5 Pinjaman Pendidikan Terbaik Untuk Pelajar di Malaysia!

Pembiayaan pengajian di peringkat tinggi seperti Diploma dan Sarjana Muda bukanlah senang untuk para pelajar yang lahir dari keluarga yang kurang berkemampuan. Malah, terdapat beberapa pelajar yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan memilih untuk terus bekerja setelah tamat persekolahan kerana tidak mahu membebankan keluarga. Tanpa sebarang pinjaman atau tajaan, mereka risau untuk membayar yuran pengajian, yuran kolej, wang perbelanjaan dan kos untuk membeli barang keperluan sepanjang pendidikan mereka.

Namun, kini, sudah banyak syarikat dan organisasi di Malaysia yang menawarkan pinjaman pendidikan dan penajaan untuk para pelajar. Tawaran-tawaran ini bertujuan untuk meringankan beban para pelajar dan keluarga mereka. Kebanyakan pinjaman pendidikan mempunyai syarat kelayakan yang lebih kurang sama, namun setiap pinjaman mempunyai kebaikannya tersendiri. 

Terdapat juga beberapa pinjaman yang boleh anda mohon untuk dijadikan biasiswa jika anda berjaya memperoleh keputusan semester yang cemerlang. Kebiasaannya, pinjaman pendidikan memang menawarkan diskaun bayaran balik untuk pelajar yang sudah mencapai keputusan yang baik. 

Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut, teruskan membaca artikel ini untuk senarai lima pinjaman pendidikan terbaik di Malaysia. Senarai ini adalah sebagai rujukan untuk mereka ingin membuat pinjaman pendidikan. Semoga bermanfaat!

5 Pinjaman Pendidikan Terbaik di Malaysia


1. Pembiayaan Pelajaran Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat

Pembiayaan Pelajaran Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat

PPBU adalah merupakan skim pinjaman yang ditawarkan oleh Yayasan Bank Rakyat kepada warganegara Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (PhD).

PPBU bertujuan untuk membantu pelajar di Malaysia yang kurang dari segi kewangan serta meningkatkan pembangunan ekonomi dan sosial. Jika anda merupakan pelajar sepenuh masa yang ingin memohon PPBU, sila layari laman web yang disediakan untuk mengetahui syarat-syarat kelayakan bagi pinjaman ini. Anda juga boleh memohon untuk pinjaman ini di laman web rasmi Yayasan Bank Rakyat secara atas talian.

Alamat: Tingkat 8, Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, 50470 No 33 Jalan Rakyat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Khamis (8.00 am – 1.00 pm, 2.00 pm – 5.00 pm), Jumaat (8.00 am – 12.30 pm, 2.30 pm – 5.30 pm)

Laman Web | Facebook | Telefon: 03 2612 9600

Email Yayasan Bank Rakyat


2. Pinjaman Pelajaran MARA

Pinjaman Pelajaran MARA

Pinjaman Pelajaran MARA mempunyai syarat kelayakan untuk pelajar lepasan SPM dan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Kelayakan paling penting adalah pelajar mestilah bumiputera dan warganegara Malaysia yang merupakan golongan B40 dan M40. Hal ini kerana MARA mahu meringankan beban membayar pembiayaan kolej dan universiti bagi para pelajar dari golongan tersebut.

Anda tidak akan dikenakan sebarang kadar faedah ketika membuat bayaran balik kepada MARA. Tambahan pula, anda boleh mendapat diskaun bayaran balik, dengan syarat, anda melepasi pointer sekurang-kurangnya 3.0 dalam keputusan semester anda. Jika anda ingin memohon pinjaman pelajaran MARA, sila klik link laman web dibawah untuk pengetahuan lebih lanjut.

Alamat: 21, Jln Raja Laut, Chow Kit, 50609 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (7.30 am – 5.30 am)

Laman Web | Facebook | Telefon: 03-2613 2000

Email MARA


3. Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Selangor

Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Selangor

Yayasan Selangor menawarkan pinjaman boleh ubah untuk anak negeri Selangor yang ingin dan sedang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan secara sepenuh masa. Antara syarat kelayakan bagi pinjaman tersebut adalah: pelajar yang lahir di negeri Selangor; ibu atau bapa yang berasal dari Selangor; atau ibu bapa yang telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun di negeri Selangor dengan pengesahan daripada  ADUN, penghulu, pengerusi JKKK atau ketua kampung.

Selain itu, pelajar juga mestilah merupakan golongan B40 yang mempunyai pendapatan keluarga RM3,000 dan ke bawah. Namun, hanya pemohon yang mengikuti pengajian sepenuh masa sahaja yang layak memohon pinjaman boleh ubah Yayasan Selangor. Jika anda ingin memohon pinjaman ini, pastikan anda belum dan tidak menerima sebarang penajaan lain. Sila layari laman web di bawah untuk maklumat lanjut.

Alamat: Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Khamis (8.30 am – 4.30 pm), Jumaat (8.00 am – 12.15 pm, 2.45 pm – 4.30 pm)

Laman Web | Facebook | Telefon: 03-7669 1100

Email Yayasan Selangor


4. Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Tenaga Nasional (YTN)

Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Tenaga Nasional (YTN)

Yayasan Tenaga Nasional juga menawarkan pinjaman boleh ubah kepada pelajar yang merupakan pelajar asasi dan sarjana muda untuk pengajian di universiti awam. Pinjaman dari YTN terhad kepada pelajar yang mengikuti kursus Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam dan Perakaunan. 

