8 Jenis Pinjaman BSN yang Boleh Anda Mohon!

Kegawatan ekonomi di negara kita semakin membimbangkan dan menyebabkan kita memerlukan lebih pendapatan untuk menampung perbelanjaan seharian. Kini, anda tidak perlu risau lagi. Hal ini kerana pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) ada menawarkan beberapa jenis pinjaman yang pastinya dapat membantu anda. 

Yang menariknya, anda tidak akan terbeban kerana kadar bayaran pulangan yang dikenakan rendah sahaja! Jadi, di sini, kami kongsikan dengan anda lapan jenis pinjaman BSN yang boleh anda mohon.

8 Jenis Pinjaman yang Ditawarkan oleh BSN


1. BSN MyRinggit

BSN MyRinggit

BSN MyRinggit merupakan pelan pinjaman yang khusus buat mereka yang bekerja dalam sektor awam. Pinjaman ini membenarkan ciri penyatuan hutang atau ‘debt settlement’. Oleh itu, anda boleh satukan semua hutang yang sedia ada ke dalam pinjaman ini.

Malah, caj kadar faedah yang ditawarkan oleh pinjaman MyRinggit ini lebih rendah berbanding pinjaman yang sedia ada. Jadi, jika anda merupakan penjawat awam dengan gaji kasar sebanyak RM1,500 sebulan hingga RM18,000 setahun, anda layak untuk memohon pinjaman ini.

Menariknya tentang pinjaman ini, ia merupakan pinjaman konvensional tidak bercagar. Oleh itu, anda tidak perlu menyediakan cagaran atau membawa mana-mana penjamin untuk mohon pinjaman ini!


2. BSN MyRinggit-i

BSN MyRinggit-i

Hanya berbeza sedikit sahaja nama dengan pinjaman yang pertama, pinjaman BSN MyRinggit-i ini pula merupakan pelan pembiayaan islamik yang sepenuhnya patuh syariah.

Mengaplikasikan konsep Tawarruq, ia mempunyai persamaan dengan pinjaman MyRinggit, di mana ia juga merupakan pinjaman tidak bercagar. Ini bermakna jika anda tidak mempunyai penjamin, anda masih layak untuk memohon. 

Pinjaman ini ditawarkan khas buat mereka yang bekerja di sektor awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi berkaitan kerajaan (GLA). Pinjaman ini memberi anda pilihan sama ada inginkan caj kadar keuntungan tetap atau terapung.

Satu ciri istimewa pinjaman ini adalah anda dibenarkan untuk memohon sehingga RM200,000. Menarik bukan?


3. BSN MyRinggit – i PRIMA

BSN MyRinggit - i PRIMA

BSN turut menawarkan sebuah pinjaman khas buat pengamal perubatan seperti doktor, pegawai perubatan, jururawat dan ahli farmasi. Pinjaman ini dapat membantu anda untuk menjalankan perniagaan perubatan anda sendiri.

Pinjaman ini berkonsepkan pinjaman islamik tidak bercagar, dan yang pastinya ianya 100% patuh syariah. Jadi, anda boleh mohon tanpa ragu!

Namun, pinjaman ini memerlukan anda untuk berpendapatan tidak kurang dari RM3,000 sebulan atau tahunan sebanyak RM36,000. Seandainya anda layak, anda dibenarkan untuk memohon pinjaman sehingga RM40,000 dengan tempoh pembiayaan selama 10 tahun.

Seandainya anda pengamal perubatan dan ingin buka klinik atau farmasi anda sendiri, ini adalah pinjaman yang boleh anda pertimbangkan!


4. BSN MyRinggit – Eksekutif 1

BSN MyRinggit - Eksekutif 1

Pinjaman ini pula merupakan pinjaman konvensional dengan kadar faedah tahunan yang berpatutan, dan ia ditawarkan khusus kepada golongan profesional di Malaysia yang bekerja dalam sektor swasta. Namun, anda juga tak perlu risau jika anda berminat! Hal ini kerana pinjaman ini juga merupakan pinjaman yang tidak bercagar.

Syarat untuk pinjaman ini tidaklah terlalu ketat, anda hanya perlu berumur 21 tahun ke atas dan telah bekerja lebih dari tiga tahun dengan pendapatan bulanan tidak kurang dari RM3,000. Mudah bukan?

Sekiranya anda layak untuk pinjaman ini, anda boleh memohon sehingga RM10,000 dengan maksimum pembiayaan sehingga 10 tahun. Anda perlu tahu bahawa ini merupakan antara pinjaman yang mengenakan kadar faedah tahunan yang rendah iaitu sebanyak 6.0% sahaja!


5. BSN MyRinggit-i Eksekutif-1

BSN MyRinggit-i Eksekutif-1

Jangan keliru dengan nama yang lebih kurang sama! Pinjaman ini masih dikhususkan buat mereka yang bekerja dalam sektor swasta. Namun, pinjaman ini sedikit berbeza kerana ia adalah pembiayaan islamik 100% patuh syariah.

Ia menggunakan konsep Tawarruq yang menggabungkan Bai Murabahah dan kontrak Wakalah. Walau bagaimanapun, ianya masih tergolong dalam kategori pinjaman yang tidak bercagar.

Keistimewaan pinjaman ini masih sama dengan pinjaman yang telah kami senaraikan sebelum ini. Anda tidak perlu risau kerana ianya tetap merupakan antara pinjaman yang mengenakan kadar faedah tahunan yang terendah iaitu sebanyak 6.0%.


