Isi Kandungan
Selain di pesisiran pantai di kepulauan Sabah, Terengganu atau Pahang, pantai di Johor juga tidak kurang menariknya untuk dijadikan destinasi percutian samaada ketika musim cuti sekolah atau ketika honeymoon.
Dan yang lebih menarik di Johor, pilihan penginapan dan tempat menarik selain pantai peranginan juga sangat banyak baik dari segi tarikan pelancongan taman negara, taman tema, tempat shopping atau pilihan restoran yang menyediakan makanan tradisi orang Johor yang sedap-sedap.
Tempat-tempat peranginan di Johor tepi pantai dan penginapan yang menarik
Destinasi percutian tepi pantai merupakan satu produk pelancongan yang sangat laris dan di Johor terdapat banyak pantai yang sering menjadi tumpuan pelancong. Walapun senarai pantai di Johor memang banyak namun bukan semuanya yang ada menyediakan penginapan atau resort tepi pantai.
Jom baca: senarai tempat menarik di Johor
Berikut merupakan 4 cadangan pantai peranginan di Johor yang sesuai untuk berkelah dan juga untuk bercuti bersama keluarga termasuk dengan beberapa cadangan penginapan popular di sini.
1. Pantai Desaru – pantai di Johor untuk bercuti paling popular
Pantai peranginan yang boleh dikatakan yang paling popular yang terletak di Kota Tinggi, Johor. Di sini pasir pantainya putih dan mengadap Laut China Selatan yang pasti memberi ketenangan kepada pengunjung yang bercuti dan berkelah di sini. Terdapat juga aktiviti suka air yang boleh dicuba seperti bermain jetski, parasailing, banan boat, ATV dan berkayak.
Deretan pokok ru di sepanjang Pantai Desaru juga menambahkan lagi aura percutian tepi pantai di sini dan pilihan penginapan serta resort di sini juga sangat banyak berbanding dengan pantai peranginan lain di Johor. Antara penginapan resort yang popular di Pantai Desaru ialah.
- Lotus Desaru Beach Resort
- Pulai Desaru Beach Resort & Spa
- Desaru Golden Beach Hotel
- Desaru Golf & Country Club
- Desaru Impian Resort
Info menarik: Air Terjun Kota Tinggi -Destinasi mandi manda best
Pantai Air Papan
Sebuah lokasi percutian tepi pantai yang sangat popular di Mersing dan di sini mempunyai pantai yang sangat lapang dan terjaga. Air laut di sini juga sesuai untuk aktivit mandi-mandi sekiranya ombak laut tidak kuat. Dari sini juga anda boleh melihat Pulau Setindan nun di seberang laut yang hanya beberapa km sahaja dari pantai. Bagi yang sukakan aktiviti snorkeling, bolehlah menyewa peralatan dan mencubanya di sini.
Pantai Air Papan mempunyai banyak pilihan penginapan dan resort-resort menarik untuk pengunjung yang ingin bercuti dan bermalam di sini seperti:
- Air Papan Chalet
- Sri Mersing Resort Air Papan
- Mersing Beach Resort
- Chalte Sri Tanjung
- Fishing Bay Resort
- Teluk Godek Beach Resort
Pantai Penyabong (Mersing)
- Pantai Penyabung Resort.
- Penyabong Warisan Resort
- Coconut Beach Resort.
- Endau Beach Resort.
- Pasir Lanun Camp And Chalet.
Pantai Teluk Buih (Mersing)
- Fishing Bay Resort
Jom baca: tempat makan best di JB pilihan JJCM TV3
Itulah dia 4 destinasi tempat menarik di Johor tepi pantai peranginan yang sesuai untuk mereka yang ingin bercuti dan juga bermalam. Semoga memberi anda inspirasi untuk bercuti ke pantai-pantai di Johor kelak bersama keluarga mahupun yang tersayang. Selamat cuti cuti satu Malaysia ke Johor. Wassalam.
Belah mersing pantai laut cina selatan. Umumnya mmg cantik n bersih. Xmcm pantai belah selat Melaka. Port Dickson pun berkeladak.
info yg menarik. tengah cari tempat bercuti kat johor bulan ni.
Cantik juga pantai di Johor, belum pernah sampai lagi ke sana