Anda layak memohon jika mempunyai kriteria seperti tidak melebihi umur 23 tahun dan sudah berada dalam semester satu di universiti awam. Selain itu, pelajar yang layak juga perlu mempunyai karakter yang positif dan aktif kokurikulum. Pelajar juga mestilah lulus diploma, asasi, matrikulasi atau STPM dengan keputusan pointer keseluruhan semester 3.50. Jika anda ingin memohon pinjaman boleh ubah YTN, pastikan tiada ahli keluarga yang juga penerima biasiswa YTN. Selamat mencuba!

Alamat: Aras 1, Bangunan BB, Universiti Tenaga Nasional, KM 7, Jalan IKRAM-UNITEN 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

Waktu operasi: Isnin – Khamis (8.00 am – 5.15 pm), Jumaat (8.00 am – 5.00 pm)

Laman Web | Facebook |Telefon :03-8924 7500

Email Yayasan Tenaga Nasional


5. Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

PIDN adalah merupakan salah satu tajaan dan pinjaman yang terkenal dalam kalangan pelajar universiti peringkat Ijazah pertama. Pinjaman ini ditawarkan kepada semua bidang universiti kecuali bidang perubatan dan pergigian. 

Syarat kelayakan untuk memohon pinjaman ini adalah lebih kurang dengan pinjaman lain seperti mestilah warganegara Malaysia, ibu bapa tidak disenaraikan hitam oleh JPA, mempunyai kelulusan SPM dan tidak menerima mana-mana tajaan. Bagi pelajar yang sudah memulakan pengajian, anda perlu memperolehi PNGK 3.00, manakala pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum tamat semester satu, anda harus mencapai PNGK sekurang-kurangnya 3.30 untuk memohon PIDN. 

Jika anda berumur 22 tahun ke bawah dan memenuhi syarat kelayakan yang disertakan di atas, anda boleh memohon pinjaman ini ketika permohonan dibuka. Layari laman web JPA untuk maklumat lanjut dan jangan terlepas tempoh permohonan.

Alamat: Aras 2-4, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm)

Laman Web | Facebook | Telefon :03-8000 8000

Email JPA


Kami harap senarai di atas akan memudahkan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran, terutama dari segi bayaran yuran pengajian. Walaupun hanya sekadar pinjaman, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban para pelajar dan juga keluarga. Dengan pinjaman pendidikan, anda boleh fokus menyiapkan tugasan kuliah kerana tidak perlu lagi mencari wang lebih dengan melakukan kerja separuh masa. 

Namun, anda perlulah sentiasa peka dengan tarikh dan tempoh permohonan dibuka supaya tidak terlepas maklumat-maklumat penting. Lebih mudah lagi, anda boleh menambah rakan akaun Facebook pinjaman pendidikan yang disenaraikan di atas supaya anda tidak terlepas apa-apa.

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman pendidikan, layari laman web yang disediakan di artikel ini! Namun, jika anda masih dalam pencarian universiti yang bersesuaian dengan diri anda, boleh rujuk artikel kami tentang 8 Universiti Swasta Terbaik di Malaysia dalam Ranking Dunia. Semoga anda kekal maju jaya dalam apa jua perancangan anda!

 

5/5 - (12 votes)

Anda Mungkin Berminat

6 Pinjaman Wang Berlesen di Kelantan yang Boleh Dipercayai!

Terdapat banyak pakej untuk pinjaman wang pada zaman sekarang dengan pelbagai faedah ditawarkan. Namun begitu, pinjaman haruslah dilakukan di saluran yang betul seperti bank,...

10 Bank & Agensi utk Pinjaman Perniagaan di Malaysia

Penularan pandemik Covid-19 sememangnya memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara dan pihak kerajaan masih melaksanakan pelbagai usaha bagi membendung masalah tersebut. Perusahaan Kecil dan...

10+ Best Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Negeri Sembilan

Apa yang anda fikirkan apabila ada rakan atau ahli keluarga anda menyebut pasal pinjaman? Mungkin anda setuju, membantah, melarang atau meragui tindakan mereka. Namun...

11 Best Agensi Kewangan utk Pinjaman Wang Segera

Adakah anda tahu maksud pinjaman? Pinjaman merujuk kepada sejumlah wang yang anda pinjam dari bank atau institusi kewangan, biasanya dalam jangka masa yang tetap...

10 Insurans Nyawa yang Anda Perlu Tahu untuk Perlindungan

Dalam era endemik ini, memiliki polisi insurans nyawa adalah suatu keperluan. Insurans nyawa memerlukan pelanggan membuat bayaran ansuran mengikut jangka masa yang tertakluk di...

10 Top Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Sabah

Anda serabut dan rungsing memikirkan masalah kewangan? Jangan risau, anda berada di halaman yang betul. Pemberi pinjaman wang berlesen di Sabah ada untuk memberikan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x