Isi Kandungan
Hat Yai adalah destinasi popular di Thailand, terkenal dengan suasana pasar tempatannya yang menjadi tumpuan pelancong, terutama dari Malaysia. Terdapat empat pasar tempatan yang sering menjadi bualan pelancong dari Malaysia yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik iaitu; Kim Yong Market, Khlong Hae Floating Market, ASEAN Night Bazaar, dan Greenway Night Market. Setiap pasar mempunyai daya tarikan tersendiri dan menawarkan pelbagai barangan, makanan tempatan, dan suasana hiburan malam yang menarik. Mari kita teroka lebih lanjut tentang pasar-pasar ini untuk ketahui makanan sedap, membeli cenderahati, dan merasai kehidupan malam yang seronok di Hat Yai.
1. Kim Yong Market
Kim Yong Market adalah salah satu pasar terkenal di Hat Yai yang menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia. Pasar ini menawarkan pelbagai jenis barangan seperti pakaian, kasut, aksesori, makanan tempatan, dan cenderahati. Keistimewaan Kim Yong Market adalah harga yang berpatutan dan boleh ditawar-menawar. Pelancong sering membeli pakaian, makanan kering seperti keropok lekor, kekacang dan cenderahati kraftangan tradisional ketika melawat pasar ini.
Alamat: Kim Yong Market, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Waktu Operasi:Â Setiap Hari (10 pagi – 6 petang)
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan | Website
2. Khlong Hae Floating Market
Khlong Hae Floating Market merupakan pasar terapung yang unik di Hat Yai. Pelancong dapat menikmati suasana yang berbeza sambil berjalan di atas jambatan dan membeli makanan dari perahu-perahu yang menjaja makanan, minuman, dan cenderahati. Keistimewaan pasar ini adalah variasi hidangan makanan laut segar, seperti udang, sotong, dan ketam. Pelancong juga sering membeli cenderahati yang dijual di pasar ini. Menariknya barangan cenderahati di pasar ini ialah ianya dijual pada harga yang lebih berpatutan berbanding di tempat lain.
Alamat: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Waktu Operasi:Â Jumaat – Ahad (2 petang – 9 malam)
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan| Facebook
3. ASEAN Night Bazaar
ASEAN Night Bazaar adalah pasar malam yang popular di Hat Yai. Di sini, pelancong dapat menikmati suasana yang meriah dan membeli pelbagai aneka makanan, produk lokal seperti cenderahati dan pakaian pada harga yang berpatutan. Pasar ini menawarkan pakaian, aksesori, barangan elektronik, makanan tempatan, dan banyak lagi. Keistimewaan pasar malam ini adalah pilihan barangan yang banyak dalam keadaan suasana yang meriah terutama sekali pada waktu malam. Pelancong sering singgah ke pasar ini pada waktu malam dan mencuba pelbagai jenis makanan Thai yang menarik serta berjalan-jalan di sekitar kawasan berdekatan untuk bersantai-santai.
Alamat: 76 Chotevittayakul 3 Road, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (4:30 petang – 10 malam)
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan | Facebook
4. Greenway Night Market
Greenway Night Market adalah pasar malam yang terletak di sepanjang Jalan Kanjanavanich di Hat Yai. Pasar ini menawarkan pelbagai barangan termasuk pakaian, kasut, aksesori, makanan, dan hiburan jalanan. Keistimewaan pasar malam ini adalah suasana yang santai dan alunan muzik jalanan yang menghiburkan. Pelancong sering menghabiskan waktu di sini dengan membeli pakaian fesyen terkini, aksesori, dan mencuba makanan seperti kerang bakar, dan minuman segar seperti jus buah-buahan semasa melawati pasar ini.
Alamat: 1406/4 Kanjanavanit Road, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (4 petang – 10 malam)
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan | Website | Facebook | Instagram
Setiap pasar di Hat Yai menawarkan pengalaman suasana yang unik dan pelbagai produk menarik yang ditawarkan kepada pelancong. Daripada barangan seharian seperti pakaian dan aksesori kecil kepada pelbagai jenis makanan, cenderahati, dan barangan elektronik, pelancong berpeluang untuk nikmati suasana yang berbeza dan rasa kemeriahan membeli-belah di pasar semasa melancong ke Hat Yai. Jangan lupa untuk sentiasa periksa cuaca dan waktu operasi terkini untuk memudahkan perjalanan percutian anda di Hat Yai!