Pantai Klebang Melaka – Ini Aktiviti WAJIB Pelancong Buat

Bercuti & melawat ke tempat bersejarah di Melaka itu pasti & memang tak dinafikan sangat best. Tetapi kalau jadual melancong di Melaka anda asyik dengan tempat yang sejarah atau muzium semata-mata lama kelamaan boleh bosan juga terutamanya anak-anak. Apa kata pada waktu petangnya pula anda sekeluarga berkunjung ke Pantai Klebang bersama anak-anak untuk aktiviti outdoor yang lebih santai & menyeronokkan.

Selain pantainya & pilihan makanan santai yang banyak, dahulunya di Pantai Klebang ini juga popular dengan penginapan yang unik yang sering menjadi kunjungan pelancong tetapi sayangnya telah ditutup sejak akhir 2016.


Tempat santai best tepi pantai di Melaka

lepak pantai klebang melaka
pesisiran pantai klebang

Lokasi nak ke Pantai Klebang dari Bandar Hilir Melaka sangat dekat sekitar 5-6 km sahaja dan hanya beberapa minit sahaja memandu. Tak kira waktu mana anda nak datang ke sini baik pagi, tengahari atau petang, Pantai Klebang ini sentiasa ada orang yang bersantai. Pantai Klebang ini bukanlah tempat peranginan tepi pantai seperti di Pantai Batu Ferringi atau Pantai Port Dickson yang mempunyai pelbagai tarikan sukan air & banyak pilihan resort menarik tepi pantai, tetapi lebih kepada tempat lepak-lepak & rekreasi bersama keluarga.


Aktiviti menarik di Pantai Klebang

aktiviti menarik di pantai klebang

Kawasan Pantai Klebang ini agak berteluk & permukaan pasir pantainya yang lapang memang sangat sesuai untuk aktiviti santai santai samaada nak berlari ke, main layang-layang, kejar kejar buih belon, bermain di taman permainan & sebagainya. Ombaknya pula tidaklah terlalu kuat seperti di kebanyakan pantai sebelah pantai timur & kadang-kadang ada juga beberapa golongan belia muda yang mandi manda di sini.

Namun untuk golongan keluarga dan anak-anak rasanya lebih baik cukup sekadar bermain air di gigian pantai. Kalau waktu cuti sekolah atau hujung minggu, pilihan aktiviti di sini lebih banyak dengan adanya khidmat tunggang kuda padi, jentera lasak ATV atau kereta kuda. Sekiranya anda dari KL & dah lama tak menjengah pantai, bolehlah ke sini untuk masa riang ria outdoor bersama anak-anak bermain layang-layang & pasir pantai.


Layan coconut shake Klebang original Melaka

coconut shake original klebang

Klebang dan nama coconut shake memang tidak dapat dipisahkan. Tidak hairanlah begitu banyak gerai-gerai yang menjaja di tepi jalan yang menjual minuman kegemaran orang Melaka ini. Kalau anda ke sini boleh saja membeli air coconut shake yang dijual di gerai-gerai tepi jalan sepanjang Pantai Klebang. Namun kalau anda nak merasai coconut shake original yang popular di Melaka, boleh ke kedai Coconut Shake Original Klebang yang terletak lebih kurang 2 km dari sini.

Kalau anda dari Bandar Hilir Melaka, sebaiknya singgah di kedai ini dahulu untuk tapau segelas dua dan minum di tepi Pantai Klebang. Itu baru dipanggil kombinasi terbaik untuk santai tepi pantai. Walaubagaimanapun, memandangkan restoran Coconut Shake Original Klebang itu memang sangat popular, kalau waktu cuti sekolah memang 99% pasti kena beratur panjang & nak cari parking memang sangat menguji kesabaran. Tapi itulah hakikatnya, nak yang sedap kenalah tahan sikit. Lokasi kedai>


Tarikan lain sekitar Pantai Klebang Melaka

muzium kapal selam pantai klebang melaka

Di sekitar Pantai Klebang mempunyai beberapa tempat menarik yang sering menjadi kunjungan pelancong. Selain daripada Restoran Coconut Shake Original Klebang seperti di atas, 1 km dari kawasan pantai ini juga terletaknya muzium yang hanya satu sepertinya di Malaysia iaitu Muzium Kapal Selam. Muzium ini merupakan sebuah kapal selam yang dikategorikan sebagai kapal selam penyerang & telah menjadi tarikan pelancong sejak tahun 2012.

Setelah habis khidmatnya di dasar lautan ATM telah memberi kapal selam ini kepada kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan muzium. Kalau merancang pusing-pusing area Klebang, waktu tengahari yang panas lebih baik buat aktiviti indoor dengan melawat Muzium Kapal Selam ini. Sesudah itu bolehlah pula melawat tempat-tempat menarik di Melaka yang terbuka seperti bersantai petang di Pantai Klebang.


Tempat makan best sekitar Pantai Klebang

tempat makan best klebang melaka

Medan Selera & Dataran 1 Malaysia – Berdekatan dengan Dataran 1 Malaysia yang terletak di Pantai Klebang, terdapat juga beberapa medan selera yang menjual pelbagai jenis makanan berat. Dataran 1 Malaysia ini lebih kepada kawasan padang terbuka dengan landskap taman yang tidak kurang menariknya untuk rehat santai. Di sini juga terdapat taman permainan kanak-kanak yang sesuai untuk aktiviti outdoor anak-anak anda.

