Pantai Teluk Ketapang

Pantai Teluk Ketapang ni terletak dekat dengan Airport Telaga Batin (Airport Sultan Mahmud), Kuala Terengganu. Kalau di bandar KT ada Pantai Batu Buruk yang juga merupakan salah satu destinasi pantai yang popular.

Di sini pula tak kurang popularnya, juga sangat best kalau melepak dan makan-makan pun menarik ! Perjalanan ke sini dari bandar KT memerlukan korang melalui Jambatan Sultan Mahmud kemudia exit ke kanan menuju ke Seberang Takir. Waktu kami sampai di sini lebih kurang pukul 5.30 ptg. Memang peak hour.

pantai teluk ketapang lepak

Tengok je lah kereta dan bas2 perlancongan, penuh di tepi2 jalan. Gerai2 menjual makanan pun berlambak. Kalau nak di bandingkan dengan Pantai Batu Buruk, pesisir pantai kat sini lagi luas dan lapang. Memang ramai orang2 kat sini berkelah, main layang2 dan bersantai. Angin kat sini memang kuat dah rasa macam nak terbang dah kalau ada sayap !! :)

bercuti kuala terengganu pantai

Dari sini kalau di sebelah kiri pantai korang boleh nampak lapangan terbang utama negeri Terengganu iaitu Airport Telaga Batin atau juga dikenali Airport Sultan Mahmud. Terletak lebih kurang 2-3km je dari sini.

mandi manda pantai teluk ketapang

Kena beringat. Kat sini memang tak boleh mandi sebab ombak dia memang kuat dan dasar pantai dia memang bahaya kalau mandi. Setakat nak berlari2 di gigian pantai boleh lah… :)

layang layang pantai terengganu best

Suasana kat Pantai Teluk Ketapang ni memang meriah !! Time kami datang ni memang ramai sangat orang sampai nak park kereta pun susah. Lagi satu kelebihan kat area sini, ada 2-3 gerai celup tepung yang popular antaranya ialah Warong Celup Tepung Poklong atau lebih dikenali dengan ICT. Ikan Celup Tepung. Lokasi dan koordinat Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Lalitude/Longitude: 5.384493,103.11457. Selamat menjamu selera dan bersantai di sini.

3.6/5 - (9 votes)

Anda Mungkin Berminat

Kereta Sewa Kuala Terengganu & Kemaman – MURAH + DELIVERY ke Airport KT

Anda bercadang bercuti di Kuala Terengganu dengan kapal terbang atau naik bas ekspres? Kalau begitu, baguslah kerana jarak dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur...

Pasar Besar Kedai Payang

Kalau datang ke Kuala Terengganu tak sah kalau tak ke Pasar Besar Kedai Payang. Kat sini macam-macam korang boleh shopping baik kain pasang, sutera...

Ikan Celup Tepung Terengganu yang Sedap

Kalau melancong atau bercuti ke Terengganu, salah satu menu makanan santai popular di sini ialah ICT atau nama panjangnya Ikan Celup Tepung. Kalau di...

25+ Makanan Tradisional Terengganu Yang PALING POPULAR

Bagi yang bercuti ke Terengganu jangan tak cuba beberapa jenis makanan tradisional Terengganu yang popular sama ada kuih-muih, lauk-pauk mahupun makanan santai. Beberapa menu...

Restoran Air Buah Gelas Besar Seberang Takir – Memang PIOR

Salah satu destinasi makan petang atau malam yang agak popular di area Kuala Terengganu ialah Kedai Air Buah Gelas Besar yang terletak di Kampung...

Masjid Kristal Terengganu – Ikon Pelancongan Kuala Terengganu

Masjid Kristal Terengganu merupakan salah satu masjid yang unik dan mempunyai personalitinya yang tersendiri. Selain itu, ia juga merupakan salah satu tarikan pelancongan utama yang ada...
Subscribe
Notify of
guest


0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x