Pantai Teluk Batik di Perak – Pantai CUN Utk Beriadah

Pantai Teluk Batik merupakan salah satu tempat yang terkenal sebagai tempat peranginan santai yang popular di Negeri Perak. Percutian anda akan menjadi lebih menyeronokkan jika anda memilih untuk berkunjung ke sini. Pantainya yang cantik dan landai telah menjadi sebagai tarikan utama untuk menarik perhatian orang ramai. Pantai yang menjadi kegemaran orang ramai ini juga memang sangat selamat untuk melakukan pelbagai aktiviti.

Suasana yang tenang dengan terdapat pelbagai kemudahan ini memang tidak akan mengecewakan anda. Pantai yang luas ini juga akan membuatkan anda tidak perlu bersesak-sesak walaupun datang pada waktu cuti. Sebelum anda berkunjung ke pantai ini, apa kata anda baca dahulu artikel ini untuk mengetahui secara terperinci tentang Teluk Batik.


Aktiviti Menarik di Pantai Teluk Batik

Aktiviti Menarik di Pantai Teluk Batik

Aktiviti Sukan Air

Aktiviti sukan air di sini menjadi antara tarikan menarik yang terdapat di Pantai Teluk Batik. Antara aktiviti air yang boleh dilakukan di sini ialah sewa bot untuk kelilingi pantai, memancing, berkayak, banana boat dan big mable. Aktiviti air yang menjadi pilihan orang ramai yang berkunjung ke sini ialah banana boat kerana sememangnya ia mencabar dan menyeronokkan. Banana boat juga telah menjadi sebagai aktiviti pantai yang tidak asing lagi di Malaysia. Bukan itu sahaja, anda juga mesti terkejut dengan harga sewa bot di sini kerana ia hanya lebih kurang RM 5.00 sahaja untuk membawa anda bersiar-siar keliling pantai. Rugi anda tidak sewa bot di sini kerana sememangnya harga yang murah dan tidak boleh didapati di tempat lain.

Kepada kaki pancing, anda memang wajib untuk mencuba memancing di sini kerana terdapat kawasan berbatu dihujung pantai yang menjadi memang port bagi kaki pancing. Rata-rata yang memancing di sini memang akan pulang dengan hasil yang agak lumayan. Keselamatan anda sewaktu melakukan aktiviti juga terjamin kerana mereka ada menyediakan jaket keselamatan untuk semua aktiviti.

Berkelah

Pantai Teluk Batik memang port terbaik untuk berkelah. Sekali sekala anda kena luangkan masa bersama keluarga dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat seperti berkelah ini. Berkelah dibawah pokok ru di Pantai Teluk Batik ini memang nyaman dan selesa. Pokok ru yang rimbun memang redup untuk anda bersantai. Tak cukup dengan itu, anda juga boleh menyewa kerusi pantai di sini dengan harga serendah RM 3 sahaja. Dengan menyewa kerusi pantai di sini anda akan dapat lebih menikmati waktu santai anda.

Dengan keluasan pantai ini juga, anda dapat berkelah bersama dalam kelompok yang ramai. Biasanya mereka yang berkelah di sini juga akan membuat aktiviti seperti menyambut hari keluarga.

Berkhemah

Anda akan mendapatkan pengalaman berkhemah yang menyeronokkan di sini. Kepada anda yang inginkan pengalaman untuk tidur di tepi laut, memang Pantai Teluk Batik lah tempat yang tepat. Berkhemah di sini  juga terdapat banyak kemudahan seperti tandas yang berhampiran dengan tapak perkhemahan. Keluasan tapak perkhemahan ini boleh memuatkan 30 buah kenderaan. Jika anda ingin menyewa tapak untuk berkhemah di tapak ini, anda hanya perlu membayar dalam RM 40 sahaja untuk satu malam. Anda juga boleh tambah plug point dengan membayar cas sebanyak RM 10 dan anda boleh mengunakan plug itu untuk cas telefon bimbit, pasang kipas mini atau masak nasi menggunakan periuk nasi. Memang mudah, tapi anda perlu memastikan tapak khemah yang anda pilih mesti berhampiran dengan plug point.