Restoran Cendol Bakar Klebang – Sekitar 500 m dari Pantai Klebang, terdapat sebuah lagi destinasi yang popular dengan hidangan santai iaitu cendol. Dekorasi Restoran Cendol Bakar ini tidak kurang menariknya & pilihan makanan berat pun ada seperti nasi ayam & rojak. Makan di sini seperti makan di restoran fastfood siap ada drive tru.

Restoran Asam Pedas Claypot – Terdapat beberapa pilihan restoran atau kedai sekitar Pantai Klebang yang boleh anda terjah untuk menu lauk popular Melaka iaitu asam pedas.

  • Asam Pedas Claypot Klebang – Salah satu yang terdekat terletak di Pantai Klebang sendiri iaitu Asam Pedas Claypot Klebang (operasi 6pm -12 malam).
  • Asam Pedas Claypot di Kota Laksamana – Satu lagi kalau anda menuju balik ke Bandar Hilir Melaka, boleh singgah di Restoran Asam Pedas Claypot di Kota Laksamana kira-kira 5 km. Restoran di Kota Laksamana ini dibuka bermula pukul 6 petang sampailah ke awal pagi. Sesuai sangatlah sesudah penat santai petang terus ke restoran ini untuk makan malam.

Restoran Pak Putra Tandoori & Nan – Menu makanan popular di sini tiada kaitan dengan asal usul Melaka. Namun kalau anda orang KL yang gemar makan roti tempayang & ayam tandoori, boleh cuba pula di restoran ini yang sering dicadangkan oleh kenalan di Melaka. Lokasinya juga di Kota Laksamana kira-kira 5 km dari Pantai Klebang.

Barkat Roti John – Kalau dari Pantai Klebang lokasi kedai makan ini pula menghala ke arah Tanjung Kling kira-kira 6 km di Pantai Puteri. Di sini menu popular yang sering menjadi pilihan pengunjung adalah roti john & ayam goleknya.


Penginapan Bustel Klebang kini hanya tinggal nama

bustel klebang 2017
penginapan bustel sudah tutup

Seribu kali sayang. Hanya 2 tahun sahaja beroperasi di Pantai Klebang kini penginapan yang unik & menarik ini sudah ditutup sejak akhir 2016 atas sebab-sebab tertentu. Difahamkan Bustel ini ditutup bukan atas sebab kurang sambutan pelancong tetapi atas arahan pihak berkuasa Negeri dengan asbab-asbab hanya mereka yang tahu.

Dahulunya Bustel ini sering menjadi pilihan pengunjung untuk bermalam di Pantai Klebang. Sayang seribu kali sayang, kurang satu lagi permata pelancongan unik di Klebang, Melaka. Kini deretan Bustel Klebang ini hanya menjadi muzium terbengkalai & tanpa arah tujuan. Agak-agak stesen bas mana pula bas-bas ini akan bergerak kelak.

Sekiranya anda mencari penginapan seperti hotel, chalet atau homestay sekitar Pantai Klebang, boleh lihat pilihan terbaik di sini.


Kesimpulannya, Pantai Klebang yang hanya beberapa km dari Bandar Hilir Melaka sangat sesuai untuk anda mencari ketenangan sambil meluangkan quality time bersama anak-anak untuk aktiviti outdoor. Selamat cuti cuti di Pantai Klebang, Melaka & Wassalam.

4.3/5 - (26 votes)

Anda Mungkin Berminat

Limastiga Villa Melaka: Penginapan di alam semulajadi yg aman

Selamat datang di Limastiga Villa, sebuah destinasi yang memikat hati di tengah-tengah keindahan alam dalam negeri Melaka. Terletak di kawasan yang tenang dan damai,...

Tempat Membeli Belah di Melaka

Bercakap mengenai tempat membeli belah di Melaka, pilihan destinasinya memanglah tidak sebanyak di Kuala Lumpur ataupun di Selangor. Namun sekiranya anda ingin cuci cuci...

8 Chalet Menarik di Kuala Linggi yang Anda Perlu Kunjungi

Siapa yang tidak kenal dengan negeri Melaka, bandaraya bersejarah yang sering menjadi tumpuan pelancong tidak kira tempatan mahupun luar negara. Untuk pengetahuan anda, Melaka...

Muzium Kapal Selam Melaka – Harga Tiket & Apa Menarik di sini

Muzium yang mempamerkan informasi bersejarah, adat resam, budaya & keagamaan memang banyak di Malaysia dan boleh dikatakan semua negeri ada. Tetapi muzium kapal selam...

Gereja St Paul Melaka – Sejarah & Tarikan Pelancongan Melaka

Satu tempat menarik di Melaka yang merupakan binaan lama Portugis yang masih ada yang sering mejadi tumpuan pelancong ialah Gereja St Paul di Melaka yang...

Medan Samudera Bandar Hilir – Destinasi Shopping Cenderahati di Melaka

Walaupun kawasan Bandar Hilir tidaklah besar sangat, tetapi kalau berjalan kaki melawat kesemua tempat menarik di sini pasti boleh patah kaki juga. Kalau anda...

2 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
kembara rayyan
kembara rayyan
7 years ago

bustel klebang dh tutup? alahai..baru cadang nk pergi. tgok blog orang lain kata ada lgi. menipu btol

nurul
nurul
6 years ago
Reply to  kembara rayyan

pernah tengok fb bustel ni umum memang dah confirm tutup…
atas arahan PBN.. maybe blog lain tu post2 lama kot…
teringin gak nak try tdo sini.. tapi tak berkesempatan

Hubungi Kami

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x