Paradise Restaurant – Masakan Pakistan Sedap

Hari ni nk cerita pasal satu kedai makan yang dah masuk 5 atau 6 kali saya pergi tahun ni iaitu di Restaurant Paradise atau nama Melayunya restoran syurga. Restoren ini menyediakan masakan dari Pakistan dan tauke serta konco-konco dia pun semua jenis hidung tajam macam Abang Shah Rukh Khan. Terbaru saya pergi ke restoren ni bulan lepas ketika membeli laptop di Lowyat.

Sekali pandang restoran ni macam kedai mamak yang selalu kita tengok.Tengok pada deretan lauk pauknya pun memang lebih kurang sama je. Ada menyediakan nan, roti canai, nasi beriyani dan nasi putih. Lauk pauk pun boleh tahan banyak.

Pertama kali rasa lauk kari dan ayam tika taka ( klo tak silap nama dia cenggitu kot), pergh ! Memang sedap !! Dalam kepala mula-mula pikir rasa dia mungkin sama jer dengan kari atau masakan mamak atau di kedai Nasi Kandar. Tapi tidak ! rasa dia memang unik dan sangat lain !

paradise restaurant bukit bintang

Kalau datang sini sebaiknya waktu tengahari pada weekday !! Tau jelah kan, Bukit Bintang ni tempat yang sibuk dengan manusia-manusia kalau waktu malam dan weekend. So kalau nak elakkan kesesakan datang dengan motor, parking depan Lowyat, jalan kaki skit ke Restoren Paradise ni.

nasi beriyani sedap kl

Mula-mula masuk dulu cuak jugak takut-takut harga tak masuk akal kan. Tapi biasa je. Kalau macam lauk kat atas ni, 2 3 jenis lauk saya bedal serta air teh ais, harganya sekitar RM15. Dengan kadar nasi yang setambun dan lauk yang banyak dan lokasi kedai di tempat yang hot ! Saya sangat berpuas hati !! Ada aircond plak tu !

Tambah pulak rasa dia memang sedap dan unik !! Kalau bukak restoren masakan dan lauk pauk ala Pakistan memang laku sebab kurang sangat persaingan !! Kalau Nasi Arab takyah cakaplah, bersepah-sepah sekarang.

restoran masakan pakistan kl

Dari segi kebersihan, okay dan apa yang saya rasa agak kureng ialah bab air. Teh ais dia memang tak sedap dan tak kaw langsung !! 2 3 kali pergi rasa tawar jer. Tengok kaler kuning cerah pun dah tau tak kaw. Kalau nak datang, guna je waze dan masukkan koordinat ini lat/lng: 3.14509,101.709039. Selamat mencuba ! :)

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

40+ Tempat Makan BEST di KL – Restoran & Warung Makan Menarik Mesti Cuba

Kuala Lumpur sememangnya dikenali sebagai syurga makanan bagi pelancong ke Malaysia. Hampir kesemua makanan popular negeri-negeri di Malaysia terhidang di sini. Bahkan, pilihan restoran...

Jom Tambah Keseronokan Anak-anak Di Jungle Gym

Tahu tak dekat mana, ibu bapa boleh bershopping atau menikmati secawan kopi sambil melihat dan menunggu anak-anak menghabiskan masa mereka bermain di dalam taman...

Muzium & Tempat Bersejarah di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur kaya dengan tarikan bersejarah yang sangat banyak bahkan mungkin lebih banyak daripada kebanyakan negeri lain di Malaysia. Di bawah merupakan kesemua tempat...

Nasi Dagang Kelantan di Kg Baru

Baru-baru ni sambil menunggu guest datang kat KLCC, saya sempat ke Kg Baru untuk lunch dan duk usyar-usyar kedai makan best di KL ni,...

Sate Kajang Haji Samuri Taman Melati

Baru-baru ni sebelum melayan Sate Willy di Sungai Ramal, saya ada singgah melepas gian di Sate Kajang Haji Samuri di Taman Melati. Ni salah satu...

Tempat Tarikan Alam Semulajadi di Kuala Lumpur

Walaupun Kuala Lumpur merupakan sebuah kotaraya yang pesat dengan pembangunan namun tidak bermakna di sini tiada langsung destinasi pelancongan yang bercirikan alam semulajadi samaada...

21 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

21 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Nazri
Nazri
8 years ago

Dah repeat 3-4 kali .. Mmg sgt sedap Cuma Jgn order tea air / Tarik confirm X sedap . Air order Yg dlm tin Ke Apa Apa . Harga amat berpatutan . Compare dgn Nan Corner , Mmg Paradise terbaik

Noriza Rahman
10 years ago

Area bukit bintang pun ado makanan pakistan yea?

Pondok Papan
Pondok Papan
10 years ago

Nak kena try sekali ni…nanti la bila Dah jumpa..nak mkn puas-puas

Pondok Papan
Pondok Papan
10 years ago

Huhu..ada nak pergi cari kedai ni..jagalah..nak kan puas-puas..

suri
10 years ago

macma sedap tapi tunggu hari cheat day sayalah heee..yum..nyum..

titan
10 years ago

dah lama rasanya tak makan kacang kuda tu wehh

encikdon
10 years ago

mesti cuba!! tapi parking pulak satu hal. aiseh.

Hubungi Kami

21
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x