Tapak perkhemahan di Teluk Batik ini memang dijaga rapi oleh Majlis Perbandaran Manjung. Keselamatan di sini juga memang terjamin kerana malam-malam akan ada orang yang jaga atau staf MBI yang akan ronda. Jika anda masih dalam mood untuk bulan madu bersama isteri tersayang, apa kata anda bawa isteri anda berkhemah sambil candlelight dinner di tepi laut Teluk Batik ini kerana suasana di sini memang romantis. Jika anda datang bercuti bersama keluarga pula, anda boleh membuat BBQ pada waktu malam kerana terdapat tempat untuk bakar-bakar.

Lokasi | Phone: 05-689 8800

Mandi-Manda

Mesti anak-anak anda bosan cuti-cuti sekolah hanya duduk di rumah sahaja kan? Apa kata, anda membawa anak-anak anda untuk bermandi-manda di pantai yang indah seperti Teluk Batik ini. Asyik mandi air laut tawar sahaja, sekali-sekala tidak salah untuk mencuba mandi air laut masin. Airnya yang jernih dan bersih memang menyegarkan diri.

Sambil menunggu anak-anak anda mandi laut, anda boleh membeli makanan di kedai berhampiran. Anda juga boleh menyewa pelampung di kedai berhampiran pantai dengan harga RM 5 atau RM 10 mengikut pasa saiz pelampung. Tempat ini memang menjadi antara pantai pilihan orang ramai untuk bermandi-manda.

Sukan Tepi Pantai

Pelbagai sukan yang boleh anda lakukan bersama-sama keluarga di tepi Pantai Teluk Batik ini. Ramai orang yang main bola sepak, bola tampar, layang-layang dan banyak lagi di tepi pantai ini. Sebelum bermain, anda boleh mencari di mana-mana sahaja sekitar pantai untuk pasang jaring. Leka melakukan aktiviti, jangan sampai terlupa pula untuk membawa balik peralatan sukan anda.

Pantai yang berangin ini memang port baik untuk main layang-layang. Anda juga boleh mendapatkan layang-layang di kedai-kedai tepi pantai ini. Pelbagai corak layang-layang yang cantik boleh anda dapatkan. Anda boleh mengeratkan lagi hubungan bersama keluarga anda dengan melakukan aktiviti di tepi pantai ini.

Melihat Matahari Terbenam

Selepas penat melakukan pelbagai aktiviti, anda boleh duduk bersantai di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam. Melihat matahari terbenam di sini memang menjadi salah satu tarikan di Teluk Batik kerana ia memang tempat yang strategik untuk melihat matahari terbenam.

Jika cuaca cantik dan tidak hujan, anda akan dapat menyaksikan betapa cantiknya cahaya yang membelah awan pada waktu petang. Cahaya yang perlahan-lahan tenggelam di atas permukaan laut menghasilkan kesan yang cantik dan luar biasa. Melihat kecantikkan matahari terbenam memang akan menghasilkan pelbagai perasaan yang akan dirasa. Keindahan melihat matahari terbenam memang akan membuatkan anda terpegun dengan ciptaan Tuhan. Sebelum anda duduk lepak dan menunggu waktu untuk matahari terbenam, anda boleh singgah di mana-mana kedai berhampiran untuk membeli cenderamata. Ini menjadi kenangan yang anda pernah berkunjung ke Teluk Batik.


