Isi Kandungan
Sama seperti di tempat lain, di Kota Kinabalu juga terdapat beberapa senarai syarikat pinjaman wang berlesen berdaftar KPKT yang boleh membantu anda dalam mengatasi masalah kewangan yang anda alami. Dengan pilihan syarikat pinjaman wang berlesen Kota Kinabalu yang berdaftar ini juga, anda tidak perlu lagi merasa ragu-ragu dan takut sekiranya ditipu.
Malah, bukan itu sahaja, melalui pinjaman yang diperoleh, ia akan membuatkan segala tekanan yang anda hadapi untuk memikirkan jalan bagaimana cara untuk selesaikan kemelut kewangan yang dialami dengan cara pantas terus menghilang.
Untuk itu, ikuti perkongsian di bawah bagi mendapatkan informasi yang jelas dan paling dipercayai tentang syarikat-syarikat pinjaman peribadi berlesen yang terdapat di Kota Kinabalu ini!
Senarai Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Kota Kinabalu
1. Mika Kaya Sdn. Bhd.
Mika Kaya Sdn. Bhd. Kota Kinabalu adalah sebuah syarikat pinjaman wang berlesen di Sabah yang menyediakan pinjaman kepada sesiapa yang memerlukan wang tunai segera untuk menyelesaikan masalah kewangan.
Dengan prosedur pemprosesan yang mudah, pinjaman anda dapat diluluskan dalam masa hanya 15 minit, dan wang pinjaman akan dikreditkan ke akaun anda.
Syarikat pinjam wang berlesen ini juga turut menawarkan tempoh hutang yang fleksibel, bermula dari 6 bulan hingga 60 bulan, memberikan anda kebebasan maksimum dalam pembayaran balik.
Salah satu kelebihan syarikat pinjaman berlesen ini adalah ia tidak ada yuran tersembunyi atas amaun pinjaman anda, berbeza dengan agensi lain di industri ini.
Dengan layanan profesional, kelulusan segera, dan perkhidmatan berkualiti, Mika Kaya Sdn. Bhd. adalah pilihan perkhidmatan pinjaman wang berlesen Kota Kinabalu yang boleh dipercayai untuk keperluan kewangan anda.
Alamat: Ground Floor, Lot 8, Block N, Sinsuran Shopping Complex, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Waktu Operasi: 8:00am- 5:30pm (Isnin – jumaat), 8:00am – 1:00pm (Sabtu)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes
2. KK Kayamas Sdn Bhd (1264546-K)
Pilihan yang seterusnya untuk syarikat pinjaman wang berlesen di Kota Kinabalu adalah KK Kayamas Sdn Bhd (1264546-K) yang sudah beroperasi sejak tahun 2016.
Syarikat pinjaman berlesen ini menawarkan pinjaman peribadi, pinjaman baki hutang, dan pinjaman tunai melalui kad kredit dengan kelulusan segera.
Kelebihan syarikat ini termasuk tiada yuran tersembunyi dan tiada bayaran pendahuluan atas pinjaman. Kelulusan pinjaman pula sangat mudah dan diproses dalam masa satu hari.
Syarikat ini beroperasi di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan mengikut Akta Pinjaman Wang 1951.
Menariknya, syarikat ini turut menyediakan Perunding kewangan yang berpengalaman untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan anda termasuklah jika anda mempunyai masalah CTOS & CCRIS, KK Kayamas Sdn Bhd bersedia untuk membantu.
Syarikat ini menawarkan pelbagai rancangan kewangan dengan pelan pembayaran balik yang fleksibel dan kadar faedah yang berpatutan serta pinjaman wang berlesen untuk warganegara Malaysia, dengan pelbagai keistimewaan termasuk penyelesaian awal dengan diskaun.
Anda boleh menghubungi mereka untuk konsultasi percuma mengenai permohonan pinjaman anda.
Alamat: 4-G-13, Blok 14, Api-api Centre, Jalan Centre Point, Kota Kinabalu, Malaysia
Waktu Operasi: 8:00am – 5:30pm (Isnin – jumaat), 8.00am – 12:30pm (Sabtu)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes
3. Top Serve Planner Sdn. Bhd
Top Serve Planner Sdn. Bhd adalah syarikat yang berlesen yang menawarkan pinjaman peribadi dengan kelulusan pantas. Mereka menjanjikan bayaran bulanan mengikut kemampuan anda tanpa caj tersembunyi dan tidak memerlukan penjamin.
Syarat kelayakan asas adalah warganegara Malaysia dan bekerja di sektor kerajaan/swasta/pencen/perkeso. Syarikat pinjaman duit berlesen ini juga menawarkan kadar faedah yang rendah iaitu sebanyak 1.5%.
Jadi, bagi anda yang amat memerlukan wang tunai segera untuk menyelesaikan masalah kewangan, Top Serve Planner Sdn. Bhd adalah pilihan yang tepat dengan syarat yang fleksibel dan bantuan kewangan yang cepat serta sah.
Alamat: H-0-2, Lorong KK Taipan, Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu Operasi: 8.30am – 5.00pm (Isnin – sabtu)
Lokasi |Â Facebook | Ulasan Bisnes
4. Beruntung Gerimis Sdn. Bhd. – Pinjaman Wang Berlesen Kota Kinabalu
Beruntung Gerimis Sdn. Bhd. adalah syarikat pinjaman peribadi berdaftar yang menawarkan pelbagai kelebihan. Pinjaman dipersetujui dalam masa 30 minit tanpa cagaran, caj deposit, atau penjamin.
Semua ansuran bayaran pinjaman termasuk pokok dan bunga, memudahkan pelanggan untuk melunasi pinjaman.
Permohonan juga dipermudahkan dengan hanya perlu menyediakan beberapa dokumen ringkas serta menerima permohonan dari kategori pekerjaan pelbagai seperti swasta, kerajaan, pesara, dan lain-lain.
Tiada bayaran pendahuluan dikenakan, dan proses yang senang serta selamat dengan nilai pinjaman kecil bermula dari RM500 hingga RM50,000, dan tidak memerlukan slip gaji selagi gaji anda dikreditkan melalui bank.
Alamat: Unit no.34 Block F Ground Floor Alamesra Plaza Utama, Kota Kinabalu, Malaysia
Waktu Operasi: 8:00am – 6:00pm (Isnin – jumaat), 8:00am – 2:00pm (Sabtu)
Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes
5. Wilayan Capital Money Lender Sdn. Bhd
Wilayan Capital Money Lender Sdn. Bhd adalah pemberi pinjaman wang berlesen yang menawarkan peluang untuk mendapatkan pinjaman dalam masa yang singkat tanpa memerlukan penjamin atau cagaran.
Dengan dokumen ringkas, proses pinjaman cepat dan selamat, syarikat wang pinjaman berlesen ini menjanjikan kadar faedah berpatutan, kadar pembayaran yang fleksibel, serta kelulusan tinggi.
Semua sektor kerajaan dan swasta dialu-alukan untuk mendapatkan pinjaman ini, termasuk individu yang berstatus blacklist, CTOS, atau CCRIS.
Alamat: 1st Floor,Unit No.1/G8, Lorong Api – Api 1, Api-api Centre, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu Operasi: 8:30 am – 5:00 pm (Isnin – sabtu)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes
Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, ramai dikalangan kita yang sedang mengalami masalah kewangan atau memerlukan wang bagi memenuhi keperluan mendesak.
Bagi anda yang memerlukan pinjaman tetapi enggan terikat dengan prosedur bank yang rumit, menggunakan perkhidmatan syarikat pinjaman wang berlesen di atas merupakan pilihan tepat!