Isi Kandungan
Di Krabi, Thailand, anda akan ditemukan dengan keindahan pantainya yang memukau. Tahukah anda? Terdapat 13 pantai yang menarik menjadi tumpuan pelancong yang menunggu anda untuk diteroka di Krabi. Jom kami memperkenalkan kepada anda!
13 Pantai Tarikan Pelancong di Krabi
1. Pantai Ao Nang (Ao Nang Beach)
Pantai Ao Nang (Ao Nang Beach) terkenal sebagai lokasi popular hiburan malam yang meriah dan berdekatan dengan kawasan membeli-belah seperti pasar malam tempatan dan Ao Nang Landmark Night Market. Pantai ini menjadi destinasi utama untuk pelbagai aktiviti menarik di Krabi. Selain itu, destinasi tarikan pelancong utama ini turut berfungsi sebagai pintu masuk ke pulau-pulau indah dan tarikan berdekatan seperti Railay Beach dan Hong Islands. Pantai Ao Nang ini sesuai bagi mereka yang mencari akses kepada kepelbagaian kemudahan dalam melakukan aktiviti secara berhampiran.
Alamat: Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81180, Thailand
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan | Info LanjutÂ
2. Pantai Railay (Railay Beach)
Pantai Railay (Railay Beach) adalah sebuah pantai yang terkenal dengan tebing batu kapur yang menakjubkan dan air yang membiru jernih. Destinasi ini juga menawarkan peluang untuk melakukan aktiviti rock climbing bertaraf dunia. Oleh kerana lokasinya yang terasing daripada kawasan lain di Krabi, pantai ini hanya boleh diakses dengan menggunakan boat. Sebaik saja anda tiba ke Pantai Railay ini, anda akan diberikan suasana yang tenang dan aman disebalik tebing batu kapur yang berada di sekitarnya. Pendek kata, ia merupakan destinasi yang sangat popular di Krabi untuk para pelancong yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi yang unik.Â
Alamat: Ao Nang, Krabi, Thailand
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan | Info LanjutÂ
3. Pantai Phra Nang Cave (Phra Nang Cave Beach)
Pantai Gua Phra Nang ini terkenal dengan gua yang unik dengan ‘offerings’ kepada spirit puteri tempatan yang menjadikannya tempat penting dalam budaya tempatan kawasan ini. Pantai di destinasi ini sangat mempesonakan dengan pasirnya yang lembut dan air yang jernih menghasilkan pemandangan yang menakjubkan. Pantai tarikan pelancong ini turut menawarkan peluang hebat untuk aktiviti rock climbing di tebing batu kapur yang menakjubkan dan aktiviti snorkelling untuk meneroka keindahan bawah laut Krabi yang kaya dengan hidupan marin yang pelbagai.
Alamat: Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi, Thailand
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan | Info LanjutÂ
4. Pantai Tonsai (Tonsai Beach)
Tonsai Beach adalah antara destinasi yang popular terutamanya dalam kalangan rock climbers. Pantai ini menawarkan suasana santai yang sangat sesuai untuk pelancong yang berbajet. Fasiliti elektrik dan kemudahan yang terhad memberikan pengalaman yang lebih adventurous kepada buat pelancong yang datang ke sini. Tonsai Beach yang terletak berhampiran dengan Railay Beach ini amat sesuai untuk dilawati terutama sekali sekitar waktu siang kerana anda dapat melihat kejernihan airnya yang begitu jelas dan indah. Tonsai Beach ini amat sesuai bagi mereka yang ingin menjalani aktiviti rock climbing atau mencari suasana pantai yang lebih tenang dan santai.
Alamat: Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81180, Thailand
Hotel Terdekat |Â Lokasi | UlasanÂ
5. Pantai Noppharat Thara (Noppharat Thara Beach)
Pantai Noppharat Thara adalah salah satu pantai yang terkenal dengan pemandangan matahari terbenam yang indah yang memukau. Pantai ini manawarkan pilihan alternatif kepada para pelancong yang inginkan suasana damai dan kurang sesak. Pendek kata, jika anda mahu berjalan-jalan di sekitar persisiran pantai sambil menikmati pemandangan petang yang indah bertemankan angin tiup lembut, Noppharat Thara Beach ini amat sesuai untuk anda. Selain itu, pantai ini ideal dijadikan sebagai tempat untuk aktiviti berkelah.
Alamat: 2QWX+FJ2, Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81180, Thailand
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan | Info Lanjut
6. Pantai Ao Nam Mao (Ao Nam Mao Beach)
Pantai Ao Nam Mao adalah destinasi pantai yang tenang dengan persekitaran semula jadi yang menakjubkan. Tarikan pelancong ini lebih dikenali sebagai destinasi yang tenang dengan pemandangan semula jadi yang menakjubkan. Ia adalah tempat yang sesuai untuk aktiviti berkayak dan meneroka gua batu kapur yang berada di sekitarnya. Pantai Ao Nam Mao ini menawarkan pengalaman yang lebih tenang dan damai berbanding beberapa pantai lain yang mungkin lebih sibuk di sekitar Krabi. Jadi, ia adalah alternatif untuk mereka yang mencari ketenangan dan keindahan alam semula jadi.
