Pantai Pandak atau juga dikenali sebagai Pantai Chendering ni merupakan salah satu destinasi perkelahan di mana korang boleh mandi di pantai kalau nak. Seperti yang tersedia maklum, kebanyakan pantai di Terengganu ni memang tak boleh mandi sebab permukaan dasar pantai yang tak sesuai utk mandi.
Namun, ada juga satu port pantai yg korang boleh mandi dengan anak2 yang terletak lebih kurang 9km daripada bandar Kuala Terengganu. Perjalanan ke Pantai Pandak ni senang je. Kalau dari Kuala Terengganu, korang akn berjumpa signboard hala tuju ke Pantai Pandak kat trafik light chendering. Senang sahaja. Bila dah masuk simpang ke kiri tu, korang kena drive dlm 300m sebelum smpai ke simpang mcam dlm gambar atas. Pastu drive sket lagi dlm 400m, yeay !! sampai dah !!
Masa ni kami tiba dalam pukul 6ptg, mak oii, ramainya manusia sedang berkelah. Gerai2 pun banyak kat sini…Parking kete tersedia..tapi jalan masuk ke pantai ni agak kecik sket, maklumlah jln kampung. Kalau berselisih dengan kereta dari depan, memang salah satu kena mengalah memberi jalan..
Kat sini kalau di sebelah kanannya banyak ada batu2 yang boleh korang melepak menikmati keindahan alam. Dari sini korang boleh nampak juga Pulau Kapas yang hanya terletak kira2 20km…
Ombak kat sini walaupun angin sedang bertiup agak kuat masa ni boleh dikatakan tiada langsung. Malah permukaan pantai di sini juga cantik dan sesuai untuk mandi manda. Tengoklah tu, punya la ramai budak2 tgh mandi bersuka ria di sini. Tak kurang juga yg buka tikar dan berkelah kat sini..amboi syoknya dia…. :)
Batu dan gong2 batu yang ada kat sini memang cantik. Sesuai sangat kalau korang nak bergambar ker nak bersantai ke..Time kami datang memang ada kaki DSLR yg tgok shoot kat atas batu besar tu…malu kawan dgn kamera yg kecik ni.. :)
Apa lagi..kalau nak mandi dan berkelah…Pantai Pandak lah dia punya port yg terbaik di area Kuala Terengganu dan Marang. Jom3. Lokasi dan koordinat Pantai Pandai, Marang, Terengganu. lat/lng: 5.26841,103.184598. Selamat beriadah dan berpiknik. Tengok anak-anak walaupun di sini boleh mandi pantai. Good Luck !