Penginapan di Pantai Teluk Batik

Capital O 89484 Teluk Batik Resort

Capital O 89484 Teluk Batik Resort

Memang tempat penginapan yang menjadi pilihan orang ramai yang berkunjung. Resort ini juga terletak berhampiran dengan Airport Pangkor. Walaupun resort ini merupakan antara yang terkenal tetapi anda jangan risau kerana terdapat lebih 300 bilik ada disediakan di sini. Resort yang berkonsepkan tradisional dan gaya moden ini memang selesa untuk anda menginap.

Walaupun resort ini berdekatan dengan Pantai Teluk Batik tetapi terdapat juga kolam renang di resort ini untuk anda. Yang menariknya, anda akan mendapatkan pulangan duit anda semula jika ingin membatalkan tempahan. Harga untuk bilik di resort ini juga mengikut pada jenis bilik yang anda inginkan.

Virgo Batik Resort

Virgo Batik Resort

Resort yang dikelilingi dengan pokok-pokok kelapa dan berhampiran Pantai Teluk Batik ini memang sesuai untuk dijadikan tempat penginapan untuk anda bermalam. Virgo Batik Resort memang menawarkan tempat penginapan yang sempurna dan mampu menjadikan perjalanan percutian anda lebih menarik. Mereka menyediakan tempat letak kereta yang luas dan percuma untuk anda tanpa kira berapa hari anda menginap di resort ini.

Terdapat kolam renang juga di resort ini untuk anda yang malas untuk pergi mandi di Pantai Teluk Batik. Kolam yang tidak berada dalam memang sesuai untuk anak-anak anda bermandi manda. Menu makanan yang disediakan mereka juga memang pelbagai dan menyelerakan. Rugi jika anda tidak memilih untuk menginap di Virgo Batik Resort ini sebab anda telah terlepas peluang untuk merasai menginap di resort yang terbaik. Bajet harga bilik di sini juga memang berbaloi untuk anda cuba.

Teluk Batik Holiday Apartment

Teluk Batik Holiday Apartment

Anda memang membuat pilihan yang terbaik sekiranya memilih untuk menjadikan Teluk Batik Holiday Apartment sebagai tempat penginapan anda. Anda boleh menikmati pemandangan laut yang indah daripada bilik anda kerana homestay ini terletak berhampiran dengan Pantai Teluk Batik. Bukan itu sahaja, daripada beranda juga anda akan dapat melihat keindahan hutan simpan yang berhampiran. Suasana alam sekitar yang memang memberikan ketenangan, tentunya tidak boleh didapati di bandar.

Mereka juga menawarkan pelbagai kemudahan yang boleh anda gunakan seperti kolam renang, restoran, kafe, spa dan pusat urut, tempat letak kenderaan yang luas dengan percuma sahaja, serta WIFI percuma di lobi. Memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan untuk setiap kemudahan ini. Di mana lagi anda boleh mendapatkan penginapan yang sempurna dan indah seperti di Teluk Batik Holiday Apartment ini.

Rockbund Fishing Chalet 

Rockbund Fishing Chalet 

Sekiranya anda masih mencari tempat penginapan untuk percutian anda di Pulau Teluk Batik, anda memang patut cuba menginap di Rockbund Fishing Chalet. Chalet yang mempunyai pelbagai warna ini juga ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di chalet ini adalah memancing kerana sememangnya menjadi port kegemaran kaki pancing.

Walaupun chalet ini kelihatan biasa-biasa sahaja dari luar tetapi hiasan didalam bilik memang kemas dan kelihatan mewah. Penghawa dingin, televisyen dan banyak lagi kemudahan ada disediakan didalam setiap chalet. Anda juga boleh membuat apa-apa sahaja majlis di chalet ini kerana mereka akan membantu anda dalam persiapan majlis. Mereka juga akan menjamin untuk melakukan yang terbaik dalam aspek majlis seperti pengcahayaan, muzik dan segalanya. Chalet ini memang mendapat sambutan orang ramai untuk mengadakan majlis seperti majlis hari jadi, makan-makan, hari keluarga dan banyak lagi.