6. BSN SKAN (Skim Kakitangan Awam Negeri)

BSN SKAN (Skim Kakitangan Awam Negeri)

SKAN yang membawa maksud Skim Kakitangan Awam Negeri, merupakan pinjaman peribadi yang berkonsepkan Islamik dan ianya merupakan pinjaman yang tidak bercagar.

Seiring namanya, pinjaman ini khas ditawarkan buat mereka yang berkhidmat di bawah Kerajaan Negeri. Buat mereka yang berkhidmat di bawah Kerajaan Persekutuan, anda tidak layak untuk memohon pinjaman ini. 

Sekiranya anda merupakan penjawat awam negeri, anda boleh memohon sehingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan dari 2 hingga 10 tahun! Anda juga tidak perlu ragu, kerana kadar keuntungan yang ditawarkan adalah sangat berpatutan iaitu serendah 4.6%. Anda boleh cuba memohon pinjaman ini asalkan anda menepati syarat!


7. BSN SKAP (Skim Kakitangan Awam Persekutuan)

BSN SKAP (Skim Kakitangan Awam Persekutuan)

Berita gembira buat anda yang berkhidmat di bawah Kerajaan Persekutuan! BSN turut menawarkan anda sebuah pinjaman peribadi Islamik tidak bercagar yang dikenali sebagai BSN SKAP.

Buat mereka yang berkhidmat dalam Kerajaan Negeri, anda tidak layak untuk memohon pinjaman ini. Sebaliknya, anda boleh cuba untuk memohon pinjaman BSN SKAN yang telah kami terangkan sebelum ini.

Pinjaman ini menawarkan beberapa ciri istimewa seperti kadar keuntungan yang rendah, jumlah pembiayaan yang fleksibel, dan tempoh pembiayaan yang panjang. Kami pasti ini adalah pinjaman terbaik buat anda!

Anda juga boleh memohon pinjaman sehingga RM200,000 dengan tempoh bayaran balik selama 10 tahun. Sama seperti BSN SKAN, pinjaman ini juga dikenakan kadar keuntungan yang sangat berpatutan iaitu serendah 4.6%.


8. BSN MyRinggit ASB

BSN MyRinggit ASB

Buat mereka yang mencari pinjaman yang tidak memerlukan anda mempunyai pendapatan tetap bulanan, jangan risau! Ini adalah pinjaman yang tepat buat anda di mana ianya ditawarkan khusus buat mereka yang ingin melabur di dalam Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB). Pinjaman ini juga merupakan pinjaman konvensional dengan kadar faedah yang berpatutan. 

Anda tidak perlu runsing kepala kerana pinjaman ini tidak memerlukan penjamin kerana anda sendiri yang akan dijadikan cagaran oleh pihak BSN. Caj kadar faedah tahunan juga merupakan antara yang terendah di mana anda hanya akan dikenakan antara KA + 0.85% hingga 1.05% per annum sahaja.

Buat mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan belum mempunyai pendapatan tetap, tetapi ingin memohon pinjaman, ini adalah jawapan untuk anda!


Dengan adanya senarai di atas, kami harap ianya dapat membantu anda dalam membuat pilihan yang terbaik untuk memohon pinjaman dari Bank Simpanan Nasional (BSN).

Jika anda ada sebarang pertanyaan, anda boleh layari laman sesawang berikut ataupun telefon di nombor yang tertera. Untuk memudahkan lagi urusan anda, kami sertakan dengan lokasi untuk anda kunjungi. Semoga membantu!

Alamat: Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 5.30 pm), Sabtu – Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 1-300-88-1900

Jika anda juga sedang mencari pinjaman pendidikan terbaik di Malaysia, anda boleh melayari artikel kami di mana kami senaraikan 5 Pinjaman Pendidikan Terbaik untuk Pelajar di Malaysia.

 

5/5 - (15 votes)

Anda Mungkin Berminat

6 Pinjaman Wang Berlesen di Kelantan yang Boleh Dipercayai!

Terdapat banyak pakej untuk pinjaman wang pada zaman sekarang dengan pelbagai faedah ditawarkan. Namun begitu, pinjaman haruslah dilakukan di saluran yang betul seperti bank,...

10 Top Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Pahang

Dewasa kini, generasi muda seharusnya berfikir dengan lebih matang dan menghindari diri daripada meminjam wang daripada ceti haram atau lebih dikenali sebagai Along. Along...

6 Pinjaman Perumahan Berbaloi untuk Rumah Idaman Anda!

Anda mungkin seorang yang bercita-cita tinggi untuk mendiami rumah sendiri atau barangkali anda mahu menghadiahkan ahli keluarga anda dengan kediaman mereka sendiri. Persoalannya, dengan...

5 Pinjaman Pendidikan Terbaik Untuk Pelajar di Malaysia!

Pembiayaan pengajian di peringkat tinggi seperti Diploma dan Sarjana Muda bukanlah senang untuk para pelajar yang lahir dari keluarga yang kurang berkemampuan. Malah, terdapat...

8 Syarikat Insurans Motorsikal untuk Perlindungan Anda!

Jika anda ingin ingin memperbaharui insurans motorsikal, terdapat beberapa perkara yang harus dilihat dengan teliti bagi memastikan anda dan motosikal anda mendapat perlindungan yang...

10 TOP Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Terengganu

Segala-galanya di dunia ini sekarang seolah-olah diukur dari segi wang. Tanpa wang, dalam bentuk apa pun seperti tunai, simpanan di bank, atau kad kredit,...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x