Pantai Rekreasi Teluk Kalong – Pantai Bersih BELUM Popular

Pantai Rekreasi Teluk Kalong ni, disebabkan kedudukan dia yang jauh dari jalan utama dan pusat bandar, buatkan dia kurang mendapat sambutan orang ramai. Siapa sangka pantai yang ramai tak pernah dengar ni sangat bersih dan persekitarannya aman? Banyak juga aktiviti boleh anda buat dekat sini selain berkelah.

Kemudahan yang banyak dan serba lengkap dekat sini akan buat anda rasa nak datang lagi lain kali. Macam tulah betapa bestnya duduk santai dekat pantai ni. Pantai Rekreasi Teluk Kalong wajar mendapat perhatian lebih, tak kiralah dari orang tempatan atau pelancong luar negara.


Aktiviti Menarik di Pantai Rekreasi Teluk Kalong

Berkelah

Dah nama pun pantai bersih, indah, mestilah akan rasa nak berkelah dekat kawasan pantai ni. Dari rumah boleh bawa siap-siap tikar ke kain ke buat duduk-duduk sambil tengok bot-bot dekat pelantar minyak. Ajaklah keluarga besar ke keluarga kecil ke berkelah sama-sama buat potluck.

Gerai makan dekat-dekat kawasan pantai tak berapa nak banyak kalau jarak jalan kaki. Jadi, anda bawalah makanan dari rumah atau beli dulu sebelum datang pantai ya. Lepas dah makan, jangan lupa buang sampah secara berhemah.

Berkhemah

Siapa je taknak berkhemah dekat sini, dah tempatnya memang selesa dan selamat untuk duduk sementara. Sebab banyak pokok-pokok dekat depan pantai, bolehlah buat jadi kawasan dirikan khemah. Asalkan tak terlampau terdedah dengan pantai sudah. Nanti ada pula yang teman sekali.

Walaupun dibolehkan berkhemah dekat sini, seeloknya informlah dulu dekat penduduk tempatan ya. Kawasannya terjaga dengan elok jadi mereka kena tahu siapa duduk situ.

Beriadah

Dekat sini nak berjoging, dipersilakan ya sebab angin dia nyaman, jadi kalau siang tak terasa sangat panas dia. Pengalaman berjoging tepi pantai memang susah nak dapat kalau tinggal dekat bandar. Gunakan peluang ni nak dapat view best dan sihatkan badan.

Nak surfing pun boleh kalau memang dah biasa surf dekat pantai lain. Bawa gear sendiri kalau boleh, ombak sini kuat dan sesuai. Siapa nak main futsal, pergi aje court sebelah pantai.

Tengok matahari terbit

Anda tahu kan kalau dekat pantai, matahari terbit memang jelas lagi nyata? Tak tahu? Tak apa, pergi dulu Pantai Rekreasi Teluk Kalong pagi-pagi buta macam tu, tunggu matahari naik.

Bila dah dapat tengok sendiri sunrise dekat sini, mesti anda akan lebih menghargai kecantikan fenomena alam. Time-time ni lah syok nak ambil gambar pemandangan buat kenangan. Lepastu buat background dalam phone.

Memancing

Untuk ke spot memancing yang guarantee akan ada hasil, boleh drive ke penghujung kawasan berbatu pantai. Dekat sini ada kuari dekat kawasan-kawasan bukit tepi pantai. Kalau anda memang suka memancing memang seronoklah kalau sampai sini.

Fishing gear apa semua jangan lupa bawa dari rumah. Takkan nak tangkap ikan pakai tangan pula. Dah dapat hasil buatlah bakar-bakar dengan keluarga.


Penginapan Sekitar Pantai Rekreasi Teluk Kalong

De Chukai Hotel

Dengan hanya 12 minit perjalanan dari Pantai Rekreasi Teluk Kalong, anda boleh jumpa De Chukai Hotel ni. Semua bilik dekat hotel ada aircond, ada meja untuk siapkan kerja tertangguh anda tu, dengan TV. Pilih-pilih nak bilik double ke, single ke, atau queen.

Nak bawa balik baju bersih senang je, guna servis basuh baju yang ditawarkan dekat hotel. Parking dekat sini pun percuma, boleh pilih lagi nak parking mana. Nak pergi restoran dekat-dekat, dalam 4 km ada Mcdonald’s dengan Secret Recipe.