Tempat Makan Best Pantai Teluk Batik

Setelah melakukan pelbagai aktiviti di Pantai Teluk Batik ini tentunya perut anda akan berasa lapar, jadi kami mencadangkan kedai makan yang terbaik dan terdapat berhampiran sahaja dengan kawasan pantai. Kedai-kedai makan ini juga memang popular dan menjadi pilihan orang ramai. Pelbagai menu hidangan yang menarik boleh anda pesan. Makanan-makanan yang dimasak dengan mengunakan bahan segar ini juga memang memberikan rasa yang luar biasa.

Rasa makanan mereka memang menambat hati dan dijamin akan menepati cita rasa anda. Jangan ragu-ragu lagi untuk singgah di kedai makan ini kerana kedai mereka juga memang sangat bersih. Oleh kerana menu mereka yang pelbagai, anda mempunyai pelbagai pilihan untuk makan apa. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis ulam-ulam kampung juga boleh didapati di kedai makan ini. Sememangnya sukar untuk mencari ulam-ulam segar di tempat lain, memang penggemar ulam wajib untuk cuba makan di kedai ini.


Tempat Menarik Berdekatan Pantai Telok Batik

Muzium Siput Teluk Batik

Muzium Siput Teluk Batik

Daripada nama tempat sahaja akan membuatkan anda tertanya-tanya tentang muzium ini. Jadi, anda boleh berkunjung ke Muzium Siput ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang terdapat di sana. Yang menariknya, di sini mereka mempamerkan kira-kira lebih 300 jenis siput yang didatangkan dari belahan negara di rantau Asia. Anda boleh melihat dan mempelajari serba sedikit tentang siput.

Siput sememangnya haiwan yang unik dan menarik. Tiket masuk untuk dewasa hanya dikenakan sebanyak RM 2 sahaja dan kanak-kanak pula hanya RM 0.50 sahaja. Memang murah dan rugi jika anda tidak berkunjung ke muzium siput ini. Anda boleh bergambar di setiap sudut muzium kerana muzium ini memang dihias dengan baik.

Taman Paya Bakau

Taman Paya Bakau

Taman Paya Bakau terletak di antara Jalan Ipoh dengan Lumut dan ia mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja daripada Bandar Lumut. Untuk pengetahuan anda, taman ini telah mula dibina pada bulan Mei 1994 dan telah dibuka kepada umum pada bulan Januari 1995. Taman ini juga telah banyak diubah suai dan diselenggara sehingga sesuai menjadi sebagai tempat pelancongan terbaik untuk Perak.

Anda perlu menggunakan stamina anda untuk melalui jalan yang disediakan untuk ke kawasan hutan paya bakau. Ia mempunyai laluan sejauh 366 meter dan selebar 6 kaki untuk merentasi hutan paya bakau. Tetapi jangan risau kerana terdapat 2 buah pondok untuk anda beristirehat. Meneroka alam sekitar sememangnya indah dan akan mendapat udara yang segar walaupun ia sedikit memenatkan.

Taman Awam Lumut Waterfront

Taman Awam Lumut Waterfront

Kawasan yang seluas 7.4 ekar seperti di Taman Awam Lumut Waterfront ini membuatkan anda dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik. Tempat yang terletak di persisiran muara Sungai Dinding dan bersebelahan dengan Lumut Yacht Club ini memang sangat popular. Selain itu, tempat ini juga dibuka sehingga 11 malam, jadi anda tidak perlu terburu-buru untuk berkunjung ke sini. Kawasan ini juga mempunyai kedudukan yang menghala dari kuala Sungai Dinding ke Sungai Sitiawan. Anda dapat melihat 2 buah Sungai Perak daipada tempat ini.

