Pantai Teluk Gadong – Menarik, Megah, Memudahkan

Kalau dah sampai Pantai Teluk Gadong, jangan terkejut pula kalau jalan sikit dah sampai Pantai Teluk Lipat. Dua-dua pantai cantik ni bersambung, jadi pengunjung yang suka sangat ke pantai memang rasa bahagia lah kalau singgah dekat Pantai Teluk Gadong ni. Dapat 2 dalam 1 pula tu keseronokkan ke pantai.

Bukan tu aje elemen penarik yang Pantai Teluk Gadong ada, malah pantai ni ada banyak kemudahan yang susah nak ada dekat pantai lain. Contohnya, banyak gerai makanan, tandas dengan taman permainan besar. Walaupun air laut tak boleh mandi, banyak lagi boleh buat dekat sini. Tak perlu tunggu lama-lama, anda baca dulu artikel kami pasal pantai ni!


Aktiviti Menarik di Pantai Teluk Gadong

Berjoging

Tak susah ke kalau anda joging dekat kawasan perumahan yang kena sentiasa berwaspada sebab kereta boleh datang dari pelbagai arah? Sebab tulah, dah tersedia trek berjoging dekat kawasan Pantai Teluk Gadong ni. Anda guna aje, memang untuk kegunaan mereka yang amalkan gaya hidup sihat pun.

Kalau tak biasa joging tapi nak cuba-cuba dekat pantai ni sebab nampak macam best, cuba aje jangan teragak-agak. Selamat pun selamat sebab trek dia rata. Selain berjoging, anda jalan kaki biasa bersiar-siar pun boleh aje, sambil tu menghargai keindahan alam.

Food-hunting

Memang rugilah kalau dah sampai Pantai Teluk Gadong tapi tak singgah sekali kedai-kedai makan berderet sekitar dia. Boleh dikatakan tak masuk akal lah kalau tak cuba makan masakan best-best tukang masak Ganu hidangkan dekat sini. Alang-alang dah ada dekat kedai makan tu, memang anda free-free je dapat pemandangan laut.

Kenapa kami cakap ‘food-hunting‘? Ni sebab banyak sungguh kedai makan dengan menu lain-lain, jadi anda kena cuba semua. Sebenarnya, lagi syok kalau anda makan makanan yang dijual gerai-gerai makan tepi jalan yang juga tepi pantai. Kenyanglah anda makan celup tepung dengan keropok lekor nanti.

Memancing

Kalau anda jenis rajin minat explore satu pantai tu, cuba jalan sampai ke hujung Pantai Teluk Gadong. Dah sampai situ nanti, anda akan jumpa satu tasik yang tenang je air dia. Keliling tasik tu ada bukit-bukau, jadi memang terasa macam watak utama tengah-tengah alam tu..

Dekat sinilah best kalau anda nak cuba memancing, cuba nasib macam tu. Memang digalakkan bawa joran ke sini sebab boleh nampak sendiri ikan-ikan tunggu makanan dekat persisiran tasik. Nanti anda baling umpan, kalau nasib baik memang dapat hasil. Spesies ikan pun berbagai-bagai ada sini.

Berkhemah

Kawasan menghadap pantai memang luas dan sesuai jadi tempat berkhemah, tapi anda kena pandai cari kawasan yang memang elok. Ni sebab ada juga kawasan pantai yang kira banyak kedai-kedai makan dan gerai jual barang lain, jadi mungkin tak sesuai dan tak selesa.

Nak selesa, pilih kawasan yang tak ramai orang dan tak ada lot letak kereta. Bolehlah anda cop tu jadi tempat anda je, kereta pun letak depan khemah je. Kalau takut disambar petir ke kena hujan ke, dirikanlah khemah bawah pokok rhu.

Berkelah

Recommend sangat kalau anda rancang nak berkelah dekat Pantai Teluk Gadong. Kawasan pantai memang redup dengan pokok rhu yang banyak, jadi bawa anak-anak kecil pun tak ada masalah. Kalau bawa sekali keluarga besar, boleh guna gazebo dia yang besar. Jarak satu gazebo dengan gazebo yang lain pun tak jauh, jadi nak berinteraksi tu senang.

Tips utama kalau nak ke pantai, mestilah kena bawa tikar dalam kereta. Ni kalau anda lagi suka berkelah gaya tradisional bentang tikar atas pasir. Kalau nak bersih, taknak makanan kena pasir pantai, duduk dekat gazebo jelah jawabnya.


Penginapan Sekitar Pantai Teluk Gadong

Ulek Beach Resort

Ulek Beach Resort ni kira tempat penginapan terdekat lah dekat Pantai Teluk Gadong. 3 minit je perjalanan naik kereta, dah boleh sampai sini. Nak menginap dekat resort ni, pilihlah nak bilik standard, standard superior, standard premium, premium,  premium double, premium suite, deluxe double, atau deluxe superior. Wi-fi percuma disediakan, jadi tak perlu sedih-sedih kalau data dah habis nak tengok Netflix.