Semak Harga

Shafura Hotel 1

Walaupun agak jauh dalam 17 minit dari pantai nak ke Shafura Hotel ni, tapi penginapan dia memang selesa dan berbaloi. Wi-fi dekat sini percuma, jadi tak ada masalah untuk yang tak ada atau dah habis data. Hiasan hotel yang bertemakan vintage memang sesuai untuk semua peringkat umur.

Bilik-bilik yang ada dekat sini, bilik single, deluxe queen, deluxe twin, superior family, superior queen, dengan king. Dalam 1 km je anda boleh jumpa banyak sungguh kedai makan sedap-sedap. Cerek masak air pun ada, senanglah anda nak buat kopi ke masak maggi ke.

Semak Harga

Marjan Hotel

Marjan Hotel dari Pantai Rekreasi Teluk Kalong pun agak jauh, dalam 16 minit perjalanan. Antara bilik-bilik yang ada termasuk bilik deluxe, standard twin, double, superior, superior twin, suite, atau premium suite. Jangan risau sebab dekat hotel memang bagi akses Wi-fi percuma.

Kalau takut bosan dalam bilik, pasang je TV yang ada. Untuk yang tak merokok memang selesa duduk sini sebab seluruh hotel tak dibenarkan merokok. Yang tak bawa tuala pun tak ada masalah, sini dah sediakan semua.

Semak Harga


Tempat Makan Sedap Pantai Rekreasi Teluk Kalong

Walaupun Pantai Rekreasi Teluk Kalong ada food court dia sendiri, tapi semua warung dekat situ tak selalu buka. Kalau buka pun dalam 1 atau 2 kedai aje. Jadi, kalau lapar memang kena naik kereta pergi kedai makan dekat-dekat.

Sayang sebab jauh juga kalau nak jalan kaki ke kedai-kedai makan. Tapi yang bestnya, kedai-kedai makan sini semua menu dia boleh buat anda terliur. Pilihlah nak makan apa, seafood ke, mee ke, nasi campur pun ada. Nak western pun order aje!


Tempat menarik berhampiran Pantai Rekreasi Teluk Kalong

Air Terjun Jandi Mandi

Mereka yang suka aktiviti ekstrim memang digalakkan pergi cuba datang Air Terjun Janda Mandi dekat Bukit Gemok, Kemaman ni. Antara aktiviti boleh buat dekat sini, mendaki, berkhemah, nak memancing pun boleh sebab banyak ikan. Kalau yang dah pro, try abseiling dekat bukit sini.

Kalau yang jenis suka berkhemah dalam suasana yang banyak risiko, boleh cuba dekat Kem Panchur. Kawasan dia dekat-dekat perairan jadi risiko terjatuh dan lain-lain tu ada. Kuali, periuk dengan alas ada disediakan dengan kem ni. Cuma kena guna dengan berhemah ya.

Muzium Kemaman

Apa yang anda boleh dapat dari Muzium Kemaman ni ialah banyak pengetahuan baru dan rasa penghargaan dekat tokoh-tokoh pelbagai bidang. Anda boleh tengok sendiri potret-potret tokoh tu dengan pencapaian mereka dekat Terengganu ni. Nak masuk percuma pula tu.

Muzium ni ada dua tingkat, tingkat bawah tu pamerkan sejarah daerah Kemaman. Kalau naik tingkat atas, boleh nampak pameran tokoh dengan kraftangan. Parking dekat sini senang jumpa jadi jangan risau.

Mini Zoo Kemaman

Mini Zoo dibuka dari pukul 9 pagi sampai 5 petang setiap hari. Tapi, hari Jumaat tutup sekejap pukul 12:30 tengah hari sampai 2:30 petang sebab bagi laluan Solat Jumaat. Harga tiket masuk pula RM10 untuk dewasa, RM7 untuk kanak-kanak, dan percuma untuk warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Seronok kalau anak-anak datang sini tengok haiwan-haiwan macam harimau, gajah dengan banyak jenis burung. Nak naik cruise pun boleh, tengok paya bakau. Tak perlu bayar tram bawa anda keliling zoo mini sebab percuma.