Pelbagai kemudahan yang ada disediakan di sini seperti kedai makan berhampiran, tandas awam, tempat permainan kanak-kanak, telefon awam, tong sampah, laluan pejalan kaki, peta untuk keliling taman, tempat untuk beriadah dan pondok untuk berehat. Anda juga boleh membeli cenderamata untuk membawa pulang kerana terdapat pelbagai kedai cenderamata di kawasan taman ini. Taman ini memang merupakan port terbaik untuk anda melepak dan meluangkan masa bersama yang tersayang.


Maklumat tambahan

Tempat Letak Kereta

Jangan bimbang tentang parkir di sini kerana mereka menyediakan kawasan letak kereta yang sangat luas untuk anda. Oleh kerana tempat yang luas, anda akan tetap mendapatkan parkir walaupun anda berkunjung ke Pantai Teluk Batik ini pada hari minggu.

Cas untuk parkir hanya dikenakan RM 3.00 sahaja untuk bila-bila waktu anda berkunjung. Cas RM 5.00 untuk letak di kawasan luar Kompleks Pengurusan Pelancongan Teluk Batik iaitu berhampiran dengan Dataran Hadhari dan Chalet Impian. Kawasan letak kereta ini juga adalah berdekatan dengan pantai dan kawasan Tapak Perkhemahan Teluk Batik. Jadi anda tidak perlu berjalan jauh sambil mengangkut barang daripada kereta untuk ke tempat berkhemah.

Waktu terbaik untuk pergi

Pantai yang popular seperti Teluk Batik ini memang akan menerima pengunjung yang ramai terutama pada hujung minggu atau waktu cuti. Jika anda inginkan percutian yang tenang di tempat yang tidak ramai orang, anda boleh berkunjung ke pantai ini pada hari bekerja.

Mengikut pendapat orang ramai tentang waktu yang sesuai untuk berkunjung ke pantai ini ialah pada bulan April hingga September kerana kebiasaannya bulan-bulan ini mempunyai cuaca yang baik dan tidak hujan. Bulan November hingga ke Februari merupakan antara bulan yang selalu menjadi musim hujan, jadi ia mempunyai risiko yang tinggi untuk anda berkunjung ke pantai sewaktu musim hujan.

Kemudahan

Pelbagai kemudahan yang disediakan di Pantai Teluk Batik ini memang tidak akan mengecewakan anda. Bukan itu sahaja, kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini juga boleh digunakan untuk orang awam. Kemudahan di sini sentiasa diselenggara agar ia sentiasa kekal dalam keadaan yang baik.

Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di kawasan Pantai ini ialah kerusi untuk anda berehat sambil menjaga anak-anak anda bermandi manda, tandas awam, bilik persalinan baju selepas mandi laut, tong sampah, kedai cenderamata yang pelbagai, kedai menjual peralatan sukan untuk anda melakukan aktiviti di tepi pantai, padang yang luas, taman awam untuk anda bergambar dan banyak lagi.

Peta Lokasi

Pantai Teluk Batik terletak di dalam daerah Manjung dan lokasinya adalah di Lumut. Anda juga boleh datang ke Pantai ini dengan menggunakan kenderaan awam seperti bas atau teksi. Jarak daripada bandar Ipoh ke Pantai Teluk Batik ini juga kira-kira hanya dalam 85 km sahaja.

Lokasi


Sekali-sekala anda memang kena rilekskan diri dengan udara segar daripada alam sekitar. Udara yang segar di tepi pantai ini mampu menenangkan minda dan badan anda daripada segala tekanan kerja. Selain itu, anda dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga tersayang dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik di tepi Pantai ini. Anda tidak perlu membayar duit untuk menikmati keindahan alam sekitar seperti di Pantai Teluk Batik ini. Kalau anda nak mencari tempat berkhemah lain di Perak juga ada banyak yang boleh didapati.

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Homestay Yang Best dan Selesa di Teluk Batik!

Teluk Batik merupakan salah satu tempat kunjungan yang menarik di Perak. Rugi rasanya sekiranya tidak pergi ke semua tempat menarik di daerah itu bersama...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x