Tak syok sebab pantai tak boleh mandi? Berenanglah anda dekat kolam renang resort dengan anak-anak. Nak makan pun senang je, tak perlu naik kereta cari dekat luar sebab resort ada restoran dia sendiri. Servis menurut dengan basuh baju pun ada, tapi mestilah dengan caj tambahan.

Semak Harga

FBS Inn Hotel

Tak jauh pun FBS Inn Hotel dari Pantai Teluk Gadong sebab 5 minit perjalanan je kena tempuh nak sampai ke hotel. Bilik-bilik dekat sini semuanya ada aircond, jadi tak adalah anda rasa macam kemarau sepanjang menginap. Antara pilihan bilik termasuk deluxe double, deluxe triple, deluxe twin, double family, single deluxe, single deluxe, suite, dengan family suite.

Dalam jarak 500 meter je, anda dah boleh jumpa kedai-kedai makan sedap, jadi tak perlu pun naik kereta pergi makan. Nak letak kereta sini anda kena letak dekat lot-lot yang ada dekat jalan. Hotel ni selalunya untuk mereka yang nak harga murah untuk kemudahan lengkap. Lif pun ada jadi senanglah untuk yang berkeperluan khas.

Semak Harga

Tamim Suite Hotel Dungun

Nak ke Tamim Suite Hotel Dungun dari Pantai Teluk Gadong, jauh juga perjalanannya, dalam 11 minit. Hotel tawarkan bilik-bilik deluxe queen, deluxe twin, superior suite dengan family suite. Jangan terperanjat kalau tempah bilik suite sebab buka je pintu, nampak betapa luasnya dalam bilik tu. Sesuai untuk mereka yang ada anak kecil aktif.

Pemanas air ada kalau nak masak air, jadi kuranglah haus anda bila dalam bilik. Stesen bas dengan hospital ada dalam 1 kilometer dari hotel, mudah urusan untuk yang datang dari jauh atau tiba-tiba sakit. Semua bilik pun ada TV, maka anda tak akan bosan kalau tak ada hiburan lain. Wi-fi jangan risau, semua penginap dapat akses percuma je.

Semak Harga


Tempat Makan Sedap Pantai Teluk Gadong

Dah banyak kali juga kami mention betapa banyaknya kedai makan sekitar Pantai Teluk Gadong ni kan? Itu memang fakta ya, dan anda mungkin boleh pening sebab taktahu nak makan dekat mana. Nak makan apa pun mesti confuse sebab masuk je kedai, akan nampak menu dengan hidangan bermacam-macam jenis.

Bila dah ada dekat pantai dan rasa lapar, jalan kaki je pun boleh nak pergi mengisi perut masing-masing. Memang anda boleh beli makanan dekat gerai-gerai kecil tepi jalan, tapi mesti nak makan yang berat-berat juga nanti. Kalau susah sangat nak buat keputusan nak makan mana, apa kata anda cuba mana-mana kedai makan yang kami dah listkan ni?


Tempat menarik berhampiran Pantai Teluk Gadong

Kelab Golf Desa Dungun

Padang golf dekat sini ada jumlah lubang-lubang yang standard dan selalunya sama dekat padang lain, iaitu 18 lubang. Untuk course seorang pemain golf pro, Kelab Golf Desa Dungun buka untuk par-72. Untuk beginner, harga untuk 18 lubang RM40, kalau nak cuba 9 je pun okay, RM20 je. Nak naik buggy sebab penat jalan, mahal sikitlah harga masuk driving range, 18 lubang RM60, 9 lubang pula RM30.

Anak-anak yang rasa nak mandi kolam renang bolehlah mak ayah bawa mereka ke sini untuk berseronok. Dah selesai bermandi-manda, pergi makan pula dekat bufet dalam kelab golf. Kenyang memang kenyang, harga pun RM10 je untuk sekepala dewasa bila sarapan sini.

Taman Tasik Tanjung Sura

Tempat menarik ni memang sesuai untuk mereka yang suka beriadah. Mana taknya, dengan kos hampir RM2 juta nak bina Taman Tasik Tanjung Sura ni, fasiliti dia semua best-best dan kawasan pun luas. Nak joging dipersilakan, nak naik basikal pun bawalah basikal sendiri.

Apa yang memudahkan semua orang dekat sini, selain tandas awam yang selesa, ada juga disediakan bilik persalinan kalau nak tukar baju dah lencun dengan peluh. Boleh ajak anak-anak berjoging, atau bagi mereka main dekat taman permainan. Sambil beriadah, sambil anda boleh rasa tenang dengan suasana hijau alam semulajadi.

Viking Scuba Tenggol

Walaupun dengar macam mahal je harga permulaan RM480 untuk menyelam dengan pihak Viking Scuba Tenggol, percayalah pengalaman ni mungkin jadi sekali seumur hidup anda. Tambahan pula, anda akan diambil dengan kenderaan mereka, bawa pula naik bot ke destinasi selaman, memang terasa macam layanan untuk VIP. Lagi-lagi, lepas menyelam kali kedua, anda dapat makan bufet tengah hari pula tu.

