Pantai Irama

Dalam perjalanan menuju dari Kota Bharu ke Terengganu, kami telah bersepakat membawa berkat untuk melalui jalan Tok Bali. Apa lagi, on da way tu sempat kami menyinggahkan diri di Pantai Irama yang memang cun dan happening habis.

Kebetulan waktu asar sudah menjelang masuk, maka kami pun singgah lah dulu solat di Masjid yang betul2 berdekatan dengan Pantai Irama ni.

tempat makan best pantai irama

Di sini memang banyak yang amat gerai2 menjual bebola bebola cinta laut dan keropok. Air Kelapa dara pun ada. Kalau korang nak singgah untuk berehat dan solat, Pantai Irama merupakan salah satu destinasi yang ideal kalau korang melalu jalan Tok Bali.

berkelah di pantai bachok

Fuh bukan main ramai lagi orang berkelah kat sini. Sudah menjadi tradisi orang di Pantai Timur, kalau ada masa terluang mereka akan memasak atau tapau makanan dari rumah dan berkelah di tepi pantai. Memang seronok sekali sekala melepak dengan keluarga dan kawan2 di tepi pantai. Orang mejual aiskrim pun banyak.

makanan menarik bachok kelantan

Biarpun perut masih kenyang tapi oleh kerana tak tahan godaan nafsu melihat aiskrim pelangi ni, maka ku angkat satu ! Singgit je !

tempat menarik kanak kanak kb

Pantai Irama ni memang meriah dan yang paling best kat sini boleh mandi!! Memang struktur pantai di sini sangat sesuai kalau nak bermain air sebab permukaan dasar laut yang cetek dan ombak yang tak kuat. Lagipun pihak berwajib telah membina tambak batu yang melengkung yang menjadikan kawasan ini lebih selamat dan syok untuk bermandi manda.

bercuti ke bachok kelantan

Kalau korang nak mandi laut di Kelantan, Pantai Irama memang satu2nya destinasi yang terbaik selain di Pantai Bisikan Bayu. Kalau dari segi kemeriahan Pantai Irama lebih jauh meriah dan banyak aktiviti yang anak2 korang boleh buat kalau nak dibandingkan dengan Pantai-pantai lain di Kelantan.

makanan santai orang kelantan

Peniaga-peniaga kecilan yang bermotor memang banyak time kami datang. Selain aiskrim ada juga yang menjual satar ikan, satey ikan atau lebih sinoni di Kelantan dengan panggilan Lot Ching.

lokching kelantan sedap

Ni lah dia Lot Ching atau lebih umumnya Sate Ikan. Rasanya memang macam makan ikan dan kuahnya yang masam pedas serta rasa bara arang yang hangat tu memang terbaik. Makan panas2 di tepian pantai yang indah dan angin bersepoi2 sesungguhnya satu penglaman yang sungguh mengasyikkan jiwa raga setiap insah. pergh !! dah macam Fitri TV3 aku bermadah ! huhu

tempat main kanak kanak kb

Ni lah dia. Litar Lumba halal untuk anak2 korang. Bolehlah sewa kasi anak2 kecil yang 2-4tahun merasa menunggang motor sendiri. Kat pantai lain xde mende2 cenggini. Kat Pantai Irama je ader !! Jange Lupo Try deh !! :)

Secara keseluruhannya, bagi aku peribadinya Pantai Irama di Kelantan ni memang satu destinasi pantai yang amat best dan happening. Selain korang boleh mandi, aktiviti kat sini pun banyak, kemudahan asas seperti tandas dan masjid pun dekat, makanan pun banyak pilihan dan air laut pun cantik !!

So jangan lupa kalau datang ke Kelantan mesti datang sini merasa keunikan Pantai Irama yang cukup indah. Koordinat Pantai Irama, Bachok, Kelantan. lat/lng: 6.06861,102.398415. Selamat cuti cuti satu Malaysia di Kelantan !

4/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Tempat Makan BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3

Dalam entri yang lalu saya ada kongsikan beberapa tempat menarik di Kelantan untuk pengunjung yang bercuti ke Kelantan dan seperti yang dijanjikan hari ini saya...

9 Homestay yang Cantik di Pasir Mas untuk Penginapan Anda!

Jika berjalan ke Kelantan pastinya anda akan mencari penginapan yang selesa dan terbaik di kawasan berdekatan. Pasir Mas salah satu tempat yang sesuai untuk...

43+ Tempat Menarik di Kelantan Paling Popular Untuk Pelancong Lawati

Majoriti tempat-tempat menarik di Kelantan yang popular & sering menjadi kunjungan pelancong luar lebih tertumpu kepada kawasan pasar, tempat makan menarik, destinasi bersejarah &...

Mee Chambol Special Kak Yam

Kesedapan dan kehangatan mee chambol special  di kedai Kak Yam di Pengkalan Kubor, Kelantan masih terngiang-ngiang di benak fikiran CD. Ini merupakan kali ke...

Pantai Sri Tujoh

Pantai Sri Tujoh atau lebih sinonim di kalangan masyarakat di Kelantan "Pantai Tujjoh" merupaka salah satu destinasi berekreasi yang paling popular di daerah Tumpat. Kalau...

26+ Makanan Tradisional Kelantan – SEDAP & WAJIB CUBA

Kelantan memang cukup terkenal dengan makanan-makanan dan kuih muih yang sedap-sedap. Lauk pauknya juga tidak kurang menariknya sehingga berkembang ke negeri-negeri lain. Kalau bercuti...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Zil-el-Saif
8 years ago

Pantai paling meriah di Kelantan… Selalu ada soopa doopa dua tiga tempat di pantai ni. kalau pergi hari sabtu pula ada pasar pagi. walaupun goreng2 tak sesedap di PCB, dari sudut bersantai jauh lebih best..

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x