Alamat: Sai Thai, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand
Hotel Terdekat |Â Lokasi | UlasanÂ
7. Pantai Fossil Shell Krabi (Susan Hoi Krabi)
Fossil Shell Beach Krabi (Susan Hoi) adalah destinasi unik yang terkenal dengan koleksi kerang fosil purba yang berada di kawasan ini. Penggemar sains dan fotografi memang akan menikmati lawatan ke pantai ini kerana ia tidak hanya menawarkan pemandangan fotografi yang menarik, tetapi juga memberikan informasi pendidikan tentang kehidupan marin prasejarah di rantau tersebut dan sesuai untuk dilawati untuk Edu-Tourism. Susan Hoi adalah salah satu tempat di Krabi, Thailand, yang mempunyai keunikan sejarah alam semulajadi yang menarik untuk diketahui.
Alamat: 2VFM+383, Sai Thai, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand
Hotel Terdekat |Â Lokasi | UlasanÂ
8. Pantai Laem Bong (Laem Bong Beach)
Pantai Laem Bong (Laem Bong Beach) ini memang terkenal dengan ketenangannya dan merupakan tempat yang sesuai untuk aktiviti snorkelling dan berenang. Ia dikelilingi oleh kehijauan yang subur dan memberikan suasana yang tenang, menjadikannya tempat yang baik untuk bersantai dan menikmati keindahan alam semula jadi di Krabi, Thailand, yang masih terjaga. Pantai ini adalah destinasi yang ideal untuk mereka yang mencari pantai terpencil dan tenang untuk melarikan diri dari kesibukan dan kesesakan orang ramai.
Alamat: 3PFV+VFQ, 6024, Nong Thale, Mueang Krabi District, Krabi, Thailand
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan
9. Pantai Silanto (Silanto Beach)
Pantai Silanto (Silanto Beach) ini terkenal dengan suasana damai dan terkenal dengan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan dan perairan yang tenang. Walaupun fasiliti di pantai ini mungkin terhad, Silanto Beach adalah destinasi yang sesuai untuk percutian yang tenang dan penuh privasi. Ia merupakan tempat yang baik untuk melarikan diri dari kesesakan orang ramai dan anda dapat menikmati ketenangan alam semula jadi. Pantai seperti Silanto Beach ini ideal menjadi tempat yang sempurna bagi mereka yang mencari ketenangan dan keindahan alam semula jadi semasa bercuti di Krabi, Thailand.
Alamat: 4P2W+XP2, Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81180, Thailand
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan
10. Pantai Klong Muang (Klong Muang Beach)
Pantai Klong Muang adalah sebuah pantai yang tenang suasananya dan berhampiran dengan tempat penginapan yang terletak di sepanjang pantai ini. Pantai ini lebih tenang berbanding dengan beberapa pantai yang lain menjadikannya tempat yang sesuai khas untuk pelancong yang mencari ketenangan dan keselesaan. Destinasi ini menawarkan gabungan yang hebat antara keindahan semula jadi pantai yang menarik dan kemudahan awam yang terdapat di resort mewah di sekitar pantai. Pendek kata, ia merupakan destinasi yang sesuai untuk menikmati pantai yang indah sambil menginap di dalam kawasan penginapan berhampiran yang selesa.
Alamat: Unnamed Road Tambon, Nong Thale, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan
11. Pantai Tubkaek (Tubkaek Beach)
Pantai Tubkaek ini terkenal dengan pemandangan tebing batu kapur yang memukau dan pemandangan pulau-pulau yang menakjubkan. Destinasi ini menawarkan suasana yang romantis menjadikannya destinasi popular untuk majlis perkahwinan dan berbulan madu. Selain itu, pantai ini juga sesuai untuk bersantai sambil berjalan-jalan di sepanjang pasir pantai yang halus. Pantai Tubkaek adalah destinasi yang ideal bagi mereka yang mencari ketenangan dan keindahan alam semula jadi semasa berhibur di Krabi.
Alamat: 6024, Nong Thale, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan | Info Lanjut
12. Pantai Koh Kwang (Koh Kwang Beach)
Pantai Koh Kwang adalah tempat yang damai dan tenang di Krabi dengan ombak yang lembut. Pantai tarikan ini sesuai untuk aktiviti berenang dalam air laut yang tenang dan berjemur di pasir pantai yang bersih. Destinasi ini menawarkan suasana santai dan damai yang jauh dari orang ramai. Pendek kata, Pantai Koh Kwang ini sering menjadi pilihan yang baik bagi mereka yang mencari tempat untuk melepaskan tekanan dan merasai keindahan pantai Thailand yang tenang.
Alamat: 3P7W+4GM, Nong Thale, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan
13. Pantai Pai Plong (Pai Plong Beach)
Terletak di antara tebing yang menjulang tinggi, mencipta rasa yang eksklusif, Pantai Pai Plong ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan dan pengalaman yang unik seakan-akan dengan beberapa pantai lain di Krabi. Untuk ke sini, pelancong boleh menaiki longtail boat atau hanya berjalan kaki terutama sekali apabila semasa air surut dari Ao Nang. Ini adalah destinasi yang sesuai bagi mereka yang mencari pengalaman pantai yang lebih tenang dan eksklusif di Krabi, Thailand.
Alamat: Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81180, Thailand
Hotel Terdekat |Â Lokasi | Ulasan
Rumusannya, Krabi mempunyai pantai-pantai yang menarik untuk diterokai oleh para pelancong yang melawatinya setiap detik. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang ideal untuk dilakukan di sekitar pantai-pantai ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjelajah kecantikan Krabi yang mengagumkan ini. Selamat bercuti!