Lepas setiap selaman, anda akan ditawarkan buah-buahan dengan air minuman percuma Kalau berminat nak menyelam secara selamat dengan tunjuk ajar mereka-mereka yang pro, datanglah sini sebelum 7:45 pagi. Balik semula ke jeti pula pukul 4:00 petang.


Maklumat tambahan

Tempat letak kereta

Bila nak letak kereta tu, memang rasa mudah lah sebab parking dia memang luas dekat Pantai Teluk Gadong ni. Bukan setakat luas, siap tersusun, lepas tu panjang pula. Panjang pun sebab pantai dia panjang. Tak cukup cerita pasal lot-lot parking dia yang panjang, tempat parking pun redup.

Jadi kalau anda nak bawa kereta ke pantai memang tak perlu risau sebab pokok rhu banyak nak lindung. Tak perlu takut sesak pun sebab semua confirm dapat lot parking masing-masing.

Waktu terbaik untuk pergi

Ikut logik, janganlah datang waktu musim tengkujuh, yang selalunya jadi dalam bulan November sampai Mac tahun depannya. Memang best sebab mungkin nampak penyu bertelur tapi demi keselamatan anda dan keluarga, dinasihatkan jangan. Lagi-lagi bulan Disember, angin kuat mungkin boleh bawa anda hanyut ke laut.

Kalau nak tengok matahari terbit, datanglah lepas Subuh. Nak datang sebelum Maghrib nak tengok matahari terbenam pun boleh, tapi kemungkinan ramai orang tu tinggi. Kami cadangkan datang dari pagi sampai tengah hari.

Kemudahan yang ada

Paling seronok dekat Pantai Teluk Gadong sebab gerai-gerai makanan yang berterabur dan ada dekat mana-mana je sekitar kawasan pantai. Bila lapar, sedia duit dengan perut je tak perlu bawa kereta pun. Bukan gerai makan pun, sini banyak juga gerai jual barangan keperluan aktiviti pantai, contohnya layang-layang.

Gazebo besar boleh buat port berkelah atau santai. Tandas pun ada, jadi tak payah susah-susah singgah stesen minyak ke mana-mana. Bangku-bangku memang berderet ada dekat kawasan pantai, bolehlah nak duduk bersosial dengan ahli keluarga.

Peta lokasi

Mereka-mereka yang nak datang dari Kuala Lumpur, biasalah perjalanan ke Terengganu ambil masa lebih 3 jam. Dari KL nak ke Pantai Teluk Gadong kena tempuh perjalanan 4 jam 3 minit macam tu kalau naik kereta. Apa salahnya memudahkan perjalanan dengan naik bas? Naik dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pun lebih kurang 4 jam juga. Jimat duit, jimat tenaga.

Dah ada dalam Terengganu, nak ke pantai ikut lebuhraya Pantai Timur atau Jalan Kuantan-Kemaman, dua-dua kena jalan lagi sejam setengah nak sampai.

Lokasi | Jarak


Sangat berbaloi kalau anda dah bercadang nak singgah Pantai Teluk Gadong sebab terbukti banyak sungguh kemudahan yang sememangnya memudahkan. Selain berkelah pun banyak aktiviti anda boleh buat sekitar pantai. Nak makan boleh, nak beriadah boleh, ikut kata hati ya.

4.6/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

Air Terjun Chemerong – Destinasi Perkelahan yg BEST

Kalau anda bercuti atau mungkin sedang melawat sedara mara di sebelah selatan Terengganu seperti Dungun, Hulu Terengganu atau Marang dan teringin nak mandi manda...

Warung Nasi Dagang Dungun

Warung nasi dagang ini satu tempat makan pagi yang wajib anda datang kalau nak try makanan Terengganu yang sedap!! Menu yang glamour kat sini...

10 Tempat Penginapan di Dungun Macam Dekat BALI

Sebut sahaja 'Dungun', sudah pasti ramai yang tahu ianya merupakan sebuah daerah di negeri Terengganu. Penduduk di negeri ini tentunya berasa bangga dengan sejarah...

7 Homestay di Dungun yang Sesuai untuk Keluarga!

Kuala Terengganu memang terkenal dengan pantai yang bersih, suasana damai dan udara yang segar. Tidak hairanlah ramai penduduk dari ibu kota dan negeri lain...

Pantai Teluk Lipat di Dungun, Port PALING TENANG

Orang-orang di negeri Terengganu memang lazim dengan Pantai Teluk Lipat, lagi-lagi penuntut UiTM Dungun yang banyak kali datang ke sini dengan kawan-kawan di universiti...

Pantai Rekreasi Teluk Bidara – ANGGUN dan BERSIH

Walaupun banyak pantai-pantai cantik sekitar Dungun, Terengganu, masih ramai yang singgah di Pantai Rekreasi Teluk Bidara sebab kawasannya yang jauh dari bandar dan tenang....
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x