Isi Kandungan
Kelantan merupakan destinasi popular dengan keindahan alam semula jadinya, terutama pantai-pantai yang memukau. Dalam artikel ini, kami senaraikan 10 pantai di Kelantan paling cantik dan sangat popular yang wajib anda lawati untuk percutian yang penuh ketenangan dan keindahan. Jom lihat!
10 Pantai di Kelantan Paling Cantik untuk Percutian Anda
Pantai Kundur
Pantai Kundur menjadi pilihan ideal untuk keluarga. Di sini juga disediakan taman permainan yang terletak berhadapan pantai, membolehkan kanak-kanak bermain dengan selamat di bawah pengawasan ibu bapa.
Kemudahan seperti tandas awam dan lampu keselamatan menjadikan kawasan ini selesa untuk berkhemah.
Anda juga boleh gembirakan anak-anak dengan aiskrim pelbagai perisa yang dijual oleh penduduk tempatan di kawasan pantai ini.
Walaupun untuk mengakses pantai memerlukan anda memanjat batu-batu kecil, pemandangan dan suasana santai menjadikannya berbaloi.
Alamat: Unnamed Road, 15350 Kota Bharu, Kelantan
Lihat juga:Tempat Makan BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3
Pantai Nami
Pantai Nami merupakan salah satu pantai di Kelantan yang cantik untuk bergambar.
Di sini anda boleh melakukan aktiviti berkelah dan berkhemah dengan sangat tenang dan nyaman kerana kawasannya yang terletak di bawah naungan pokok-pokok rendang.
Lautnya juga sangat bersih dan terdapat juga gerai berdekatan yang menjual beraneka jenis makanan.
Dengan udara segar dan keindahan pantai yang menakjubkan, jangan lepaskan peluang anda untuk datang berkunjung ke sini.
Alamat: Unnamed Road, 16020, Kelantan
Lihat juga:Tempat Makan BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3
Pantai Geting
Pantai Geting merupakan permata tersembunyi dengan pasir putih dan perairan biru yang cukup jernih.
Ia sesuai untuk keluarga yang ingin berkelah atau bermain layang-layang.
Terdapat banyak gerai-gerai makanan yang menjual minuman dan snek tempatan.
Walaupun tidak sesuai untuk mandi, anda boleh menikmati aktiviti budaya seperti festival wau dan ekspo yang sering diadakan di sini.
Alamat: Unnamed Road, 16200 Tumpat, Kelantan
Lihat juga:Tempat Makan BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3
Pantai Irama
Pantai ini sesuai untuk perkhemahan dengan bayaran hanya RM2 setiap malam.
Pengunjung boleh menikmati pasar malam pada hari Jumaat, selain mencuba makanan tempatan di gerai-gerai sekitar.
Pantai Irama juga sesuai untuk memancing dan melihat matahari terbit pada waktu pagi.
Namun, pastikan anda berhati-hati kerana pantainya agak dalam untuk mandi.
Alamat: 16300 Bachok, Kelantan
Lihat juga:Tempat Makan BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3
Pantai Sri Tujuh
Pantai Sri Tujuh terkenal dengan makanan celup tepung dan acara kebudayaan seperti Dikir Barat.
Pantai ini bersih dan terjaga, sesuai untuk bersantai bersama keluarga.
Kawasan permainan untuk kanak-kanak serta jualan makanan menambah keseronokan untuk pengunjung.
Anda boleh nikmati angin malam sambil merasai hidangan tempatan yang sangat sedap, autentik dan berbaloi.
Alamat: Jln Pantai Tujuh, 16200 Tumpat, Kelantan
Lihat juga:Tempat Makan BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3
Pantai Nusuk
Pantai Nusuk dikenali sebagai pantai tersembunyi yang jauh dari kesibukan.
Dengan bayaran masuk hanya RM2, anda boleh menikmati kawasan yang bersih dan tenang.
Walaupun airnya agak dalam dan tidak sesuai untuk mandi, suasana yang damai menjadikan pantai ini tempat yang sempurna untuk “healing”.
Alamat: Unnamed Road, 16100 Kota Bharu, Kelantan
Lihat juga:Tempat Makan BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3
Pantai Bisikan Bayu
Pantai Bisikan Bayu sesuai untuk anda yang gemar melihat matahari terbit dengan pemandangan yang mengagumkan.
Di Pantai Bisikan Bayu ini juga, anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti menarik seperti berkhemah atau memancing.
Dengan pelbagai chalet tersedia, anda boleh bermalam sambil menikmati keindahan pantai.
Alamat: Kampung Dalam Rhu, 16700 Cherang Ruku, Kelantan
Lihat juga:Tempat Makan BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3
Pantai Cahaya Bulan
Sebagai salah satu pantai paling popular di Kelantan, Pantai Cahaya Bulan terkenal dengan aktiviti bermain layang-layang dan gerai makanan laut.
Pantai ini menawarkan suasana yang sangat tenang untuk anda berkelah atau menikmati matahari terbenam.
Lokasi ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tandas awam dan kawasan tempat duduk.
Alamat: 15350, Kelantan
Lihat juga:Tempat Makan BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3
Pantai Senok
Pantai Senok sering digelar “Pantai Nami” kerana deretan pokok cemara yang menyerupai landskap Korea.
Ia adalah lokasi terbaik untuk mengambil gambar, terutama pada waktu petang.
Bayaran masuk hanya RM1, menjadikannya pilihan ekonomi untuk keluarga yang ingin bersantai di bawah kanopi pokok cemara.
Alamat: 16020 Kota Bharu, Kelantan
Lihat juga: Tempat Makan BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3
Pantai Melawi
Pantai Melawi terkenal dengan colek terbaik dan peluang untuk menunggang kuda.
Ia juga sesuai untuk bergambar di port terbaik iaitu jambatan buatan yang terdapat di sini.
Walaupun pantai ini tidak sesuai untuk mandi, namun ia menawarkan pelbagai aktiviti dengan kemudahan seperti surau, tandas, dan gerai makanan.
Alamat: Jln Pantai Melawi, Kampung Ummi, 16310 Bachok, Kelantan
Lihat juga:Tempat Makan BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3
Kelantan menawarkan pelbagai pantai yang cantik dan unik untuk dilawati.
Setiap pantai mempunyai daya tarikannya tersendiri dengan pelbagai aktiviti yang menarik.
Jadi, rancang percutian anda ke salah satu pantai ini untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan!
Baca juga:43+ Tempat Menarik di Kelantan Paling Popular Untuk Pelancong Lawati