSmart
Buat pelanggan tetap HSBC, kebaikan pinjaman perumahan fleksi ini adalah ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa notis bank. Anda hanya perlu menggunakan kad ATM anda untuk mengeluarkan pinjaman ini. Jadi, jika anda mengalami kecemasan dan mahu mengeluarkan bayaran ansuran, anda hanya perlu ke mesin ATM berdekatan untuk mengeluarkan dana anda. Menarik bukan?
Tanpa yuran pemprosesan pinjaman, HSBC HomeSmart mengenakan faedah pembayaran ansuran serendah 4.6% untuk setiap tahun. Mungkin anda merasakan faedah tersebut agak tinggi berbanding pinjaman jangka panjang, tetapi anda tidak perlu takut, HSBC menjanjikan jangka fleksibiliti pembayaran ansuran dan pembiayaan pembinaan rumah anda sehingga rumah tersebut 90% siap.Â
Alamat (HQ): Level 2, Menara IQ, Lingkaran TRX, Tun Razak Exchange, 55188 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (9.30 am – 4.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup).
Laman Web | Facebook | Telefon: 1-300-88-1388
3. Pinjaman Islamik
Untuk anda yang mahu membuat pinjaman perumahan tetapi was-was dengan elemen riba’ dalam kehidupan seharian mereka, anda tidak perlu gusar lagi. Hal ini kerana, pinjaman perumahan Islamik yang kami sertakan ini adalah berdasarkan dua prinsip: Bai’ Bithaman Ajil dan Musharakah Mutanaqisah.
Dua prinsip ini mewajibkan pihak bank membeli rumah anda pada harga pasaran dan menjual balik kepada anda dengan harga yang berpatutan. Anda juga tidak berhutang dengan bank secara terus kerana anda akan menjalani proses berjual beli dengan pihak bank.
Justeru itu, pinjaman ini sangat sesuai untuk anda kerana ianya patuh syariah dan mengikut fatwa Islam yang terkini. Kami sertakan di sini bank yang menyediakan pinjaman perumahan Islamik iaitu Maybank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
 a. Maybank Commodity Murabahah Home Financing-i
Dengan syarat permohonan pendapatan serendah RM2000, pinjaman perumahan ini pastinya akan membantu anak-anak muda yang baru mahu berjinak dalam dunia pembelian aset. Pihak Maybank juga akan membiayai separuh pembelian rumah idaman mereka melalui Murabahah.Â
Pinjaman Islamik ini juga tidak mempunyai lock-in period, serta tiada caj keuntungan kompaun dan tiada penalti akan dikenakan untuk anda yang menjelaskan pembayaran ansuran dengan awal! Jadi, melalui kemudahan pinjaman perumahan Islamik ini, anda bolehlah menguatkan kewangan anda pada awal tahun pekerjaan, sambil membina rumah idaman anda.Â
Alamat (HQ): 100, Jalan Tun Perak, Bukit Bintang, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (9.30 am – 4.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup).
Laman Web | Facebook | Telefon: 1-300-88-6688
b. BSN MyHome-i
Pembayaran wajib bulanan untuk pinjaman BSN MyHome-i ini hanyalah bernilai RM2750.68. BSN juga menyediakan kemudahan pinjaman dengan yuran pemprosesan secara percuma buat pelanggan-pelanggan mereka. Pinjaman ini juga boleh dimohon oleh graduan-graduan yang baru bekerja kerana syarat pemohon hanyalah memerlukan pendapatan sebanyak RM24,000 setahun.
BSN juga menawarkan dua pakej untuk mereka yang berhasrat untuk memohon pinjaman ini, iaitu BSN MyHome-i (CES Packages) dan Mortgage Refinancing-i Package. Perbezaan antara dua pakej ini adalah margin keuntungan yang berbeza mengikut kemampuan anda sebagai pemohon. Tuntasnya, anda boleh menikmati keuntungan yang berpatutan dengan pinjaman perumahan Islamik ini.Â
Alamat (HQ): Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (9.00 am – 4.45 pm), Sabtu – Ahad (tutup).
Laman Web | Facebook | Telefon: 1-300-88-1900
Kami berharap dengan senarai pinjaman perumahan ini, ia dapatlah meringankan beban anda untuk membuat keputusan membeli rumah pertama anda. Jangan lupa untuk membuat pertimbangan sehabis baik untuk mendapatkan penjimatan untuk rumah impian anda.
Jika anda sedang mencari pinjaman peribadi untuk menyelesaikan masalah kewangan semasa, anda boleh merujuk kepada artikel kami tentang 9 Bank yg Tawarkan Pinjaman Peribadi di Malaysia.