Maklumat tambahan

Tempat letak kereta

Kawasan nak letak kereta memang besar, luas dan senang nak jumpa. Lagi-lagi sebab dia tak tertempu dekat satu kawasan je, bolehlah parking dekat mana-mana yang kosong. Janji tak kacau lalu lintas orang.

Kalau nak parking atas pasir, hati-hati ya sebab kemungkinan tenggelam tu ada sebab pasir lembut. Jadi, pilihlah kawasan jalan tar nak parking kereta pun. Tempat redup pun banyak aje.

Waktu terbaik untuk pergi

Selalunya lepas pukul 4 petang, memang ramai pergi ke pantai sebab matahari pun dah tak terik. Tapi kalau anda okay je kalau ramai orang pun, bolehlah pergi, redup kan best. Paling tenang kalau nak pergi, belah pagi sampai tengah hari.

Nak tengok sunrise tu kenalah terus bergegas ke pantai lepas Subuh. Lainlah kalau memang dah berkhemah depan pantai. Sunset pun syok juga tengok sebelum gelap sepenuhnya.

Kemudahan yang ada

Tak perlu nak was-was dengan tandas dekat sini sebab dia pernah menang anugerah untuk tandas awam bersih suatu ketika dahulu. Pancuran air pun ada dekat tandas kalau pasir melekat dekat badan. Kalau dah masuk waktu solat tu, senang sebab ada surau juga sini.

Taman permainan ada untuk anak-anak kecil buat main, sambil tu mak ayah boleh perhati dari gazebo tepi dia. Tempat duduk keliling pantai banyak, boleh duduk bersembang. Court nak bersukan pun ada ya.

Peta lokasi

Nak dikatakan, tak berapa jauh kalau naik kereta dari Kuala Lumpur ke Pantai Rekreasi Teluk Kalong sebab 3 jam setengah je. Itupun kalau guna jalan paling dekat la. Dari Jalan Chukai-Kerteh, jalan lagi dalam 10 minit, dah sampai pantai.

Seronok juga kalau naik kereta api nak ke pantai ni, tapi banyak kena transit bas. Paling laju pun sampai dalam 7 jam macam tu.

Lokasi | Jarak


Apa kata anda, nak ke Pantai Rekreasi Teluk Kalong tak sekarang? Bila nak ke sini, memang tak perlu nak risau satu pun sebab kemudahan lengkap, tempat menarik pun memang tak rugi pergi. Perjalanan yang jauh akan bawa anda ke pantai yang indah dan nyaman ni.

4.6/5 - (9 votes)

Anda Mungkin Berminat

30+ Tempat Menarik di Kemaman, Terengganu Paling Popular

Kemaman merupakan satu daerah yang agak besar yang terletak di selatan Negeri Terengganu & bandar utamanya pula adalah Bandar Chukai yang terletak berhampiran dengan...

Kawasan Rekreasi Telaga Simpul – Tempat Santai Orang Kemaman

Kawasan Rekreasi Telaga Simpul yang terletak di Kemaman ini merupakan sebuah tempat lepak santai yang selalu menjadi kunjungan orang ramai terutamanya mereka yang berkerja di...

Pantai Paka – Medan Berkelah PALING SYOK

Pantai Paka, walaupun nama bandar dia memang ramai selalu dengar, tapi tak ramai nak pergi pantai dia yang cantik ni. Dalam banyak-banyak pantai dekat...

Pantai Rekreasi Kuala Kertih – Singgah Sekejap Pun BERBALOI!

Pantai Rekreasi Kuala Kertih, walaupun boleh dikatakan sebuah pantai yang agak kecil berbanding dengan pantai-pantai lain dekat Terengganu, masih lagi memuaskan kalau nak dijadikan...

10 Homestay di Kemaman untuk Percutian yang Santai

Siapa yang tidak kenal dengan negeri Terengganu yang merupakan antara salah satu pilihan pelancong untuk datang kerana pantainya yang cantik dan bersih. Negeri ini...

10 Penginapan Di Kemaman- ‘Gerbang’ Ke Terengganu

Daerah Kemaman boleh dikatakan sebagai pintu masuk untuk negeri Terengganu. Daerah Kemaman ini juga turut bersempadan dengan negeri Pahang dan berdekatan dengan bandar Cherating....
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x